SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

Antara Perasaan khusyuk Dan takut dalam DIRI

APA ITU KHAUF...(takut)?
bukan semua orang tahu berbahasa Arab,rata-rata baru sahaja mengenal untuk mencintai bahasa itu,terpaksa atau rela...biar bersahaja agar mudah faham apa yang kita tulis apa yang kita sedang katakan di benak hati lalu jari menaip setiap satu huruf untuk di bentangkan...
sahabat bertanya..APA ITU KHUSYUK??macam tahu-tahu ja....jawab Tahuuuu....saya tersenyum diam sahaja di belakang  "hihihi "... pengalaman yang tak dapat di lupakan..

pendapat saya ,takut itu barmaksud satu perasaan yang mendorong kita untuk lari daripada yang di takuti ,yang mampu menimbulkan satu rasa yang membawa perasaan gelisah ,sedih,kadang kala fobia..
pendek kata,perasaan takut itu suatu perasaan yang boleh menyebabkan jurang antara empunya perasaan ,jesteru,takut membawa kita menjauhkan diri dalam kegoncangan perasaan,
baguskah perasaan takut ini..?
ya,memang bagus .itu kalau kena pada tempat dan ketikanya,takut tidak bertempat pun tidak boleh juga kerana ia memupuk perasaan menjauhkan diri daripada perkara atau benda yang di takuti serta diri sendiri akan susah,kan??
      KHUSYUK itu suatu perasaan yang indah ,yang boleh membawa kita nikmati hakikat sebenar kejadian diri .khusyuk juga boleh di ertikan sebagai perasaan takut tetapi lebih di baluti rasa cinta dan kasih,ia menyebabkan kita tengelam merasai kenikmatan perasaan tersebut,ia juga adalah satu perkara yang di muliakan ,membesarkan dan mengagungkan pencipta perasaan khusyuk itu sendiri .
perasaan takut itu boleh menyebabkan jurang dengan sesuatu perkara .
khusyuk itu suatu perasaan merendah diri yang sebahagian daripada takut .tapi takut jenis ini lebih kepada mencintai dan mengakui kelemahan diri dengan mengharapkan sesuatu daripada perasaan tersebut,ia juga suatu perasaan yang di satukan dengan pengakuan memuliakan,dan mengagungkan pencipta perasaan itu sendiri....
     Jika tidak kita ini ibarat layang-layang tanpa tali yang di terbangkan mengikut arah angin ,kita ini bila -bila masa sahaja akan tersangkut pada dahan pokok lalu akhirnya terkoyak..
tempatkanlah perasaan takut dan khusyuk itu pada yang selayaknya ,biar diri sendiri tahu kenapa perlu kita menanam perasaan takut itu,rasa takut yang menyebabkan jurang dan rasa khusyuk yang menerbitkan kerendahan di hadapan ALLAH s.w.t.
      Takut kepada ALLAH s.w.t hakikatnya takut pada azabnya ,Ini membawa kesedaran takut untuk melakukan segala larangannya yang boleh membangkitkan kemurkaan ALLAH s.w.t yang maha pengasih kepada kita.Mengharapkan keredhaan dan perhatian serta syurganya sepanjang melakukan ibadat semasa hayat adalah perasaan khusyuk dalam takut.Mengabadikan diri dengan mengharapkan kuasa daripadanya untuk mempermudahkan segala urusan juga termasuk bahagian perasaan khusyuk.
      Takut kepadanya kerana azabnya,kasih dan cinta kepadanya kerana sifat pemurahnya!!
                                                      ~MASYAALLAH~
         

FENOMENA CUACA SEJUK DI MALAYSIA

      cuaca sejuk bukan setakat Kelantan Terenganu je Kedah pun sama satu malaysia lah ye..,Selalunya bila musim sejuk ni perkara biasa ja 2 bulan pertama setiap tahun..tapi yang aneh pada tahun 2014 ...

 dah naik mengigil dah satu badan anak sekolah pun mandi air suam-suam panas ...lebih buruk keadaan di sini ramai mengalami batuk-batuk ,selsema ,demam apabila suhu kurang 25'c pada waktu malam.
saya ingatkan saya sahaja mengalami masalah perubahan suhu selepas mendengar perbualan jiran-jiran baru sue sedar suhu di kawasan kuala kedah semakin sejuk...
 catatan suhu yang agak rendah di sebabkan monsun timur laut yang turut membawa tiupan angin laut  mungkin penurunan suhu boleh di pengaruhi oleh dua faktor utama iaitu tiupan angin dan kepulan awan..tak tahu sangat bab nie kena tanya cikgu sains hehe...
faktor musim sejuk seeloknya pakai pakaian tebal lah ye nak elak daripada demam huhu...

IMAN YANG SEBENARNYA..

       Bila terfikir bab ni teringat pulak masa zaman sekolah menengah ,adakala rindu pada zaman itu,apa yang saya rindukan adalah suasana dan pergaulan rakan-rakan usrah..saya merindui setiap pertanyaan mereka ..Apa khabar iman??melalui pesanan sms..kemudian barulah hal-hal lain yang di sembangkan.Begitu indah pertanyaan mereka walaupun nampak macam pelik..cliche..
      Namun di sebalik pertanyaan tersimpan seribu satu makna  ada waktu kita mencari-cari punca kenapa terasa seperti ada kekurangan atau kekosongan di dalam hidup ,kenapa diri ini sangat cepat tergoda perkara-perkara yang melalaikan ,mengapa diri berasa berat melakukan hal-hal kebaikkan..??
kita bertanya dan bertanya soal iman ,tetapi lupa bagaimana pula dengan iman aku?"
kenapa iman aku tidak sihat??apa kena dengan iman aku sampai aku tertarik dengan benda yang sia-sia.
ya,ramai sebenarnya yang lupa mengenai iman masing-masing ,ideologi yang saya pegang sama macam merawat penyakit ,kerana kita sebenarnya tidak tahu punca dan apa sebenarnya penyakit tersebut,begitu juga dengan diri kita yang sentiasa ada saja yang tidak kena..yang tanpa kita sedari iman itu yang sedang sakit perlukan rawatan,oleh kerana iman yang sedang sakit memang akan jelas kelihatan pada perjalanan hidup seharian .
     Iman itu adalah kekuatan bagi kita yang mengaku berusaha menjaga hubungan dengan Allah s.w.t ,maka,jika kekuatan itu sedang lemah atau sakit apa akan terjadi?hakikatnya iman yang sakit memberi kesan pada kehidupan kita ,malah melemahkan kita.Manakala iman yang sihat akan membuatkan kita lancar pada dalam tenang-tenang sahaja.
    tapi, ada sesuatu yang menjadi ancaman kepada iman kita yang senipis kulit bawang ini ..dosa..ya,dosa  ketika kita melakukan keingkaran kepada Allah s.w.t ,maka saat itulah iman terancam,bahkan hakikatnya kita telah mengkhianati kepercayaan dia.
jika kita berasa bersalah selepas melakukan sesuatu dosa ,maka itu tandanya iman masih membekas di dada ,walaupun iman itu tidak kuat untuk mencengah kita daripada melakukanya .
          Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan sesuatu dosa,terbentuklah bintik hitam pada hatinya,Apabila dia bertaubat kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristigfar ,maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu,apabila dia terus melakukan dosa ,bertambahlah bintik hitam itu pada hatinya ,sehingga tertutuplah seluruh hatinya,itulah karat yang di sebut Allah di dalam kitabnya:sesekali tidak .sebenarnya apa yang mereka lakukan telah mengkaratkan(menutup)hati mereka "(surah al-Mutoffin ayat 14.)- HR.Al-Baihaqi.
  Bila kita masih melakukan dosa ,bila hati masih berat untuk menunaikan perintah Allah s.w.t,bila jiwa tidak ada apa-apa saat melihat kebaikkan ,bila hati tidak terkesan dengan cerita-cerita kebesarannya ,maka bertanyalah pada diri sendiri..
bukan soalan ini harus di tanyakan,"kenapa aku begini?kenapa Allah ciptakan aku dengan hati keras begini ??kenapa,kenapa,kenapa?!!!

tapi ,cubalah bertanya ,"Dosa apa yang masih aku buat sampai hari ini?sampai hati aku susah tersentuh dengan perkara-perkara yang di redhai Allah s.w.t ?

Ingatlah..kita ini kadang kala memerlukan masa untuk bersendirian agar kita boleh menilai dan menghukum diri di atas kelalaian yang di lakukan ,jika sudah menyedarinya maka beritahulah pada diri bahawa ;
DIA yang mengerakkan hati kita supaya kita berasa bersalah maka, itulah tanda supaya kita kembali kepadanya 'malah mendekatkan diri kepadanya ,Menyerahkan sepenuh jiwa kita ini untuk melalui pembersihan dengan mengingatinya .
periksalah iman kita
rawatlah iman kita
kerana kita ini manusia biasa yang sering di bolak-balikkan hati,semoga Allah swt tidak melepaskan hati-hati kita saat dia membolak-balikkannya,
 apa khabar iman anda islam habibi??
semoga ALLAH merahmati kita semua..



Relakah Kita Menjadi Hamba NAFSU??

Hakikatnya ,wanita yang memelihara diri itu lebih cantik daripada bunga,lebih wangi daripada haruman kasturi...itulah wanita terbaik..

       Nikmat yang di rasakan terlalu membahagiakan di selimuti keinginnan hawa nafsu dan keindahan duniawi memang akan membuah bahagia dalam penipuan ,begitu hakikatnya kita...Terlalu suka melakukan perkara yang di tegah ,selagi ada peluang selagi itulah mahu kita lakukan..
     Mahu melawan keinginan diri yang sentiasa bergelora bukan mudah ,mujahadah nafsu itu perlu..
selalunya perkara yang terlarang atau buruk memang menarik perhatian kita,Apatah lagi jika ia di lakukan sembunyi-sembunyi,seronok ..hakikatnya tidak mustahil kita akan menjadi hamba sendiri..
nafsu pula yang mengarahkan kita ,bukan kita yang mengendali nafsu!
maka,Relakah kita semua semua menjadi hamba nafsu?Na'udzubillahimindzalik.
       Islam tidak pernah melarang lelaki dan wanita menjadi kawan,sifat lengkapnya agama Allah s.w.t ini ialah mengariskan panduan dan cara untuk bergaul dengan sebaik-baiknya mengikut syarak,menjaga pergaulan tidak bererti memutuskan silaturahim..ramai yang salah anggap bila ia terjadi,,
ada sesetengah melihat pergaulan bebas itu perkara biasa,bersentuhan antara lelaki dan perempuan perkara itu tidak di hairankan...kata mereka ikut perkembangan zaman..pada mata mereka ,orang yang menjaga pergaulan itu jumud..tidak pandai bergaul.malah lebih teruk pula apabila ia mengundang zina sedangkan perkara zina itu adalah tidak di redhai ALLAH..

PERNAH KAWAN SUE BERKATA:
kadang-kadang tengok orang lain boleh je bergembira,tak perlu risau bab aurat itu ini..?

saya tersemyum bila mengenang setiap pertanyaan...
Memang ,jiwa kita sudah sinonim dengan keseronokkan,kata orang hidup hanya sekali mesti enjoy...
mahu enjoy dalam hidup..enjoylah kerana islam tidak pernah melarang umatnya,lebih-lebih lagi yang muda belia untuk berseronok menghiburkan diri,tetapi islam juga ada pengamalnya ,Mahu enjoy di persilakan tapi pastikan apa yang di lakukan tidak terkeluar dari landasan kebenaran..jika kita meneliti dan melembutkan hati melihat Islam ini bagaimana ..sungguh kita akan terima kasih dan bersyukur tidak terhingga kepada ALLAH S.W.T .
      Bukan untuk mengonkong kita,Islam itu cara hidup yang membawa pengamalnya kepada kesejahteraan..
itulah janji ALLAH S.W.T !
   Diri kita itu secara hakikat dan fitrahnya adalah suci  maka hargailah kesucian yang ada dalam mendidik diri dengan kesabaran,hiasilah dengan amal soleh,khususnya untuk remaja era kini..perkara yang buruk dan berdosa itu syaitan akan sentiasa mengoda umat Muhammad melihat sebagai indah serta membuai perasaan lagi membahagiakan.MAKSIAT itu hanya menjanjikan kenikmatan yang sementara ,setelah hilang ia ,hanya kesesangsaraan pula menjelma...
SABARLAH menjaga kesucian diri ,bersabarlah dalam menjauhi maksiat ,orang yang sabar itu mendapat tempat di sisinya,SUBAHANALLAH..
"dan ALLAH mencintai orang yang sabar -Ali Imran:146

MASYAALLAH... TABAARAKALLAH...


PERJALANAN YANG PANJANG

                "bila tiba masa kita seakan tahu 
                                 segala benda,
                 Allah ajar  kita yang sebenarnya 
                          tidak tahu apa-apa.........



kematian..titik permulaan yang panjang
bila kematian bertandang ,urusan dunia mungkin sudah selesai,tapi tidak bagi urusan akhirat .Alam kubur itu adalah tahap pertama menuju ke alam sana,boleh jadi ia merupakan satu daripada taman-taman syurga ,boleh jadi juga boleh merasai bahang kepanasan api neraka.
     Mahu atau tidak ,kematian itu suatu perkara yang wajib bertandang kepada setiap manusia yang sudah tiba waktunya.semua manusia akan mati ,apa yang berbeza hanyalah cara mereka mati.
     Ada yang pergi dalam kebaikan ,ada yang pergi dalam keburukan,saya pasti ,jika di tanya ,pastilah semua menginginkan kematian di dalam kebaikan ,yang matinya di dalam Islam ,yang matinya meningalkan kesan untuk agama Islam,yang matinya di iringi doa muslimin dan muslimat ,yang matinya di redhai Allah s.w.t Rabbul Jaleel.
   salah satu perkara terbesar kita patut syukuri adalah Allah menyembunyikan perbuatan-perbuatan aib kita,banyak perbuatan aib kita Allah sembunyikan daripada pandangan dan pengetahuan manusia lain kerana Allah tidak pernah buat zalim kepada kita malah dia maha penyayang dan tidak akan pernah memalukan hambanya...
sebagai hamba ,kita semua patut beriman kepadanya apabila kita melakukan perkara jahat yang kita sendiri malu.. jika, di ketahui oleh orang lain ,tanpa pernah bertaubat ,maka pada hari perhisaban nanti,bukan mulut kita yang akan berbicara di hadapanya ,apabila di tanya tentangnya ,sebaliknya angota tubuh yang akan menyusun berbicara...

itulah kepastian...
saya bukanlah orang yang sangat arif untuk bercakap hal kematian.Menulis di sini cukuplah mengingati dan mengetuk diri sendiri serta cukuplah sekadar memberi kesedaran dan pengajaran untuk sama-sama kita kongsikan serba sedikit yang saya boleh berikan...
TERIMA KASIH SAHABAT GOOGLE DAN BLOGGER JASA BAIK ANDA AKAN KU KENANG SETIAP PERJALANAN YANG PANJANG INI....AMINN.




AKU DENGAN DIRIKU

Lautan yang terbentang luas di hadapan mata ,mendongak ke langit awan nampak cantik permandangan indah mendamaikan jiwa .."ya,, itu yang saya dapat lihat ,tapi saya yakin dari atas sana saya juga sedang di lihat dan di perhatikan ,lalu saya perhatikan diri sendiri ..tapi adakah saya tahu dan menilai diri saya sendiri ?bercakap pasal diri ,semestinya masing-masing punya kisah silam tersendiri .mungkin pada kisah silam itu terselit pengalaman suka duka yang sangat menyakitkan ,boleh jadi juga yang amat menggembirakan .Apa pun,ia tetap merupakan satu pengalaman walaupun ada waktu apabila terkenangkan nya ,sesekali ada terasa tusukan sembilu di jiwa kita....

kisah silam tidak patut di kesali sehingga kita rasa benci walaupun sekadar mengingati setiap detik yang pernah di lalui .kalau sesalan itu menimbulkan keinsafan,tidak mengapa .Tetapi jika sesalan itu menimbulkan benci,saya kira patut kita periksa hati masing-masing .Mungkin ada dendam pada manusia .Atau ..berdendam pada Allah s.w.t secara halus tanpa di sedari...adakah???semestinya ada.
     Dendam adalah satu perasaan yang merasakan bahawa Allah s.w.t tidak adil terhadap hidup kita yang dia rencanakan,maka mulalah mempersoalkan kenapa hidup kita begini ,hidup orang lain begitu .kenapa kita dilahirkan untuk jadi begini sedangkan orang lainsudah jadi begitu??
saya takkan menyentuh soal kesempurnaan kerana sedia maklum tiada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini .Hidup ini penuh dengan cacat cela apa yang pasti tiada ,ke tidak sempurnaan itu dia tidak ciptakan dengan sia-sia kerana di sebalik nya terlindung kelebihan diri yang setiap mesti kita usahakan .Tinggal kita buka mata hati dan berusaha.
     Tanpa di sedari ,pengalaman silam itu yang membantu kita menjadi diri kita pada hari ini,Kadang-kadang ada manusia yang melalui pengalaman yang pahit pada masa silamnya ,lalu dia berubah menjadi seorang yang sebolehnya tidak mahu orang lain merasai rasa yang pernah di rasainya dahulu .Namun begitu ,ada juga yang berubah menjadi sebaliknya.
yang mana kita harus pilih...pejam mata dan tanya diri sendiri...

     kadang-kadang komunikasi yang terjalin dengan manusia lain membuatkan kita mata kita terbuka hijab perihal diri sendiri yang mungkin tidak kita ketahui.Mungkin sebelum ini kita langsung tidak pernah terfikir yang rupa-rupanya kita orang yang begini dan begitu ..
       Penilaian orang lain terhadap diri kita memang ada -adakalanya sangat menyakitkan apabila ia di buat dan di nyatakan kepada kita pada waktu penilaian sedang marah.Biasanya, bicara pada waktu marah itu adalah yang terpendam ..betul tak?
   kalau betul penilaian orang lain terhadap diri kita maka terimalah walaupun sakit ,Itu maknanya Allah s.w.t memberi peluang kepada kita untuk nampak keburukkan diri sendiri melalui orang lain .Berilah waktu pada diri ,bersoal jawablah dengan diri sendiri dan perbaikilah..
   Tapi sekiranya penilaian itu tidak betul ,pun kita harus muhasabah ,atas dasar apa orang lain boleh berkata begitu kepada kita walaupun perkara tersebut tidak betul dan memang menyakitkan hati,kerana hal itu,di dalam diri kita ini ada jiwa yang baik dan jiwa yang buruk,itu saya beriman dengannya ,saya lebih beriman bahawa setiap diri mempunyai kebaikan yang mengatasi keburukkan kerana ia sudah ada sejak daripada penciptaan,tapi dek perbuatan kita yang mungkin tidak selari dengan makna kebaikkan ,maka keburukkan itu menggelamkannya...
     orang lain mungkin dapat menilai dengan baik dasar pandangan mata tanpa menyelidik dalaman kita,tapi sebenarnya kita sendiri patut tahu apakah nilaian itu layak atau sememangya ia ada dalam diri.jika mahu mengambil ekspresi orang lain untuk di banggakan ,lebih baik jangan .Tetapi jika ingin mengambilnya sebagai satu dorongan dan menganggapnya doa dengan penuh kerendahan hati,maka moga Allah s.w.t menbantu setiap manusia yang sebenar-benarnya mahu di bantu.Setiap kita kenal tabiat baik dan buruk diri sendiri ,ini renungan untuk diri kita supaya lebih berusaha menjadi insan yang lebih baik sebagai sandaran.Hidup di dunia berjuanglah habis-habisan untuk segalanya kerana Allah s.w.t .semoga Allah merahmati .

ALLAH humma arrifni nafsii!!YA ALLAH, kenalkan aku dengan diriku... :)

SALAM MAULIDUR RASUL


Mari berselawat ke atas jujungan Nabi Muhammad s.a.w,jangan sesekali kita lupakan Nabi Muhammad s.a.w selalulah kita berselawat dan juga janganlah kita sering lupa sunnah yang di tinggalkannya..

Alhamdullilah,segala puji dan kita rafaatkan kepada Allah yang telah memberikan nikmat kepada kita ,selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad s.a.w para nabi dan Rasul petunjuk jalan al-Haq dan Daie sepanjang jalan.

Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda s.a.w namun haruslah kita juga bertanya di benak fikiran sejauh manakah kita mencontohi mengimplitasi pusaka peningalan baginda s.a.w di dalam kehidupan kita ,namun spirit dan ruh perjuangan baginda tetap membara dalam sanubari kita.

sahabat fillahku,
Ayuh,kita mengali semula mutiara keindahan hidup baginda s.a.w ,marilah kita susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan Baginda bagi memacu semula gerakkan pencerahan dan pembangunan semula satu peradaban,biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu namun jiwa perjuangan baginda tetap mekar dan dekat di hati kita..

wasalam...


SALAM JUMAAT:Sudahkah anda membaca AL-Quran hari ini????




SURAH AL-KHAFI DAN KELEBIHANNYA

Banyak kelebihan surah Al-khafi "barang siapa membaca surah Al-khafi pada hari jumaat maka Allah akan menanganinya dengan cahaya dari jumaat yang dia baca kepada jumaat berikutnya.(HR.Baihaqi)

Iman Ahmad berkata dari Abi dada r.a bahawa Nabi saw bersabda :
sesiapa yang membaca 10 ayat terakhir dari surah al-khafi maka terhindarlah dari fitnah dajjal.

Begitu juga dengan keterangan ayat 109-110:
 Sesungguhnya ilmu Allah swt amat luas dan perkatannya untuk mengadakan alam  dan mengaturkkanya ,amat banyak .Jika di tulis dengan dakwat dari air laut dunia ini ,nescaya habislah air laut itu,sedangkan perkataan Allah swt belum habis di tulis ,meskipun di tambah lagi dakwat sebanyak itu lagi.Hal ini memang tidak dapat di bantah ,kerana dunia yang kita diami  ini sangat kecil jika di bandingkan dengan matahari ,bahkan ada yang lebih besar daripadanya ,maka tentunya air laut kita ini seumpama setitis ,jika di bandingkan dengan alam yang sangat luas ini.
     Sesungguhnya Nabi Muhammad saw itu manusia seperti kita juga ,hanya kelebihannya ,Allah swt mewahyukannya kepadanya Al-Quran ,di dalamnya tertera ,bahawasanya Allah taala hanya satu .
'Barang siapa yang hendak bertemu dengan Allah swt (mendapat kurniaanya) hendaklah dia beramal soleh jangan sesekali menyekutukan ibadat dengan sesuatu jua .Jika dia sembahyang ,puasa,bersedekah dan sebagainya ,hendaklah semata-mata kerana Allah swt bukan kerana hendak di puji orang atau hendak menjadi mahsyur.
     Semoga kita semua terlindung dari orang yang di rahmati Allah swt dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah ,hendaklah kita ingat dengan sabda Nabi saw yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah tidak melihat gambaran lahir kamu tetapi Allah melihat batin (hati) kamu" .
sama - samalah kita amalkan surah al-khafi ini pada setiap hari jumaat agar peroleh syafaat dan keberkatan..

"Waallah hu a'lam"

    





PUISI: AL-QURAN PANDUAN UMMAH


suara
ku dengar menyeru kepadanya
suara
bergema memuji kebesarannya
suara
hidayah mentafsir
Itulah kebenarannya...
kita menatap wajah dunia
Di sana sini banyak terjadi segala kemusnahan
Ibarat hari menanti senja
Melihat segala kemusnahan
Apakah kita terdiam sahaja
Ya Allah
Selamatkanlah kami
dari segala fitnah dunia ini.....
Demi al-quran dzat Allah
sebagai panduan ummah
Ya Allah
Selamatkanlah kami dari hidup terhina..
Itulah datang dari Allah
perjuangkanlah ..
Iqra'
Al-Quran kalam Allah
syukurilah dan amalkan
sampaikanlah
kepada sesiapa pun
moga tercapai rahmat Allah



KASIH SAYANG RASULULLAH S.A,W KEPADA KAUM WANITA

Assalamualaikum..Alhamdullilah hari ini mampu meluangkan masa menulis entri walaupun sentiasa sibuk dengan aktiviti ..ALHAMDULLILAH..moga perkongsian ilmu ALLAH ini dapat sama-sama kita kongsikan serta memberikan sedikit manfaat...

*Perintah untuk bersikap baik kepada wanita
Ketika haji wada', tepatnya pada hari Arafah ,Rasulullah s.a.w .menyampaikan kuthbah beliau memberikan perintah-perintah dan larangan-laranganya .Beliau menganjurkan kaum muslim untuk mengerjakan kebaikkan dan meninggalkan kejahatan,beliau juga berpesan kepada mereka agar mengingatkan mereka akan tuhan mereka.Beliau juga berpesan kepada mereka agar memerhatikan perkara-perkara yang besar .Sebahagian isi khutbah yang beliau sampaikan adalah sebahagian berikut:

      "Bertakwalah kalian kepada Allah dalam menyikapi kaum wanita.kerana sesungguhnya kalian telah mengambil mereka dengan janji Allah ,dan kalian telah menghalalkan kemaluan  mereka dengan kalimat Allah.Kalian memiliki hak atas mereka, iaitu mereka tidak boleh mempersilakan seorang pun yang kalian tidak sukai untuk tidur di tempat tidur kalian,jika mereka melakukan hal itu ,maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan ,mereka juga memiliki hak atas kamu iaitu kalian berkewajipan memberikan nafkah dan pakaian kepada mereka dengan cara yang makruf ."(HR .Muslim)
      Imam al -Nawawi dalam Syarh Muslim berkata :Hadis ini mengandungi banyak pengajaran .Di antaranya ,hadis ini menganjurkan kita agar sentiasa memperhatikkan hak kaum wanita ,berbuat baik kepada kaum mereka  dan berinteraksi dengan mereka secara makruf .Banyak hadis sahih yang menganjurkkan kita agar berbuat baik kepada kaum wanita ,menjelaskan hak -hak mereka dan melarang kita bersikap kurang perhatian."

kenapa harus jadi seperti itu,di manakah sifat kasih sayang bermacam -macam terjadi .....???
Anas bin Malik r.a berkata:Rasullullah s.a.w mempunyai orang yang pandai bersenandung dan suaranya merdu .Pada suatu ketika Rasullullah s.a.w berkata kepadanya :perlahan-lahanlah wahai Anjasyah !jangan lah kamu menghancurkan orang-orang yang lemah di kalangan wanita.:"
Imam Al -Baghawi dalam syarh al -sunnah(13/157-158) berkata:Anjasyah adalah seorang pemuda yang berkulit hitam ,dia keras dan kasar ,lalu di perintahkan Nabi saw bersikap lembut terhadap kenderaan yang di atasnya ada orang-orang yang lemah dari kalangan wanita atau Anjasyah adalah seorang yang suaranya merdu .Namun dia di larang bersenandung di hadapan kaum wanita kerana bimbang dapat memikat mereka.Nabi saw menjelaskan bahawa wanita lemah dan cepat termakan hatinya oleh suara yang merdu.
     Pendapat terakhir ini merupakan pendapat yang di pengang Abu Abdullah Al-Bukhari .pendapat ini di tegaskan oleh imam al-Nawawi dan di ikuti oleh AL-Hafiz Ibnu Hajar."
     Hadis di atas mengandungi banyak pengajaran .Di antaranya hendaklah orang yang mendapat tanggungjawab menjaga kaum wanita untuk membantu mereka ,memenuhi semua keperluan mereka,dan tidak membebani mereka dengan perkerjaan yang berat yang tidak sanggup mereka laksanakan.

HARGAILAH WANITA KAUM ADAM JANGAN KERANA SIKAP AMARAH KITA ANAK-ANAK DAN ISTERI MENJADI MANGSA KEADAAN...TEPUK DADA TANYALAH SELERA IMAN ANDA....
Allah swt telah membukakan pintu-nya untuk orang -orang yang bertaubat .Dia telah menampakkan kekayaannya untuk orang-orang yang meminta .Dia telah menawarkan ketaatannya.Kepada orang-orang yang mencarinya .Dan dia pun telah menganugerahkan kasih sayang -nya kepada orang-orang yang menginginkannya.Maka berbahagialah orang-orang yang beriman..

WAALLAH HU A'LAM....

JOM KONGSI ILMU:Orang yang yang suka memaafkan kesalahan -kesalahan orang lain.


Di riwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasullulah s.a.w bersabda :"semoga Allah merahmati seorang hamba yang berasa berbuat zalim kepada sesama saudaranya terhadap kehormatan dan hartanya ,lalu dia datang dan meminta di bebaskan darinya sebelum dia di hukum ,sedangkan di sana takkan ada sinar atau dirham,sehingga bila dia mempunyai kebaikan nescaya di ambilkan dari kebaikannya .Namun ,jika dia tidak mempunyai kebaikan akan di pikulkan padanya kejahatan-kejahatan mereka."(HR.Bukhari,Tirmizi,Ibnu Hibban,al-Baihaqi,dan Abu Nuaim)
             Segala puji bagi Allah,zat yang telah melimpahkan kepada kita dengan lemah lembut ,yang secara khusus di berikan kepada hamba pilihannya sebagai bentuk kenikmatan dan kurnia darinya.Zat yang telah menyatukan hati di antara mereka ,sehingga berkat nikmatnya itu mereka menjadi bersaudara .Zat yang telah mencabut sifat dendam dari dada mereka ,sehingga mereka menjadi berteman dan bersaudara di dunia dan akhirat.
           Sesungguhnya persahabatan yang di dasari  kerana Allah Swt dan persaudaraan yang di landasi    
 keinginan untuk menegakkan agamanya termasuk bentuk pendekatan diri kepadanya.Dalam persahabatan dan persaudaraan tersebut ada hak  yang perlu di perhatikan kerana persahabatan dan persaudaraan akan menbawa kedekatan kepada Allah sedekat-sedekatnya ,begitu pula dengan menjaga hak dan kewajipan itu akan di perolehi darjat yang tinggi.Hak dan kewajipan dalam persaudaraan dan persahabatan yang paling perlu di perhatikan adalah yang berkaitan dengan kesalahan kawan atau saudara.

seorang sasterawan mengatakan "jangan sampai aib kecil yang ada pada diri teman atau dosa kecil yang di lakukannya membuatkan engkau bersikap tidak acuh terhadapnya .Pada hal ,engkau telah memuji tingkah lakunya ,engkau telah setuju dengan jalan hidup yang di tempuhnya ,engkau telah mengetahui hakikat akalnya.kerana seumur hidup ,engkau tidak akan menjumpai orang yang bebas dari aib dan tidak melakukan dosa sama sekali .Bayangkan bila itu menimpa dirimu ,tentunya engkau akan berbelas kasihan kepada kawan mu itu."memaafkan kesalahan saudara dan kawan akrab termasuk perangai orang-orang yang baik .mutiara kata ada menyebut "jangan sampai prangsangka merosak hubunganmu dengan kawanmu ,kerana hubunganmu telah di bangunkan oleh keyakinanmu kepadanya."
         Ketahuilah  kesalahan yang di lakukan kawan boleh berupa pelanggaran terhadap ajaran agama ,boleh berupa melangar hak anda.Yang di maksudkan dengan pelanggaran agama adalah dia melakukan kemaksiatan dan terus menerus melakukan kesalahan tersebut ,nasihatilah ia dengan lemah lembut agar tidak melakukan kesalahan tersebut serta megembalikan keadaanya kepada yang baik dan istiqomah ,jika dia kembali sedar maka allhamdullilah ,Namun ,jika dia tidak kembali sedar dengan cara tidak di acuhkan  dan di jauhi ada pula perlu di hadapi dengan kesabaran dan terus menerus memberi nasihat.
      Oleh kerana itu ,adalah kewajipan orang yang berbuat kesalahan terhadap saudaranya untuk segera bertaubat dan meminta maaf .Demikian pula orang yang hak di zalimi berkewajipan memaafkan dan membebaskan kesalahan saudaranya. Kerana memaafkan kesalahan adalah kebajikan ,dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan .Di samping itu, sebaik-baik akhlak adalah memaafkan.
Waallahu a'lam.

MY FAVICON