SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

Hati..berteguhlah pada jalan-Nya..


Kebaikan dan kejahatan yang sebati dalam diri akan memandu empunya jasad ke arah denai sejalan dengannya,sama ada ke arah kejahatan ataupun kebaikkan .kalau jahat ,maka jahatlah jadinya,kalau baik ,maka baiklah juga jadinya.Perkara yang baik itu akan menjadi darah daging manusia tanpa kita sedari .Kecenderungan ke arah kebiasaan pada perkara yang dilakukan boleh menengelamkan jasad ,bezanya tengelam secara perlahan-lahan  atau pun dengan kadar yang cepat. Manusia pasti ada yang berusaha untuk berubah.

Perbuatan yang menjadi rutin
     Setiap perbuatan yang di mulai ,pasti akan menuntut untuk di ulangi ,malah ,mungkin akan menuntut sesuatu yang lebih besar!jika seseorang membuat perkara yang agak jahat pada mulanya ,pasti selepas itu akan ada perbuatan jahat lain yang di lakukanya.Mungkin bermula daripada perkara jahat yang kelihatan agak remeh .Namun lama -kelamaan  pasti akan melakukan sesuatu yang lebih besar:dosa besar!
     Begitu juga jika seseorang melakukan sekecil-sekecil perkara kebaikkan itu jiwa semakin lapang.
IN SHAA ALLAH! persamaan kedua-dua nya ialah menjadi rutin!
rutin yang akan membuahkan lebih banyak perkara kejahatan mahupun kebaikkan.

Bila diri kita meronta
Begitulah manusia ,jika meningalkkan perkara yang kurang elok ,sebahagian diri pasti tidak keruan,meronta-meronta untuk buat lagi dan lagi,tapi sebahagian diri yang lain enggan di sebabkan ada satu sudut yang tidak membenarkan perbuatan itu iaitu HATI.Pada dasar fizikal mungkin kelihatan baik-baik tapi jiwa tidak begitu.
Masaalah jiwa itu tidak kelihatan tapi memberi impak yang mendalam!

Kekuatan dari jiwa
Mahu merubah jalan baik bukan mudah ,baik itu memastikan kita meningalkkan perkara -perkara yang tidak elok ,tapi ,untuk menjadi jahat sangatlah tidak susah,perkara kejahatan sentiasa terbentang di depan mata ,tunggu kita yang pilih sahaja!tapi,ada perkara yang sangat pasti ,orang yang tegar membuat perkara yang tidak elok tanpa ada sekelumit rasa bersalah ,maka syaitan turut membantunya menguatkan lagi keinginan pada jalan kejahatan ,syaitan akan memantapkannya ke jalan kejahatan sehingga dia mendapat natijah atas setiap perbuatannya.
  Manakala orang yang berusaha untuk kebaikkan ,pasti Allah swt akan membantu dan memberikan kemudahan walaupun kadangkala jiwa akan memberontak,InshaaAllah ,moga di permudahkan.
Ingatlah sahabat,tak kira lah siapa pun...kekuatan jiwa itu sangat di perlukan untuk meningalkan kejahatan jika ingin mendapat kebaikkan dan pandangan rahmat daripadanya.

       "Hidup ini memberilah sebanyak-banyaknya ,bukan menerima sebanyak-banyaknya"

Hijrah jiwa dan jasad
Hijrah:kesungguhan,itu sahaja bezanya
hati kecil berkata ,"kita sentiasa perlu berhijrah ,perbaiki niat sentiasa .Hanya dia yang tahu tentang kita luar dan dalam ,jadi jujurlah menjadi diri sendiri ,jujur pada ALLAH.."seruan hati kecil cukup membuatkan hati sentap.
    Manusia tidak di lahirkan sempurna ,berpegang teguhlah pada kata-kata,di sebab itu kita perlu sentiasa berhijrah .Kita hari ini adalah punca daripada faktor kedua orang tua ,persekitaran,pendidikan dan kawan.Namun,faktor terbesar adalah diri kita sendiri ,
   Hijrah jiwa dan jasad itu tidak mengenal siapa kita dahulu ,penghijrahan itu sendiri tidak menghukum kita atas gerangan siapakah kita dulu dan apakah yang telah kita lakukan sebelum itu.
Memang ,hijrah bukanlah satu yang mudah .
Kalau hati di sapa angin seruan perubahan,diri sendiri berdalih .mencari-cari pelbagai alasan kenapa diri begini dan begitu atas sebab ini dan itu .Diri ini tidak bersalah .yang bersalah adalah ibu bapa yang tidak memberi pendidikan agama dan tidak pula memperatikkanya ,jangan begitu sahabat,jangan sesekali menyalahkan mereka ,sikap mencari-cari menunding jari kepada orang lain adalah sikap orang yang suka berdalih.
   Mengapa tidak menyahut seruan hati untuk berhijrah kepada kebaikkan ?
sikit,sikit dan istiqomah.Dalam proses perubahan itu berdampinglah dengan orang baik-baik.
adakala proses perubahan ,terasa sangat susah, ada yang tidak mendapat sokongan daripada ibu bapa,di pulaukan kawan-kawan ,di ejek-ejek ,memang semua itu sedikit sebanyak membuatkan dada sesak.
ketahuilah..mulut manusia itu tidak pernah tertutup ,Suka duka perjalanan hidup kita yang tanggung ,Orang yang lain dapat memberikan rasa simpati .Jadi mengapa mengalah dangan dugaan sedangkan kita ada pilihan untuk bertahan,sekurang-kurangnya kita akan tahu siapa kawan ,siapa lawan .
   Kadang-kadang hati hanyalah berkiblatkan dunia ,sebab itu hatta berapa banyak kali bisikkan hati menyeru kebaikkan ,kita sering tidak mengendahkannya.Alasanya,"Aku hidup dan beragama dalam kesederhanaan ,cukuplah."Akibat berkiblatkan dunia ini lah kita sibuk mengejar kebendaan dan lupa pada ALLAH,sedangkan muslim yang baik itu adalah pengejar dunia untuk akhiratnya.
  Mahukan kita tetap statik begitu sahaja?sedangkan banyak peluang kebaikkan daripada ALLAH SWT,
untuk itu kita perlu bersaing,Bersaing dengan diri sendiri !
  YAKINLAH ,dalam melakukan perubahan itu kita tidak bersendiri ,dan doa-doa orang muslim yang baik sentiasa bersama kita,,BERTAUBATLAH ,HIJRAHKANLAH DIRI....jangan tangguh lagi..
                                         ~MASHAALLAH,TABAARAKALLAH~





kERANA PULUT SANTAN BINASA KERANA MULUT BADAN BINASA

ORANG YANG MENJAGA MULUTNYA...
Di riwayatkan dari Anas bin Malik r.a bahawa Rasullullah s.a.w bersabda hingga 3 kali:
"Allah mengasihi orang yang berbicara ,beruntung,atau bila diam,selamat."(HR.Al-Baihaqi)

Mulut termasuk nikmat Allah yang besar,dia berukuran kecil namun kedudukan besar ,dengan mulut (yakni dengan pengucapan syahadat)kekufuran dan keimanan dapat di bezakan .mulut adalah alat untuk menterjemahkan dan mengungkapkan apa yang bergejolak di hati manusia .Setiap kebenaran atau kebatilan yang di jangkau ilmu ,pasti di ungkapkan oleh mulut ,Tidak ada satu ilmu yang melibatkan mulut.
Mulut yang mempunyai keistimewaan yang tidak di memiliki angota tubuh lain.Mata tidak mungkin menembus selain warna dan bentuk .Telinga tidak mungkin menjangkau selain suara .Tangan tidak boleh menjangkau semua hal itu .Dia tidak memiliki batas ,semua kebaikkan ada di bawah kekuasaan mulut,Begitu pula semua kejahatan berada di bawah kekuasaan mulut.
      BARANG siapa melepas mulutnya maka ia akan di bawa syaitan menembus segala medan .Bahkan dia akan tarik syaitan menuju jurang ke hancuran ,manusia di lemparkan ke dalam api neraka akibat mulutnya.Kecuali orang yang mengikat kecuali dalam hal-hal yang bermanfaat di dunia dan akhirat dan mencegahnya dari setiap hal yang membahayakan dirinya di dunia dan akhirat.
     ucapan yang di ucapkan mulut itu tidak lepas dari dua hal:
manfaat di dunia dan akhirat dan mudarat di dunia dan akhirat yang pertama membawa manfaat bagi di dunia dan akhirat adalah dua kalimah syahadat ,kalimat thayyibbah yang kerana langit dan bumi di ciptakan ,rasul-rasul di utus ,kitab-kitab di turunkan kehidupan syurga dan neraka di dirikan ,bahkan syahadat pula manusia di bagi menjadi dua golongan ,segolongan masuk syurga dan segolongan  yang lain masuk neraka,Lantaran kalimat syahadat pula amalan -amalan di anggap sah,dosa-dosa di ampuni ,kesalahan -kesalahan di hapuskan ,darjat-darjat di angkat dan kebajikkan di tambah.
     Orang yang tak mengucapkan kalimat syahadat akan memperoleh laknat Allah ,malaikat dan seluruh manusia bahkan hari kiamat ,Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan kasih sayangnya dan tidak akan menyucikannya .Jesteru dia akan mendapatkan seksaan yang pedih ,gara-gara dia tidak pandai menjaga mulutnya ,tidak pernah mengucapkkan sesuatu yang mendatangkan keselamatan dan keuntunggan dirinya.Setiap kebaikkan yang di ucapkan dengan mulut ,maka itulah ucapan yang menguntungkkan ,ucapan seperti itulah yang kelak akan di tunggu oleh manusia ketika berada di hadapan  timbangan kebaikkan di hari kiamat .
      Adapun ucapan yang baik itu seperti zikir ,membaca Al-Quran ,dakwah kepada Allah ,mengajarkan ilmu ,berdiskusi ,beramal makruf nahi mungkar ,pujian kepada orang-orang yang suka berebut kebajikkan ,kata-kata untuk menpereratkan hubungan kekeluargaan ,mendamaikkan dua orang yang sedang bertengkar ,dan nasihat -nasihat ,kerana setiap kebaikkan yang keluar dari mulut yang di landasi niat yang ikhlas pasti di beri pahala di sisi yang maha menguasai hari pembalasan itu ,iaitu hari yang harta dan anak dan anak tidak berguna lagi.Dan barang siapa tidak mampu mengendalikan dan menguasai mulutnya untuk selalu mengucapkkan hal -hal yang baik maka di hendaklah dia menahan mulutnya yakni dengan Diam.
Mulut sungguh berbahaya ,kerana itu mulut perlu di ikat dan di awasi ,jangan di lepas kecuali dalam kebaikkan..Tidak masaalah mulut tidak pernah diam asalkkan tidak menyakiti orang lain.
DI sebutkan dalam Al-Shahihain dari Adi bin Hatim r.a bahawa Rasullulah s.a.w bersabda:
"jauhilah api neraka sekalipun itu dengan sedekah berupa sekutil kurma ! barang siapa tidak menpunyainya ,maka dengan ucapan yang baik"
      Semoga Allah mengasihi orang yang mampu menjaga mulutnya dari segala hal yang dapat mengakibatkan keterlanjuran ,sehingga hati selamat dari segala sesuatu yang dapat merosak agama dan dunia ,semoga Allah mengasihi orang yang berbicara baik dan membicarakan hal-hal yang di perintahkkan Allah SWT ,sehingga dia meraih kebaikkan di dunia dan akhirat.

carian google

MENCARI RUMAH KEKAL ABADI

PENCARIAN KUNCI KEPADA RUMAH KEKAL ABADI PADA HAKIKATNYA TIDAK TERLALU SUKAR KERANA KAEDAHNYA  TELAH DI NYATAKAN DENGAN JELAS DI DALAM AL-QURAN
carian google

    Pintu boleh di buka dan di katup,bila membuka pintu kerana mahu meningalkan rumah,mata menoleh ke belakang berniat mahu memastikan ia terkunci,malah beberapa berniat mahu memastikan ia terkunci.Malah beberapa kali kita mencuba semula sama ada ia masih boleh di buka ,aneh meskipun baru sekejap tadi kita tahu bahawa anak kunci rumah baru di cabut.pintu mahu di katup rumah mahu di kunci ,barangkali ada sesuatu di dalam rumah kita mahu ia selamat kita masih terfikir,berkuncikah rumah?
    Perasaan was- was muncul dan boleh menimbulkan kebimbangan yang tidak sepatutnya .Bila pulang kita mencari-cari anak kunci daripada gugusan yang ada ,Ada masanya sekali pilih tetapi acap kali berulang kali.Dan selama-lama bertahun ia begitu,ramai tidak mahu belajar bagaimana ia mahu membuka pintu dengan sekali memilih anak kunci,ia kelihatan tidak terlalu mustahak kerana akhirnya pintu akan terbuka,,
     Pintu rumah itu milik kita ,ada perjanjian dan hak milik kita,sekurang-kurangnya ketika hayat dunia. Namun sampai masa apabila roh dan jasad bersatu kembali setelah berpisah dan mencari-mencari rumah baru tetapi terhalang ,ia bukan rumah biasa yang kita kenali..hanya ada rumah kekal abadi namun kuncinya tiada di tanggan ,Tuan rumah menyebut melalui surah Al-Araaf ayat 40 yang bermaksud:
"sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat ( perintah) kami yang angkuh( merasa dirinya lebih)daripada mematuhinya ,tidak sekali -kali akan di bukakan bagi mereka pintu -pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan"
    Rumah kekal abadi sudah tersedia kuncinya perlu di cari ,ia ada dalam diri ,namun manusia tidak mahu belajar seumpama mencari sesuatu anak kunci daripada segugus yang banyak.

sikap manusia
hakikatnya ,pintu rumah yang kekal abadi sudah tersedia dan ia di nyatakan oleh Allah swt melalui surah shaad ,ayat 49-50 yang bermaksud :
"ini adalah kehormatan bagi mereka dan sesungguhnya bagi orang yang bertakwa benar-benar (disediakan )
tempat kembali yang baik (iaitu)syurga dan yang pintu -pintunya terbuka bagi mereka."
Rumah terdapat pelbagai bentuk ,pintu yang terpasang pada ruangnya sepadan dengan rumah yang di bina 
,ada pintu cermin ,kayu jati,alumunium dan pelbagai lagi.Jika rumah itu ibarat diri maka melalui pintu itulah diri mampu melihat dari dalam dan luar .Namun melihat sahaja tidak mencukupi ,ia perlu di katup kemas bila mahu meningalkan rumah dan mudah di buka apabila pulang semula .
     Tidak,kita mahu menunggu unta memasuki lubang jarum untuk di benarkan kembali ke rumah yang kekal abadi ,ia sindiran daripada Allah swt yang sangat menyesakkan dada bagi mereka yang mahu berfikir ,malah sifat angkuh dan sombong manusia di dunia bakal menjadi mereka begitu.

Pencarian
Hakikatnya ,pencarian kunci rumah kekal abadi tidaklah terlalu sukar ,kaedah itulah di nyatakan ..wahai teman mari kita renung sejenak,jika kita teragak untuk mendiami rumah di syurga firdaus ,Allah swt telah memberi garis panduanya melalui surah al-mu',minun ayat 1 hingga 11 yang bermaksud:
"sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang nya.Dan mereka menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia .Dan mereka berusaha membersih hartanya dengan menunaikan zakat harta itu dan mereka menjaga kehormatan mereka .kecuali pada isterinya atau hamba sehayanya .maka sesungguhnya mereka tidak tercela ,kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian ,maka merekalah orang-orang yang melampaui batas .
"Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya .dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya .mereka itu orang -orang yang berhak mewarisi .Mereka akan mewarisi syurga firdaus mereka kekal dalamnnya."
 wahai temanku..berusahalah kejar untuk meraih kejayaan di akhirat dengan melakukan amal kebaikkan ketika di dunia..tinggalkanlah perkara yang tak berfaedah itu..Manfaatkanlah ilmu-ilmu yang ada..
bayangan keadaan rumah di sini (syurga) sungguh mempersonakan ,Misalnya ia telah di nyatakan terdapat sungai-sungai yang mengalir di bawahnya .sesungguhnya setiap kali kita di berikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan ,maka kita akan berkata 'inilah yang telah di berikan rezeki yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya ).
    Malah pasangan kita di rumah yang kekal abadi yang sentiasa bersih suci serta tidak sekali -kali mempunyai perasaan cemburu ,khianat dan dengki.Ia kehidupan yang kekal selama-lamanya .Begitulah kunci rumah di sana hanyalah bayangan semata.Ia tidak perlu dipegang segugus kunci yang banyak.kita tidak perlu menoleh ke belakang setiap kali meningalkan rumah tersebut.Saya terfikir ia sentiasa terbuka terdedah dengan tiada siapa yang mempedulikanya .Masing -masing sudah mempunyai rumah sendiri yang terbaik.
                                          
                                                               ~ moga damai di hati~

"SETENANG RUANG MAGRIB"

   Tertidur lepas asar ,Hidup ini ada dua waktu yang kita tidak mahu tertidur dalam masanya,sewaktu matahari tegak di atas kepala dan saat asar sedang menyapa,tapi dalam kes ini tidak sengaja mungkin kepenatan yang di rasai tubuh..dalam hidup ini ,tak semua akan mendapat ketenangan,tidak semua mendapat merasai kelapangan hati.Mungkin sahaja kita di kelilingi oleh kawan-kawan yang ramai di dalam realiti atau di talian alam maya .Walaupun kita mendapat kawan ramai belum tentu kita akan merasai ketenangan.
ketenangan yang boleh membuatkan kita rasa lapang ,ketenangan yang boleh buat jiwa kita hidup,

percaya?

orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengigati Allah.Ingatlah ,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.ar-Ra'd 28

      Mungkin juga mengigati itu adalah setiap langkah dan tingkah,setiap tutur kata ,setiap lirik mata,setiap kali telinga mendengar ,setiap kali jiwa berbisik,semuanya merasai bahawa Allah swt maha mengetahui,setiap masa ,setiap detik,setiap helaan nafas dan ingatan.Benarlah ketenangan itu tidak tidak dapat di beli.
     ketenangan itu bukanlah daripada ramainya kawan yang ada di sekeliling kita .Ketenangan itu bukanlah daripada banyaknya gajet mahal kita .Ketenangan itu bukan pada daripada nilai tawa dan gurau senda apabila bersama teman kita .Bahkan ,ketenangan itu juga bukanlah asbab terbaiknya diri kita pada pandangan orang lain.
     Tapi sebenarnya ketenangan itu datangnya dari hati dari kelapangan jiwa.ketenangan yang di rasai jiwa itu pula datangnya pemberian Allah swt. sudah pastinya pemberi ketenangan itu hanyalah DIA yang satu.
Wahai jiwa-jiwa yang mengharapkan ketenangan,
apakah kita mengharapkan ketenangan itu hadir sendiri tanpa usaha?
Ruang magrib saat ini yang membuatkan ketenangan ,sekali gus mengajarbanyak perkara membuatkan diri terfikir sedalam-dalamnya,betapa ketenangan itu adalah sangat berharga.Semestinya ketenangan itu akan lenyap dari jiwa dek angkara kita sendiri!
     Di dunia ini,bila berasa megah dengan apa yang kita miliki tetapi tiada ketenangan,memang kita tidak akan dapat mengecapi kebahagian kerana jiwa itu sebenarnya kosong.Manakala kekosongan itu perlu di isi dengan sesuatu yang bernama ketenangan.
      Perjalanan hidup kita memang berlainan kerana kita tidak berjalan di atas takdir orang lain,kerana Allah telah sediakan setiap cerita untuk kita.ketenangan itu mempunyai kuasa..percaya atau tidak??
berhadapan musuh ,ketenangan yang terpamer itu akan membunuh musuh.melemahkan kemarahan yang hadir apabila melihat ketenangan pihak lawannya,meruntuhkan strategi ,memusnah tradisi.
ketenangan itu juga melembutkkan..
     Seperti halnya seseorang yang berpewatakan tenang,melalui jalan dakwahnya ,mungkin ada yang akan membenci.menfitnah dia cuma berlagak baik ,bajer bagus.tetapi dalamnya tohmahan itu pasti ada hati -hati yang terpaut pada ketenanganya ,bukan semata-mata kerana zahirnya,tetapi kerana itu tersentuh dek sentuhan Allah swt melalui ketenangan pada wataknya.
 INDAHNYA....
saya pernah bertemu dengan insan berperwatakkan seperti itu,langkah kakinya,bicaranya,senyumannya sangat tenang mengingatkan saya kepada Allah swt..beruntungnya jika kita seperti itu kan?itulah cerminan rahmat Allah swt..mungkin..
hadir dirinya adalah bukan untuk sia-sia..
                                               "ALHAMDULLILAH"

BUAT RAWATAN RESEDUNG

Assalamualaikum..
Org lain sibuk bekerja hari nie SUE cuti semata-mata buat rawatan resedung..Alhamdullilah berjalan dengan lancar..Terima kasih NAZA ANGGUN..Terbaik..rawatan cukup memuaskan..mana taknya hari-hari mengalami masaalah batuk ,selsema bersin memang tak tahan sangat-sangat dah macam -macam cara lakukan tapi tak juga sembuh.. setelah buat rawatan di NAZA ANGGUN SPA ..alhamdullilah kembali normal dah kurang sikit bersin 'gatal. dan .batuk ...






sangat selesa untuk buat rawatan...



murah je..tak mahal mana pun berbaloi....kalau di biarkan resedung ni memang parah seeloknya pergi buat rawatan adalah jalan yang terbaik...saya tertanya-tanya apa punca sebenar resedung ni..rupa-rupanya faktor pemakanan,habuk-habuk(debu) ,pencemaran,dan sebagainya,penyakit resedung juga boleh membawa maut..katanya..setelah sue buat rawatan doktor terpaksalah kena jaga pemakanan terutamanya seafood..al maklum rumah dekat dengan laut .demi kesihatan terpaksalah berpantang sikit untuk  mencegah dari melarat .Sue ingatkan alahan biasa ja..rupa-rupanya resedung yang memakan diri..aduh..sekian lama hari ini baru tahu..".jangan tiru macam saya "selalulah buat rawatan muka khususnya penyakit resedung ini.....


BILA ANAK-ANAK HIDUP BERCOUPLE

         ketahuilah teman-teman..di sini aku menulis bukan semata-mata inginkan nama tapi cukuplah sekadar nasihat antara kita..yang mana boleh terima ,terimalah ia sebagai satu nasihat bukan ayat jiwang dalam blog ini..tapi amat bersesuaian khususnya untuk remaja dan ibu bapa...
bila sentuh bab remaja ramai akan menghindari takut..takut apa ya...takut dengan kenyataan..terserah mahu terima atau tidak..
   BILA ANAK-ANAK BERCOUPLE:apakah perasaan anda?malu atau suka..?bila anak dara remaja kita di bawa si teruna jejaka idaman ke hulu hilir...apakah perasaan anda...
tapi zaman sekarang tak macam zaman dahulu .MALAH ibu bapa sekarang bermegah bila anak bercouple ada pasangan masing-masing...hairan...biarpun aku menulis kasar kat sini tapi ada betulnya..
di manakah nilai malunya kita kepada Allah s.w.t..malah ianya menjadi beban pula apabila anak-anak terlampau memberi kebebasan,katanya sayang...tapi bukan bermakna sayang kita itu membiarkan anak-anak bebas sesuka hati...cuba bayangkan bagaimanakah masa depan mereka nanti..yah.hari ini kita seronok mungkin esok kita kecewa...di manakah maruah harga diri dalam sesebuah keluarga itu katanya islam..tetapi kita terbawa -bawa budaya barat ini sehingga kita leka mungkin kita mengejar kejayaan kekayaan sehingga kita terlupa pada anak-anak...
     
TERLIHAT GAMBAR COUPLE DI FACEBOOK
bila tengok bab nie ramai remaja meletakkan status sedang bercinta...bla...bla.. si kawan pula memberi komen pula status moga bahagia sehingga ke syurga...chewahhhh....mcm best ja bila dengar...tu dia, neraka kirim salam you all....habislah bila jadi macam nie...
menjadi nakal tu boleh,saya sendiri pun nakal ,bukankah anda di fasa remaja ?tapi alangkah indahnya jika nakal kita itu menpunyai acuan yang mengawal kenakalan dan kita tetap dengan keredhaan ALLAH swt.
     Beza anak-anak akhirat dan anak-anak dunia adalah anak -anak akhirat memandang dengan jendela cinta akhirat.
     Kita bukan tak boleh berubah sebenarnya,Tapi kita banyak memberi alasan kepada diri kita sendiri,Hakikatnya ,kita banyak memberi alasan kepada ALLAH swt ,nanti dan nanti ,lagi dan lagi ,padahal sikit pun dia tidak rugi dengan kesombongan kita mahu datang kepadanya ,tetapi kitalah yang akan rugi ...tertunduk malu penuh penghinaan di akhirat nanti jika mati dalam kekufuran dan kefuturan...
saya sayang sangat kamu kerana ALLAH swt...perbaikilah...
ketahuilah istilah couple ini juga jatuhnya kita ke lembah maksiat juga...mohon maaf jika ada terkasar bahasa...
WAALLAH HU' ALAM...