SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2014

ALHAMDULLILAH..

        setingi-tinggi pujian dan rasa bersyukur kita rafa'kan kehadrat Allah s.w.t tuhan yang menciptakan sekalian alam,serta selawat dan salam keatas jujungan besar Nabi Muhammad s.a.w .

      Bersyukur kita dapat menyambut kehadiran syawal dengan aman dan damai,  tatkala ada diantara kita terpaksa berdepan dengan ujian dan dugaan  yang hebat terutama di GAZA,dan TRAGEDI PESAWAT MH 17 SERTA MH 370  adalah sangat-sangat menyedihkan,TAKZIAH dari blog transisi kembara untuk mereka semoga tabah dan bersabar dalam ujian yang di berikan oleh Allah swt mungkin hal ini pasti ada hikmah di sebaliknya ,Marilah kita sama-sama berdoa agar mereka mampu merasakan keamanan  dan kebahagian seperti kita .Tidak di lupakan mereka yang berada dekat dengan kita menghulurkan tangan dan menyebarkan kasih sayang agar kemeriahan syawal dapat kita menikmati bersama..





Dengan ini ,sue dan keluarga menyusun sepuluh jari ,memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam apa jua perbuatan,pertuturan,serta penulisan yang di berikan kurang memuaskan hati anda..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA RAKAN MEDIA SOSIAL,BLOGER ,GOOGLE.TWITTER DAN FACEBOOK DARI BLOG TRANSISI KEMBARA...

BERHATI-HATILAH  DI JALAN RAYA. BILA PULANG KE KAMPUNG PASTIKAN RUMAH YANG DI TINGGALKAN DALAM KEADAAN BERKUNCI DAN SELAMAT YE..
 AMINN ..inshaaAllah..





kelebihan sahur di bulan ramadhan






Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur Muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi SAW,

“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur." (HR Muslim)

Maka, kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan kita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadhan ini, maka ikutilah sunnah Nabi SAW termasuk dalam bersahur. Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.

Kuatkanlah semangat ,sabar dalam mengharungi ramadan  kerana kehebatan dalam ibadah ramadan adalah jalan mujahadah,penanda aras peningkatan iman dan takwa kita kepada Allah..

Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW:  Sebaik-baik makanan sahur bagi
orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi


     Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.
     Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh.  Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.
                                                     

~Alhamdullilah~


                          

YA ALLAH SELAMATKANLAH SAUDARA KAMI DI BUMI GAZA...


AYUH,SAMA-SAMA KITA DOAKAN MEREKA...








Kirimkan doa kesejahteraan buat orang yg berada disekeliling kita & jangan lupa buat saudara-saudara kita yg berada jauh diluar sana...
Kita doakan saudara kita di Gaza  




JOM JOIN: Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80



Assalamualaikum..

banyaknya segmen raya kan?? ..dah kelabu mata sue ni tak tahu nak pilih yang mana satu semuanya terbaik belaka...hmmm..untuk tidak menghampakan kak Hafizah Halim  ,sue join jugalah..terima kasih invite sue.. :) harap-harap ada peluang walaupun tertingal keretapi sue ni  hihi...lambat ...

"sannah helwah untuk anak KAK HAFIZAH HALIM semoga menjadi anak yang soleh dan solehah
baik pun di dunia dan di akhirat"..:)





NAK TAHU SYARAT=SYARATNYA KLIK BANNER

ADAKAH BERDOSA JIKA KITA SENGAJA BERNIAT UNTUK BERBUKA ??


http://ohgadisitu.blogspot.com/2013/07/lafaz-niat-puasa-dan-doa-berbuka-puasa.html?showComment=1404041347745
carian google klik picture link..


Assalamualaikum..
syukur,Alhamdullilah kita berpuasa dah nak ke 11 ramadan ,rasa macam kejap je masa berlalu..lama sangat tak update blog rasa macam sunyi je blog ni..hihi... mai kita meriah lagi blog transisi kembara ni ..INSHAA ALLAH ..sedikit ilmu untuk sama-sama kita kongsikan..

kadang-kadang kita ini sering lupa bab ni..malah dalam senda gurau juga boleh jadi juga hal ini berlaku iaitu niat berbuka puasa belum tiba masa untuk berbuka kadang-kadang kita berniat untuk berbuka puasa, jadi kena hati-hati ya agar kembali di landasan yang betul, kemudian kita membatalkan hasrat untuk berbuka kerana berasa bersalah berniat begitu ..perlukah kita menganti semula puasa ??

jawapan sangat mudah tidak perlu ,tetapi perlu menyatakan jenis puasa anda yang lakukan seandainya puasa memang terbatal tetapi dalam kes ini tidak batal kerana ianya bergantung jenis puasa yang di lakukan.

tetapi...

jika puasa itu wajib seperti puasa ramadhan ,puasa qada,puasa nazar atau puasa kafarah maka seseorang itu berdosa jika membatalkanya kerana haram merosakkan puasa yang wajib tanpa alasan yang di benarkan dan wajib mengantikan puasa itu.,dalam konteks puasa kaffarah pula,seseorang itu perlu berpuasa semula dari hari pertama.


jika dalam puasa sunat atau selain puasa wajib,jika anda meneruskan niat anda lalu berbuka walaupun tidak berlaku maka hukumnya makruh dan di anggap tidak elok untuk berbuat demikian kerana tiada alasan di situ,sebaliknya jika ada alasan maka ia diharuskan (dalam puasa yang makruh misalnya)


kadang-kadang sifat kita terlebih makanan dalam istilah islam iaitu sifat membazir ,jangan pula kita buang makanan itu,hal ini mengakibatkan satu pembaziran untuk memastikan iman terpelihara sedekahkanlah makanan kita tadi kepada si miskin sebaliknya, jika kita  membuangnya maka perkara inilah sangat kita kesali kerana dalam masa lima minit anda berjaya mengalahkan syaitan ,tiba-tiba berundur ke belakang ke arah kehinaan ,tertipu dengan sebab yang sama cuma di ubah sesuai akibatnya akhirnya menyebabkan bala tentera iblis ketawa terbahak-bahak .


bermohonlah berdoalah kepada Allah agar dekat denganya agar sentiasa berada di jalan yang lurus serta di dalam jagaanya daripada dosa dan kesilapan dan semoga Allah menyelamatkan kita daripada syaitan durjana hendaknya..

Di akhiri, semoga segala amal ibadah kita ini di terima oleh Allah,puasa,solat,qiyam,berjaga malam kekhusyukan kita,ketundukkan kita serta semoga ianya menyempurnakan kekurangan kita ini..subahanallah sesunguhnya Allah itu maha penyayang,betapa mudah kita ini jika mahu berbuat baik di dunia.

"kalau ada salah tolong perbetulkan,"
~ DONT FORGET ALLAH TO SAY THANKS YOU ALLAH, RAISE YOU HAND TO SAY ALHAMDULLILAH~