SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

MENEMPUH ALAM BARU PERSEKOLAHAN

Daftar anak darjah satu macam-macam ragam,ada yang menangis ,ada yang kelakar,macam-macam karenah..apa pun bersabar..
Supaya anak kuatkan semangat berdikari..
Sedikit Maklumat dari guru sekolah..Alhamdullilah..
Anak sue..
Comel tak?? Hehe.. Hubby sue kata apa..yang tu pun nak update..ala..la..saja je nak cerita .. Lepas ni sibuk la ..susah lagi la nak update bloger..:'(

ORANG YANG SOLAT MALAM BERSAMA ISTERINYA


"Allah merahmati seorang suami yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan membangunkan isterinya ,lalu mengerjakan solat.Jika isterinya enggan bangun ,dia memercikkan air di mukanya.Dan Allah merahmati seorang isteri yang bangun di waktu malam ,lalu dia mengerjakan solat dan membangunkan suaminya.Jika suaminya enggan bangun ,Dia memercikkan air di mukanya,
(HR .Ahmad ,Abu Daud,Ibnu Hibban,AL-Hakim dan al -Baihaqi)

     Solat malam merupakan bentuk ketaatan yang di berkati ,ibadah yang baik ,dan termasuk bentuk pendekatan kepada Allah yang amat agung.Solat malam merupakan bekal bagi orang-orang yang ingin bertemu dengan Allah s.w.t .Dia merupakan kebiasaan orang-orang yang bertakwa dan kebanggaan hamba-hamba Allah yang soleh.Betapa indah solat malam ,ketika pada malam itu seorang hamba berdiri kerana Allah s.w.t ,mengadu dan bermunajat kepada kekasihnya.Dia meminta kucuran kurnia dari yang maha pengasih ,meminta limpahan kasih sayang dari maha pemberi kurnia .

Betapa indahnya ,ketika orang yang solat malam di lukiskan Allah s.w.t dalam di dalam al-Quran

"sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah di tempatkan di dalam beberapa taman syurga ,dengan mata air ~mata air terpancar padanya .(keadaan mereka di sana )sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang di berikan kepadanya oleh tuhan mereka.Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan .Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam ,untuk mereka tidur .Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar)pula ,mereka selalu beristigfar kepada Allah(memohon ampun)."
(QS.al-Dzariyat:15-18)

Rasullah s.a.w bersabda 
"Allah mengasihi seseorang yang bangun dari tidur malam untuk mengerjakan solat malam ."ketika dia melucuti segala kenikmatan istirehat ,lantas menghadapkan wajah nya  untuk beribadah kepada Allah s.w.t maka wajarlah sekiranya kasih sayang dan kurnia yang datang dari Allah ,yang menguasai bumi dan langit ,bertaburan di sekitar dirinya.
            Dalam hadis di atas satu hal menarik iaitu tindakan memercikkan air ke wajah orang yang tidur ,yang di lakukan oleh suami dan isteri ,sekalipun demikian sebahagian ulama berpendapat bahawa cara apa pun ,yang lebih halus dari memercikkan air ,boleh di gunakan asal tujuannya tercapai iaitu bangun dari tidur .Inilah termasuk fikah dakwah perlu kita terapkan dalam rumahtangga .Jika tidak ,pertikaian antara suami isteri akan terjadi.Pada dasarnya ,suami isteri berkerja sama ada dalam meningkatkan kebajikan dan ketakwaan ,dalam memenuhi kewajipan,menjauhi segala yang di haramkan ,melaksanakan ibadah sunat,dan meningalkan perbuatan-perbuatan yang di makruhkan.
     Dalam hadis di atas ,nampak jelas bahawa masing-masing suami atau isteri di puji dengan pujian yang sama .Hal ini selari dengan fiman Allah :"Dan para wanita menpunyai hak yang seimbang dengan kewajipan menurut cara yang makruf."(QS.Al-Baqarah:228)

Rasullah s.a.w juga bersabda:
"apabila seseorang itu membangunkan isterinya malam,lalu keduanya mengerjakan solat dua rakaat ,maka ke duanya di catat termasuk lelaki dan wanita yang selalu berzikir (kepada Allah)
(HR.Abu daud,Ibnu Hibban,al-Hakim dan al-Baihaqi)

    ~ALLHAMDULLILAH MOGA MANFAAT AGAR RUMAHTANGGA KITA SENTIASA DI BERKAHI ALLAH~

AkTiviti Keluarga hujung minggu

Ni lah tempat pra sejarah orang kat sini bila waktu petang ambil angin di persisiran pantai..kuala kedah..
Feri Langkawi dari kuala kedah satu jam setengah  tapi kebanyakan selalu  ke jeti kuala Perlis ambil masa bertolak dalam masa satu jam je dari kuala perlis tak jauh 



banyak pra sejarah kat tempat sue 
bot nelayan keluar waktu petang cari rezeki


senja      

cantik tak...tenang jee...


kuda untuk kanak-kanak




RASULULLAH S.A.W PEMBELA ANAK YATIM DAN DI SEBALIK KELEMBUTAN BELIAU KEPADA KANAK-KANAK....

Di riwayatkan bahawa Anas r.a berkata : "Rasulullah s.a.w  sangat dekat dengan kami ,bahkan pernah menyapa adikku :"Wahai Abu Umair ,bagaimana khabar si Nughair?" Nughair adalah burung kecil yang menjadi kawan bermain adik Anas .Anas pun berkata :permaidaini di bentangkan ,lalu beliau solat mengimami kami,sementara kami berbaris di belakang beliau ." (HR.Bukhari ,muslim ,Ahmad,Tirmizi,Ibnu Majjah  dan yang lainnya.
    Hadis ini mengandungi banyak pengajaran ,di antaranya :kita boleh memanggil kanak-kanak dengan gelarannya.Panggilan yang demikian bukan termasuk dusta .kita juga boleh boleh bersenda gurau dalam hal-hal yang tidak ada unsur dosa di dalamnya.Kanak-kanak boleh sahaja bermain dengan burung kecil .kita boleh bersajak dengan tutur bahasa yang baik ,asalkan tidak mengunakan bahasa sulit  untuk di mengerti.kita di galakkan berbelas kasihan kepada kanak-kanak serta menghibur hati mereka .Hadis ini menjelaskan akhlak terpuji perangai yang mulia ,dan sifat tawaduk yang di miliki Nabi s.a.w di samping itu ,hadis di atas menerangkan tentang kunjungan Nabi s.a.w ke rumah-rumah keluarga beliau..

ALLAH S.W.T tidak menyukai sifat sombong .sebagai anak yang soleh dan solehah ,kita perlu menjauhkan sikap ini agar kita di senangi orang lain .Rasullulah s.a.w juga sentiasa mengajar kita melakukan kebaikan sesama makhluk ALLAH S.W.T.
Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud :"sesunguhnya aku di utus untuk menyempurna akhlak yang baik."(Hadis Riwayat Ahmad)









       Rasullulah s.a.w ialah anak yatim piatu yang sudah kehilangan ibu dan bapa.Baginda tidak pernah melihat rupa ayahandanya wafat ketika baginda masih di dalam kandungan ibunya lagi .Kesedihan Rasullulah s.a.w semakin bertambah apabila baginda kehilangan ibu kesayanganya pula ketika baginda berusia 6 tahun.
       Kepayahan hidup sebagai anak yatim piatu menjadikan Rasullulah s.a.w sentiasa mengambil berat perihal anak-anak kecil kehilangan ibu bapa .pernah terjadi satu peristiwa pada hari raya ,ketika orang ramai mula mengunjungi masjid untuk mengerjakan solat Aidilfitri ,Rasullulah s.a.w Terpandang seorang kanak-kanak lelaki yang sedang menangis.
       kanak-kanak itu menangis mengasingkan diri daripada rakan lain yang sedang gembira .Air mata yang mengalir di sapu pada pakaiannya yang sudah usang dan koyak.Hati rasullulah s.a.w tersentuh melihat keadaan itu,baginda pun menghampiri kanak-kanak itu.

"kenapa kamu menangis ?"soal Rasullulah s.a.w.

"saya tidak ada baju baru seperti mereka,"jawab kanak -kanak itu.

"kenapa ayahmu tidak membelikan baju baru untukkmu"? soal baginda lagi .
"Ayah saya sudah meningal dunia.Ibu pula berkahwin lain .Bapa tiri saya tidak pernah pedulikan saya".

Rasullulah s.a.w berasa sayu mendengar kata-kata anak yatim itu,lalu baginda bertanya sama ada kanak-kanak itu mahu menjadi anak angkatnya.

"Adakah tuan ini Rasullulah?"tanya si anak yatim itu.
Rassullah s.a.w menganguk.
"sudikah kamu menjadi anakku?"baginda bertanya sekali lagi

kanak-kanak kecil itu terus memeluk kaki Rasullulah s.a.w dengan penuh kegembiraan .Baginda mendukung anak itu dan membawa anak-anak itu pulang ke rumah .Rasullulah s.a.w sendiri yang memandikan kanak-kanak itu di berinya pakaian baru,di suapkan makanan dan di beri sebuah beg yang berisi duit.Selepas itu baginda membiarkan kanak-kanak itu bermain bersama rakan -rakanya..

Betapa mulianya sifat Rasullah s.a.w  contohilah sifat kasih sayang baginda terhadap anak anak yatim..atas dasar itulah orang yang paling di cintai ALLAH S.W.T ialah orang yang mencintai makhluknya..


SAJAK: Rintihan anak ini..

Ibu,
Nakalnya anak ini..
Aku merintih,
Kenakalan waktu ini mengingatkan
Semasa waktu kecilku
Di mana waktu kecilku
Di tatang bagaikan minyak penuh
Ayah,
Penatnya hari ini..
Aku merintih lagi..
Penat itu mengingatkan
Keringat ayah mencari rezeki
Wahai ibu,
Ku gapai tanggan mu
Ku usap jari jemari mu
Itulah tanggan membelai ku
Waktu kecilku
Kegembiraan mu jelas
Aku hidup di muka bumi ini..
Wahai ayah,
Aku mengegam tanggan mu
Terasa hangat, kasar..
Urat-urat kelihatan 
Itulah tanda kegigihan
Mencari nafkah sesuap nasi
Siapalah daku tanpa diri mu
Terselindung secebis kasih
Kasih
Pada riak wajah mu
Nasihat mu adalah kebaikan
Mengajarku erti kehidupan..
Ketika insan lain bahagia
Tapi ada segelintir tersisih
Nasib ini tidak sama sekali
Terasa sakitnya
Ingin mengejar kekayaan
Diri mu tersisih
Itulah anak tidak mengenang budi
Wajah dunia
Terpesona
Ibu bapa di ketepikan
Tak hairan dosa
Deritanya ibu ayah
Derhakalah kamu
Ibarat hari menanti senja
Menitis air mata ibu
Menitis air mata ayah itu
Menanti anaknya tak kunjung tiba
MasyhAllah..
Jauhkanlah kami dari
Pintu-pintu derhaka ini..
Kau pimpimlah kami
Agar kami sentiasa taat
Pada kedua orang tua kami ini..


MY PAINTING




AKTIVITI HARI INI MY PAINTING

Hari ni tak ada aktiviti nak buat so apa lagi mulalah dengan aktiviti drawing lagi..erm mood tengah happy kan bolehlah cari ilham..hehe..entah apa  apa je..tak ada kerja kan...so ni lah jadinya...


~OIL PAINT COLORS~

Bukan saya je anak-anak pun sama minat mewarna melukis setiap kali melukis anak pun turut serta memang suka mewarna ,kalau pergi shoping central tempat di tuju mesti bahagian colour drawing dulu ,hehe... tiap kali pergi mesti beli kalau tak nangis dia orang.. :D erm..anak abah..ummie...


ni lah hobby sekeluarga...drawing.....

CERPEN*DAH JODOH TAK KEMANA*

CERPEN
"*DAH JODOH TAK KEMANA*,"
    


"pejam-pejam celik -pejam celik dah sampai bulan 12 rupanya,sedangkan aku rasa baru je masuk bulan satu .Bila masuk bulan 12 terasa waktu cepat masa berlalu"..mengeluh wani.
awak ok ke?? lembut suara itu kedengaran ,Aku menoleh ke belakang,,ALAMAK!! safuan ..malunya..
hmmm..aku tersenyum tawar mengangukkan kepala,tidak berdaya hendak bercakap lidah ni tiba-tiba je kelu,peristiwa sebentar tadi masih di benak fikiran,wani mengeluh."ish macam mana dia boleh ada kat sini??tanya di benak hati wani.

       gulp..wani menelan air liurnya melihat keluarga safuan memenuhi ruang tamu di samping keluarga tersayang,,terdengar serba sedikit perbicaraan mereka semua
"apa yang tak dak jodohnya kaklong  tu..safuan dah lama tunggu kita bila lagi nak berbesan??"
 berbesan sentak hatiku, rupa-rupanya keluarga safuan datang merisik..ahh mana mungkin baru je kenal sehari dua..boleh ke??bisik hati wani.

"awak tak menyesal ke safuan"pertanyaan wani masih ragu manakan tidak baru je kenal belum kenal hati budi dah bawa keluarga datang merisik.
"ah..buat apa nak menyesal dah awak pilihan hati saya mana mungkin akan menyesal "ujar safuan..
muka wani kemerahan malu lalu berlari ke dapur menyediakan minuman
makngah dan maklong sudah berbisik sesama mereka sambil sesekali menjeling  kepada wani.selesai saja perbincangan keluarga safuan berangkat pulang..
"macam mana wani setuju ke mak tengok safuan tu elok perangainya budi akhlaknya bagus pandai hormat orang tua..kau dah umur meningkat dah masanya tiba untuk kahwin"ujar mak.
adik mula menyampuk.. elok sangat kaklong kahwin sampai bila lagi nak membujang..??
ishh..budak ni kan aku cilikan mulut tu...
mak abah ..tersenyum.
"Cuba lah fikir elok-elok bukan senang nak dapat suami macam tu ustaz lagi tau lagi pun sambil-sambil mengajar dia jadi imam muda kat masjid kampung tu."ujar ayah.

"baiklah ayah dan emak biar wani fikir dulu ye kalau dah ada jodoh tak ke mana kan .".jawab wani dengan nada lemah.
Dia bingkas bangun dan kebetulan saat itu ,matanya berlaga dengan ibu seulas senyuman di hulurkan supaya ibunya tidak dapat meneka gundah di hati,lalu wani masuk ke bilik sambil berbaring .Lama juga termenung mengenangkan nasib diri nya.Bukan dia tidak keinginan untuk bertemu jodoh seperti orang lain tetapi dia tidak tahu bila tibanya masa akan tiba..

"wani,wani,oh wani..kenapa kau berkurung dalam bilik ni kenapa dah berjam aku panggil tak dengar ke.?.'
suara yang memanggil nama mematikan lamunan wani..
kau kenapa wani??tanya liza
tak dak apalah..jawab wani nada mengeluh
terima je lah apa nama erk..emm hah ustaz safuan..sentak liza
ehh kau ni kau yang lebih kaulah kahwin..
ehh janganlah macam tu wani..kau nak tahu tak wani?
Allah dah menetapkan siapa jodoh kita tapi jangan kau lupa Allah juga suruh berusaha.."ujar liza panjang lebar
.wani diam dan mengeluh betul juga kata liza ada kebenaranya .dia sememangnya lebih gemar menghabiskan masa terluang di rumah.

                                            ~~@@@@@@@@@@@@~~~

      setibanya malam wani mengaktifkan facebook  sekurang-kurangnya dia dapat meluaskan pergaulan.lagipun rata-rata kenalan facebook adalah kawan kenalan satu kampus dulu.aneh..tiba-tiba ada add friends masuk tanda kenalan 
soal selidik rupa-rupanya safuan.Rasanya dia sudah gila kali ini..tak sangka safuan boleh mengenali wani di situ..
     tiba-tiba sebaris nama mendebarkan 
''safuan"
masa itulah wani mengenalinya dan menjadi kawan dalam masa sebulan sudah mengenali antara satu sama lain..

          Masa berlalu begitu pantas hari demi hari ,hari ini adalah sejarah kerana dia sudah bergelar isteri kepada seorang lelaki dan menerima merisik dan hari ini dia bergelar isteri kepada Safuan.
wani memandang ibunya penuh perasaan kasih dan sayang  dan jelas terukir kebahagiaan pada raut wajah wanita berusia itu..dan sekilas melihat wajah ayah yang begitu gembira walaupun amat jelas riak wajah mereka melepaskan si dara ini..walaupun perkenalan singkat betapa indahnya bercinta selepas nikah..
         Akhir sekali ,wani memandang wajah suami tercinta,Safuan tersenyum membisikan di telinganya.
"wani ,terima kasih sayang kerana sudi menerima abang.Abang janji takkan sia-siakan sayang." wani membalas senyuman suaminya itu dengan semanis mungkin.
"Ya Allah,aku bersyukur padamu kerana telah memberikan jodoh yang aku rasakan sangat terbaik dan dapat menerima aku seadanya .Mungkin ada hikmah engkau perkenalkan aku dan dia melalui jalan singkat ini.Aku bersyukur dan aku akan menjaga masjid yang terbina ini dengan menjadi isteri yang mithali dan solehah tentunya ke jannah mu Allah."bisik hati wani.

                                               ~TAMAT~

ANAK-ANAK ADALAH SEGALANYA BAGI IBUBAPA

Rasulullah s.a.w bersabda :"Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya .Sesunguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah ."(Riwayat Ahmad ,al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a )
dalam masa yang sama ,Imam syafii pula menegaskan :Marah adalah salah satu di antara penahan syaitan yang megandungi racun .Oleh itu ,hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya."

       Maha suci Allah menciptakan kesempurnaan alam ini dengan adanya pelbagai variasi perilaku manusia,menetapkan perkembangan fizikal mental emosi yang dapat di cipta oleh manusia.Sebagai ibu bapa janganlah terlalu mengharapkan kesempurnaan dari anak kecil berusia 3 tahun untuk selalu patuh pada peraturan kita  yang kita tetapkan bah kan memukul anak ,mendera mereka .
        kita mengajar anak berdisiplin ,mengemas ,,tidak bergaduh sebagainya tak salah tetapi pupuklah anak-anak itu dengan penuh kasih sayang bukan cara memarahi mereka terpekik dengan nada deras memarahi mereka ,mengertak, berteriak  dan memukul anak kecil itu yang sedang proses belajar .
        Rasionalkan keadaan dengan segera ! cepat-cepat kembali kepada Allah ,Istigfar dan berfikir sepositifnya.Anggap sahaja anak-anak itu masih kecil dan ini dugaan untuk kita sebagai pemikul amanah .kasihanilah mereka kerana anak-anak ini sangat memerlukan kita untuk membantu menguruskan hidup mereka .maka bantulah  bukan memarahi kelemahan yang telah Allah rencanakan kepada mereka.
     Cuba lintaskan di fikiran kita sifat-sifat positif yang ada pada diri si anak,cuba bayangkan bagaimana comelnya dia ketika baru di lahirkan ,matanya redup menenangkan .
      Imbaskanlah waktu si anak mula belajar merangkak atau saat dia tertawa dengan sangat tulus yang membuatkan anda rasa bahagia dan bertuah menjadi ibu bapa mereka .Mengingatkan hal-hal yang baik dari anak -anak secara tidak langsung akan membantu kita meredakan kemarahan dan bertindak dengan cara lebih terkawal.

"THE RIGHT WAY TO MAKE THEM LISSEN TO YOU IS BY LISTENING TO
 THEM  FIRST"
Jika kita mahukan anak-anak mendengar kata -kata kita,terlebih dulu kita hendaklah menjadi pendengar baik kepada mereka.Ikhlaskan hati untuk meluangkan waktu bersama mereka dan beri perhatian terhadap apa yang mereka mahukan  atau perkatakan.
    Dalam usaha membentuk hati anak-anak yang lembut ,terlebih dahulu ibu bapa haruslah berlembut hati ,terlebih dahulu dan bertenang .Mensucikan hati dan rohani tidak lain tidak bukan adalah melalui penghambaan diri kepada Allah.Berdoalah memohon di lembutkan hati ,berzikirlah sebanyak-banyaknya kerana zikir itu ibarat air di kali yang mampu mengubah kerasnya batu .Zikirkan juga kepada anak seperti "YA LATIFF" ketika mendodoikan mereka .
    Bacakan surah-surah pilihan dan ayat-ayat pelembut hati (niatkan untuk kita dan anak)
contohnya lazimkanlah membaca surah al-fatihah ,ayat kursi ,al-Insyirah ayat 1-5 dari surah Toha ,juga boleh di tiup pada ubun-ubun anak pada ketika tidur ,malah bila-bila masa .
    Sesuli pula dengan doa yang ikhlas ,selain perlu juga hadir usaha dan kemahuan untuk berubah .Timbalah ilmu sebanyak mungkin dan ringankan diri untuk membanyakan puasa ,bersolat hajat ,juga sedekah.

BERTAWAKALLAH KEPADA ALLAH ,SESUNGGUHNYA DIALAH PEMEGANG HATI PARA HAMBA -NYA ,KEPADANYALAH KITA BERSERAH DAN KEPADANYALAH KITA MEMOHON PERTOLONGAN. MASYA-ALLAH......



HUKUM PINGGAN BERSALUT EMAS DAN PERAK


MUTIARA KATA: "Jika saja dunia ini di jual di pasar ,aku tidak akan membelinya seharga sepotong roti kerana semua permasalahan yang di milikinya ."(Imam asy-Syafi'i)

semoga Allah s.w.t memberi kekuatan untuk kita menjauhi perkara-perkara terlarang ketika kita menghiasi rumah dan bermewah dalam kehidupan kita .
Dalil larangan ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w daripada hadis di riwayatkan oleh Huzaifah bin Yaman r.a ..
"Jangan kamu pakai sutera dan ad- dibaj (sejenis sutera mahal ) jangan kamu minum bekas emas dan perak ,dan jangan kamu makan dengan pingan-pingan emas dan perak ,kerana ia (emas dan perak) adalah untuk mereka (orang-orang kafir)di dunia dan untuk akhirat kelak ".(Riwayat Bukhari dan Muslim)
        Larangan ini meliputi semua jenis pengunaan dan tidak khusus kepada makan dan minum sahaja .Larangan ini juga merangkumi larangan ke atas orang lelaki dan perempuan serta merangkumi semua pengunaan menjadikan emas dan perak sebagai bekas minuman atau mengunakan bekas-bekas yang bertampal atau bersalut emas .pandangan Imam Syafii dalam riwayat qadim mengkhususkan pengharaman pada makan dan minum sahaja .

KELONGARAN SYARAK


  1. Haram mengunakan emas sebagai tempelan atau salutan secara salutan secara mutlak sama ada kerana keperluan atau perhiasan .
  2. Harus mengunakan perak untuk menyambung bekas yang pecah dengan perak kerana keperluan waktu itu sekiranya kadarnya sedikit (SEKADAR KEPERLUAN) namun haram sekiranya di gunakan pada kadar yang banyak (menjadikan nya berbentuk hiasan)
  3. Pada keadaan di perlukan mengunakan perak pada kadar yang banyak (menjadikan berbentuk hiasan)hukumnya tetap makruh
  4. Kadar salutan yang di haramkan ialah salutan yang boleh menghasilkan emas yang menitik jika pinggan atau bahan bersalut itu di bakar atau di panaskan .kadar ini mampu di tentukan oleh pihak yang pakar dengan kadar emas.
AL-BAJURI rahimullah iaitu seorang ulama mazhab memberi contoh keperluan mendesak keharusan mengunakan bekas celak yang di perbuat daripada emas dan perak untuk mencerahkan mata jika mendapat pengesahan doktor yang benar lagi adil .sekiranya bekas perak sudah mencukupi untuk mencerahkan mata maka tidak boleh mengunakan bekas emas.
   Jesteru ,sekiranya tiada benda lain yang boleh di jadikan gigi palsu ,maka harus mengunakan gigi emas .Namun jika ada gantinya pada waktu ini maka haram mengunakan emas sebagai gigi palsu.

kegunaan  emas dan perak di masjid untuk hiasan adalah harus agar mengagungkan syiar-syiar islam dan mencampakkan kegerunan di kalangan orang-orang kafir .Jesteru harus menghias masjid dengan emas dan perak demikian juga keranda pemerintah dan tenteranya  dengan tujuan menunjukan kekuatan kerajaan islam pada had yang tidak membazir dan pada keadaan rakyat tidak melarat.

semoga Allah memberi kekuatan untuk kita menjauhi perkara-perkara terlarang ketika kita menghiasi rumah dan bermewah kehidupan kita .Hikmah larangan ini ialah supaya hati orang-orang miskin tidak kecewa apabila melihat golongan kaya bermewah -mewah menyelimuti diri dengan emas dan perak.WAALAHU A'LAM..

SAJAK:TAK MUNGKIN BERPATAH BALIK

Damai Terindah
Bagaikan pepasir putih
Dan...
Ombak datang berlalu pergi
Airnya tak pernah kering
Begitulah kasih kita kepadanya
Allah Yang Maha Esa..
Kehidupan...
Adakala sukar dan senang sekali
Semua itu hanya abadi sementara
Rahmat Ujian..
segala takdir terimalah hati Terbuka ..
walaupun terseksa,
                Pasti ada hikmahnya..
      Biar di uji keimanan
Kerana Allah rindu kepada mu..
Rindu pada rintihan..
Rindu pada doa Mu..
Jelaslah Allah menyayangi mu..
Kadang-kadang..
Kita seperti berjalan,
Di laluan sehala di dalam kebun
Di kiri kanan ...
Adanya pohon buah-buahan,Buah-buahan yang masak ranum
Cuma di waktu itu..
hanya ada satu TIKET SEHALA
"TIKET SYURGA"...
Ketahuilah ...
Tiada apa di dalam dunia ini
Tiada Hadiah yang lebih besar
Daripada syurga..
Kalaulah ganjaran daripada Allah itu boleh di samakan dengan gaji
Gaji harian mu yang lumayan..
Maka melepaskan satu hari
Tanpa gaji satu kebodohan
kealpaan yang tidak
boleh dimaafkan..
Begitu juga syurga dan kebaikan
Setiap terlepas satu rugilah kamu
Dan tak mungkin akan berpatah balik..
apa yang ku gambarkan
Bererti cinta kepada Allah
Dan Cinta kepada Rasullulah..
ya ALLAH..
di manakah kita ini ..
hidup ini bagaikan tiada arah tujuan
masing-masing dengan kekalutan duniawi
sejauh manakah..
ya ALLAH....hanya berserah sesunguhnya kaulah maha keampunan......
ALLAH HU AKBAR...
Jika rasullulah  melihat diri kita ini pasti sedih..
malunya kita pada RASULLAH s.a.w...


untuk renungan MUHASABAH DIRI

Munajat Mohon Keamanan


PERISTIWA AKHIR ZAMAN
DOA APABILA KITA BERASA TAKUT MEMOHON KEAMANAN

"wahai Rabb yang mengamankan orang-orang yang takut ,amankanlah kami daripada perkara kami takut .Wahai Rabb yang mengamankan orang-orang yang takut,Selamatkanlah kami daripada perkara yang kami takut.,Wahai Rabb yang mengamankan orang-orang yang takut,lepaskanlah kami daripada perkara yang kami takut".

Daripada Ummul Mikminin,Zainab binti Jahsy (isteri Rasullah s.a.w ) beliau berkata :

"pada suatu hari Rasulallah s.a.w masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan takut sambil bersabda ,La ilaha illaallah ,celaka (binasa) bagi bangsa Arab daripada kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka .Pada hari ini telah terbuka dari dinding Yakjuj dan Makjuj seperti ini," dan baginda menemukan hujung ibu jari dan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu baginda mengisyaratkan seperti bundaran ."Saya (Zainab binti Jahsy) bertanya : Ya Rasulallah !apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih terdapat orang yang soleh ? lalu Nabi bersabda :ya ,jika kejahatan sudah terlalu banyak ."(Riwayat Bukhari dan Muslim)

HADIS di atas menerangkan bahawa apabila suatu tempat atau daerah terlalu banyak kejahatan ,kemungkaran dan kefasikan maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu .ia bukan menimpa kepada orang yang jahat sahaja ,tetapi juga orang soleh juga akan di binasakan ,walaupun hari kiamat nanti masing-masing akan di perhitung mengikut amalan yang telah di lakukan.
hal itu ,segala jenis kemungkaran dan kefasikan hendaklah segera di basmikan  dan segala kemaksiatan segera di musnahkan supaya tidak terjadi malapetaka  yang bukannya hanya menimpa orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan malah menimpa penduduk yang berada di tempat berkenaan termasuk seluruh bangsa  yang ada di dunia ini .


PERISTIWA KELUARNYA YAKJUJ DAN MAKJUJ
peristiwa itu akan berlaku setelah Nabi Isa a.s selesai membunuh dajjal ,membinasakan orang yahudi mematahkan salib ,membunuh khinzir, dan sebagainya ,
ramai yang keliru tentang Yakjuj dan Makjuj ini Adakah Yakjuj dan Makjuj manusia atau binatang??
nama dua makhluk ini adalah nama bagi suatu bangsa manusia.mereka berasal daripada keturunan Nabi Adam a.s dan daripada keturunan Yafust bin nuh a.s apa yang telah di sebutkan  tentang sifat dan perwatakan mereka mereka megambarkan mereka seakan -akan bukan manusia hanyalah berita dari Israilliyat.walaupun kita tak pasti namun kita tetap percaya bahawa mereka itu ada dan peristiwa mereka akan keluar dari tembok tembaga yang di buat oleh Raja Zulkarnain adalah jelas di dalam Al -Quran  (surah al-khafi ayat 94-99) dan beberapa buah hadis rasullallah s.a.w.

walaupun sulit akal kita untuk menerimanya  tetapi ia adalah benar kerana telah di sebutkan di dalam Al-Quran dengan jelas.
*jadi bangsa yakjuj dan Makjuj ini akan keluar dari tempat tahanan mereka ,setelah mereka berjaya menembusi dinding tembaga yang telah di bina oleh Raja Zulkarnain sebagai penghalang mereka untuk keluar.
        Dengan itu ,mereka tidak dapat keluar sehingga hampirnya hari kiamat nanti .sehingga pada waktu itu dinding yang kuat akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa itu dari kediaman mereka ,lalu kembali membuatkan kerosakan di atas permukaan bumi ini.Apabila peristiwa ini akan terjadi maka bererti hari kiamat sudah dekat sekali.

WALLAHUA'LAM






NYANYIAN ,BERZIKIR ,MENARI DALAM ISLAM..


TASAWUF

MUTIARA KATA: 
"ORANG YANG BERSUKA KATA JUJUR AKAN MENDAPATKAN TIGA PERKARA :
KEPERCAYAAN, CINTA,DAN RASA HORMAT ."
(SAYIDINA ALI bin ABI THALIB k.w.j

          As-Sima' ialah istilah tasawuf yang di gunakan bagi merujuk kepada mendengar syair -syair yang indah dan merdu yang meagungkan Allah s.w.t dan jujungan Baginda s.a.w. Pada asalnya ia di dendangkan oleh seorang penasyid utama iaitu (QAUWAL) manakala yang lain mendengar nya atau mengikutinya .
      Kini ia berkembang dan berubah iaitu ahli majlis akan berdiri di hadapan sekali bertindak sebagai penasyid yang menentukan syair dan rentak Qasidah manakala yang lain mengikutnya.
       Nyanyian tanpa unsur -unsur melalaikan (lagha) di hukumkan harus oleh para fuqaha .Bahkan nyanyian tanpa unsur melalaikan (lagha) di hukumkan harus oleh para fuqaha .Bahkan nyanyian yang bertujuan untuk merangsang kerinduan pada alam akhirat dan keghairahan kepada keredhaan Allah s.w.t.

    ANAS BIN MALIK meriwayatkan ,selepas itu UMAR AL KHATTAB  muncul dan apabila beliau melihat ada tarian dan nyanyian di dalam Masjid Nabawi ,beliau lantas megambil batu -batu kecil dan membalingkannya ke arah penari agar mereka berhenti .Apabila baginda s.a.w merasa bantahan Umar r.a ,Baginda berkata kepada UMAR r.a ",Biarkan mereka, Wahai UMAR r.a ! Biar mereka bergembira dan aku tidak suka melihat wujudnya kejumudan dalam agama ini."
     Dalam riwayat yang lain ,Baginda s.a.w di laporkan berkata kepada penari dan penyanyi Afrika dengan kata-kata ,"Teruskan dengan duff dan tarian kamu ,wahai Bani Arfidah ! agar kaum yahudi dan kristian mengetahui ada kelongaran dalam agama kita."

suara yang merdu merupakan anugerah Allah s.w.t .Baginda s.a.w sendiri memerintah agar Al-Quran di bacakan dengan suara yang elok seperti mana mafhum hadis ,"
"elokkanlah bacaan Al-Quran  dengan suara kamu .Sesunguhnya ,suara kamu yang elok akan menambahkan kecintaan Al-Quran".

~ALHAMDULLILAH~

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN

ALHAMDULLILAH..memang baik sekali doa ini untuk kita di kongsikan banyak faedah dan kelebihan akan di perolehi menjelang akhir tahun ni dan awal tahun,Jadikanlahn ia sebagai amalan  dan rujukan .




DOA AKHIR TAHUN
*Di baca tiga kali tatkala menjelang berakhir tahun baru Islam,boleh di lakukan sesudah Asar atau sebelum masuk waktu Magrib di hari terakhir bulan Zulhijjah sama ada pada tarikh 29 atau 30 zulhijjah sewaktu tahun tersebut. Sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat perlindungan Allah s.w.t dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun terbelakang....* ...


DOA AWAL TAHUN


*Dibaca ketika menjelang masuknya tarikh satu muharam ,Doa ini adalah rentetan daripada doa akhir tahun yang telah di baca di penghujung waktu Asar hari terakhir pada 29 atau 30 zulhijjah tahun sebelumnya
              .* SESIAPA MEMBACA DOA INI Syaitan berkata: Telah aman anak adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan." In shaa Allah dengan membaca doa ini akan terpelihara daripada godaan syaitan sepanjang tahun mendatang..

WALLAHU ALAM......

Sajak : DIARI HATI ..

Diari hatiku...
Ku lihat ke hadapan
Ku tundukkan diriku rasa malu
Ku rendahkan diri ini..
Kerana ku insan berdosa
Ku sesalkan setiap sesalan ku..
Cinta Allah..
Cinta Pada Rasullulah..
Layakkah aku berada di hatimu
Sedangkan diri ini jahil
Zalimi diriku .
Diari hatiku..
Janjiku padamu hakikat seluruh jiwa sehingga masanya kau seru hujung nyawaku..
Kaulah
Cintaku padamu bagaikan air di tandus sahara..
Subahanallah...
Apakah kau akan terima??
Kesunyianku mengingatkan dosa semalam..
Dan hati rawan ini bimbang akan di singkirkan..
Hiasan gundahku
Hanya mampu berserah...
Reddha fitrah kehidupan ini..
Dan inilah rayuan taubatku..
Ya Allah Ya salam,Ya Basith,
Kau kurniakanlah ketenangan
Serta kelapangan ..
Hanya engkau menyayangi ku
Selama ini,bukanlah manusia..
Duhai penciptaku...
Bantullah daku..
Agar Rukukkan hamba kepada mu..
         
~MUZIUM PADI~

SIFAT HATI YANG DIMURKAI ALLAH

SIFAT HATI YANG DI MURKAI ALLAH


Ketahuilah saudara ku sahabat handai yang di kasihi...
kurniaan hati kepada makhluk  ciptaan Allah S.W.T yang bergelar insan adalah satu nikmat yang sangat 
besar.Setiap perbuatan insan,akan didahulukan dengan gerakan atau lintasan hatinya.Sukar untuk insan hidup dalam keadaan  yang bahagia dan gembira jika tidak di kurniakan oleh Allah S.W.T iaitu sekeping hati yang tenang.

             Punca utama kerosakan hidup seseorang sebagai mukmin ialah hatinya yang dalam kegelapan  dan tidak di sinari NUR ALLAH S.W.T. tahukah kamu mengapakah sukar bagi cahaya petunjuk tersebut meresap dalam hati mereka? maka antara sebab utama ialah hati tersebut telah di murkai oleh ALLAH S.W.T.

ketahuilah saudara ku sahabat handai yang di kasihi,
demi mencapai kesempurnaan,kita juga harus mengetahui dan memahami sifat-sifat hati yang di murkai ALLAH S.W.T bagi mengelakan kita daripada tergolong salah satu daripadanya.
  1. Hati yang lalai serta leka.
  2. Hati yang keras 
  3. Hati yang membeku
  4. Hati yang tidak malu bermaksiat
  5. Hati yang tidak terpaut dengan pembacaan kitab.

HATI YANG LALAI SERTA LEKA
      Firman Allah s.w.t dengan jelas mengingatkan kita jangan mengikut jejak langkah kaum-kaum terdahulu yang telah di azabkan oleh Allah s.w.t atas sebab kelalaian mereka mengingati nya.Peringatan tersebut dapat di lihat melalui firmannya yang bermaksud :

"Dan janganlah engkau turuti kaum-kaum yang kami (ALLAH) Telah lalaikan hati mereka daripada mengigati kami.Lalu ianya tunduk kepada hawa nafsunya,maka jadilah urusannya itu sia-sia belaka (tiada berguna)".
(surah al -kahfi :ayat 28)

didiklah hati supaya peka dan patuh dengan seruan agama Allah s.w.t. letakan tugasan pertama yang wajib di laksanakan oleh ibadah dan suruhan yang di wajibkan olehnya maka barulah hati akan tergolong orang yang bertakwa serta mendapat kedudukan yang tinggi di sisinya.


HATI YANG KERAS
 Amat bahaya bila hati kita sampai ketahap ini.
Firman ALLAH S.W.T :
"Allah telah megunci (menutup ) hati mereka ,begitu juga(di tutup) akan pendengaran mereka dan juga di tutup penglihatan mereka,dan bagi mereka seksa yang pedih."
(surah al-baqarah)

Inilah akibatnya apabila Allah menutup pintu hati insan dari menilai kebaikan,mendengar peringatan dan melihat kebenaran.oleh sebab itulah hatinya tidak pernah lembut dalam memperingati Allah S.W.T. maka menyebabkan di murkai olehnya.Sebaliknya hati yang beriman akan sentiasa dalam keadaan yang sangat lembut dan tenang.sifat hati ini telah di tunjukan oleh Rasullah s.a.w sendiri,iaitu baginda seringkali menangis saat mendengar peringatan Allah s.w.t.


HATI YANG MEMBEKU 
     Jika kita merenung secara mendalam ,kita akan mengetahui bahawa bukti kebesaran Allah s.w.t ada di mana-mana sahaja termasuklah diri kita.Lantas ucapan setinggi -tinggi pujian ke atas Allah s.w.t dengan penuh rasa rendah diri sesuai dengan status sebagai seorang hamba Allah s.w.t perihal hati sebegini lah yang akan di sayangi oleh Allah s.w.t.
      Berlawanan hati golongan yang rosak keimanan mereka.tidak bermakna langsung bukti kebesaran Allah S.W.T  Sekadar memandang atau melihat mengunakan mata ,tetapi tidak di turunkan isi penglihatan ke dalam hati untuk di jadikan sesuatu penghayatan terhadap kebesaran Allah s.w.t.
Hati mereka ini langsung tidak berasa takjub dan teruja melihat ketentuan ,kejadian mahupun ciptaan Allah s.w.t yang wujud di sekeliling mereka.Keadaan hati yang membeku sebeginilah yang hampir di  murkai  ALLAH S.W.T.


HATI YANG TIDAK MALU BERMAKSIAT
          kita sememangnya wajib  untuk bersyukur .Antara kesyukuran yang terbaik dapat di lakukan oleh kita ialah mengelakan diri daripada bermaksiat kepada Allah s.w.t.
maksiat yang dilakukan oleh manusia adalah kelemahan hati yang tipis imannya.Insan yang berani bermaksiat kepada Allah s.w.t  setelah mengunakan nikmat pinjaman Allah ,sebenarnya golongan makhluk tidak berasa malu kepadanya.ketahuilah sebab kehancuran nilai keislaman yang wujud dalam diri insan apabila di cabut rasa malu .

SABDA RASULLULAH SAW:
"sesunguhnya jika Allah s.w.t mahu menghancurkan hambanya pasti dia akan mencabut rasa malu dalam dirinya,maka kamu tidak akan menjumpainya melainkan orang itu membenci dan di benci ."

         Maka,amat malanglah jika yang membenci dan memurkai insan tersebut dan hatinya ialah ALLLAH S.W.T.



HATI YANG TIDAK BERPAUT KEPADA ALLAH
          Hati yang tidak langsung tertarik dengan kitab Allah ,jangankan mahupun membaca serta menghayati intipati kandungan al-Quran ,mendengar bacaan al-Quran pun kadang kala menimbulkan tidak selesa dalam hati mereka.Cuba kita fikirkan insan mampu mendengar alunan muzik sampai berjam-jam tanpa rasa jemu atau bosan.

RASULULAH SAW :
"Perumpamaan seorang mukmin yang rajin membaca al-Quran adalah laksana utrujjah aromanya harum dan rasanya pun manis .Adapun misalan Mukmin yang jarang membaca al-Quran ,ibarat seperti kurma kering tak beraroma ,walaupun manis terasa .Perumpamaan munafik yang membaca al-Quran bak raihanah aromanya bagus tetapi rasanya pahit .Ada pun munafik yang tidak membaca al-Quran bagaikan hanzalah ,sedikit pun tidak wangi dan rasanya pun pahit."

*Jom muhasabah diri dan sentiasa berusaha untuk menperbaiki keimanan dalam hati kita supaya di jauhi dari kebencian dan kemurkaan Allah s.w.t.*  


JOM BERSELAWAT

SELAWAT ADNANINIYYAH
(BANI ADNAN)
Solla'alaikallah huya adnani.

Firman Allah bermaksud :
"sesunguhnya Allah dan para Malaikatnya berselawat (memberi rahmat) kepada Nabi Muhammad s.a.w oleh kerana itu wahai orang-orang yang beriman ucapkanlah
Salam dengan penuh kehormatan terhadapnya."
(surah Al-Ahzab ayat 56)

Cukuplah Allah sebaik-baik Penolong.
Barang siapa mencintai Allah pasti banyak menyebutnya dan mengingatinya,
Buahnya ia akan di ingat oleh Allah dengan pemberian rahmat dan Ampunannya.
Barang siapa mencintai Nabi S.a.w pasti ia banyak membaca selawat kepadanya ,
Buahnya ia akan memperoleh syafaat dan akan dekat dengan beliau di syurga.

SELAWAT ADNANIYYAH
(BANI ADNAN )

Solla'alaikallah  huya adnani
Allah telah berselawat atasmu wahai pemuda Adnani.

Ya Musthofa Ya saf watar rahmani
Wahai yang terpilih Wahai yang penuh Keikhlasan dan pengasih

Alhamdulilahi hilazi atthoni
Segala puji bagi Allah yang mengurniakan kepadaku.

Hazzal hunamat thoyyibal ardnani
Pemuda yang baik akhlaknya dan sifatnya.

Qad saa dahfil mahdi alal zil mani
Di didik dan di muliakan sejak dari dalam buaian

Uiz Zuhu bibaiyati zil arknani
Di lindungi di kaabah Baitullah yang mulia.

Hatta aro hubal lirul bunyani
Sehingga ia meningkat dewasa

Antallazi Sunni kahfi qurranni
Engkaulah yang telah di sebutkan (di namakan) di dalam Al-Quran

Ahmad dumathuhu alal ja nani
Ahmad yang tertulis di langit

Solla'alaikallah hufill ahyani
Allah sentiasa berselawat atasmu sepanjang Masa

Ahmad duhu fissil riwal burhani
Terpuji secara sembunyi mahupun nyata

Haqqal alal Islam miwal imani
Yang benar-benar berhak ke atas Islam dan Iman

Ya Rabbana bil mustafal adnani
Ya Rabb,kami bertawasul dengan berkat yang terpilih Mustofa pemuda Adnani

Igfiru zunu bi summa aslah shanni
Ampunkanlah dosaku dan perbaikilah kebuntuan akalku.

Semoga Allah memberi kekuatan untuk kita mentarbiyah diri dan hati.Semoga kita sentiasa Istiqomah di jalannya.. Wassalam

6 TIPS RUANG TAMU SEMPIT tetap menarik!!!

Macam mana nak menghiasi ruang tamu rumah dengan penuh berseri..Dengan penuh berseri dan mampu mengubah penampilan ruang secara drastik..Namun ruang itu haruslah di hias bagi mewujudkan suasana tenang.

Berikut 6 cara mengatasi ruang tamu lebih selesa..

1.PILIH WARNA CAT DENGAN BETUL
Saya galakkan mengunakan warna cool yang lebih berkesan untuk membangkitkan kelembutan dan ketenangan dan warna siling yang di pilih perlu lebih cerah berbanding warna dinding.Ini membuatkan ruang tamu nampak luas ..kombinasi warna cat matte dan glossy untuk nampak lebih cantik.Gunakan cat glossy sebagai trimming di bahagian tingkap dan pintu.

2. MENGATUR LAMPU HIASAN DAN CERMIN

Untuk menampakan lagi keluasan ruang tamu ,gunakan beberapa jenis lampu bersama cermin muka di bahagian dinding.Sebuah cermin besar dengan pencahayaan penuh atau cermin -cermin kecil yang di tempat strategik akan mengubah pemandangan ruang tamu.

3.MENYUSUN PERABOT

Menyusun perabot di ruang tamu yang kecil sememangnya mencabar .Tambahan pula ,ruang tersebut mempunyai pelbagai kegunaan dan kemudahan untuk pemilik rumah .Dengan itu,cuba susunan perabot yang di luar kebiasaan sebuah ruang tamu.Yang penting fungsi ruang tamu kamu masih dikekalkan.

4.MEMILIH TEMA DEKORASI

Pilih tema hiasan kamu berpandukan warna ,Stail dan bentuk (pattern) yang kamu suka.Gunakan dekorasi dan perabot saiz kecil dan menambahkan beberapa gambar yang paling di sukai sahaja.

5.MEMILIH BARANG PERHIASAN DAN PERABOT
Terlalu banyak item yang bersaiz kecil hanya membuatkan ruang tamu kelihatan sesak jadi gunakan hanya perlu sahaja.Contohnya,lebih baik mengunakan hanya beberapa perabot besar mengantikan sejumlah perabot kecil yang ada di situ atau gantikan beberapa gambar berbingkai di gunakan satu gambar berbingkai yang besar.

6.MENGANTUNG LANGSIR

Megantung langsir dari siling hingga ke lantai adalah satu idea  yang baik untuk ruang tamu sempit .Gantung langsir daripada fabrik  lembut untuk penampilan yang lebih formal ok...

RUMAHKU SYURGAKU... Cukup dengan hiasan ringkas untuk mewujudkan suasana tenang..