SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

PELIHARALAH DENGAN NIKMAT BERSYUKUR...

ALHAMDULILAH...
Dengan Selawat dan Salam keatas Rasullulah ku bersyukur dengan nikmat Allah..Ketahuilah sekali berselawat ke atas Rasullulah s.a.w
Maka Allah s.w.t akan berselawat ke atas diri kita dengan 10 kali selawat..

    Nikmat Allah s.w.t bermacam-macam bentuk sama ada lahir atau batin .Dapat di lihat atau tersembunyi .Hanya manusia sajalah yang kurang pandai memelihara dan menghargai nikmat,sehingga ia merasai seolah-olah belum di berikan sesuatu pun oleh Allah s.w.t.

    Mata yang boleh melihat ,telinga berupaya mendengar dan akal mampu berfikir semua itu adalah nikmat Allah yang begitu berharga.Tanpanya adakah manusia mampu hidup dan sempurna?? Renung-renungkanlah.

Bersyukurlah melalui hati,lidah dan angota badan.
HATI
Mengakuilah dan menyedari sepenuhnya bahawa segala nikmat yang di perolehi berasal dari Allah S.W.T dan tiada seorang pun selain Allah S.W.T yang dapat memberikan nikmat itu.

LIDAH
Mengucapkan secara jelas ungkapan rasa syukur itu dengan kalimah Alhamdullilah (segala puji bagi Allah)

Angota Badan
Mengunakan nikmat  yang di berikan oleh Allah S.W.T ke arah perkara yang baik dan di redhai Allah S.W.T bukan ke arah maksiat.

Dengan bersyukur ,Allah menjanjikan untuk menambahkan nikmat itu,Manakala jika memilih untuk kufur ketahuilah Allah mengingatkan bahawa azabnya amatlah pedih.

Allah juga berfirman bermaksud:
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan dia( Allah)
Mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran)supaya
Kamu bersyukur."
(surah an-Nahi:16)

Nikmat yang besar bagi manusia adalah nikmat iman.Orang yang kufur nikmat Allah S.W.T adalah orang yang mengunakan nikmat Allah ke arah ke maksiatan
Seorang itu di kira bersifat angkuh terhadap Allah s.w.t .Jika ianya berasa bahawa semuanya yang ada padanya adalah kerana kepandaian dan hasil usaha diri manusia itu sendiri.
   ketahuilah.perasaan ini memudaratkan tauhid dari dalam jiwa manusia.Oleh sebab itulah kita sebagai makhluk Allah S.W.T yang senantiasa mengharapkan keredhaan-Nya di harapkan di beri kesedaran dalam mensyukuri nikmat yang sunguh besar yang telah Allah S.W.T berikan kepada kita serta Allah S.W.T berjanji akan menambah nikmat kurnianya jika manusia bersyukur.

REDHALAH....
Sebaiknya belajarlah erti redha supaya kita manusia tidak mudah hanyut,dan leka .Setiap ujian pasti ada hikmahnya.

Pohonlah tambahan dari kurnia-Kurnian Allah itu  sebanyak yang perlu kerana perbendaharaan langit dan bumi itu adalah dalam gegaman Allah S.W.T dan segala rezeki sesuatu ada di dalam kekuasaanya.
    Allah mengerakkan setiap sesuatu menurut kehendaknya sendiri,sedangkan Dia Maha berkuasa atas segala sesuatu.
Tidak ada manusia yang rasa dirinya gah mampu keluar dari dunia ini dan mencipta satu dunia lain berdasarkan kemahuan sendiri .Tidak ada manusia yang begitu kuat sehingga berupaya menahan malaikat Izrail dari mencabut nyawanya!
    sebelum luluhnya sebuah impian untuk menghuni syurga dengan penuh kenikmatan yang tidak tercapai oleh akal manusia untuk membayangkannya.Maka bersyukurlah,Ingatlah Allah banyak-banyak pada waktu pagi,siang mahupun malam ,ketika senang ataupun susah.

Sentiasalah ingat firman Allah yang bermaksud:
,"Oleh itu,ingatlah kamu kepadaku (dengan mematuhi hukum dan peraturan -ku) supaya aku membalasmu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepada ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmatku),"
(surah al-Baqarah:152)

Allah memiliki segalanya ,Ingatlah padanya dengan mematuhi segala suruhan dan meningalkan segala larangan Nya .kemudian bersyukurlah dan jangan menjadi orang yang kufur.Jangan jadi manusia yang sombong yang tidak pandai berterima kasih kepada Allah S.W.T.
sesunguhnya manusia memerlukan Allah tempat bergantung harap.tetapi Allah tidak memerlukan manusia untuk memberi rezeki kepada-Nya.

       ~ ALHAMDULLILAH~

PUISI:JANGANLAH KAU LUPA AKAN SOLATMU...

SAHABATKU..

Ambillah waktu membaca
Itulah dasar kebijaksanaan
Jagalah solatmu
Demi memenuhi kewajipan
kewajipan seorang muslim
berkiblat mengadap LILAHI RABBI

SAHABATKU...

Jadilah insan yang berguna
Janganlah leka
Janganlah kau abaikan
Apabila terdengar laungan Azan
singgahlah di Masjid
Di tepi jalan segerakan solat mu
Mengapa  tak menghiraukannya
sebaliknya kau teruskan
perjalanan mu
Malahan melewatkan waktu solat...

YA ALLAH..
Betapa tegarnya kita
Betapa kebalnya diri kita ini..
Hebatkah kita..??
Sehebat seperti akan hidup
1000  tahun lagi...

SAHABATKU...
Andainya engkau malas
aku menyeru
serulah nama 99 kalimah Allah itu
Moga kau tidak akan lupa lagi
setiap peraturan hidup ini..
Berdoalah memohon petunjuk
Pasrah berserah diri
mendekatkan hati Pada Allah
Maha Memberi ...

YA Allah..
kau pancarkanlah cahaya YA NUR..
YA HADI agar daku sentiasa
Di dalam jalan kebenaran..

YA Allah..
Alirkanlah cintamu
YA WADUD kedalam hati kami
agar kami hanya mencintaimu
Melebihi cinta kami
Pada sekalian Makhlukmu..

YA Allah..
Alirkan sifat kasih sayang mu
YA RAHMAN YA RAHIM
ke dalam diri kami
Agar kami mengasihi
antara satu sama lain
tentunya mengikut syariat mu..
TERIMA KASIH
YA ALLAH YA SYAKUR
Di atas segala nikmat kurniaanmu
Yang tidak terhitung ...

SAHABATKU...
Solatlah
Jangan sesekali kita meningalkanya
jagalah solatmu
seakan kita hidup hari ini..
Dan esok pastinya belum tentu
Milik kita...

KEUTAMAAN ILMU

Daripada Kathir bin Qais meriwayatkan :Aku duduk di sisi Abu Darda ; aku datang dari Madinah ,Kota Rasullulah s.a.w hanya semata-mata kerana satu hadis yang aku di maklumkan engkau meriwayatkan daripada baginda.
Berkata Abu Darda ;"Apakah engkau datang kesini dengan niat untuk berniaga ?" Dia menjawab ."Tidak."lalu Abu Darda berkata ;sesunguhnya aku mendengar Rasullulah s.a.w bersabda sesiapa yang berjalan keluar untuk menuntut ilmu ,nescaya Allah memudahkan jalanya menuju syurga .Para Malaikat akan menghamparkan sayap sebagai tanda redha dengan penuntut ilmu.Semua yang di langit dan di bumi akan memohon ampun untuk penuntut ilmu sehinggakan ikan di lautan .Keutamaan seorang alim ke atas seorang Ahli ibadat seumpama keutamaan bulan di bandingkan kesemua bintang-bintang .Ulama itu pewaris para Nabi ,para nabi tidak mewariskan dinnar atau dirham tetapi mewariskan ilmu.Sesiapa yang megambil warisan tersebut maka dia telah memperoleh keuntungan yang besar."
(Riwayat al-Tarmizi)

Dari keterangan hadis ini,dapat kita megambil kesimpulan bahawa Islam amat mengutamakan kedudukan ilmu dan  ulama.Islam amat mengalakan penganutnya agar menimba ilmu pengetahuan.Dengan ilmu ,manusia akan lebih bertambah maju dan bertemadun.

*ALIM LEBIH BAIK DARIPADA ABID*
Sebagai pengetahuan 

Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasullulah s.a.w bersabda :
"Seorang alim lebih di takuti oleh syaitan daripada seribu seorang abid.
"(Riwayat al-tarmizi)"
    
seorang yang alim akan beramal dengan ilmu ,sedangkan seorang abid itu berkemungkinan beramalkan sesuatu itu tanpa penghayatan ilmu .Oleh itu ,Keterangan hadis di atas adalah tepat sekali bahawa
"keutamaan seorang alim ke atas seorang ahli ibadat seumpama keutamaan bulan di bandingkan kesemua bintang-bintang."

Memandangkan golongan orang yang alim lebih mengenal Allah dan sifat-sifatnya serta mengetahui halal dan haram.maka manusia yang tinggi darjatnya di dunia ini adalah Ulama dan berilmu.

MY PAINTING

Top FiVe..boleh lah..


Di antara koleksi-koleksi my painting. nanti try buat permandangan tunggu akan datang..hehe:-)

Jom Diet:8 tips Diet tanpa gagal.

Arrgghh..susahnya nak berdiet macam orang lain baru seminggu dah berhenti separuh jalan ..Macam mana nak kurus kalau macam tu semangat pun tak kuat..jom kita capai target diet hmmm..

JADIKAN PENIMBANG BERAT BADAN SEBAGAI RAKAN KARIB

Angaplah penimbang berat itu sebagai kawan kamu dan bukannya musuh.cuba timbang berat badan setiap hari sekali di waktu pagi di situ kamu akan dapat melihat bagaimana graf berat badan kamu sepanjang itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu sebelum ini.

SENARAIKAN SETIAP MAKANAN YANG KAMU MAKAN
kamu perlu menulis berapa jumlah makanan supaya kamu tahu jumlah kalori yang di ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan harian.Cara ini akan membuatkan kamu sentiasa berhati-hati dalam memilih makanan.

TULIS TARGET DI TEMPAT YANG MUDAH KAMU LIHAT
   Tulis dan letakkan di tempat yang sering kamu nampak seperti monitor komputer ,peti sejuk,dalam dompet,atau pun di depan cermin .Target itu tidak semestinya tentang berat badan malah target lain seperti minum air kosong secukupnya,makan buah-buahan atau tidur lapan jam sehari!
    Beritahu rakan karib tentang target supaya mereka boleh mengingatkan kamu sekiranya terlupa.

AMBIL SARAPAN SETIAP HARI
   pegambilan sarapan dapat membantu kamu dapat meningkatkan kadar metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimun .Apa yang kamu ambil semasa sarapan sangat penting .
    Pilihlah makanan yang megandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti Oat,roti dan emping.

MINUM AIR YANG SECUKUPNYA
     Mereka yang minum air kosong secukupnya akan megambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air.Selain air kosong .kamu juga di sarankan minum air yang rendah kalori seperti teh,air limau dan jus buah-buahan segar.

RANCANG SNEK DALAM PEMAKANAN HARIAN
    sesetengah orang menjaga makanan yang di ambil semasa makan tengahari dan makan malam .Tetapi yang menjadi masalahnya terdapat juga mereka yang tidak menjaga kuantiti snek mereka yang ambil ketika mereka lapar.
   Oleh itu,kamu di galakkan merancang snek yang ingin kamu ambil dan kira berat kuantiti kalori snek tersebut .

PILIH PENCUCI MULUT RENDAH KALORI.

Jika teringin makan makanan yang manis ,eloklah memilih pencuci mulut yang rendah kalori seperti dark chocolate atau yogurt rendah lemak.
   selain itu,menyimpan stok sugar free chewing gum apabila kamu terasa lapar di tengah-tengah malam.

MAKAN MALAM DENGAN TENANG

Elakkan makan dengan cepat semasa makan .Kajian membuktikan mereka yang makan dengan perlahan dan tenang ,cenderung untuk berasa kenyang dengan cepat kunyah makanan perlahan-lahan  dan nikmati makanan yang di makan itu dengan sebaiknya.

PUISI:SINAR HAYA'(rasa malu)

Muslimah..
Allah cinta kepada mu Rasullulah kasih padamu subahanallah... Berhijablah..
kenapa perlu berhijab?
ketahuilah..
Hijab itu adalah ketaatan
ketaatan pada Allah dan Rasul
Hijab itu adalah kesucian
Hijab itu adalah takwa
Hijab itu adalah iman
Hijab itu pelindung
Hijab itu haya'
tentu cantik dengan berhijab
Jagalah Mahkota mu
biar di pandang jelek
tetapi cantik di pandangan Allah
Biar di dunia ini tak senang
Akhirat tentunya B.A.H.A.G.I.A

Ketahuilah..
wahai Muslimah..
Aku menasihati atas dasar
keikhlasan dan sayang ke atas mu
Jangan kau terus hanyut
Hanyut seperti kayu yang mati
Deras Di bawa alir
tanpa arah tujuan mu

Wahai Muslimah..
Cantik Akhlak mu bak bidadari
Allah tidak akan menerima ibadah
sehingga perempuan itu
Menjaga aurat menutup aurat mu
ketahuilah..
Allah tidak akan menerima solat
sehingga ia berhijjab
Kata-kata nasihat H.R -THABRANI
menjadi panduan sebagai Teladan

Wahai Muslimah..
Tanamlah sifat iman mu
Demi maruah mu
Demi keperibadian
Demi kesopanan
Demi Akhlak mu
Tak Terbayang nikmatnya syurga
Jika kita tidak lalai,
Tentu teguh imanmu
walaupun tersembunyi.

Bicara Ad-Din:AL-KISAH

Kisah wanita yang Membenci
Nabi Muhammad s.a.w

Membenci Rasullulah

    "Aku benci dengar namanya.Aku sunguh-sunguh tidak mahu mendengar namanya lagi!! kalau aku menerus menetap di negeri ini ,Pasti namanya itu akan sampai ke telinga ku,"keluh seorang wanita tua sambil membawa beberapa karung (beg) berisi barang-barang miliknya dengan niat berpindah dari situ.
      wanita tua itu bertekad berpindah memandangkan dia tidak menyukai seorang manusia mulia.Dimana-mana orang bercakap tentang diri si Mulia itu.
perkara itu membuatkan dia tidak selesa tinggal di negeri itu.Dalam panas matahari yang membelah kepala,dia sekuat kudrat mengheret karung yang penuh dengan barangan miliknya sehingga kesan heretan karung itu jelas kelihatan pada lantai padang pasir tersebut.

Pemuda tawar bantuan
    Melihat keadaan wanita tua itu yang terumbang-ambing tersebut,tergerak hati seorang pemuda menghulurkan bantuan.
     Tanya pemuda tersebut "Wahai mak cik kemanakah arah tujuan makcik ?sekiranya makcik membenarkan saya membawa karung makcik ,saya boleh bawakan untuk makcik."
    wanita tua itu pun berkata "Makcik tidak tahan mendengar nama Muhammad (s.a.w).Di mana-mana nama dia bermain di bibir orang .Makcik benci mendengar nama Muhammad (s.a.w) sebab itulah makcik mahu pergi jauh dari negeri ini."katanya lagi.
    "Kalau begitu biarlah saya tolong bawakan karung ini,sehingga makcik sampai ke tempat tujuan ,"pemuda itu menawarkan bantuan kepada wanita tua tadi.

Tahan Cercaan
     Sepanjang perjalanan pemuda itu telah di sajikan dengan pelbagai cercaan demi cercaan mengenai Muhammad .Tiada satu pun yang baik dan semua buruk-buruk belaka.Pemuda yang membawa barang itu sepanjang perjalanan hanya diam dan mendengar dengan penuh tekun.
       Pesan wanita tua itu,"wahai pemuda yang baik hati ,kamu telah menolong ku di kala tiada siapa yang datang membantuku untuk membawa barang ku ini.Ramai pemuda gagah telah melewatiku ,namun tiada siapa yang membantuku melainkan kamu.Untuk membalas jasa mu aku ingin berpesan kepadamu dengan pesanan yang penting .Dengarlah baik-baik ,Jauhilah dirimu dari Muhammad (s.a.w) Siapa kamu????"

"Apakah makcik pernah jumpa Muhammad (s.a.w)Sebelum ini ?"Tanya pemuda tersebut .

"Tidak,belum pernah bertemu dengannya,"Jawab wanita tua tersebut .

      Pemuda itu hanya semyum dan meminta izin untuk kembali ke Mekkah memandangkan destinasi wanita itu telah sampai.
"wanita jenis apakah aku ini? pemuda itu telah menolongku tanpa di minta dan telah bersusah payah membawa karungku ini,tetapi aku tidak pun mengucapkan terima kasih atau menanyakan namanya?"bisik wanita tua menyalahkan diri nya.
    "Wahai pemuda yang baik hati siapakah nama mu?"
"MUHAMMAD IBNI ABDULLAH(saw)",jawab pemuda itu lembut.

Peluk Islam
    Wanita tua itu terasa langit terbelah dan jatuh ke atas kepalannya .Dia tidak percaya pada apa yang telah berlaku padanya .
    "Apakah benar kamu Muhammad?Tidak mungkin kamu Muhammad (s.a.w) kerana tiada satu berita baik pun yang sampai kepadaku melainkan semuanya adalah yang tidak elok mengenainya .Tetapi kamu wahai pemuda yang baik hati.Kamu sunguh-sunguh berakhlak Mulia  dan bersifat kasih .Apa kamukah  yang telah ku cerca sepanjang perjalanan?Bagaimana orang musyrikin Mekah sampai hati mencerca sepanjang perjalanan?Bagaimana orang Musyrikin Mekkah sampai hati mencerca mu sedangkan kamu Al-Amin yang pernah muncul pada kalangan kami??

Bersaksikan kamu,aku mahu memeluk agama sucimu ini."
     Pada masa itu juga wanita tua itu mengucap Kalimah Syahadah beriman kepada Allah dan Rasulnya yang mulia Muhammad (s.a.w)

Ucapan selawat dan salam keatasmu YA RASULLULAH sesunguhnya kami merinduimu.

PUISI..Mohon Dan Pinta

Terdengar Ku suara Azan..
bergema takbir menjelang pagi..

Dalam kelam menadah sebagai tanda ampunan

Dalam ibadah Serba kekurangan ..
menunduk tanda kerendahan

Tanda mengingati mu Agar engkau tunjuki jalan lurus ke hadapan
memohon hidayah agar penuhi dalam dadaku
agar limpahi jalan penuhi sabar..
tanda akhiri harapan..

pada kasihmu
buat junjungan sepanjang jalan..

PUISI: BICARA SAYUKU UNTUKMU..

Teman,
sudilah kau mendengar
bicara sayu..
Luluhnya hati bila ku merindui mu
Mengapa menyepi,
Ketika ini,
kiranya aku bersalah,
Jika keterlanjuran maafkan aku...

Teman,
kau begitu jauh ...
jauh dariku...dari pandangan ku..
Ku lihat langit
menadah Kedua belah Tanganku
di susun jari jemari kecil ku ini.. hanya mampu berdoa...
Demi,
kekuatan semangat...
semangatku semangatmu jua..

Janganlah kau bersedih
Allah bersama mu..

Semestinya bersama kita Juga.. Dialah ALLAH maha mentakbir Sekelian Alam... Teman, Jangan kau biarkan aku di dalam kehausan kasih dan sayangmu...

Teman,
kuatkan semangat
Dalam menempuh tiap dugaan
Akan ku sentiasa berdoa
setiap kejayaan mu...

VARIASI KURUNG TRADISIONAL

Teringat le pulak lagu Raya hehe bila sentuh bab nie"SEPASANG KURUNG BIRU" ini menbuktikan baju kurung mempunyai kelebihan tersendiri apatah lagi memberi impak anggun,kesopanan pada si pemakai..
Baju kurung juga menjadi perkara wajib pada hari  kedatangan syawal,perubahan zaman dan melalui revolusi tersendiri.

1.BAJU KURUNG TELUK  BELANGA(Baju Kurung Standard)
Baju kurung Teluk belanga atau Baju kurung  Johor mula di perkenalkan semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar.Ketika itu Almarhum bersemayam di Teluk belanga Singapura dan berpindah ke Tanjung Puteri pada tahun 1866(Kini di kenali Johor Bharu)Almarhum menetapkan supaya baju Perempuan labuhnya hingga bawah lutut dengan alas lehernya halus dan tidak berkocek.
     Terdapat pelbagai bentuk sulaman yang di padankan pada bahagian leher seperti mata lalat,Tulang belut dan insang pari.Semasa pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu bakar pakaian tersebut telah di ubah mengikut cadangan Allahyarham Jaafar bin Haji Muhammad,Menteri besar Johor pertama.Beliau menambah satu kocek pada baju perempuan .Hari ini ,Baju teluk belanga menjadi sinonim dengan baju kurung tradisional yang berpotongan standard.

2.BAJU KURUNG CEKAK MUSANG
    Baju Kurung Cekak Musang adalah sama dengan baju kurung Teluk belanga Kecuali Pada bahagian lehernya.Leher Baju Kurung Cekak Musang ada Kolar.
Kolar tersebut hanya selebar satu jari dan kedudukan menegak.Pada bahagian hadapan kolar ada bukaan panjang yang berkancing.Potongan baju ini di percayai menerima pengaruh dari india dan China.

3.BAJU KURUNG KEDAH

Baju kurung kedah di percayai berasal dari Selatan Thai ,Kerana Baju tersebut menyerupai blaus pendek di buat singkat sampai ke paras punggung di selatan Thai.Baju kurung Kedah terdiri daripada kain cita(kapas) yang berbunga kecil ataupun kain kasa tebal atau nipis yang jarang serta potongan leher bujur sirih.
     Baju Kurung Kedah di pakai bersama kain sarung di ikat ambak mengalur dan di masukkan sebelah kiri atau kanan.Baju kedah boleh di sifatkan sebagai pakaian seharian atau pakaian basahan.

4.BAJU KURUNG MELAKA.

Pakaian tradisional wanita melayu melaka pula selesa mengenakan baju kurung teluk belanga dengan menpunyai hiasan dada di hiasi sibar layang(tambah atau lapisan pada tepi baju )dari baldu bertekad manik dan labuci.

5.Baju kurung Pahang

Baju kurung Pahang atau di kenali baju kurung Riau Pahang pula menyingkap pertalian sejarah antara kedua-dua negeri,Riau dan Pahang.Riau berjauhan,perhubungan Politik dan sosial budaya yang terjalin sewaktu zaman Kerajaan Melayu Melaka terserlah dengan terciptanya potongan pakaian ini yang juga di kenali sebagai baju belah atau baju kebaya Turki.Berbeza dengan pesak baju kurung kedua-dua bahagian tepi baju kurung Riau Pahang berpesak kembang  yang di sambungkan kekek gantung.Baju berkolar tinggi ini amat menarik sekali di pakai dengan tujuh atau sembilan butir butang.

6. BAJU KURUNG MODEN

Rekaan baju kurung moden lebih kotemporari tetapi masih mengekalkan ciri -ciri keasliannya.Olahan para pereka kini mula menumpukan pada perincian seperti sulaman ,Kerawang,manik,batuan,dan renda yang memberi sentuhan mewah pada baju kurung,Variasi material seperti satin ,Organza ,Sifon,sutera,batik dan linen memeriahkan lagi inovasi busana tradisi ini.

TIPS:KERJAYA

Berfikiran Positif kunci Kejayaan
Setiap orang pasti berasa takut untuk menghadapi Kegagalan kerana bukan mudah untuk meraih kejayaan .Namun ,Jika di pandang secara positif ,Kegagalan merupakan satu Aura untuk menaikan kembali semangat kamu untuk berjaya .Cuba Pandang ke Arah positif Daripada kegagalan tersebut dan cuba bina satu jambatan untuk kamu terus berjaya.

1- Kegagalan dan kejayaan adalah perkara yang sama .Apabila kamu sudah untuk melaluinya ,Kamu juga perlu bersedia untuk menghadapi kedua-duanya.

2- Seseorang yang takut pada kegagalan adalah seorang yang tiada keyakinan terhadap diri sendiri.

3- kegagalan dan kejayaan adalah perkara yang sama .Apabila Kamu sudah bersedia untuk melaluinya ,Kamu juga perlu bersedia untuk menghadapi Kedua-duanya .

4- Semakin banyak kamu mengalami kegagalan semakin dekat untuk kamu menghampiri kejayaan.

5-Jangan sesekali berputus asa jika kamu mengalami kegagalan kerana tanpa di sedari,Kamu sebenarnya telah megambil langkah pertama untuk berjaya.

6- kegagalan merupakan satu proses pembelajaran untuk kamu menjadi lebih berjaya dan yakin terhadap diri sendiri.

7-Semakin banyak kamu mengalami kegagalan semakin dekat untuk kamu menghampiri kejayaan.

8-Seorang yang berjaya akan berasa bangga untuk menceritakan kegagalan yang pernah mereka alami dan bagaimana mereka menghadapi berbanding kejayaan.

9-setiap kegagalan pasti akan membuka peluang kepada kejayaan yang baru kerana kamu akan sentiasa untuk perbaiki kesilapan lalu.

10-Tanpa kegagalan ,kejayaan seseorang tidak akan lengkap kerana jika kamu tidak mengalami kejatuhan kamu tidak akan merasai sukarnya untuk berjaya.

11-Gagal sekali tidak bermakna kamu gagal selamanya.Orang yang berjaya juga pernah mengalami kegagalan dan lihatlah bagaimana mereka bangkit untuk terus berjaya.

12-kegagalan akan membantu untuk mematangkan diri kamu dalam membuat keputusan pada masa akan datang.

PENGALAMAN BERNILAI berkerja sambilan

TIPS KAMPUS
Sekarang merupakan cuti semester bagi setengah pelajar universiti mahupun kolej Ermm
selain bercuti ,Apa yang boleh kamu lakukan ya??Apa kata ,kamu gunakan cuti semester nie dengan melakukan kerja sambilan atau parttime job.Percaya atau tidak banyak kelebihan yang kita perolehi Demi masa pasti tidak akan rugi dek masa terbuang begitu sahaja

Jom tinjau kelebihannya:

DAPAT MENGUTIP PENGALAMAN
Walaupun kadangkala pekerjaan yang kamu lakukan tidak lama dengan kursus yang kamu pelajari di kampus.Kerja parttime ini sebenarnya mampu memberikan pengalaman baru buat kamu.Pengalaman ini boleh menjadi Alat untuk menjelaskan erti kehidupan sebenar sebelum kamu benar-benar laluinya.

DI APLIKASI KAN DALAM PERKERJAAN AKAN DATANG.
Bukan mudah untuk memperoleh kerja sekarang.Pengalaman daripada bekerja sambilan mungkin boleh membantu kamu mengaplikasikan pengalaman tersebut untuk mengintai peluang pekerjaan kelak.

MELAHIRKAN NILAI MURNI
Tugas di tempat kerja mampu membina jati diri kamu,Hal ini kerana ,kerja memerlukan kamu menepati masa ,mendengar arahan,memupuk sikap rajin dan menguruskan masa dengan baik.Sikap Malas ,Tiada Wawasan hidup dan tidak berkeyakinan mungkin boleh di Ubah apabila kamu melakukan kerja separuh masa.

MASA DAN WANG
Dengan bekerja sambilan,kamu dapat mengunakan masa cuti semester kamu dengan baik.Selain dapat mengisi masa dengan baik .Ia juga mampu menambah sumber pendapatan.so,bila buka semester nanti kamu boleh mengunakan wang tersebut untuk membeli barang-barang keperluan dan pada masa yang sama dapat meringankan beban ibu kamu.

MAMPU MEMBENTUK PERSONALITI YANG MENARIK
   Apabila bekerja,Kamu akan berdepan dengan pelbagai lapisan Masyarakat.Hal ini juga mampu membantu kamu untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan membentuk  personaliti yang menarik. Demi masa semestinya Kita tidak akan rugi jika kita memanfaatkanya....