SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

Muhasabah Diri...bersabar di dalam ketaatan.

                                                          

                                                    ....السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

           




        Ramai yang tidak mampu bersabar dalam pelbagai situasi  tidak sabar ketika marah ,itu sudah kebiasaan ,tidak sabar dalam mendidik itu juga bukan perkara yang luar biasa ..antara satunya ialah bersabar melakukan ketaatan kepada Allah swt,Bagaimana cara melihat  kesabaran dalam ketaatan?
        Ada tiga bahagian para ulama membahagikan kesabaran itu dalam tiga keadaan iaitu kesabaran dalam melakukan ketaatan,kesabaran dalam meningalkan maksiat dan kesabaran menghadapi musibah dan takdir Allah yang tidak di sukainya ,sebahagian ulama menegaskan jenis sabar yang paling tinggi adalah sabar melakukan ketaatan kepada Allah.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dialah tuhan yang menguasai langit dan bumi dan segala yang ada di antara kedua-duanya,maka sembahlah dia dan berteguh hatilah dalam beribadah kepadanya,adakah engkau mengetahui ada sesuatu yang sama dengannya?(surah Maryam :65)
Sabar dalam ketaatan itu cukuplah dengan meluruskan niat untuk ikhlas hanya kerana Allah  serta melakukan sebaik-baiknya sesuai dengan tuntutan Rasullulah saw  dan juga sabar melakukan ketaatan dengan tidak bersikap bangga diri dalam melakukan ibadah yang belum tentu di terima Allah.
Imam Syafei berkata:
“Di madinah saya melihat empat perkara aneh ,satu daripadanya ialah adalah saya melihat empat perkara aneh ,satu daripadanya adalah saya melihat seorang tua yang berumur 90 tahun  sepanjang hari berjalan tanpa alas kaki  mengunjungi  kumpulan penyanyi wanita untuk di ajarkan menyanyi,namun ketika datang waktu solat ,dia solat dalam keadaan duduk ,”Hal ini menunjukkan betapa beratnya melakukan ketaatan itu bagi mereka yang tidak di berikan taufik oleh Allah.
   Di antara jalan yang di tunjukkan Allah Agar kita  mampu bersabar  dalam ketaatan adalah dengan selalu bersama-sama dengan orang yang taat .
Allah berfirman yang bemaksud:

“Dan bersabarlah engkau (Muhammad)  bersama dengan orang yang menyeru tuhannya pada waktu pagi dan senja dengan mengharap keredhaanya ,dan janganlah kedua-dua mata mu berpaling  daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan kehidupan dunia dan janganlah engkau mengikuti orang hatinya telah kami lalaikan daripada mengingati kami  serta menuruti keinginannya  dan keaadaan sudah melampaui batas .”(surah Al-kahf;28)

   Dalam ayat ini Allah menjelaskan  ada dua perkara yang sering di lakukan orang yang taat ,pertama di awal pagi dan selalu berharap dan berdoa  kepada Allah  agar hari ini  mendapatkan taufik sesuai dengan keinginan dan kehendak Allah agar kehidupan sehariannya dapat di isi dengan beribadah hanya kerana Allah.

            Kedua,di akhir siang dan awal  malam  dia sentiasa beristigfar,bermuhasabah tentang segala apa yang di jalaninya sepanjang hari dan mengakhirinya dengan bertaubat kepada Allah,
Agar dapat bersabar dalam  melakukan ketaatan,Allah memerintahkan kita untuk saling bersama dengan orang yang taat ,bersahabat ,dan mencari teman yang selalu melakukan ketaatan kepada Allah.
Rasullulah saw bersabda yang bermaksud “seseorang yang mengikuti agama kawannya,kerana itu lihatlah olehmu siapakah yang menjadi kawan mu ,”(Riwayat Abu Daud & Tarmizi)

         Dalam ayat di atas ,Allah juga mengingatkan kita agar jangan sampai memalingkan wajah kita daripada orang taat itu hanya kerana menginginkan kesenangan dunia yang bersifat sementara ini,janganlah kita menjauhi orang yang melakukan ketaatan itu hanya kerana melihat mereka miskin,tidak punya apa-apa.kesenangan di dunia ini di sisi Allah  tidaklah lebih berharga daripada sebelah sayap nyamuk.
   Untuk menjaga bagaimana untuk terus istiqomah dalam beribadah kepada Allah ,Allah jugalah mengingatkan kita tidak mengikuti orang yang dilalaikan hatinya  oleh Allah sehingga mereka lupa berzikir kepada Allah dan lupa kepada kehidupan akhiratnya.
    Mereka inilah adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan pada akhirnya segala berurusan berakhir  dengan sia-sia ,walaupun mereka punya harta ,punya kekuasaan ,tetapi semua itu tidak akan memberi kebahagiaan baginya di dunia,tidak menyenangkan hatinya dan tidak akan memberi kebahagiaan di akhirat.
   Semoga kita termasuk di kalangan mereka yang di beri taufik oleh Allah swt sehingga mampu bersabar bersama hamba-hambanya yang selalu melakukan ketaatan kepada Allah..In shaa Allah..sama-sama bermuhasabah diri..
                  
Takenote:
Mengertilah tangungjawab dakwah adalah kewajipan semua ,bukan hanya di pikul oleh ustaz dan ustazah sahaja ,dakwah boleh  di lakukan  dengan pelbagai strategi, ajaklah masyarakat kearah kebaikan ,serulah  masyarakat agar sedar hakikat kehidupan dan tujuan di ciptakan inilah dakwah ,jadilah pendakwah yang menyambung pejuang para rasul dengan cara tersendiri ,mengikut kemampuan ,usah malu untuk berkata ,”maaf saya tidak tahu” dalam perkara yang tidak kuasai .
Bersyukur dan gembiralah di atas perubahan positif ,berilah dorongan bukan kutukan dan kata cacian ,bersama kita semarakkan arena dakwah di Malaysia,Ada kekurangan saling menambah,ada kesilapan saling menegur ada kelemahan saling menguatkan.
                                   ~aku insan biasa~

"selamat menyambut tahun baru 2015 dan salam MAULIDUR RASUL dari blog transisi kembara"


TIPS IBU: PERCUTIAN SI KECIL




  Cuti sekolah akan kembali lagi ,keseronokkan mesti akan di rasai oleh anak-anak apabila November             dan Disember muncul.mana taknya ,ibu bapa sibuk merancang  percutian yang tertanguh mungkin hampir setahun lamanya ,jika tidak pulang ke kampung pun ,rencana percutian jauh tetap ada dalam senarai aktiviti hujung tahun. kan??betul ke??? .. Inshaallah.. .
rasanya tips dibawah bagus untuk anda sepanjang percutian sekolah..

RANCANG PERJALANAN
Anda perlu merancang tempat yang selesa  dan mudah untuk membawa si kecil,bagasi semestinya perlu lebih lengkap .

PERBINCANGAN
Sekiranya anda bercadang untuk bercuti bersama keluarga lain,pilih masa sesuai untuk membicangkan destinasi dan aktiviti yang di lakukan ,senaraikan apa yang anda ingin lakukan kerana perjalanan ini melibatkan anak-anak kecil.sekurang-kurangnya hal ini dapat memudahkan si anak kecil tidak mudah berasa bosan dan penat ..

ALERGI 
Bagi perjalanan secara kelompok ,anda perlu mengambil tahu alahan yang ada pada mereka ,pendek kata,anda perlu megambil tahu diantara satu sama lain.mencegah lebih baik dari mengubati.

BIJAK CERMAT
Selesaikan segala tempahan sebelum berangkat ke destinasi .Jika anda mencari hotel untuk menginap ,pastikan anda mencari hotel yang memberi kelebihan pakej yang lebih baik ,agak merugikan sekiranya anda perlu membayar kos bilik penginapan dan bufet sarapan secara berasingan kerana si kecil tidak memerlukan makanan yang banyak.jadi anda perlulah bijak berjimat cermat!

PENGAWASAN KANAK-KANAK
Penjagaan kanak-kanak dengan pengawasan  seperti kids club kedengaran menggembirakan ,tetapi lama kelamaan si kecil juga mudah berasa bosan .sewaktu merancang percutian masukkan bersama aktiviti yang boleh di lakukan oleh anak -anak selain memenuhi keinginan anda untuk membeli belah!

TEMPAHAH KEMUDAHAN 

Mencari kemudahan sebaik tiba di destinasi boleh memberi cabaran besar kepada anda terutamanya apabila membawa si kecil bersama  ,sekalipun anda mahukan percutian yang fleksibel , anda di sarankan untuk membuat pra tempahan untuk 2 hari  kemudahan anda di sana  dan sementara itu anda boleh mencari kemudahan sambil berjalan -jalan ke destinasi percutian kelak!

PEMERIKSAAN DOKTOR 
Percutian ke luar negara memerlukan perhatian lebih terperinci terutamanya kepada anak-anak yang ingin di bawa bersama ,dua bulan sebelum berangkat  anda di galakkan bertemu dengan doktor untuk membincangkan mengenai rancangan perjalanan anda ,apabila membuat janji temu seeloknya bawa anak bersama ,sekiranya memerlukan vaksin ,ia lebih mudah di lakukan,bagi mengelakkan penyakit yang berjangkit untuk pertahanan antibodi anak-anak.

AKTIVITI PRA-PERCUTIAN 
Memulakan aktiviti percutian sebelum mula bercuti adalah aktiviti menarik untuk anda anak-anak,Anda boleh menjelajahi peta ,membaca sejarah negara,atau negeri destinasi yang di tuju ,mempelajari bentuk geografi ,memahami flora dan fauna destinasi atau menonton filem dokumentari atau membaca buku mengenai destinasi yang anda ingin tujui ,permainan kreatif juga boleh di cipta hal ini untuk menaikkan semangat mereka untuk percutian keluarga.

PENGANGKUTAN  SI KECIL
Walaupun sudah boleh berjalan ,kereta sorong juga masih relevan untuk di bawa ,sekiranya mereka masih di bawah dua tahun,kereta sorong boleh memberi kesenangan dan keselesaan pada anda dan si kecil,setidak-tidaknya mereka boleh berehat di dalam kereta sorong tanpa anda perlu mendukungnya.

BOTOL SESUAI
Jika anak anda masih mengunakan botol susu ,anda perlu menyediakan susu segar sepanjang perjalanan,untuk menjimatkan ruang ,isi botol spare dengan air ,kemudian tambahkan dengan susu tepung sekiranya di perlukan si kecil ,tambahkan sedikit air panas.

PENYEDIAAN CAR SEAT
Tempat duduk kanak-kanak sangat penting dalam perjalanan anda ,keselesaan bukan hanya untuk mereka tetapi ia memberi kelebihan untuk anda juga kerana anda atau suami memerlukan perhatian sewaktu memandu juga.

PAKAIAN YANG SESUAI
Sebagai ibu,anda perlu tahu apa di perlukan si kecil,perancangan lebih awal memberi kelebihan kepada anda untuk membawa pakaian yang sesuai ,kenal pasti cuaca destinasi yang ingin di tuju.


INFO ANAK

sedikit info untuk anda sepanjang perjalanan ..
*ISI PERUT
apabila perut anak sudah kenyang ,kebarangkalian mereka tidak berasa selesa untuk perjalanan jauh sangat kurang,kunci untuk mengelakkan perkara ini terjadi adalah dengan memberikan makanan yang betul kepada mereka ,sedikit air halia,buah-buahan segar dan gandum membantu proses penghadaman si kecil.

*ELAK SIMULASI VISUAL
Buku-buku permainan video dan dvd membantu si kecil duduk diam di dalam kereta ,ya,mereka akan leka dengan apa  yang anda sediakan bagi mengelakkan mereka bera bosan sepanjang perjalanan,apa yang anda tidak tahu adalah pengerakkan visual seperti ini boleh membuatkan mereka merasa loya dan terasa tidak sihat di dalam kereta,galakkan mereka menikmati pemandangan melalui tingkap dan rajin-rajinkanlah diri anda untuk berbual bersama mereka atau anda juga boleh memberi keriangan sambil mennyanyi di dalam kereta..

*HARGAI KEDINGINAN
Benarkan udara segar dan nyaman menembusi bahagian dalam kereta ,turunkan sedikit tingkap kereta untuk memberi laluan kepada angin masuk ke dalam kereta,penghawa dingin kereta juga turut membantu anda memberi keselesaan kepada kanak-kanak,sebelum memulakan perjalanan ,anda juga boleh menyediakan tuala basah dan di letakkan di belakang leher si kecil untuk mengelakkan mereka loya.

*PEMANDUAN CERMAT
cara pemanduan anda juga boleh memberi impak lebih baik kepada si kecil,penekanan brek secara tiba-tiba pemanduan terlalu laju atau pemanduan terlalu perlahan boleh menyebabkan si kecil merasa loya ,biarkan perjalanan anda dalam had laju sederhana untuk memberi ketenangan kepada bahagian perut si kecil.

anda juga boleh membuat pilihan lebih baik jika kerap berhenti sebelum tiba destinasi ,amalan ini dapat merehatkan tubuh anda dan memberi kesegaran sepanjang perjalanan ,sewaktu berhenti rehat ,bawa si kecil menghirup udara segar.

*UBAT-UBATAN
sebelum memulakan perjalanan jauh ,anda boleh meminta nasihat doktor dan ubat untuk meredakan ketidakselesaan perut anak anda ,nasihat dari pakar boleh membantu anda sepenuhnya.

*BISKUT
Biskut halia bukan sahaja enak untuk dinikmati tetapi ia memberi lebih manfaat kepada si kecil ,berkongsi biskut bersama boleh mengurangkan rasa tidak keselesaan dalam perjalanan jauh bukan hanya untuk si kecil tetapi kepada anda juga.

*PEMANIS MULUT
guls-gula pudina adalah pilihan terbaik untuk mematikan rasa loya,jika si kecil anda boleh memberikan lolipop atau jenis gula-gula lain seperti perasa strawberi atau oren,jangan katakan tidak pada gula-gula cuba dulu baru tahu.!

*SUSUNAN TEMPAT DUDUK
penyusunan kedudukan si kecil sedikit sebanyak membantu mengelakkan loya padanya ,ia membolehkan fokus sepanjang perjalanan itu nanti ,sebaik-baiknya letakkan mereka mereka dari bahagian tempat duduk tengah kerana mereka boleh menumpukan perhatian pada objek di hadapan ia juga boleh mengurangkan rasa pening dan loya.

*KACA MATA GELAP
comel dan bergaya !bukan itu sahaja si kecil akan lebih selesa tanpa ganguan cahaya terlalu terang dalam perjalanan anda,kaca mata juga dapat mengurangkan risiko sakit kepala dan menjadi pilihan yang tepat untuk perjalanan jauh anda dan si kecil.

*PERNAFASAN DALAM
galakkan setiap orang di dalam kereta untuk menarik nafas melaui mulut dalam-dalam untuk membantu meredakan ketidakeselesaan pada perut ,pernafasan dalam mudah di lakukan tetapi ia memerlukan peringatan yang berterusan daripada anda..

selamat bercuti dari kami sekeluarga untuk anda...
















Deco Cake BIRTHDAY hubby...

  ASSALAMUALAIKUM...


   Lama sunguh tak update bloger..memandangkan keadaan masa tak mengizinkan .atas sebab keadaan Ayah mertua kak sue tak  sihat..semoga tabah menghadapinya b dan sabar dan inilah ujian Allah buat kita semua...
Sempat juga buat deco cake untuk hubby pada 22 SEPTEMBER 197????????? MAKA  genaplah umur b mencecah  3 puluh an?? .
selamat hari lahir Hubby semoga menjadi  anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa ..sue sentiasa doakan  yang terbaik untuk b dan  di kurniakan kesihatan yang baik dan berkekalan serta menjadi seorang ayah yang terbaik untuk anak-anak DAN  di redhai..









sebelum kak sue mengundurkan diri kak sue ingin memohon maaf buat rakan-rakan ,dan hari ini adalah catatan terakhir  kalau ada terkasar bahasa,gaya penulisan tidak memuaskan  kak sue mohon maaf ..buat yang baru mengenali, kak sue ucapkan salam kenalan semoga ukhwah kita berkekalan sampai bila-bila ..
inshaaAllah....kalau ada masa kita jumpa lagi....





SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA






Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia dari blog transisi kembara kepada seluruh rakyat malaysia,semoga izin Allah  S.W.T negara kita akan terus maju .berjaya,aman ,makmur,sentosa dan bersatu padu di antara berbilang kaum agar segala cita-cita ke arah hidup yang lebih produktif seiring dengan keimanan yang kuat dan teguh..

  Sama-sama  kita berdoa ke atas para pejuang dan pembela bangsa yang telah bersusah payah mencurah keringat ,harta,dan mengadai nyawa demi memastikan hidup kita hari ini bebas merdeka agar mereka semua di kurniakan dengan sebaik-baik balasan Allah S.W.T  di akhirat kelak.
Amin ya Allah..Amin..

"KERANA"
"DI SINILAH LAHIRNYA SEBUAH CINTA"
"MERDEKA''
     "MERDEKA"
               "MERDEKA"



HAPPY 57TH MERDEKA
(May peace and prosperity we have achived live on)


KEMENANGAN UNTUK GAZA


Alhamdullilah..syukron...


Terkini | Gaza 7:26 pm | Perang Hari ke-51

Gambar terbaru pemimpin HAMAS, Fauzi Bahroum diusung di atas bahu-bahu rakyat Gaza selepas sidang media mengumumkan kemenangan rakyat Gaza dalam perang kali ini.



RAMALLAH 26 Ogos - Delegasi Palestin hari ini menyatakan, pihaknya telah mencapai persetujuan gencatan senjata 'jangka panjang' dengan Israel di Kaherah, bagi menghentikan pergolakan di Gaza yang masuk hari-50.
Bagaimanapun tiada maklum balas daripada pihak Israel terhadap persetujuan untuk menamatkan konflik yang berlanjutan selama tujuh minggu di wilayah itu.
Pegawai Palestin menyatakan, gencatan senjata itu akan dikuatkuasakan pada pukul 4 petang waktu tempatan (12 tengah malam ini waktu Malaysia).
Presiden Mahmoud Abbas juga akan memberikan perincian lanjut mengenai perkara itu dalam satu ucapannya di Tebing Barat.
"Menurut persetujuan itu, sekatan ke atas Genting Gaza akan ditamatkan dan tuntutan penduduk Gaza akan dipenuhi," jelas pegawai itu yang enggan dikenali.
Kejayaan mencapai persetujuan itu turut disahkan oleh timbalan pemimpin Hamas, Mussa Abu Marzuk di Facebooknya.
"Rundingan itu berakhir dengan perjanjian yang memperlihatkan ketegasan dan kemenangan penduduk Palestin," katanya.
Pegawai Palestin itu menambah, persetujuan tersebut dicapai selepas 48 jam usaha diplomasi menyeluruh oleh ketua delegasi Palestin ke Kaherah, Azzam al-Ahmed.
"Sepanjang 48 jam itu, Azzam berbincang dengan pelbagai pihak termasuk kumpulan pejuang Hamas, Jihad Islam dan pemimpin Mesir selain berulang-alik ke Ramallah, Gaza dan Doha," jelasnya.
Sementara itu di Gaza, jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri dijangka membuat pengumuman rasmi tentang persetujuan tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140827/lu_03/Kemenangan-untuk-Gaza#ixzz3BY63T4N7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

TEAM BLOGGER SUPPORT GAZA




 Ayuh ,bangkitlah..jangan kita pentingkan diri sendiri ..
buat rakan-rakan bloger yang ada hari ini. jom kita sama-sama menyokong dan menentang kekejaman Rejim Zionis dan Israel Laknatullah pada rakyat Palestin.




 KLIK BANNER  


PUISI: UNTUKMU GAZA 

GAZA..
SEMAKIN SAYU NAMA MU DI SETIAP BIBIR DAN INGATAN,
TAK BERHENTI -HENTI  LIDAH UCAPAN SALAM PADA DOA  YA RABB,

GAZA..
MESKIPUN KU TAHU DAN KU TAK TAHU,
BUMI MU PERNAH DI BERITAHU ,
TITISAN AIR MATA MENGALIR TUMPAH,
TAK TERHENTI-HENTI DI BUMI MU
SEDANGKAN DI BUMI INI NAMA MU SEKADAR DI BIBIR-BIBIR,
DI RUANG-RUANG KEDAI KOPI
GELAK TAWA TANPA MEMIKIRKAN APAKAH AKIBAT NANTI 
YANG BELUM KITA KETAHUI
MALUNYA AKU PADA SANG PENCIPTA 
MALUNYA AKU PADA JIWA ISLAM NURANI KU..

SUBAHANALLAH..

DIMANAKAH KITA INI..??
APAKAH KESEDARAN YANG KITA LALUI INI
DUHAI ..MENYALAHLAH SESAMA KITA INI..SUNGGUH KEJI SIFATMU,
SAMPAI BILAKAH SIKAP KITA INI??
BANGKITLAH ANAK BANGSAKU!!
BERDOALAH..JANGAN KITA SIA-SIAKAN MEREKA
SEDANGKAN KITA HANYA MANUSIA DI PENTAS YANG SAMA..

GAZA..
MENANGIS AIR MATA
MEMBANJIR TIAP-TIAP JIWA
DARAH MENGUNCUR MEMBASUH BUMI
TANPA HENTI-HENTI..
BEDILAN BOM SETIAP SUDUT
TIADA TEMPAT BERLINDUNG
KALA NAFAS BERHEMBUS DOA 
MASIH TERSEMAT NYAWA DAN JASAD
HANYA TIUPAN ANGIN MELALUI DOA UNTUKMU
PALESTINE SEMOGA GAZA TERHENTI DARI TANGIS DARAH 
AMIN YA RABB...


#PRAY4GAZA #SAVEGAZA









SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2014

ALHAMDULLILAH..

        setingi-tinggi pujian dan rasa bersyukur kita rafa'kan kehadrat Allah s.w.t tuhan yang menciptakan sekalian alam,serta selawat dan salam keatas jujungan besar Nabi Muhammad s.a.w .

      Bersyukur kita dapat menyambut kehadiran syawal dengan aman dan damai,  tatkala ada diantara kita terpaksa berdepan dengan ujian dan dugaan  yang hebat terutama di GAZA,dan TRAGEDI PESAWAT MH 17 SERTA MH 370  adalah sangat-sangat menyedihkan,TAKZIAH dari blog transisi kembara untuk mereka semoga tabah dan bersabar dalam ujian yang di berikan oleh Allah swt mungkin hal ini pasti ada hikmah di sebaliknya ,Marilah kita sama-sama berdoa agar mereka mampu merasakan keamanan  dan kebahagian seperti kita .Tidak di lupakan mereka yang berada dekat dengan kita menghulurkan tangan dan menyebarkan kasih sayang agar kemeriahan syawal dapat kita menikmati bersama..





Dengan ini ,sue dan keluarga menyusun sepuluh jari ,memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam apa jua perbuatan,pertuturan,serta penulisan yang di berikan kurang memuaskan hati anda..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA RAKAN MEDIA SOSIAL,BLOGER ,GOOGLE.TWITTER DAN FACEBOOK DARI BLOG TRANSISI KEMBARA...

BERHATI-HATILAH  DI JALAN RAYA. BILA PULANG KE KAMPUNG PASTIKAN RUMAH YANG DI TINGGALKAN DALAM KEADAAN BERKUNCI DAN SELAMAT YE..
 AMINN ..inshaaAllah..





kelebihan sahur di bulan ramadhan






Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur Muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi SAW,

“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur." (HR Muslim)

Maka, kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan kita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadhan ini, maka ikutilah sunnah Nabi SAW termasuk dalam bersahur. Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.

Kuatkanlah semangat ,sabar dalam mengharungi ramadan  kerana kehebatan dalam ibadah ramadan adalah jalan mujahadah,penanda aras peningkatan iman dan takwa kita kepada Allah..

Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW:  Sebaik-baik makanan sahur bagi
orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi


     Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.
     Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh.  Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.
                                                     

~Alhamdullilah~


                          

YA ALLAH SELAMATKANLAH SAUDARA KAMI DI BUMI GAZA...


AYUH,SAMA-SAMA KITA DOAKAN MEREKA...








Kirimkan doa kesejahteraan buat orang yg berada disekeliling kita & jangan lupa buat saudara-saudara kita yg berada jauh diluar sana...
Kita doakan saudara kita di Gaza  




JOM JOIN: Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80



Assalamualaikum..

banyaknya segmen raya kan?? ..dah kelabu mata sue ni tak tahu nak pilih yang mana satu semuanya terbaik belaka...hmmm..untuk tidak menghampakan kak Hafizah Halim  ,sue join jugalah..terima kasih invite sue.. :) harap-harap ada peluang walaupun tertingal keretapi sue ni  hihi...lambat ...

"sannah helwah untuk anak KAK HAFIZAH HALIM semoga menjadi anak yang soleh dan solehah
baik pun di dunia dan di akhirat"..:)





NAK TAHU SYARAT=SYARATNYA KLIK BANNER

ADAKAH BERDOSA JIKA KITA SENGAJA BERNIAT UNTUK BERBUKA ??


http://ohgadisitu.blogspot.com/2013/07/lafaz-niat-puasa-dan-doa-berbuka-puasa.html?showComment=1404041347745
carian google klik picture link..


Assalamualaikum..
syukur,Alhamdullilah kita berpuasa dah nak ke 11 ramadan ,rasa macam kejap je masa berlalu..lama sangat tak update blog rasa macam sunyi je blog ni..hihi... mai kita meriah lagi blog transisi kembara ni ..INSHAA ALLAH ..sedikit ilmu untuk sama-sama kita kongsikan..

kadang-kadang kita ini sering lupa bab ni..malah dalam senda gurau juga boleh jadi juga hal ini berlaku iaitu niat berbuka puasa belum tiba masa untuk berbuka kadang-kadang kita berniat untuk berbuka puasa, jadi kena hati-hati ya agar kembali di landasan yang betul, kemudian kita membatalkan hasrat untuk berbuka kerana berasa bersalah berniat begitu ..perlukah kita menganti semula puasa ??

jawapan sangat mudah tidak perlu ,tetapi perlu menyatakan jenis puasa anda yang lakukan seandainya puasa memang terbatal tetapi dalam kes ini tidak batal kerana ianya bergantung jenis puasa yang di lakukan.

tetapi...

jika puasa itu wajib seperti puasa ramadhan ,puasa qada,puasa nazar atau puasa kafarah maka seseorang itu berdosa jika membatalkanya kerana haram merosakkan puasa yang wajib tanpa alasan yang di benarkan dan wajib mengantikan puasa itu.,dalam konteks puasa kaffarah pula,seseorang itu perlu berpuasa semula dari hari pertama.


jika dalam puasa sunat atau selain puasa wajib,jika anda meneruskan niat anda lalu berbuka walaupun tidak berlaku maka hukumnya makruh dan di anggap tidak elok untuk berbuat demikian kerana tiada alasan di situ,sebaliknya jika ada alasan maka ia diharuskan (dalam puasa yang makruh misalnya)


kadang-kadang sifat kita terlebih makanan dalam istilah islam iaitu sifat membazir ,jangan pula kita buang makanan itu,hal ini mengakibatkan satu pembaziran untuk memastikan iman terpelihara sedekahkanlah makanan kita tadi kepada si miskin sebaliknya, jika kita  membuangnya maka perkara inilah sangat kita kesali kerana dalam masa lima minit anda berjaya mengalahkan syaitan ,tiba-tiba berundur ke belakang ke arah kehinaan ,tertipu dengan sebab yang sama cuma di ubah sesuai akibatnya akhirnya menyebabkan bala tentera iblis ketawa terbahak-bahak .


bermohonlah berdoalah kepada Allah agar dekat denganya agar sentiasa berada di jalan yang lurus serta di dalam jagaanya daripada dosa dan kesilapan dan semoga Allah menyelamatkan kita daripada syaitan durjana hendaknya..

Di akhiri, semoga segala amal ibadah kita ini di terima oleh Allah,puasa,solat,qiyam,berjaga malam kekhusyukan kita,ketundukkan kita serta semoga ianya menyempurnakan kekurangan kita ini..subahanallah sesunguhnya Allah itu maha penyayang,betapa mudah kita ini jika mahu berbuat baik di dunia.

"kalau ada salah tolong perbetulkan,"
~ DONT FORGET ALLAH TO SAY THANKS YOU ALLAH, RAISE YOU HAND TO SAY ALHAMDULLILAH~

SELAMAT MEYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1435H


"Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan"


Assalamualaikum/salam sejahtera..
selamat meyambut ramadhan al-mubarak ,Alhamdulilah kita di berikan lagi kesempatan lagi untuk meyambut ramadhan lagi pada tahun 1435H/2014 ini.Dengan kesempatan ini blog Transisi Kembara mohon maaf jika selama ini ada tersalah dan tersilap selama bersama anda semua. 

"wahai orang-orang yang beriman di wajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana di wajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"(Al-Baqarah:183)

jom zikir.....


musim ibadah menjanjikan rahmat dan keberkatan  kepada orang yang berpuasa setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan yang di nanti oleh orang yang bertakwa.

bulan ramadhan juga meyingkap sejarah islam beberapa peristiwa yang besar untuk sama-sama menghayati dan teladani bersama di mana pada bulan yang mulia inilah di turunkan Al-Quran yang menjadi panduan kita pada hari ini,selain itu berlakunya perang pertama dalam sejarah islam walaupun bilangan tentera islam ketika itu hanyalah 313 orang berbanding tentera musuh 1000 orang.Di bulan ramadhan juga Kota Mekah dapat di tawan dan di berikan kembali ,kesucian Kota Mekah dapat di rampas kembali dari pertolongan Allah swt.

Allah swt juga berfirman:
"barangsiapa yang hadir (berada )di antara kamu dalam bulan ramadhan ini ,maka hendaklah dia berpuasa"
jadi ada pula di antara kamu wahai manusia yang tidak berada bulan itu iaitu seperti orang-orang yang tinggal di kutub utara atau selatan.

Mudah-mudahan ibadah yang kita jadikan dibulan yang semulia ini akan di berkati Allah s.w.t, carilah sebanyak mungkin pahala di bulan penuh keberkatan ini di sebalik sinar ramadhan yang tersembunyi hikmah di sebaliknya.berbahagialah orang yang mendapat hikmahnya dengan menjaga pantang larang dengan sempurna dan sabar melakukan ibadah .



                                                             ~   In shaaAllah ~




UNTUK RENUNGAN BERSAMA MUTIARA KATA ISLAMIC

Assalamualaikum..
Salam semangat..



MUTIARA KATA 1
"Yang indah itu solat,yang dekat itu mati,yang besar itu nafsu,yang berat itu amanah" (Iman al-Ghazzali)
wahai sahabat..
gunalah masa itu sebaik-baiknya untuk menambahkan ilmu akhirat dengan amalan-amalan yang menjinakan hati kita kepada Allah agar kita tidak tergolong dalam golongan orang yang lalai.

MUTIARA KATA 2
" Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti"
ciptalah suasana silaturahim itu dengan penuh erat dan ikatan dengan kekuatan erat itu dapat membantu dan menyokong kita mengukuhkan lagi tali persaudaraan islam.

Firman Allah s.w.t(mafhumnya):

"sesunguhnya perkataan yang di ucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika itu mereka di ajak kepada kitab Allah dan sunnah Rasulnya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka ,hanyalah mereka yang berkata "kami dengar dan kami taat dan mereka itulah orang-orang yang peroleh kejayaan"(An-Nur 24:51)

MUTIARA KATA 3

"Menghindari dosa adalah lebih ringan daripada sakitnya penyesalan"(saidina Umar r.a )

Firman Allah s.w.t:
"Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakanya ,dan ia juga akan menangung dosa kejahatan yang di usahakanya"(Al-Baqarah 286)

kadang-kadang kita cepat menunding jari pada orang lain tanpa memikirkan diri kita sebenar kadang-kadang kita rasa mereka adalah penyebab apa yang berlaku pada diri sendiri.

contoh:

sifat negetif-"saya tidak pandai mengaji sebab semasa kecil ibu bapa tidak ajar saya"

sifat positif - "saya tidak pandai mengaji sebab saya yang pilih untuk tidak mahu belajar"

tak perlu menunding jari pada sesiapa pun semua itu adalah kesalahan diri sendiri kan..

tanya pada diri anda ,bolehkah anda mengubah perangai anda?jawabnya susah ,jadi,setiap hari anda akan sedih dan susah hati memikirkan perangai orang lain.Mengapa tidak doakkan supaya dia di timpa bala,mana satu yang membuatkan anda stress?mendoakan orang lain untuk di timpa bala atau mendoakan dia di beri petunjuk? cuba fikir-fikirkan!!



MUTIARA KATA 4

"Perbuatan maksiat adalah faktor terbesar yang menghapus berkat usia,rezeki,ilmu dan amal" ( Hukama )

 kesedaran ini harus di miliki oleh generasi kita agar  diri tidak terjerumus ke lembah maksiat.

MUTIARA KATA 5

"kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran"


MUTIARA KATA 6

"Jatuh tujuh kali bangkit berdiri lapan kali ."( pepatah Jerman )


MUTIARA KATA 7

"Aku cinta kemiskinan agar aku dapat merendah diri ,aku cinta kesakitan agar dosa -dosaku di ampun,aku cinta kematian agar dapat bertemu dengan Allah" (Abu Darda'r.a)


MUTIARA KATA 8

"Seseorang itu tidak sakit kerana bertembung dengan kekerasan takdir,tetapi kerana berkeras terhadap takdir dan memberontak terhadap ketentuan Allah s.w.t (syeikh asy-syarif Yusuf al-Hasani)

seumpama seseorang itu berdoa kepada Allah lalu menyangka bahawa jika Allah memberi apa yang di minta maka itu tanda kecintaan Allah kepadanya namun Allah tidak memberi apa yang di minta maka itu tanda Allah mengabaikannya,Persepsi inilah harus kita jauhi  membataskan kecintaan Pada Allah adalah penilaian yang lahir pada nafsu dan buruk sangka kepada Allah,sedangkan Allah lebih mengetahui berbanding manusia tentang kebaikan dan keburukan untuk mereka,jika kita ini beradab pada Allah pasti kita kita akan menyasikkan kesempurnaan dan kebijaksanaan.

Allah berfirman:

"boleh jadi kamu membenci sesuatu ,padahal ia amat baik bagi mu ,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu ,padahal ia amat buruk bagi kamu,Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" (Al -baqarah 2:216)


jika kita berinterakksi dengan Allah s.w.t melalui kehambaan.maka kita akan memahami kesempurnaan Allah s.w.t iaitu jika kita bersabar dengan apa yang tidak di beri Allah s.w.t setelah di minta nescaya Allah akan fahamkan tujuan sebenar Allah tidak memberi apa yang diminta dan inilah hikmah .

MUTIARA KATA 9

"Jagalah ibu bapa mu nescaya anak-anakmu akan menjagamu"

MUTIARA KATA 10

"Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat dia perlu mengamalkan perkara  berikut iaitu mengurangkan tidur,mengurangkan makan,mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada" (Iman Syafii)

MUTIARA KATA 11
"Niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan ,ketika niat nya benar maka perbuatan itu benar dan jika niatnya buruk maka perbuatan itu buruk" (Iman An Nawawi)



personaliti :APA KAITANYA WARNA DAN BAJU??

FOTO HASIL CARIAN GOOGLE



Adakah ia nya benar??
Apa kaitanya betul ke??
Setiap kali kita memilih pakaian  warna pilihan kita itu adalah menunjukkan diri kita sebenar atau lebih di kenali sebagai Aura dalam hidup kita.

      Untuk pengetahuan warna adalah memainkan peranan penting dalam hidup kita  dalam menentukan pesonaliti kita.Setiap warna yang di pilih menimbulkan mood dan memberi tenaga kepada kita sepanjang hari,bahkan ia dapat meningkatkan keyakinan diri,uniknya lagi,pemilhan warna juga mampu menembak karekter kamu..
hmmm...cuba lihat di bawah ini...

1.warna purple


2.warna kuning

3.warna biru


4.warna coklat/koko



5.warna merah


6.warna hitam

7.warna putih


8.warna hijau







SEGMEN:#2 Mellya and Iola Giveaway Bonanza Supported By Buttons & Cuteness

.......ASSALAMUALAIKUM......





jom join...nak tahu syarat-syaratnya klik banner...

 ERMM KAK SUE SANGAT TERTARIK BUTTON ...DARI FACEBOOK FANPAGE  BUTTONS& CUTENESS.
..CANTIK DAN KREATIF...