SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

TIPS IBU: PERCUTIAN SI KECIL




  Cuti sekolah akan kembali lagi ,keseronokkan mesti akan di rasai oleh anak-anak apabila November             dan Disember muncul.mana taknya ,ibu bapa sibuk merancang  percutian yang tertanguh mungkin hampir setahun lamanya ,jika tidak pulang ke kampung pun ,rencana percutian jauh tetap ada dalam senarai aktiviti hujung tahun. kan??betul ke??? .. Inshaallah.. .
rasanya tips dibawah bagus untuk anda sepanjang percutian sekolah..

RANCANG PERJALANAN
Anda perlu merancang tempat yang selesa  dan mudah untuk membawa si kecil,bagasi semestinya perlu lebih lengkap .

PERBINCANGAN
Sekiranya anda bercadang untuk bercuti bersama keluarga lain,pilih masa sesuai untuk membicangkan destinasi dan aktiviti yang di lakukan ,senaraikan apa yang anda ingin lakukan kerana perjalanan ini melibatkan anak-anak kecil.sekurang-kurangnya hal ini dapat memudahkan si anak kecil tidak mudah berasa bosan dan penat ..

ALERGI 
Bagi perjalanan secara kelompok ,anda perlu mengambil tahu alahan yang ada pada mereka ,pendek kata,anda perlu megambil tahu diantara satu sama lain.mencegah lebih baik dari mengubati.

BIJAK CERMAT
Selesaikan segala tempahan sebelum berangkat ke destinasi .Jika anda mencari hotel untuk menginap ,pastikan anda mencari hotel yang memberi kelebihan pakej yang lebih baik ,agak merugikan sekiranya anda perlu membayar kos bilik penginapan dan bufet sarapan secara berasingan kerana si kecil tidak memerlukan makanan yang banyak.jadi anda perlulah bijak berjimat cermat!

PENGAWASAN KANAK-KANAK
Penjagaan kanak-kanak dengan pengawasan  seperti kids club kedengaran menggembirakan ,tetapi lama kelamaan si kecil juga mudah berasa bosan .sewaktu merancang percutian masukkan bersama aktiviti yang boleh di lakukan oleh anak -anak selain memenuhi keinginan anda untuk membeli belah!

TEMPAHAH KEMUDAHAN 

Mencari kemudahan sebaik tiba di destinasi boleh memberi cabaran besar kepada anda terutamanya apabila membawa si kecil bersama  ,sekalipun anda mahukan percutian yang fleksibel , anda di sarankan untuk membuat pra tempahan untuk 2 hari  kemudahan anda di sana  dan sementara itu anda boleh mencari kemudahan sambil berjalan -jalan ke destinasi percutian kelak!

PEMERIKSAAN DOKTOR 
Percutian ke luar negara memerlukan perhatian lebih terperinci terutamanya kepada anak-anak yang ingin di bawa bersama ,dua bulan sebelum berangkat  anda di galakkan bertemu dengan doktor untuk membincangkan mengenai rancangan perjalanan anda ,apabila membuat janji temu seeloknya bawa anak bersama ,sekiranya memerlukan vaksin ,ia lebih mudah di lakukan,bagi mengelakkan penyakit yang berjangkit untuk pertahanan antibodi anak-anak.

AKTIVITI PRA-PERCUTIAN 
Memulakan aktiviti percutian sebelum mula bercuti adalah aktiviti menarik untuk anda anak-anak,Anda boleh menjelajahi peta ,membaca sejarah negara,atau negeri destinasi yang di tuju ,mempelajari bentuk geografi ,memahami flora dan fauna destinasi atau menonton filem dokumentari atau membaca buku mengenai destinasi yang anda ingin tujui ,permainan kreatif juga boleh di cipta hal ini untuk menaikkan semangat mereka untuk percutian keluarga.

PENGANGKUTAN  SI KECIL
Walaupun sudah boleh berjalan ,kereta sorong juga masih relevan untuk di bawa ,sekiranya mereka masih di bawah dua tahun,kereta sorong boleh memberi kesenangan dan keselesaan pada anda dan si kecil,setidak-tidaknya mereka boleh berehat di dalam kereta sorong tanpa anda perlu mendukungnya.

BOTOL SESUAI
Jika anak anda masih mengunakan botol susu ,anda perlu menyediakan susu segar sepanjang perjalanan,untuk menjimatkan ruang ,isi botol spare dengan air ,kemudian tambahkan dengan susu tepung sekiranya di perlukan si kecil ,tambahkan sedikit air panas.

PENYEDIAAN CAR SEAT
Tempat duduk kanak-kanak sangat penting dalam perjalanan anda ,keselesaan bukan hanya untuk mereka tetapi ia memberi kelebihan untuk anda juga kerana anda atau suami memerlukan perhatian sewaktu memandu juga.

PAKAIAN YANG SESUAI
Sebagai ibu,anda perlu tahu apa di perlukan si kecil,perancangan lebih awal memberi kelebihan kepada anda untuk membawa pakaian yang sesuai ,kenal pasti cuaca destinasi yang ingin di tuju.


INFO ANAK

sedikit info untuk anda sepanjang perjalanan ..
*ISI PERUT
apabila perut anak sudah kenyang ,kebarangkalian mereka tidak berasa selesa untuk perjalanan jauh sangat kurang,kunci untuk mengelakkan perkara ini terjadi adalah dengan memberikan makanan yang betul kepada mereka ,sedikit air halia,buah-buahan segar dan gandum membantu proses penghadaman si kecil.

*ELAK SIMULASI VISUAL
Buku-buku permainan video dan dvd membantu si kecil duduk diam di dalam kereta ,ya,mereka akan leka dengan apa  yang anda sediakan bagi mengelakkan mereka bera bosan sepanjang perjalanan,apa yang anda tidak tahu adalah pengerakkan visual seperti ini boleh membuatkan mereka merasa loya dan terasa tidak sihat di dalam kereta,galakkan mereka menikmati pemandangan melalui tingkap dan rajin-rajinkanlah diri anda untuk berbual bersama mereka atau anda juga boleh memberi keriangan sambil mennyanyi di dalam kereta..

*HARGAI KEDINGINAN
Benarkan udara segar dan nyaman menembusi bahagian dalam kereta ,turunkan sedikit tingkap kereta untuk memberi laluan kepada angin masuk ke dalam kereta,penghawa dingin kereta juga turut membantu anda memberi keselesaan kepada kanak-kanak,sebelum memulakan perjalanan ,anda juga boleh menyediakan tuala basah dan di letakkan di belakang leher si kecil untuk mengelakkan mereka loya.

*PEMANDUAN CERMAT
cara pemanduan anda juga boleh memberi impak lebih baik kepada si kecil,penekanan brek secara tiba-tiba pemanduan terlalu laju atau pemanduan terlalu perlahan boleh menyebabkan si kecil merasa loya ,biarkan perjalanan anda dalam had laju sederhana untuk memberi ketenangan kepada bahagian perut si kecil.

anda juga boleh membuat pilihan lebih baik jika kerap berhenti sebelum tiba destinasi ,amalan ini dapat merehatkan tubuh anda dan memberi kesegaran sepanjang perjalanan ,sewaktu berhenti rehat ,bawa si kecil menghirup udara segar.

*UBAT-UBATAN
sebelum memulakan perjalanan jauh ,anda boleh meminta nasihat doktor dan ubat untuk meredakan ketidakselesaan perut anak anda ,nasihat dari pakar boleh membantu anda sepenuhnya.

*BISKUT
Biskut halia bukan sahaja enak untuk dinikmati tetapi ia memberi lebih manfaat kepada si kecil ,berkongsi biskut bersama boleh mengurangkan rasa tidak keselesaan dalam perjalanan jauh bukan hanya untuk si kecil tetapi kepada anda juga.

*PEMANIS MULUT
guls-gula pudina adalah pilihan terbaik untuk mematikan rasa loya,jika si kecil anda boleh memberikan lolipop atau jenis gula-gula lain seperti perasa strawberi atau oren,jangan katakan tidak pada gula-gula cuba dulu baru tahu.!

*SUSUNAN TEMPAT DUDUK
penyusunan kedudukan si kecil sedikit sebanyak membantu mengelakkan loya padanya ,ia membolehkan fokus sepanjang perjalanan itu nanti ,sebaik-baiknya letakkan mereka mereka dari bahagian tempat duduk tengah kerana mereka boleh menumpukan perhatian pada objek di hadapan ia juga boleh mengurangkan rasa pening dan loya.

*KACA MATA GELAP
comel dan bergaya !bukan itu sahaja si kecil akan lebih selesa tanpa ganguan cahaya terlalu terang dalam perjalanan anda,kaca mata juga dapat mengurangkan risiko sakit kepala dan menjadi pilihan yang tepat untuk perjalanan jauh anda dan si kecil.

*PERNAFASAN DALAM
galakkan setiap orang di dalam kereta untuk menarik nafas melaui mulut dalam-dalam untuk membantu meredakan ketidakeselesaan pada perut ,pernafasan dalam mudah di lakukan tetapi ia memerlukan peringatan yang berterusan daripada anda..

selamat bercuti dari kami sekeluarga untuk anda...