SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

Segmen : Jom Teka Barang by Dik An



Jom TEKA!! CEPAT JOIN....
SALAM UKHWAH DIK AN

JOM KLIK BANNER

SYARAT-SYARAT:

1. Follow blog Dik An bagi yang belom follow.
2. Copy gambar dan sila sertakan jawapan apa yang berada di dalam kotak itu.
3. Send kan link penyertaan di entry ini.
4. Segmen tamat  pada 31May 2014.

HADIAH:

2 x Topup RM 10
2 x Topup RM 5
5x bloglist untuk June .


JAWAPAN DARI KAK SUE HANDBEG RASANYA..HUHU..BESAR KOTAK..



RESEPI KEK CHEESE MELELEH

sue tergodek-godek kat google terjumpa resepi kek cheese nih,alang -alang dah ada keju kat rumah apa lagi dah mulalah nak masuk ke dapur buat kek ni..ingatkan tak jadi mula-mula risau juga menjadi ke tak kek ni..?? kalau tak menjadi kan membazir le pulak..Alhamdulilah..menjadi juga rupanya..walaupun nampak macam susah tapi bila dah buat tu eh..eh rasa seronok le pulak..jom kita try buat kat rumah terima kasih juga sebelum ni siapakah gerangan yang mula-mula buat entri kek ni ye kat blogger tercari-cari juga sehingga kini ramai yang boleh buat bisness dengan resepi kek yang ada ni..memang berterima kasih kepada empunya tuan resepi ni..suka sangat-sangat..sedap..


bahan-bahanya ialah:

6 biji telur Ayam(buang putih telur 2 biji ambil yang kuning sahaja)
100 gm gula halus
100 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
50 ml air sjuk
1 sudu teh baking powder 
2 sudu makan ovelet
75 gm mentega di cairkan 


bahan untuk krim:

1 kotak krim cheese 
1/2 tin susu pekat manis
(satukan bahan-bahan putar sehingga tidak berketul-ketul.)


cara-cara membuatnya:

1.Masukkan semua bahan kecuali mentega cair dan putar
2.putar kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih  ,akhir sekali masukkan mentega cair dan putar lagi sehingga sebati dan pekat.      



3.sediakan acuan di atas letak kertas minyak dan sapu butter atas kertas minyak tuuuu..!!
4.masukkan adunan ke atas acuan tadi dan bakar selama 45 minit ke 1 jam( kalau sue selalu buat waktu petang-petang sambil -sambil tonton tv ..hihi ....leh jadi dalam satu jam 
5.sapukan lelehan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek dan taburkan keju ke atasnya.
6. lastly masukkan dalam peti sejuk dalam satu jam kemudian baru boleh potong...

                                                   ~selamat mencuba~




baru nak masak maggi top tup ada khabar mcm nie..maka tak menjadi le jawabnya nak masak...yang ni sue share dari blog kak tie..

Senarai Nama Barang yang Ada Unsur | DNA | Babi


Berita penemuan bahan makanan berunsurkan babi semakin menjadi-jadi, terkini produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce yang disahkan mengandungi DNA babi oleh Jakim. Persoalan kenapa setiap makanan perlu adanya unsur babi? Ada mendapat satu risalah yang diedarkan oleh Dr. Rasheed Mos, Universiti Malaya, Persatuan Pengguna Malaysia, Jakim, Jabatan Kastam Malaysia. Kajian ini telah dibuat oleh Mahasiswa UTM, UUM, USM, UKM dan CAP. Mari kita perhatikan adakah kita termasuk dalam pengguna bahan babi ni

Senarai barang yang mengandungi lemak babi

Minyak masak LAM SOON ( Cap Helang dan Buruh)
Ubat Pearl Cream Arche (Thailand)
Ajinomoto (Thailand)
Ais krim berharga RM1.00 ke atas
Semua tauhu buatan orang cina
Sabun LUX dan Lotion Badan Buatan Malaysia, USA dan Thailand
Sabun Fab berbuku
Lobak Jeruk
Mee dan Kueteow basah (buatan cina)
Krim Muka Hazeline Snow
Senarai nama barang yang mengandungi (Kulit babi, uri dan binatang yang tidak halal)

Semua jenis serbuk mee segera terutama Maggi
Pucuk, kulit popia, fish cake dan bebola ikan buatan orang cina
Daging burger import
Sardin, kari ayam dalam tin dan yon taufu buatan orang cina
Kasut bola jenis ‘Gold Cup’
Berus gigi jenis ‘Reach’
Mee kering (sanggol)
Semua sabun mandi yang diimport
Ajinomoto kecuali keluaran kilang lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
Semua jenis shampoo kecuali keluaran orang islam
Have Pearl Cream
Ramuan Kentucky Fried Chicken dan Mc Donald
Ubat kurap buatan orang cina
Beehon segera siam
Mee rebus tulang dan kiub perasa ayam
Sabun mandi yang berminyak
Senarai nama yang mengandungi gelatin (Lemak babi dan binatang tidak halal)

Bosset wine gum
Dairy milk coklat
Coklat cadbury/ Chewing gum
Sugus strawberry
Passer Doily Mixture
Trebo Mint Chewing gum/ Peppermint
Scothes vikmin
Share extra atrenght
Black current jelly
Royal gulaman dan Decart oranges
Valvis gelatin
Sarung kapsul ubat
Ais krim dalam bekas plastik
Gula-gula fruities
Cake mets vilber punch
Coklat cake
Tepung kastard lady’s choice
Semua jenis jelly
semua jenis gincu
Semua jenis Sheisedo
Lady’s choise jelly
Pringgles Patoto Chip’s
Senarai nama yang mengandungi alkohol dan unsur-unsurnya

Barangan AVON keseluruhannya
Pewangi ketiak terutama jenama Vitalis dan Concord
Minyak rambut Brylcream (hijau)
Racun serangga jenis spray seperti Shektox, Baygon dan Mortin
Seluruh ubat batuk jenis sirup
Keseluruhan ball pen dakwat kering
Tonik bayi grape water, Tonik waterberry compound
Jadi berhati-hatilah kita

sumber:http://www.anakulucheka.com/

SURPRISE!!!




Alhamdullilah...
Dapat hadiah kejutan istimewa  dari hubby ..punyalah tergedik rasa happy sangat,sangat..bila dapat surprise kan.

amalkan tips doa ini agar kekal bahagia rumah tangga

Jam Tangan Jenama CASIO

selesa memakai dan kalis Air
"thanks you hubby "

seorang yang memahami sentiasa merestui diri apa lagi  yang banyak aktif di laman sosial bidang dakwah Ar rahman AR Rahim group ..hmmm
teruja walaupun awak selalu sibuk dengan kekangan kerja  tetap curi-curi masa untuk luangkan masa  untuk sue dan anak-anak

~Alhamdullilah~




SEGMEN blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah

ASSALAMUALAIKUM.

TERIMA KASIH buat AyuInsyirah atas ajakan untuk segmen blogwalking beliau  sempena cuti sekolah ini..sue ni tak berapa nak pandai sangat bab -bab blogwalking ni kak tapi apa-apa pun sue tetap mencuba..kalau ada salah tolong tegur erk..:)




JOM JOIN ..TUNGGU APA LAGI....
NAK TAG SUE TAK PANDAI LE AL MAKLUM BUDAK BARU..KIH..KIH..MOOD TENGAH GARU KEPALA...
NAK TAHU SYARAT-SYARATNYA JOM KLIK DI SINI

TEMPAT PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

 BAITUL MAQDIS

      Baitul Maqdis ini di berikan apabila islam menguasai kota itu yang bermakna" rumah suci" selain itu juga ia dikenali al-Quds asy-Syarif.Baitul Maqdis adalah nama sebelum islam dapat menguasai kota jerusalem ini.Rasulullah sendiri ketika menceritakan peristiwa israk  dan mikraj yang di alaminya juga telah menamakan Baitul Maqdis,Orang-orang Quraisy yang mendengarkannya termasuk Abu Jahal juga faham tentang Baitul Maqdis.
        Antara sabda baginda Rasulullah berkaitan nama kota itu:"Apabila aku selesai melaksanakanya aktiviti di Baitul Maqdis .Aku di naikkan( dimikrajkan)"





Pernah di ceritakan bahawa ketika Nabi berada di Masjid Al-Haram ,Abu Jahal bertanya :

"Adakah sesuatu khabar?"Nabi menjawab "ya"

Abu Jahal bertanya lagi : apa itu?" Nabi menjawab : aku telah di Israkkan ke baitul Maqdis?"

Abu Jahal bertanya lagi dengan memperli"ke Baitul Maqdis" Nabi menjawab "ya."

   Di dalam Al-Quran  Baitul Maqdis di panggil sebagai Ardhul Muqadssah yang ertinya tanah suci(surah al-maidah ayat 23) cerita ini membuktikan bahawa sebelum islam menguasai kota itu ,namanya terkenal dengan Baitul Maqdis dalam kalangan bangsa Arab.


      Baitul Maqdis juga merupakan kiblat pertama pada zaman Nabi Muhammad  s.a.w .Ketika Rasulullah s.a.w  dan para sahabat -sahabatnya  menunaikan solat.mereka menghadap Baitul Maqdis di malam Israk Mikraj  yang berlaku pada pada tahun ke sepuluh  selepas Nabi Muhammad diutus menjadi Rasul atau tiga tahun sebelum peristiwa Hijrah.

    Dari al Baraa bin Azib bahawa perkara yang di lakukan oleh Rasulullah s.a.w apabila sampai di madinah ialah menemui datuk dan neneknya di kalangan Ansar dan baginda bersembahyang mengadap ke arah Baitul Maqdis  selama 16 atau 17 bulan.Sembahyang dengan tempoh itu sehingga Allah swt  menurunkan wahyu untuk mengubah kiblat ke arah kaabah .

     Perubahan kiblat ini terjadi pada bulan syaaban atau Rejab pada tahun ke 2 hijrah setelah berdirinya Daulah islamiyah di Madinah ,Firman Allah s.w.t bermaksud:
"Dan dari mana sahaja kamu berangkat atau berada.maka palingkanlah wajahmu ke arah masjid  al-Haram,"(surah Al- Baqarah:150)

TEMPAT PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

    Nabi s.a.w telah melakukan perjalanan malam dari Baitul Maqdis(al Quds)bertolak dari masjid Al-haram .Makkah dan kemudian dari Baitul Maqdis melakukan Israk Mikraj ke langit tujuh. Masjid al-Aqsa adalah tempat bermulanya mikraj Nabi .Kisah Israk  dan Mikraj ini kaya dengan tanda-tanda dan isyarat yang menunjukkan ketinggian kedudukan masjid al-Aqsa ,di sanalah malaikat jibril mengikatkkan Buraq iaitu haiwan ajaib yang menjadi alat pengankutan Rasullulah s.a.w dari Makkah ke baitul Maqdis.
  
    Buraq tersebut di ikatkan di sakhrah hingga Rasulullah s.a.w kembali dari perjalanannya yang terakhir bermula dari Masjidil Aqsa menuju ke langit yang paling tinggi di sidaratul Muntaha.Baitul Maqdis adalah kota yang diberkati dan mendapatkan pengiktirafan tinggi dalam Al-Quran. Al-Quran  sudah menggariskan kedudukan baitul Maqdis sebagai barakna haulahu atau barakna fiha (pada 4 tempat dalam Al-Quran) iaitu "bumi yang diberkati di sekelilingnya" atau "bumi yang diberkati padanya". 

   Ia adalah bumi Israk sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran pada surah al Isra' ayat yang pertama .Ia adalah bumi anbiya ,tempat di mana para rasul diutus ,Ia adalah bumi yang dimuliakan sebagaimana yang di sebutkan oleh Nabi s.a.w  dalam beberapa hadisnya berkaitan as-syams(negeri syam).
   
  Lantaran itu,sebagai umat islam yang mendukung Al-quran sebagai panduan hidup ,sewajarnya kita menggembleng tenaga,idea dan harta untuk memastikan bumi suci ini kembali ke tangan islam sepenuhnya,Umat islam tiada masa lagi untuk berbalah sesama sendiri sedangkan saudara sendiri tertindas di bumi yang suci dan mendapat pengiktirafan daripada Allah..berdoalah kepada Allah agar sejahterakanlah bumi Islam ini dengan penuh kedamaian..

                                                 ~ Alhamdullilah~











CARA MEMBUAT BUNGA DARI SABUN





BAHAN-BAHAN: 

 1 buku SABUN FRUITALE 
5 sdm air panas 
tepung jagung dalam 1 cawan
pewarna makanan



CARA-CARA:

1.Haluskan sabun dengan mengunakan pemarut keju atau lain-lain
(sue guna sabun fruitale selalunya kebanyakan guna sabun lux tapi nak bagi rasa kelainan sue guna sabun fruitale, menjadi juga yang penting wanginya memang harum perasa buah..nice..)

2.sabun yang di parut tadi campurkan sedikit dengan air panas gaul rata..

3.masukkan pewarna  gaulkan rata 
(picture tak sempat nak ambil jurufoto sekolah hari ini)


4.masukkan tepung jagung dan gaulkan adunan sekali lagi sehinga menjadi doh bentuk bulat.




5.Akhir sekali, bentukkan doh tadi ikut le nak buat bunga apa pun yang penting sesuai dengan selera hati kita ye..


~selamat mencuba~



DI SAAT AIR MATA RASULULLAH MENANGIS....



ALHAMDULLILAH..

Sangat bersyukur kepada Allah swt membenarkan kita ada di alam dunia ini,kita di hidupkan dan di matikan dengan izinnya,kita di pinjamkan jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yang telah di peruntukkan olehnya,malah kita sendiri tidak tahu bila tiba masanya hal itu ,Allah SWT adalah sebaik-baiknya pengatur..jangan fikir diri kita semata -mata untuk akhirat tapi fikirlah untuk hari esok masih adakah bekal untuk hari esok sudah cukupkah kita untuk bekalan di akhir nanti dan pastinya esok belum tentu kita ada di dunia ini...

Ambilah contoh yang  terdekat  dan juga idola kita semua umat islam ,manusia yang sungguh di pandang tinggi dan di sanjungi Rasulullah s.a.w ,hidup baginda penuh dengan saat -saat yang megembirakan ,tidak kurang juga yang menyakitkan di mana sekali megundang air mata .Ini juga menandakan baginda juga seorang manusia biasa.

Kegembiraan baginda adalah apabila kita sebagai umat islam menjalani hidup yang sesuai dengan jalan yang di tinggalkanya.
kesedihan baginda ialah apabila menyasikkan umatnya tersasar jauh dari jalan yang di tinggalkanya dan mengikuti jejak langkah syaitan laknatullah.

AIR MATA RASULULLAH

"Wahai Rasulullah mengapa anda menangis?
bukankah anda melarang menangis?

Baginda menjawab :
"Wahai Ibn Auf ,sesunguhnya tangisan itu adalah rahmat ,barang siapa yang tidak memiliki kasih sayang maka dia tidak mendapatkan kasih sayang."

kemudian baginda melanjutkan sabdanya

"sesunguhnya mata boleh berlinang ,hati juga boleh berduka namun kita hanya boleh mengucapkan yang diredai oleh Rabb kita.Wahai Ibrahim ,sungguh kami sangat bermuram durja kerana berpisah denganmu."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Dalam riwayat lain Anas  menuturkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda  ertinya :
"Zaid megambil panji peperangan kaum muslimin kemudian ia terbunuh ,lalu panji di ambil alih oleh Abdullah bin Rawahah dan dia pun terbunuh,kemudian di ambil alih lagi oleh Ja'afar dan dia juga terbunuh."kedua mata Rasullulah s.a.w berlinang air mata ,setelah itu panji di ambil oleh Khalid bin Walid tanpa adanya penyerahan sebelumnya ,namun melalui tanganya Allah Subahanahu wa taala memberi kemenangan ."
(Riwayat Al-Bukhari)

Dalam riwayat Ibn Abbas Radhiallahu anhu di sebutkkan bahawa ketika zainab puteri Rasulullah s.a.w  wafat maka sebahagian kaum wanita ada yang menangis,maka ketika Umar mahu memukul para wanita itu dengan cemetinya Rasulullah s,a.w mencegahnya kemudian baginda bersabda ertinya:

"sabar wahai Umar ! kemudian kamu semua para wanita hendaklah berhati-hati terhadap teriakkan syaitan !Baginda lalu melanjutkan sabdanya ertinya apabila hanya berasal dari mata dan hati maka itu daripada Allah dan merupakan rahmat.Lalu baginda melanjutkan sabdanya lagi Apabila hanya berasal dari mata dan hati maka itu daripada Allah  dan merupakan rahmat,namun jika itu daripada Allah dan merupakan rahmat ,namun jika itu dari tangan dan mulut maka ia adalah daripada syaitan."
(Riwayat Ahmad).

~waallahu a'lam ~


kisah yang baik untuk kita kongsikan jom lawati blog ini..








SEGMEN GIVEAWAY RM300


SALAM KENALAN DARI BLOG TRANSISI KEMBARA  YE..
ini percubaan kali kedua untuk join segmen  giveaway.mudah-mudahan dapat sama -sama mengeratkan lagi salam silaturahim dan ukhwah sesama bloger..



klik di sini :http://blogpancingelih.blogspot.com/2014/05/giveaway-rm300-by-blog-pancing-elih.html

AL FATIHAH buat Tunku Bendahara Negeri Kedah Darul Aman




AL-FATIHAH 




 Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman,Hari ini Bendera separuh tiang mangkatnya pemangku Sultan Kedah  Almarhum Tunku  Annuar Al- Haj  Ibni Almarhum Sultan Badlishah..

 klik di sini :


ADAKAH KITA PENDUSTA AGAMA

Tahukah  kamu (orang )yang mendustakan agama ?mereka adalah orang yang mengherdik anak-anak yatim ,dan mereka tidak juga menganjurkan memberi makan orang miskin.




Mari kita semak diri sama ada termasuk dalam lingkungan ini atau tidak .Mereka yang mendustakan  agama di mata Allah ialah mereka yang merherdik anak yatim  bermaksud meneking dengan kuat dengan tujuan menghina ,merendahkan,menyakiti mereka tanpa kesalahan yang wajar.

Jom kita baiki diri ,bagaimana cara untuk menjauhkan diri kita yang suka mengherdik ,dalam budaya kita mengherdik sudah pasti bercakap dengan nada suara yang tinggi atau air muka yang sombong ,sikap bahasa tubuh yang keras dan tegang,mata yang sedikit merah  dan dalam keadaan terbeliak dan nafas agak tersesak -sesak ,Gerak tubuh pula sudah semestinya keras dan kelihatan ganas,hingga megambarkan rasa benci ,melukakan dan merendahkan mereka yang sedang di herdik.
      Ini bermakna kita untuk tidak termasuk ke dalam golongan mereka yang mendustakan agama dan mengherdik anak yatim ini ,mari kita melatih diri untuk tidak di hingapi oleh penyakit marah yang melampau akan mejebak kita untuk mengherdik.

Latihlah emosi ,mengurus emosi marah dan merawat emosi marah  kita ,bila kita memahami  sebab-sebab yang menjadi punca kita marah cepat-cepatlah kita mencari punca marah agar dapat memudahkan membantu diri agar tidak sampai ke peringkat yang melampau  spt memukul diri,,membaling barang,malah berpotensi untuk cedera orang lain hatta sampai ke peringkat membunuh..

Latihlah diri ,belajarlah buang semua prasangka buruk,negetif dari minda kita  seperti iri hati atau sombong ,dengan diri dan apa yang di miliki buanglah sifat pentingkan diri sendiri, buanglah sikap pilih kasih atau dalam istilah lain pilih bulu kadang-kadang sikap sedemikian buat orang sekeliling kurang hormat  pada kita ,bersikaplah adil apa jua pun dan berpeganglah  pada prinsip yang di bina sendiri tanpa mempedulikan prinsip hidup orang lain walaupun terbukti prinsip yang di pegang itu merugikan ,usahlah bangga dengan pengalaman sendiri ,mengutamakan sudut pandangan sendiri tanpa mempedulikan sudut pandangan orang lain atau sikap suka menbandingkan keupayaan dengan orang lain.

                Bila terjadi perkara ini dengan menyedari yang kita ini hanyalah hamba Allah yang tidak sempurna dan akan kembali kepada Allah maka kita akan mendorong kita rendah hati ,lalulah munculah sifat sabar seperti yang di nyatakan oleh Allah dalam surah Al-Balad 17 yang bermaksud  :

"kemudian dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan-pesan  untuk bersabar  dan saling berpesan untuk berkasih sayang"

peringatan ini sangat jelas  pada kita orang yang beriman itu bukan sekadar menyebut yang dia beriman dengan lidah ,dan agama islam bukan sekadar lambang -lambang sahaja ,jika belum tumbuh keikhlasan dalam hati yang mampu mendorong pemiliknya untuk melakukan amal soleh yang tercermin di dalam perilaku untuk memperbaiki dan meningkatkan kehidupan umat manusia di muka bumi ini.

"maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat iaitu lalai dari solatnya "orang yang membuat riya dan (enggan menolong dengan barang berguna)

Ayat ini jelas Allah menyatakan ancaman kebinasaan bagi mereka yang solat tetapi lalai dari solatnya dan ini adalah salah satu ciri juga andai kita pendusta Agama ,akibat lalai dalam solatnya maka di gelarkan mereka hanya mengerjakan solat tapi tidak mendirikan solat.

mereka hanya menunaikan gerak geri dalam solat  dan mengucapkan doa-doanya,,tetapi hati mereka tidak hidup bersama solat dan hakikat bacaan doa -doa dan zikir -zikir yang ada dalam solat hanya kerana ingin di puji orang bukan ikhlas kerana Allah..

               Inilah sikap sedemikian  ,mereka di gelarkan lalai dalam solat ,dan tidak menegakanya,padahal yang dituntut adalah agama menegakkan  atau mendirikan solat bukan sekadar mengerjakanya solat,lalu solat itu tidak memberi bekas di dalam jiwa orang yang mengerjakanya ,orang yang lalai dalam solatnya tidak akan terdorong secara ikhlas untuk memberi bantuan dengan membuat kebaikan dan kebajikan kepada saudara -saudara sesama manusia dan enggan membantu hamba kepada Allah ,mari kita semak adakah kita sebagai manusia termasuk orang yang mendustakan agama ,dan orang yang di tempelak sebagai celaka kepada Allah.

         Ketiadaan sikap dan hakikat iman yang kental ini akan mengakibatkan hati tidak terdorong untuk berbuat kebaikan dan kebajikan  sesama manusia yang memerlukan pertolongan dan pemeliharaan .Ini kerana Allah tidak menghendaki hanya pernyataan iman secara lisan tetapi menghendaki pernyataan iman tersebut di sertai dengan amalan -amalan pembuktianya ,jika tidak pengakuan lisan tersebut hanya seperti debu yang tidak ada nilainya di sisi Allah..

                                  ~ALHAMDULILAH MOGA MANFAAT ~









RESEPI:KEK CAWAN COKLAT KUKUS

~assalamualaikum~






hasilnya   nak letak krim lebih pun boleh..ikut kesukaan masing-masing..juadah ni sesuai juga buat juadah untuk berbuka puasa.



BAHAN-BAHAN :

1 1/2   cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp bicarbonate soda
3 biji telur 
gula 1 cawan
1 sudu besar mentega
1 cwn serbuk koko di bancuh dengan air panas 
perasa  esen coklat
3 sudu besar susu pekat 
 2 sudu susu cair  




CARA-CARA:
Didihkan air dalam kukusan,Terlebih dahulu 
  1. pukul mentega ,3 biji telur dan gula sampai kembang dan gula hancur 
  2. masukkan esen vanila ,susu pekat,susu cair gaulkan lagi
  3. selepas gaul semuanya sebati masukkan  1 cawan serbuk koko yang di bancuh dengan air panas tadi  gaulkan lagi..
  4. Masukkan tepung gandum,baking powder dan bicarbonate soda  di ayak  gaulkan ..
  5. selepas sebati adunan tadi masukkan ke dalam acuan apom (tuangkan dalam 1/2 acuan saja jangan penuh sebab nanti kek ni akan naik sendiri kalau penuh mungkin kek nanti akan pecah..tak cantik pula..
  6. kukus selama 45 minit dengan api sederhana  




kek ni memang kesukaan masyarakat kini kalau hari jamuan ke apa kalau takde memang tak sah..dah jadi makanan wajib le pulak kan..yang pasti anak-anak suka.

~SELAMAT MENCUBA~      




CARA BUAT KEJU (CHEESE) SENDIRI


Assalamualaikum..
tiba-tiba je keluar resepi dalam blog kak sue kali ni..ermm jangan salah anggap k sekadar kongsi resepi je kita pun manusia macam biasa juga tak sempurna ..tapi bagus untuk santapan untuk keluarga apa lagi yang di masak adalah air tangan Isteri  mesti sejuk hati suami..hihi satu tips untuk anda..TAK FAHAM TANYA..JANGAN SENYAP JE..


BAHAN-BAHAN:
1 LITER FULL CREAM MILK (Dutch Lady)
3 camca cuka
kain kasa
sedikit garam




CARA-CARA:

  1. Masukkan susu segar dalam periuk,panaskan susu dengan api sederhana sampai nampak buih -buih kecil kat tepi periuk(tak perlu mengelegak)kacau selalu ok takut berkerak le pulak nanti..selepas mendidih tutup api biarkan seketika .
  2. Apabila agak wap itu hilang kemudian masukkan cuka tadi biarkan susu itu berketul-ketul macam yogurt dalam masa 10 minit. 


3.Apabila dah nampak berketul-ketul susu tuangkan adunan keju tadi di atas kain kasa pastikan letak di atas penapis dan bekas di bawah ye ..biarkan kejap..sampai airnya betul-betul turun ke dalam bekas.





Lihatlah keju ku dah menjadi..urmm
tunggu sampai jadi macam ni ..nilah hasilnya KEJU..


masukkan sedikit garam dan gaulkan rata 



last simpan dalam peti sejuk dah siap ..


LEBIHAN AIR KEJU DALAM BEKAS TADI
jangan buang simpan dalam peti ais dan boleh di campur dengan susu untuk jadikan buttermilk.


buttermilk boleh buat macam-macam puding ,pencake,cake ke dan pelbagai..Senangkan jimat belanja ..


~SELAMAT MENCUBA~

SUDUT KREATIF:PENAMBAT KAIN LANGSIR(PENGIKAT)



BAHAN-BAHAN:
MANIK JENIS WARNA IKUT KESUKAAN
TALI TANGSI ATAU PUN TALI JORAN MANCING..habislah hubby lepas ni ..hihi :b

Sue pilih manik saiz sederhana 



kat tempat sue pangil tali tangsi kalau negeri lain panggil apa ye??hmm tali joran ke??


masukkan manik satu demi satu bergantung le nak selang seli pun boleh 

picture contoh model tolong buat ..semangat nak menolong nya..

pintal jadi bentuk macam ni bergabung 2 tali manik tadi satu pink satu mix colour piece,selepas pintal ikatkan di setiap hujung manik mcm pic di bawah.biarkan lebih sikit biar nampak rambu ramba ..

Dah siap..mudahkan..

PUISI: WAHAI GURUKU TERIMA KASIH






GURUKU..

kaulah permata hati ini
menjadi idola ku sehingga kini
Begitulah semangat ku
semangat ku anak didik mu  adalah semangat dari mu

GURUKU..

TERIMA KASIH

Ilmu yang di panjangkan di dalam kebaikkan
Dengan penuh dengan keikhlasan
adalah  besar budimu kepada bangsa ,agama dan negara

GURUKU..

Baru hari ini kami tahu betapa pentingnya
nilai Harga ilmu yang kau berikan
Besar kesabaran mu berkat nilai untuk kami
wahai guruku yang ku tersayang
semoga dirimu sentiasa di rahmati
Ampunlah wahai guruku kesilapan anak-anak didikmu
kenakalan yang tak terjangkau hebatnya
Moga di bukakan pintu syurga buat kalian

kaulah guruku
pelita hidupku
menerangi kegelapan
bersuluhkan cahaya setiap harapan
masih teguh di ingatan nasihat mu
Tiada istilah penat Biar bibir mu letih tak terucap dengan kata-kata di ajar
keikhlasan mu rupanya membongkar rahsia
datangnya dengan harapan sehingga membawa kejayaan
Dan kini memori itu masih di ingatan
salam rindu dari anak didik mu..


                                                                                             

SELAMAT HARI GURU
BY:WAN NUR SYUHADA WAN YAHAYA
 (SPM  2002 SMKN 5 HIKMAH)


           








AKHIRNYA DAPAT JUGA..PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH KAFA

ASSALAMUALAIKUM...
Puas sungguh untuk mencari pakaian kafa di sekitar Kuala kedah ni memang takkan jumpanya,adanya buat sendiri pakaian KAFA ni dan tempah..tapi mengenangkan nak cepat nak mudah terpaksalah cari di kedai-kedai pakaian sekolah namun tak jumpa -jumpa juga ..terpaksalah guna pakaian sekolah sesi pagi tu..kesian juga Anak sue hari-hari di tegur oleh guru gara-gara susah nak dapat pakaian seragam KAFA ini..kalaulah boleh buat kilang sendiri pakaian Seragam KAFA ini taklah susah-susah nak cari seragam KAFA ini...aduhsss...

BUKAN sue sahaja yang mempunyai masalah ini rupanya ramai Ibu bapa senasib  kat sini kalau nak tempah pasti lambat nak siapnya  kalau nak buat sendiri mestilah kena ada kemahiran ..kadang-kadang naik pening juga...nak buat keputusan serba salah..

Tercari-cari di kawasan kuala kedah tak ada,merata-rata sampai daerah lain..tiba-tiba terasa tergerak hati nak ke PEKAN RABU,ALOR SETAR..buat ibu bapa yang senasib dengan SUE kat situ ada jual pakaian seragam sekolah KAFA  sekali dengan tudung dan bermacam-macam pakaian seragam kokurikulum sekolah ..lepas ni tak payah nak risau cari tempat yang mahal shoping Mall ke,pasific ke.tesco ke ,apa-apa je lah rupa-rupanya ada jual kat pekan Rabu je tingkat atas sekali..hihi..buat info masyarakat Kedah.




SUASANA MALAM DI PEKAN RABU



MOOD LETIH



NI BARU BETUL..PAKAIAN KAFA..
(KELAS AGAMA FARDHU AIN)

~Alhamdullilah~

RESEPI KEK COKLAT LEMBAB VS KRIM

sue lebih suka buat sendiri kek daripada beli..kadang-kadang beli tak berapa nak urmm. yang penting ikut selera masing-masing tiada paksaan ..famili tak berapa suka lebih baik buat sendiri rasa tak muak sangat...asalkan nampak ringkas dan sedap..



maaf pic tak ok..bila dah nak potong baru nak ambil foto..


resepi krim kek:
1 sudu teh perasa Vanila
1 sudu teh pewarna
250 gm marjerin
200 gm gula aising
1/2 cawan air sejuk(dalam peti ais)
SEDIKIT PUTIH TELUR (terpulang nak letak ke tak)

cara-caranya:
putar marjerin sehingga kembang
MASUKKAN PUTIH TELUR
masukkan gula aising dan pukul lagi
kemudian masukkan air  sejuk sedikit demi sedikit
akhirnya masukkan perasa vanila dan pukul hingga rata  dan adunan menjadi putih 




kek coklat lembab.. sue cuba  resepi Blog Laman Sutera by ozie Mahsa, hihi.. memang menjadi terima kasih kak ozie klik di sini ..http://ziemahmud.blogspot.com/2013/10/resepi-kek-coklat-lembabmoist-chocolate.html



Note:kena pandai main speed Hand mixer speed rendah dan seterusnya speed 5 berulang-ulang.. -ALHAMDULLILAH,SELAMAT MENCUBA~




BAB 10:NOVEL SINAR NAJWA

NAJWA PULANG 


Akhirnya,najwa pulang juga ke kampung menaiki bas  setibanya di bandar Najwa menaiki Teksi  perjalanan yang agak jauh  megambil masa yang agak lama untuk sampai ,sambil berangan-angan nak jumpa sangat-sangat ibunya..setibanya di rumah melihat sawah di situlah tempat Najwa selalu menemani ibunya semasa di kampung,anak mata melihat juga basikal Najwa waktu dulu masih di simpan rapi ,mata memandang lagi pada bunga-bunga yang di tanam oleh ibunya masih segar  di ingatannya.

"MAK,mak..oh mak...pangil beberapa kali tak di jawab sesiapa pun,Najwa memangil Ayie tak di jawabnya juga..tiba-tiba terserempak dengan Ana kebetulan lalu di situ..

Ana menegur,Najwa..bila balik?tanya Ana gerak geri anak matanya jelas sekali masih sembunyikan sesuatu..

"Baru kejap tadi,Ana ada kau nampak mak tak,Ayie erm "tanya Najwa

"Ada,'' jawab Ana yang rasa serba salah..

"kat mana Ana,kat kebun ke?hah ...entah kat sawah kut, cepat le hantar tak sabar ni nak jumpa..

Tiba-tiba suasana tukar menjadi pilu Ana memberitahu

"Mak Lijah dah meningal baru semalam "...

"Ya Allah,.. menitis air mata di situ  terus Najwa berlari-lari di tempat di mana tempat di kebumikan mak Lijah melihat Ayie ada di situ...Sambil menangis ..

orang kampung melihat Najwa sambil mengeleng kepala pada Najwa namun tak di hiraukanya.tetap berlari sehingga sampai ..





"makkkkkkkkkkkkkkk.!!..mak , maafkan Najwa mak..mak bangunlah tengok apa Najwa bawa balik ni"tersungkur Najwa pada pusara ibunya...

segengam ijazah yang di janjikan dulu pada ibunya akhirnya tidak sempat di lihat oleh Mak Lijah.

Najwa menangis dan terus menangis tidak pedulikan sesiapa pun,Ayie memegang bahu Najwa ..

"kak sabar ,kak...." Ayie memeluk Najwa cuba untuk tenangkan Najwa.

"mak dah tinggalkan kita Ayie...mak dah tak ada, tak sempat akak nak minta ampun , apa lagi tak dapat berikan segulung Ijazah ini,makkkkk!! bangunlah.." balas Najwa sambil menolak Ayie ,sedaya upaya cuba tenangkan Najwa namun, tetap begitu...

"sabar Najwa, Sabar" Ana cuba tenangkan Najwa ..namun tak di endahkannya...






~TAMAT~




KLIK DI SINI BAB 9 : http://850510.blogspot.com/2014/05/bab-9novel-sinar-najwa.html