SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA






Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia dari blog transisi kembara kepada seluruh rakyat malaysia,semoga izin Allah  S.W.T negara kita akan terus maju .berjaya,aman ,makmur,sentosa dan bersatu padu di antara berbilang kaum agar segala cita-cita ke arah hidup yang lebih produktif seiring dengan keimanan yang kuat dan teguh..

  Sama-sama  kita berdoa ke atas para pejuang dan pembela bangsa yang telah bersusah payah mencurah keringat ,harta,dan mengadai nyawa demi memastikan hidup kita hari ini bebas merdeka agar mereka semua di kurniakan dengan sebaik-baik balasan Allah S.W.T  di akhirat kelak.
Amin ya Allah..Amin..

"KERANA"
"DI SINILAH LAHIRNYA SEBUAH CINTA"
"MERDEKA''
     "MERDEKA"
               "MERDEKA"



HAPPY 57TH MERDEKA
(May peace and prosperity we have achived live on)


KEMENANGAN UNTUK GAZA


Alhamdullilah..syukron...


Terkini | Gaza 7:26 pm | Perang Hari ke-51

Gambar terbaru pemimpin HAMAS, Fauzi Bahroum diusung di atas bahu-bahu rakyat Gaza selepas sidang media mengumumkan kemenangan rakyat Gaza dalam perang kali ini.



RAMALLAH 26 Ogos - Delegasi Palestin hari ini menyatakan, pihaknya telah mencapai persetujuan gencatan senjata 'jangka panjang' dengan Israel di Kaherah, bagi menghentikan pergolakan di Gaza yang masuk hari-50.
Bagaimanapun tiada maklum balas daripada pihak Israel terhadap persetujuan untuk menamatkan konflik yang berlanjutan selama tujuh minggu di wilayah itu.
Pegawai Palestin menyatakan, gencatan senjata itu akan dikuatkuasakan pada pukul 4 petang waktu tempatan (12 tengah malam ini waktu Malaysia).
Presiden Mahmoud Abbas juga akan memberikan perincian lanjut mengenai perkara itu dalam satu ucapannya di Tebing Barat.
"Menurut persetujuan itu, sekatan ke atas Genting Gaza akan ditamatkan dan tuntutan penduduk Gaza akan dipenuhi," jelas pegawai itu yang enggan dikenali.
Kejayaan mencapai persetujuan itu turut disahkan oleh timbalan pemimpin Hamas, Mussa Abu Marzuk di Facebooknya.
"Rundingan itu berakhir dengan perjanjian yang memperlihatkan ketegasan dan kemenangan penduduk Palestin," katanya.
Pegawai Palestin itu menambah, persetujuan tersebut dicapai selepas 48 jam usaha diplomasi menyeluruh oleh ketua delegasi Palestin ke Kaherah, Azzam al-Ahmed.
"Sepanjang 48 jam itu, Azzam berbincang dengan pelbagai pihak termasuk kumpulan pejuang Hamas, Jihad Islam dan pemimpin Mesir selain berulang-alik ke Ramallah, Gaza dan Doha," jelasnya.
Sementara itu di Gaza, jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri dijangka membuat pengumuman rasmi tentang persetujuan tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140827/lu_03/Kemenangan-untuk-Gaza#ixzz3BY63T4N7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

TEAM BLOGGER SUPPORT GAZA




 Ayuh ,bangkitlah..jangan kita pentingkan diri sendiri ..
buat rakan-rakan bloger yang ada hari ini. jom kita sama-sama menyokong dan menentang kekejaman Rejim Zionis dan Israel Laknatullah pada rakyat Palestin.




 KLIK BANNER  


PUISI: UNTUKMU GAZA 

GAZA..
SEMAKIN SAYU NAMA MU DI SETIAP BIBIR DAN INGATAN,
TAK BERHENTI -HENTI  LIDAH UCAPAN SALAM PADA DOA  YA RABB,

GAZA..
MESKIPUN KU TAHU DAN KU TAK TAHU,
BUMI MU PERNAH DI BERITAHU ,
TITISAN AIR MATA MENGALIR TUMPAH,
TAK TERHENTI-HENTI DI BUMI MU
SEDANGKAN DI BUMI INI NAMA MU SEKADAR DI BIBIR-BIBIR,
DI RUANG-RUANG KEDAI KOPI
GELAK TAWA TANPA MEMIKIRKAN APAKAH AKIBAT NANTI 
YANG BELUM KITA KETAHUI
MALUNYA AKU PADA SANG PENCIPTA 
MALUNYA AKU PADA JIWA ISLAM NURANI KU..

SUBAHANALLAH..

DIMANAKAH KITA INI..??
APAKAH KESEDARAN YANG KITA LALUI INI
DUHAI ..MENYALAHLAH SESAMA KITA INI..SUNGGUH KEJI SIFATMU,
SAMPAI BILAKAH SIKAP KITA INI??
BANGKITLAH ANAK BANGSAKU!!
BERDOALAH..JANGAN KITA SIA-SIAKAN MEREKA
SEDANGKAN KITA HANYA MANUSIA DI PENTAS YANG SAMA..

GAZA..
MENANGIS AIR MATA
MEMBANJIR TIAP-TIAP JIWA
DARAH MENGUNCUR MEMBASUH BUMI
TANPA HENTI-HENTI..
BEDILAN BOM SETIAP SUDUT
TIADA TEMPAT BERLINDUNG
KALA NAFAS BERHEMBUS DOA 
MASIH TERSEMAT NYAWA DAN JASAD
HANYA TIUPAN ANGIN MELALUI DOA UNTUKMU
PALESTINE SEMOGA GAZA TERHENTI DARI TANGIS DARAH 
AMIN YA RABB...


#PRAY4GAZA #SAVEGAZA