SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

SEJARAH ISLAM: 6 Da'i mengharumi syurga




Demi Allah ,andai bukan kerana takut di sangka aku gentar untuk menghadapi maut,maka solatku ini akan ku tunaikan dengan lebih panjang."Doa Khusaib bin Adi seusai memberi salam sewaktu menunaikan solat sunat terakhir sebelum di pancung oleh kaum Quraisy.

          Di tengah panas dan terik yang membahang dia di heret satu kawasan di Tanaim iaitu salah satu tempat miqat umrah.Di situlah dua orang sahabat ,juga Da'i yang sangat taat dengan ajaran Allah menembuskan nafas terakhir di hujung pedang kaum musyirikin.
           Sebelum di pancung ,Khusaib di salib terlebih dahulu lelaki itu mengikut jejak sahabatnya,Zaid bin Addutsunnah yang menjalani hukuman lebih awal.sebagaimana lazimnya masyarakat Arab,sebelum hukuman qisas di laksanakan pesalah di beri peluang untuk melafazkan permintaan terakhir,di kesempatan itulah Da'i yang bijaksana ini meminta izin untuk menunaikan solat sunnat dua rakaat ,setelah permintaan di terima ,dia meminta solat dengan tenang dan khusyuk,seolah -olah tidak ada apa-apa yang bakal berlaku.
           
TIDAK TAKUT DENGAN KEMATIAN
      Sebelum sahabatnya ,Zaid juga kembali ke pangkuan Illahi di tempat yang sama,sebelum di bunuh,ketua Musyirikin Mekah,Abu Sufian bertanya Da'i itu dengan kasar ,"wahai ,si bedebah,adakah kau suka andai tempat mu ini digantikan Muhammad?Dan kau boleh kembali kepada keluarga serta hidup dengan bahagia"
dengan berbekalkan Iman yang teguh di dada ,dengan tegas dia menjawab ,"tidak"biarlah aku yang menangungnya.Aku tidak akan biarkan Rasullulah merasai kesakitan walaupun hanya di tusuk dari kecil di rumahnya,"
    Abu Sufian bertambah baran tatkala mendengar jawapan tersebut "Dalam keadaan getir begini pun kau masih membela Muhammad s.a.w ?Namun,lelaki itu masih kelihatan begitu tenang ,tanpa sedikit pun takut dengan apa yang akan dilalui ,Justeru,Abu Sufian memerintahkan agar hukuman di laksanakan segera.Dalam sekelip mata sebilah pedang yang tajam berkilat memenggal leher Zaid .Darah memancut keluar membasahi tanah.
    Abu Sufian tergamam kesetiaan lelaki itu dan sahabatnya yang lain kepada Muhammad.Begitu juga mereka yang melihat kejadian tersebut ,terdetik rasa kehairanan di hati masing-masing,"Aku tidak pernah menemui seseorang yang begitu di kasihi dan di sayangi oleh sahabat seperti Muhammad"ungkap Abu Sufian.

KERANA DENDAM

Bukan hanya mereka berdua yang menjadi kekejaman musuh islam,Ia adalah rentetan peristiwa enam orang Da'i yang dihantar oleh Nabi untuk mengajar agama islam ke sebuah daerah di Tanah Arab.Suatu hari ,Rasullulah menerima kedatangan pedagang yang menyatakan untuk memeluk islam,kehadiran di sambut baik oleh baginda pada masa itu tanpa sedikit rasa syak wasangka,Mereka di minta Baginda menghantar 6 orang Da'i  yang mahir tentang islam ke daerah yang di maksudkan pedagang tersebut.Sebaik sahaja tiba di kampung bernama AR-RAJI sebuah daerah di bawah kekuasaan suku Huzail,masa itu barulah mereka sedar tentang helah dan perangkap mereka bahkan kumpulan lelaki itu turut meminta bantuan daripada suku huzail.
      Dengan pantas mereka mengankat pedang untuk mempertahankan diri.sementara sekumpulan pedagang menjerit ,"sabar wahai saudara-saudara kami bukan berniat untuk membunuh kami hanya ingin menjual kalian dan hambanya di Mekkah.Mendengar kata-kata itu ,mereka sedar bahawa apa yang akan berlaku lebih buruk daripada terbunuh dalam pertempuran yang tidak berimbang  itu,sambil diiringi dengan takbir ,mereka menyerang musuh yang cuba memanipulasikkan keadaan .Mka terjadilah pertarungan yang sangat sengit,keenam-enam Da'i tadi berjuang habis-habisan biarpun jumlah musuh lebih ramai.
       Dalam pertempuran itu ,seorang demi seorang utusan Nabi mati syahid.Seorang daripada mereka di lontari di hujani dengan batu oleh penduduk setempat sehingga gugur yang tinggal hanya dua orang sahabat Zaid dan Khusaib.Mereka juga tewas akhirnya dan di bawa ke pasar Mekah ,kedua-dua terpaksa juga mengalah apabila di kepung oleh musuh.Zaid di beli oleh Safwan dan Umayyah.
      Ayah safwan ,iaitu Umayyah bin khalaf ialah tuan kepada bilal bin Rabah dan Amir bin Furairah yang terkenal dengan kezaliman yang menyeksa hamba sahaya.Bilal juga pernah di jemur di tengah perit mentari dengan badan di tindih dengan batu bagaimanapun Perang Badar,dia tersungkur di tengan Bilal yang pernah menjadi orang suruhannya.
        Sementara Khusaib pula di beli oleh Uqbah bin Harits sebagai membalas dendam terhadap kaum muslimin .Kekalahan umat islam pada perang uhud menbangkitkan kemarahan di kalangan Kaum Badwi di sekitar Madinah ,mereka mencemuh dan mengunkit dendam lama yang tidak bersekesudahan dan sudah terlalu lama terpendam sehingga tiba kejadian yang menyayat hati itu.
        Biarpun Dai enam bersahabat itu menemui Ajal di tanggan kaum Musyrikin ,Namun ia meninggalkan kesan yang sangat mendalam umpama wangian di syurga .keikhlasan mereka membuatkan munculnya lebih ramai Da'i yang memiliki peribadi ,keikhlasan semangat juang yang jitu,Malah kumpulan ini telah pergi merata pelusuk pendalaman untuk menyampaikkan dakwah dan megembang ajaran suci ke seluruh tanah Arab.


NOVEL: SINAR NAJWA





Ikuti cerita novel ini secara bersiri dengan lebih lanjut, cerita ini akan di paparkan setiap hari sabtu hujung minggu ..
   Semoga novel ini dapat di selami, ayatnya mampu memberikan sesuatu rasa dalam jiwa dan hidup kita..mungkin novel ini tak seperti para novelis yang lain tapi pastinya ia lahir dari hati saya.
    Angaplah novel ini sebagai coretan dari seorang sahabat kepada sahabatnya sama-sama kita melangkah memahami perjalanan hidup dalam kepayahan melangkah di dunia.
~"Semoga Allah swt merahmati kita semua"~
SINOPSIS:
Najwa seorang gadis kampung yang tabah dan cekal ,masih mencari-cari makna kehidupan ,kerana takdirnya serba kekurangan ,Tetapi hidupnya berubah apabila dia menjejak kakinya ke luar kota,
hancur lebur harapan seorang ibu yang ingin melihat anaknya untuk memiliki segulung ijazah..hakikatnya untuk mengejar cita-cita di bumi asing usahanya di pandang sinis oleh segelintir pihak yang mematahkan semangatnya..

    terima kasih yang tak terhingga kepada anda di atas sokongan blog transisi kembara ini,semoga Allah membalas jasa baik anda..
~shukran jazilan~

HINDARI MAKAN HARTA DENGAN JALAN YANG SALAH

                                                                                                                                              




"Dan janganlah kamu makan (atau megambil )harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah ,dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau megambil)sebahagian daripada harta manusia dengan berbuat dosa ,padahal mengetahui(susahnya ."Al Baqarah :188

Jelaslah bahawa satu larangan atau di tegah kepada umat islam agar tidak memperolehi harta secara batil atau jalan yang salah tak kiralah dari segi apa pun termasuklah riba,rasuah,menipu di dalam perniagaan dan sebagainya..penipuan mencakupi pelbagai jenis dan ke semuanya mempunyai niat yang jahat dalam mengaut segala keuntungan di antara penipuan dalam konteks perniagaan atau jual beli :

1. Bercakap bohong
Ini selalu terjadi apabila seorang peniaga atau penjual mempromosi sesuatu produk yang tidak baik dengan kata-kata yang baik ,meskipun beliau mengetahui keadaan yang sebenar ,sebagai contoh mempromosi produk tidak berkualiti dengan mengatakan bahawa produk itu berkualiti tinggi..di manakah sifat jujur dan Amanah...oleh sebab itu berlakulah eksploitasi penjual ke atas pembeli atau penguna tidak memperoleh maklumat tersebut.

2. Mencampurkan produk yang buruk dengan produk yang baik
Satu lagi kegiatan penipuan ialah dengan mencampurkan produk atau bahan-bahan yang buruk dengan produk atau bahan -bahan yang baik dan menjualnya pada suatu paras harga yang tinggi tanpa menjelaskan pada penguna .
dalam satu kisah yang berlaku pada zaman Rasullulah s.a.w yang di riwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasullulah s.a.w lalu berdekatan dengan selongok makanan lalu baginda memasukkan tangannya ke dalam longokkan itu,tiba-tiba baginda terkena sesuatu yang basah .Baginda bertanya "Apa semuanya ini wahai tuan punya makanan ?
orang itu menjawab:"terkena hujan,wahai Rasullulah,"
Baginda bersabda :Mengapa tidak kamu letak di atas supaya orang ramai dapat melihatnya .sesiapa yang menipu maka dia bukan daripada kalanganku,"(Muslim at-Tarmizi)

3. Mengelirukan pembeli tentang nilai harga produk
penipuan seperti ini berlaku apabila penjual menawarkan kepada pembeli nilai harga yang terlalu tinggi daripada nilai harga yang sebenar untuk memperoleh keuntungan dengan berlebihan .

4.Menyembunyikan kerosakkan produk
satu lagi jenis penipuan adalah dengan menyembunyikan kerosakkan atau kecacatan produk .Ini terjadi apabila produk yang rosak di pamerkan dengan cara yang akan menarik minat pembeli dengan menyembunyikan kerosakkan.

5.Memanipulasi ukuran atau timbangan produk 
Dalam kes ini ,penjual akan menipu pembeli dengan memanipulasikan dari segi ukuran besar atau timbangan berat produk ,demi memperoleh keuntunggan yang tinggi.

6. Memalsukan asal usul ,atau pembuat sebenar produk 
penipuan ini berlaku apabila negara asal usul atau pembuat sebenar  produk di palsukan agar produk yang di jual dengan harga lebih yang tinggi.

7.Menipu tarikh luput atau tempoh sah produk
Terdapat juga penipuan dari segi tarikh luput atau tempoh sah produk ,Ini di lakukan bagi menghabiskan stok barang yang lama yang tidak laku ,penipuan ini pasti akan membahayakan pembeli sekiranya produk yang terbabit itu ubat atau makanan.

         Apa yang di senaraikan di atas adalah penipuan yang sering berlaku ,hati-hati!!
islam seperti mana firman Allah s.w.t dan hadis Rasullulah s.a.w di atas melarang sekeras-sekerasnya penipuan dalam jual beli ini dan pemilikkan harta .Amaran Rasullulah s.a.w terhadap penipuan dalam urusan jual beli sangat keras sehingga tahap menafikkan seseorang itu sebahagian daripada umat baginda,lihatlah betapa baginda sangat tidak suka kepada peniaga-peniaga yang tidak jujur ini.
      Adalah menjadi tangungjawab kita bersama iaitu penjual ,pembeli dan pihak berkuasa untuk memastikan keadaan pasaran yang adil ,telus serta terhindar daripada unsur-unsur manipulasi dan penindasan.
wassalam.. السلام عليكم


BAB 4: NOVEL SINAR NAJWA

"YA ALLAH...YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
KAU KASIHANILAH MEREKA SEPERTI MANA AKU KASIHKAN MEREKA
KAU PELIHARALAH MEREKA DAN DI MANA JUA MEREKA BERADA,
KAU KURNIAKANLAH SINAR KEJAYAAN PADA ANAK-ANAKKU,
KAU DIDIKKANLAH HATI MEREKA MENJADI ANAK SOLEH SOLEHAH,
KAU LEMBUTKANLAH HATI ANAK-ANAKKU.."

       setiap tersusun jari Mak Lijah sentiasa mandoakan untuk anak-anak,awal subuh bangun bersiap ke kebun untuk menoreh lagi,,dengan tekun bekerja tanpa hirau keringat penat dan lelah..Ayie juga menurut serta menolong itu pun kalau cuti sekolah..

mak,mak..kak Najwa bila nak balik?tanya Ayie..

entahlah,Ayie nanti kak Najwa cuti balik lah tu..sambung mak Lijah lagi..

sambil memangkas semak samun di tepi pohon getah..

Ayie,meh tolong mak kutip getah kat sebelah sana dah boleh kutip dah tu nanti kutip kita boleh jual kat kedai Ah chong nanti..
"ye lah ,mak" sambil meganguk ..
            Jam 10.30 pagi, sudah hampir siap Ayie mengutip getah ke dalam baldi siap mengutip di letaknya getah ke dalam karung guni hampir satu setengah guni dah selesai...
"Mak,dah selesai.".jerit Ayie
"ye lah,jom bawa getah ni ke kedai Ah Chong.."
dengan mengayuh basikal di letak nya di belakang dan di ikat kemas agar getah tu tak jatuh
Ayie,mengikut ke belakang mak Lijah..jalan pula penuh berliku kadang-kadang terhentap kuat juga basikal di bawa mak Lijah akibat jalan yang berlubang..

"wah,banyak hari ini,"Ah chong menyapa

"ala tauke kasi lebih la sikit"memujuk mak Lijah

ya lah,ala harga getah pun makin menurun tak apa yang lebih aku kasi kau ok..jawab Ah chong terasa belas sikit pada mak Lijah..

"terima kasih ya tauke"tanda rasa gembira

Mendapat sedikit hasil usahanya tersenyum Ayie tak sia-sia menolong ibunya di kebun..

"anak you belum balik lagi ka belum ada cuti lagi"
belum..sibuk agaknya..
ala takkan sibuk sampai tak boleh balik maa..orang lain mengaji universiti juga tetap mau balik."Ada juga betul  kata Ah chong tadi...

terasa kerisauan pada  wajah mak Lijah hairan dengan sikap Najwa pergi tanpa menghantar sebarang berita sepucuk surat pun tak di hantarnya..

Setibanya di rumah langkah kaki duduk di atas anak tangga sambil teringatkan Najwa terasa rindu bila jauh..naluri seorang ibu ..

Di Kampus

"Eira,buzy ke?teman aku pegi library jap,ni hah nak cari buku untuk assigment prof,ajakkan Najwa .
"ye lah,kejap..erk,"bls Eira..sambil mengemas buku yang ada di atas meja ..
sampainya di Library Najwa memilih buku -buku yang tersusun teratur di rak..entah tiba-tiba tangganya terambil sebuah buku di hadapan mata sebuah buku kata-kata motivasi yang indah" Kasih ibu sampai Syurga " tersentap Najwa menyebut"Mak"
Eira ,memegang bahu Najwa ,kenapa nie..
ish,Tak da apalah Eira ,sambil meletak kembali buku di pegangnya itu..

bersambung..



SELAMAT DATANG 1 REJAB 1435 HIJRAH & SELAMAT HARI PEKERJA 1 MEI 2014



  

Alhamdullilah..
Dalam sedar tidak sedar masa berlalu sungguh pantas dan masa juga terlalu cantik kerana hari pekerja jatuhnya pada bulan Rejab juga, syukur sangat-sangat ...SELAMAT BERCUTI..semoga cuti ini kita dapat manfaatkannya seelok-eloknya bersama keluarga.

kelebihan bulan Rejab:
  1. Hendaklah memuliakan bulan Rejab ,niscaya Allah memuliakan mu dengan seribu kemuliaan di hari Kiamat. 
  2. Bulan Rejab juga bulan Allah bulan sya'ban bulanku dan bulan Ramadan bulan umatku
  3. kemuliaan Rejab dengan malam Isra' Miirajnya dengan malam nifsunya dan ramadhanya dengan lailatul Qadarnya.
  4. puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi( Firdaus ),puasa dua hari di lipat kali gandanya pahala
  5. puasa 3 hari di bulan rejab di jadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan
  6. puasa 7 hari pada bulan rejab di tutup daripadanya 7 pintu neraka
  7. puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan menjadi orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga
  8. kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah kelebihan Al-Quran keatas semua kalam(perkataan)
  9. puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan di beri minum air dari syurga
  10. bulan Rejab adalah bulan Allah di ampunkan segala dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepadanya.Di ampunkan dosanya yang lalu,di pelihara Allah umurnya yang tinggal,terlepas daripada dahaga di akhirat nanti.
  11. Puasa pada pada awal rejab pertengahanya dan pada akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya
  12. siapa bersedekah dalam bulan Rejab ,seperti bersedekah seribu Dinnar,di tuliskanya pada setiap helai bulu roma dan jasadnya seribu kabajikan di angkat seribu darjat di hapus seribu kejahatan dan barang puasa pada bulan Rejab mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.
Jom kita perbanyakkan amal di bulan ini semoga Allah menerima setiap amalan kita lakukan,Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatupadukan ibadat solat ,puasa,zikir,tasbih,tahlil,tahmid,qiyam dan bersedekah dan kebaikan lain-lainya di bulan ini .






RUMAH YANG HIDUP DAN BERNYAWA

 suasana inilah yang di gambarkan Rasullulah s.a.w sebagai rumah hidup dan bernyawa  iaitu Rumah yang sentiasa kedengaran bacaan Al-Quran .manakala rumah yang tidak kedengaran ayat Al-Quran oleh keluarganya di ibaratkan rumah yang mati atau kubur ,Sabda Rasulullah s.a.w dalam Hadis yang di riwayatkkan oleh Iman Al-Bukhari dan Muslim bermaksud "perumpamaan rumah yang di sebut nama Allah di dalamnya seperti hidup dengan mati,"

Malah para ulama menambah lagi kelebihan rumah yang kedengaran di dalamnya bacaan Al Quran akan di datangi oleh para Malaikat menghalau syaitan ,memurahkan  rezeki dan menambah kebaikan ,manakala kerugian yang tiada kedengaran bacaan Al-Quran akan di datangi syaitan ,menghalau malaikat ,menyempitkan pintu rezeki dan mengurangkan kebajikan .Semua petunjuk ini sudah cukup kita untuk kita berazam dan menanamkan azam baru ,membaiki cara hidup kita dengan berpandukan Al-Quran meriahkan rumah tangga kita dengan alunan Al-Quran dan Hafazan.

JANGAN BIARKAN SINETRON DAN DRAMA WAKTU MAGRIB
       Bagi mengelakkan tingkah laku anak-anak dari terpengaruh dengan aksi dan adegan dalam drama atau sinetron tersebut.ini adalah usaha yang di lakukan oleh musuh-musuh islam daripada sumber utama mereka ,menjauhkkan umat islam daripada mukjizat Al-Quran.

Allah berfirman dalam surah al -Isra ayat 9 yang bermaksud:

"sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama islam)dan menberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal salih bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

ayat ini menjelaskan tentang peranan al-Quran yang memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka yang mendekati dan memahami maksud ayatnya ,menurut Ibnu  Kathir ,orang yang tidak dapat petunjuk dengan al-Quran akan menghabiskan waktu dan usianya dalam keadaan yang rugi dan sia-sia ,mereka yang hidup jauh dengan al-Quran akan hidup dengan keadaan jahil ,kegelapan dan penuh kesesatan.

KASIH SAYANG
Tiada ibu bapa yang tidak sayangkan anak-anaknya ,Tunjukkanlah kasih sayang kita kepada anak-anak dengan penekanan aspek penghayatan al-Quran ketika di rumah,pastikkan kita membaca al-Quran bersama anak-anak .Sekiranya kesibukkan menghalang kita daripada bersama-sama mereka pastikan ada ahli keluarga lain yang membantu mereka  membaca al-Quran .

ketahuilah  tanggungjawab asasi mendidik al-Quran kepada anak-anak bermula di rumah bukan semata-mata guru agama di sekolah ,biarlah rumah kita sentiasa terpancar dengan sinar cahaya keimanan kerana ahlinya sentiasa mengalunkan bacaan al-Quran :).

#jom muhasabah diri#



TIPs: 10 PETUA AGAR KEKAL CANTIK PADA WAJAH.

1.Kubis
kubis berperanan untuk melembabkan kulit wajah..
pertama kali kisar kubis mengunakan pengisar.kemudian tapis dan perahkan kubis yg telah di hancurkan tadi untuk mendapatkan airnya sahaja.campurkan sedikit madu lebah .sapukan ke kulit wajah dan biarkan sehingga kering kemudian bilas dengan air bersih.

2.Air Kelapa
    untuk melembabkan wajah yg kering bersihkan muka terlebih dahulu dengan air suam dan keringkan wajah kamu.Kemudian,ambil air kelapa sapu di wajah dan biarkan selama setengah jam.Bilas dengan air.seeloknya di amalkan 3 kali seminggu.

3.Madu Lebah
lap muka dengan air suam untuk membuka pori-pori di wajah .kemudian oles madu pada wajah selama 15 hingga 30 minit.setelah kering bilas dengan air suam dan lapkan muka dengan mengunakan tuala yg di basahkan.pasti wajah akan rasa segar dan lembab

4.Kulit kayu manis
Tumbuk kulit kayu manis hingga lumat.campurkan serbuk dengan sedikit air .kemudian bancuh bersama sedikit bedak sejuk .setelah sebati ,ratakan di bahagian yang berparut lakukan sekerap yang mungkin dan kelama-lamaan parut akan beransur hilang.petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat.

5.Daun lidah buaya
Lendir daun lidah buaya membantu memudarkan parut di wajah dan tubuh.Buang sedikit kulit daun tersebut kemudian sapu pada parut di wajah kamu sapu dengan kerap agar parut cepat hilang terutama parut yang masih baru .

6.Daun pegaga
selain di jadikan ulam daun pegaga juga berpotensi menghilangkan parut pada wajah ,caranya adalah ambil daun pegaga bersama akarnya dan cuci sehingga bersih .Kemudian giling sehingga lumat dan campur bersama sedikit bedak sejuk dan air .Lumurkan pada bahagian kulit yang berparut sebelum tidur.

7.Kentang
kentang sangat sesuai di gunakan untuk merawat kulit muka yang terbakar caranya adalah basuh sebiji kentang dan kukus sehingga kentang tersebut empuk .Kulit tidak perlu di buang hanya basuh sahaja .lenyek kentang sehingga  halus ,kemudian letakkan kentang yang di lenyek pada kulit wajah yang terbakar.

8.Limau nipis
Ambil sebiji limau nipis dan belah kepada dua bahagian .Gosokkan limau tersebut pada wajah  dan seluruh badan semasa mandi hasilnya kulit akan menjadi semakin cerah,licin dan harum.

9.Bunga Raya Merah
Ambil kelopak bunga sahaja dan tumbuk sehingga hancur .selepas itu sapukan kelopak bunga yang telah di hancurkan tadi pada parut di wajah biarkan sehingga kering sebelum di cuci dengan air suam .Boleh dilakukan setiap hari terutama kepada gadis yang mahukan hasil yg cepat.

10.Yogurt
yogurt tanpa rasa juga boleh di gunakan untuk menyegar melembab dan merawat jerawat di wajah gunakan ia sebagai masker dan biarkan selama 10 minit sebelum di cuci dengan air suam .Amalkan tiga kali seminggu untuk hasil terbaik.

selamat mencuba...

kata-kata untuk muhasabah diri

     Cuba kita bayangkan dan  renungkan sejenak  apa yang kita nak sebenarnya apa yang kita kejar, adakah semata-mata kerana manusia atau kerana Allah.. jom Muhasabah Diri ..

Kadang-kadang kita lebih banyak kongsikan hal keduniaan berbanding dengan ilmu akhirat ..sedangkan keduniaan itu bersifat sementara..kejarlah Akhirat ...Tak tahu macam mana sue boleh tersentuh bab ni maaf kalau ada yang terasa kadang-kadang manusia terlalu memilih paras rupa asalkan cantik je ramai godaan ..kalau tak cantik pula buat-buat tak tahu je sedangkan ilmu yang dia bagi itu adalah ilmu Allah sama je ,kenapa manusia boleh jadi macam ni..so ternyata manusia itu lebih mementingkan paras rupa berbanding ilmu Allah....ingat ye kita serupa je di atas muka bumi ni kadang-kadang manusia suka memilih sangat2.. belajarlah hargai rakan-rakan sekeliling anda jangan terlalu pilih kasih...



carilah ilmu itu kerana Allah bukan kerana paras rupa..ternyata manusia lebih mengenal paras rupa dari mengenal ilmu kerana Allah..

#Muhasabah diriku#
Like ·  · Promote · 





BERITA

petikan berita dari utusan Malaysia

KUANTAN 25 April - Seorang wani­ta yang masih dalam pantang sanggup menunggu hampir lima jam pada program Selawat Malam Cinta Rasul di sini malam tadi semata-mata mahu bertemu Habib Syech Abdul Qadir Assegaf untuk membayar nazar suaminya.
Normala Abdul Manaf, 33, berkata, suaminya, Mohd. Mirza Omar, 28, bernazar membawa anak sulung mereka, Mohd. Ikmal Rossa yang baru berusia sembilan hari untuk bertemu dengan tokoh ulama itu apabila dia dilahirkan.
"Saya sememangnya menyimpan keinginan bertemu dengannya dan apabila mengetahui anak yang berada dalam kandungan adalah lelaki, suami terus bernazar untuk membawanya berjumpa Habib Syech Abdul Qadir apabila dia lahir.
"Jadi, apabila kami dapat tahu tuan Habib Syech Abdul Qadir ada program di Kuantan malam ini, kami terus datang ke sini," katanya di sini.
Normala dan Mohd. Mirza adalah antara lebih 50,000 pengunjung pada program itu yang berlangsung di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1.
Program yang diserikan dengan persembahan qasidah, selawat dan tausiyah itu merupakan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan TV Al-Hijrah.
Normala berkata, Mohd. Ikmal Rossa dilahirkan pada 16 April lalu di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas tiga tahun melangsungkan perkahwinan.
Sementara itu, Mohd. Mirza bersyu­kur kerana nazarnya untuk membawa anak sulungnya bertemu Habib Syech Abdul Qadir tercapai.
"Saya bersyukur dapat berjumpa dengannya (Habib Syech Abdul Qadir) serta memperkenalkan anak kami walaupun pada mulanya kami berdepan kesukaran lebih-lebih lagi isteri baru sembilan hari bersalin," katanya.

BAB 8:NOVEL SINAR NAJWA





Najwa berlari-lari menaiki anak tangga ..langkah kaki dengan cepat menutup pintu terasa kecewa serta memikirkan ibunya yang sedang sakit..menangis dan terus menangis terasa kesal..

"Najwa.Najwa, Eira mengetuk pintu...are you ok??" Eira berasa hairan..

"ya.. ok...sambil mengesat air mata lalu membuka pintu biliknya..

eh.eh kenapa nie?Eira merasa sesuatu ada yang tak kena pada Najwa..

"Halloo!!! boleh aku masuk" Linda menyapa ..

"why, Najwa,tiba-tiba je nangis macam budak-budak kau ni.."Linda memerli ..

"ehh..kau, diamlah Linda,kau nak apa sebenarnya ni hah.! lekas.. cakap cepat.".geram Eira dengan perangai Linda ...

"saja je,daripada kau nangis macam ni najwa lebih baik kau ikut aku, jom malam ni ikut aku nak?jom lah kita lepas tension kat club buat apa kat sini stress lagi ada lah"Linda cuba menghasut Najwa.

''eh,eh  aku tak nak ajak ke kenapa mesti Najwa erk..sudah-sudahlah Linda bawa-bawalah bertaubat"

"eh, stop!! dah la tak payah kau orang nak susah-susah  pasal aku..Linda ,please tolong keluar dari bilik aku, dah la aku  tak nak dah buat kerja gila tu lagi,kau ajak orang lain lah ..sambil memegang tangan Linda lalu membawa  keluar dari bilik..

"eh ,stop..berani sekarang kau tentang aku ,kau tak ingat janji kau pada aku..."Linda ugut Najwa sambil menunding jari di muka Najwa...

"ah..aku tak kisahlah janji kau yang penting sekarang mak aku"Najwa cuba untuk terus terang .

ok,fine ...take care, kita putus kawan.Linda cuba untuk menyakiti Najwa lagi..

eleh ,aku pun tak kisahlah dapat kawan mcm kau buat aku jadi hanyut dengan nanah dosa...bentak Najwa..

0o..sekarang baru nak fikir pasal dosa ...masa kau buat tu kau tak fikir pasal dosa...its ok aku dah biasa dah dengar macam nie..take care..."lalu linda beredar dengan riak muka geramnya pada Najwa..

lantas,Najwa memasuki bilik hostel dengan lemah longlai ,tanpa berlengah dia membuka surat itu kembali dan memberitahu pada Eira .."mak aku sakit la Eira..."

habis tu..kau tak nak balik ke??tanya Eira

"Nak balik sebenarnya..tapi aku malu dengan orang kampung apa kata dia orang nanti" balas Najwa dengan perasaan ragu-ragu...

"cuba kau tetapkan dalam hati kau siapa yang harus kau pilih mak atau orang lain,it,s ok if you want to take time to think about this,At least you know about you feeling.."Eira cuba tenangkan Najwa semula..

Najwa menganguk kepala sambil merenung di luar tingkap...

 Pada malam itu , Eira membuka bilik Najwa lalu melihat Najwa mulai solat "..alhamdullilah"..Eira mengangkat dua belah tangan tanda syukur sikap Najwa mula memdekati  hatinya pada Allah..tersenyum lalu menutupi pintunya semula...

selepas solat lalu Najwa termenung kamar di sendirian menitis air mata dosa-dosa yang telah di lakukan...masihkah adakah keampunan dari Allah yang maha esa...

"Najwa,dah la jom makan..ajak Eira
"ye lah, Eira ,i nak minta tolong boleh kan "? tanya Najwa
yup..apa erk..Eira sambil mengerut kening rasa hairan..
esok kau teman Najwa ye beli tiket ..hajat Najwa lagi
ye ke..Alhamdullilah..yelah esok aku temankan..balas Eira..
Najwa tersenyum...

tak pe kita kan kawan susah senang sama-sama bantu..tersenyum Eira ,mana taknya akhirnya lembut juga hati Najwa untuk pulang ke kampung..



Suasana Kampung

Batuk Mak Lijah semakin menjadi-jadi  ...Ayie menyapa..mak kita pegi hospital je lah mak..dah teruk sangat ni mak"belas Ayie pada Mak Lijah.

"Tak apa Ayie,kejap nanti baik lah tu,,lagi pun kita tak mampu ..tak Apa mkn ubat ni pun dah cukup kan Ayie baru beli semalam.."

"betul ,mak tak nak pergi ni.".sambil selimutkan Mak Lijah...
"Ayie,kalau mak dah tak ada  nanti Ayie jaga diri ye nak."sambil memegang erat tangan Ayie..
"ish ,mak cakap apa ni, dah-dah tido jangan fikir banyak mak..mak rehat ye"terasa risau Ayie pada ibunya.


Mak Lijah ,menganguk sambil bergenang air mata ,cuba untuk lelapkan mata .





bersambung..






PERMAINAN MENURUT PANDANGAN ISLAM

     


   
     

        Dalam sunnah Nabi s.a.w kita di perintahkan untuk bersukan ,antaranya memanah dan menungang kuda ,kerana mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan lebih di cintai Allah daripada mukmin yang lemah ,Nabi s.a.w telah memberikan izin kepada orang-orang Habsyah untuk menari dengan tombak dan pedang  ketika itu mereka di serambi masjidnya pada hari raya dan Nabi s.a.w mendorong mereka dengan mengatakan,"untuk mu wahai Bani Afidah"
          Akan tetapi  islam melarang sebahagian daripada jenis permainan yang ada kerana di anggap bertentangan dengan tujuanya dan menyimpang dari segi tatacaranya..


JENIS PERMAINAN DI LARANG DALAM ISLAM


  1. Permainan yang sangat berbahaya tanpa darurat seperti tinju dll 
  2. Permainan yang nampak tubuh wanita yang tidak halal  bagi di lihat oleh lelaki yang bukan muhramnya seperti olah raga ,renang dll kecuali di sediakan kolam renang khusus untuk wanita sahaja.
  3. permainan sihir ,dan merosakkan .Haram bagi kita mengajarkannya atau menyebarkannya.
  4. Permainan yang menipu orang demi peroleh harta dengan kebatilan
  5. Permainan beradu binatang dan menyakitinya seperti laga Ayam atau laga kambing dll
  6. Permainan berdasarkan nasib seperti undian atau yang sejenisnya,berbeza dari segi permainan yang menguji akal seperti catur dan yang sejenis dengannya di bolehkan 
  7. Permainan judi
  8. Permainan yang boleh menghinakan dan merendahkan kehormatan manusia atau menjadikan orang lain sebagai bahan ketawa
  9. Berlebihan dalam permainan yang boleh mengangu perkerjaan hariannya.
 oleh itu ,dalam islam tidak boleh mengagungkan  sesuatu permainan seperti bola sepak sehingga boleh alpa kepada Allah ,sehingga pemain bola sepak itu menjadi role model dan di  puja-puja di sesetengah negara sehingga boleh menimbulkan syirik kepada Allah,agak menyedihkan pula sekiranya sebahagian ahli pemikir dan ilmu pengetahuan tidak lagi di pandang kekuatan mereka kerana fungsi kaki seakan lebih penting daripada fungsi kepala...

#semoga kita berhati-hati dalam jua apa keadaan#

RESEPI:AYAM GORENG BEREMPAH BERIANI

huhu...lihatlah set pingan antik hehe tercari-cari dalam almari jumpa satu...bukan senang nak dapat pingan jenis lama nie...



bawang ,halia,serai di tumbuk halus.( nak blender pun tak apa..)

Bahan Utama :
1/2 ekor ayam atau pun byk mana la ayam yg nak masak..suka hati..
tepung jagung ikut kepekatan ayam yang di gaul(sue letak sedikit je..) 
Bahan di Kisar :
2 labu bawang besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
6 batang serai
5 inci halia
5 inci lengkuas

Bahan Perasa :
garam
serbuk cili sedikit dalam 3 camca
serbuk rempah beriani  faiza ikut la kalau nak letak lebih sue guna dalam 4 camca
(ala serbuk yg korang masak nasi beriani tu la) 
2 sudu besar serbuk kari daging baba's


gaulkan rata dan perap beberapa minit (15 minit)

then goreng sampai garing k jangan hanguss pulak...huhu...selamat mencuba..

*sue tak suka letak kunyit coz nanti ayam tu nampak kekuningan seeloknya sue lebih suka letak serbuk cili biar nampak kemerah-merahan sikit..baru best..

RESEPI:Agar-agar Laici layer

Resepi agar-agar laici yang sangat enak dimakan pada ketika cuaca panas. Resepi pencuci mulut yang mudah. Anda harus mencuba!
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 30 minit


nyum..nyum memang sedap....


Bahan-Bahan:

  • 1 peket agar-agar kering, 28g
  • 1 1/2 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin laici
  • sedikit pewarna rose untuk layer 

Cara Membuat:

  1. Basuh dan rendam agar-agar lebih kurang 1/2 jam.
  2. Tapis dan masukkan agar-agar ke dalam periuk bersama air, gula dan daun pandan. Masak hingga agar-agar larut
  3. Masukkan susu cair dan air laici ke dalam larutan agar-agar. Kacau seketika sehingga mendidih.
  4. bahagikan dua bekas Adan B( bahagian A letak pewarna Rose bahagian B biarkan kosong )
  5. Carikkan isi laici dan tabur di dalam loyang.
  6. Tuang adunan B agar-agar ke dalam loyang, sejukkan seketika dan masukkan ke dalam peti sejuk biarkan dalam masa agak separuh  beku  sedikit saja dan tuangkan bahagian A bahagian atas B tadi biarkan beku sedikit .(selang-seli)
  7. kemudian masukkan bahagian B terakhir kemudian biarkan beku 
  8. Apabila agar-agar sudah sejuk dan membeku, potong dan hidangkan.
makan sambil mengadap laptop le petang-petang ni...hihi..selamat mencuba...

HUKUM MEMAKAI JUBAH MENAMPAKKAN BENTUK TUBUH BADAN


Assalamualaikum..
SAMPAIKANLAH WALAU SATU AYAT..........
bukan memerli cuma ingin sentuh bab nie sekali lagi kerana ia adalah sumber penting yang perlu kita ketahui,tak salah nak berjubah tapi biarlah mengikut syarak bukan semata-mata untuk menayangkan bentuk tubuh badan kita di khalayak ramai..kalau betul kita ini adalah Islam, kenapa Fesyen ini masih berleluasa??
itu bukan soalnya yang penting atas diri kita harus bijak memilih dengan gaya fesyen tak salah nak berfesyen tapi biarlah mengikut syarak dari segi menjaga aurat.




Apa nilai pada jubah sekarang ini?
sudah tidak ada bezanya. kerana orang memakai jubah tetapi masih boleh memperlihatkan bentuk badan mereka... Memang Jubah mereka labuh dan tidak menampakkan warna kulit, tetapi rekaaannya sengaja mengikut potongan badan si pemakai khususnya di bahagian dada dan pinggang. Seolah-olah mereka cuba memasukkan unsur 'ketat' dari fesyen kebaya ke dalam fesyen Jubah.

           "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka ataubapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anakmereka,atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudaramereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur, 31)



Di sini,cuma saya ingin tegaskan FESYEN APA PUN yang kita memakai menampakkan tubuh badan (ketat) hukumnya tidak menutup aurat dan Haram memakai kalau kaum lelaki nampak.(Haram tetap Haram) pilihlah jubah mengikut syarie Islam, jangan jadikan diri anda satu kejutan budaya kerna untuk berfesyen ..

#jom muhasabah diri muslimin dan muslimat#




BAB 7 :NOVEL SINAR NAJWA


Seminggu berlalu,Akhirnya surat yang di tulis oleh Ayie sampai juga di tangan Najwa,bila habis kelas Najwa lepak di bawah pokok merenung tasik di hadapan pandangan matanya..lalu di buka surat yang di tulis dari adiknya ..di baca satu persatu dan titisan demi titisan air mata mengalir sambil terketar-ketar tangannya..
"Mak,maafkan Najwa mak ,najwa sudah terlanjur " mengeluh Najwa..
Dalam masa yang sama gerak geri Najwa di perhatikan oleh Nik,terasa sayu melihat Najwa menangis sambil memegang surat di baca lagi dan bernekad  untuk pulang ke jalan Allah kembali.

Dalam masa yang sama teringat kembali pesanan mak sebelum belajar universiti terbayang-bayang wajah Mak LIjah ..

"Najwa,nanti kalau ada kat sana jangan lupa kita sebagai orang islam jaga solat al maklumlah bila ada di sana jauh pandangan orang,sejauh mana kita pergi jangan lupa tangungjawab najwa sebagai orang islam dan tangungjawab Najwa pada adik" pesan Mak Lijah

bila Nik melihat Najwa terasa sedikit belas padanya lalu menyapa cuba untuk ceriakannya ..

hmmm,maaf mengangu ...
Najwa cepat-cepat mengesat air matanya dan menyimpan semula surat di celah-celah assigment  ..sambil Nik memberi sehelai sapu tangan,

Nah,ambillah kesat air mata itu,..
"terima kasih Nik"
tak perlulah untuk berterima kasih pada Nik berterima kasihlah pada Allah..

Najwa tersentap bila Nik berkata macam tu..lalu tersenyum semula..dan cerita perkara sebenar kepada Nik

"saya malu Nik bila orang kata diri saya budak kampung bodoh tak tahu apa-apa rasa diri saya tercabar dengan kemewahan di sini sesuka hati hidup di sini tanpa berhati-hati saya rasa bersalah sangat-sangat...jiwa hampa..

saya  di sini seronok malahan ibu dan adik bersusah payah kerana saya,saya keliru apa patut saya buat mereka tentu kecewa dengan sikap saya seperti ini" luahan Najwa rasa serba salah .

"esok start cuti  exam..baliklah Najwa" ..ringkas jawab Nik pada Najwa .
"ya,besok saya pasti balik"jawab Najwa dalam keaadaan sayu.
"lupakan kisah silam bina hidup baru ye Najwa"balas Nik memberi sedikit Nasihat pada sahabatnya..

Najwa menganguk dan pulang ke Asrama Terasa kesal  hakikat hidup dunia yang menipu dan mudah tertipu  jalan  memilih yang salah..serah saja diri kepada Allah..

Bersambung..









Nak Kongsi juga bab Nie..SEMUT OH SEMUT

Bila baca bab nie teringat zaman kecil dulu asalkan nampak semut je mesti nak pijak..mcm-mcm cara lah nak menghalau semut nie.
tapi tak sangka Allah begitu sayang kepada mereka sehingga tertulis.. surah Semut ( An-Naml ) dalam al-Quran..
subahanallah begitu jahilnya kita..
jom muhasabah diri...
*Jangan bunuh semut!**
*Kalau nampak semut banyak-banyak dalam rumah seperti yang pernah dipesan oleh Nabi kita junjungan Rasulullah, kita ucaplah :
""Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman A.S. Ini rumahku, aku mahukan kebersihan. Kamu adalah makhluk Allah yang sentiasa berzikir kepadaNya. Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidupmu, kamu hiduplah di luar rumahku yang berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat""
      Jika kita tidak suka semut-semut berada dalam rumah, kita jangan sembur Ridsect/bakar semut-semut tu. Kita tegur mereka dengan bagi salam ke atas Nabi Sulaiman A.S sebab semut-semut ni adalah rakyat Nabi Sulaiman A.S Semut-semut ni juga selalu berzikir kepada Allah sepanjang masa.

BAB 6: NOVEL SINAR NAJWA

          Suasana pagi sejuk dan menyamankan Ayie pergi sekolah seperti biasa..melihat ibunya menyediakan sedikit sarapan lalu di jamah  sedikit demi sedikit..nasi goreng kampung.".ish, dah lewat la mak..Ayie pergi dulu ye..mak jangan buat kerja berat-berat tau"pesan Ayie pada Mak Lijah sambil mengusap tangan ibunya...
"ye lah Ayie,bawa basikal tu elok-elok"

suasana sekolah

Ayie rasa tidak senang duduk bila terfikir kak Najwa, tiap kali ingin menulis dan apa yang di ajar oleh guru kelas jelas  terbayang wajah kakaknya..

kringgggggggg,kring...lonceng berbunyi waktu rehat ,terpaku ,terduduk di dalam kelas sehinggakan rakan mengajak ke kantin lalu menolak permintaan rakan-rakanya dengan sewenang-wenangnya...
Sambil kepala menunduk mencari sesuatu di bawah laci  bawah meja kelas ,buku A4 di dalam laci sebatang pen menulis setiap satu huruf pada kertas untuk menghantar pada Najwa,

kakak,
ke mana pergi  membuatkan ibu risau,
pergi mu tanpa sebarang berita,apa khabar kamu di sana ?

kakak,
mak bersusah payah mencari rezeki berhabis duit ,bersusah payah untuk belikan barang
tugasan belajar mu,Namun lain pula yang jadi,Apa salah mak kak??kasihanilah mak...

kakak,adakah kau lupa pada mak yang bersusah payah untuk mu
ketahui mak tak sihat ketika ini,tiap malam menyebut diri mu..merindui kamu..

oh kakak bila cuti tu,pulanglah jengah mak kat kampung 
kami sangat merindui mu..

daripada,
adikmu Ayie...

Selesai saja menulis Ayie masuk ke kelas walaupun pada jasad pemikiran melayang-layang terus hampir semua di ajar hari ini tidak masuk di kepala risau Mak Lijah yang sakitnya menjadi-menjadi..

Di rumah keadaan mak Lijah makin teruk batuknya makin menjadi -jadi sambil mengurut dadanya..mak Lijah mengapai ubat di atas kabinet lalu di minum terketar-ketar tangan Mak Lijah nak meminum ubat ,tiba-tiba Ayie menyapa lalu mengambil ubat di suapnya ubat itu,..

"kau pergi mana Ayie lambat balik hari ini?" tanya Mak Lijah..

"tak ke mana mak,Ayie ada kerja sikit kat sekolah" jawab Ayie meyembunyikan sesuatu,,padahal Ayie pergi ke pekan untuk pos surat pada Najwa ..

SUASANA KAMPUS

Najwa!! kau tak nak ke kelas ke??bangunlah,dah lewat dah nie!!.."gerak Iera,

alah kau pergi je lah tak berapa nak sihatlah..

betul ni kau tak nak pergi" balas Eira..

apabila Eira membuka pintu tiba-tiba Eira ternampak sesuatu mini  skirt yang tak pernah lihat sebelum ni di atas katil di ambil lalu di ciumnya berbau asap rokok dan berbaur macam-macam..
lantas Eira memangil Najwa sekali lagi serta menegur ..

Najwa,Najwa ish bangunlah...

kenapa kau ni awal-awal pagi dah bising la..

kau pergi mana semalam??tegas Eira

"tak lah tak pergi mana pun" jawab Najwa wajah slumber

"ni apa!!,Eira menunjuk skirt pada Najwa..

"tak lah itu bukan aku punya,"Najwa mengerut dahi tak mengaku..

"ish, kau ni!!geram Eira lalu keluar bilik pergi ke kelas ..

setibanya di kelas prof memanggil nama Najwa,,Eira bingkas bangun Najwa tak hadir hari ini prof..
"tak hadir,"sambil mengerut kening serta mengeleng kepala.

selesai saja kelas Eira keluar menuju ke cafe untuk lunch tengahari ,tiba-tiba tersentap Najwa bila dengar Nik Imran memangil..

ish kau ni Nik,buat aku terkejut la..

"kenapa Najwa tak masuk kelas hari ini dia tak sihat erk??"tanya Nik Imran gelisah.

"ala,baru je hari ini takkan dah rindu kut" balas Eira dengan slumber sambil meminum air di depannya..

"ish,kau ni aku tanya je lah.takkan itu pun tak boleh?ala kau ni Eira kecoh betul.."jawab Nik Imran.

"tak tahu lah ,sejak ke belakangan ni Najwa selalu balik lewat,kadang-kadang tugasan prof tak settle asyik sangat dengan Linda sehinga keluar je dengan Linda tu mesti balik lewat punyalah,kalau aku tanya pasti ada alasan aje"mengeluh Eira pada Nik Imran.

"biar betul,Eira...!! macam tak percaya .."kalau macam tulah Eira kau sebagai kawan kau rajin-rajinlah menasihati dia"..Nik Imran sudah mula mengambil berat pasal Najwa..

"In shaa ALLAH,kau pun kena tolong aku juga Nik Imran,kau tahu tak selama duk sini dia tak pernah balik kampung dia rela tinggal di rumah Linda tu lagi padahal hanya ibu dan adiknya hanya  tinggal di kampung tu.."

"Mashaallah,Selama ni tak tahu pun ,tak sangka cepat sangat dia berubah..In shaa Allah sama-sama kita membantu " jawab Nik Imran terpapar riak wajahnya yang ikhlas untuk mendekati Najwa ..





bersambung...