SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

ORANG YANG PALING DI BENCI OLEH ALLAH..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



SIAPAKAH MEREKA?
"sesunguhnya orang yang di benci oleh manusia adalah orang yang paling degil dan suka bertelingkah"
Iman Ghazali dalam kitab bimbingan ada menyebut,pertelingkahan adalah sifat terkeji dan di larang agama ,Daripada pertengkaran dan berbantah -bantah kita bertelingkah ,jika menjadikan ianya satu tabiat dan terus berdegil serta tidak mahu berubah ,maka sikap macam ni lah yang akan mengundang benci Allah swt.



orang yang degil dan suka bertelingkah atau pun bahasa yang paling mudah suka bergaduh akan beria-ia untuk menegakkan sesuatu yang batil ataupun tidak sehinggakan mengeluarkan kata -kata yang tidak baik serta menyakitkan hati di antara dua belah  pihak, maka sikap inilah yang akan di cela oleh Allah swt.

         Betapa hairannya sikap manusia seperti ini:
  • mereka tahu akan mati,tetapi terus bersuka ria dan terus melakukan perkara yang tidak baik
  • mereka boleh gelak ketawa sedangkan tahu di sana ada api neraka
  • mereka boleh berangan-angan besar sedangkan tahu dengan qadak (ketentuan Allah)
  • mereka mengenal dunia dan perubahannya yang pantas tetapi boleh berasa aman dan sentosa 
  • mereka yakin akan di hisab (di hari kiamat tetapi tidak beramal)


    akhir kata,telitilah masa jika kita berfikiran waras ,mengambil berat urusannya,sedikit berbicara kecuali kepada yang perlu sahaja., peliharalah hati dan lidah dengan kata yang baik-baik kerana kata-kata yang baik dapat kita mencuci hasad dengki serta dapat meredakan api kemarahan ,menenangkan jiwa serta membuka akal untuk bertenang dan berfikir secara Rasional..





10 PERKARA YANG SIA-SIA

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Rasulullah  melarang melakukan perkara sia-sia dan tidak pernah melakukan sesuatu yang melampaui batas. Perkara ini ada dijelaskan dalam hadis: “Ketika Mu’awiyah berkunjung ke Kufah, maka Abdullah bin Amr bercerita mengenai Rasulullah , katanya Rasulullah tidak pernah melampaui batas dan tidak pernah melakukan perkara keji. Beliau juga berkata: Rasulullah  bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu adalah orang yang paling baik budi pekertinya.” (Hadis riwayat al-Bukhari).
 .
Rasulullah  bersabda : “Tidak akan berganjak dua tapak kaki manusia pada hari kiamat sehinggalah dia disoal tentang empat perkara. Mengenai umurnya kemanakah dihabiskan umurnya? Mengenai ilmunya, apakah yang sudah dilakukan dengan ilmunya? Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia perolehi dan jalan manakah dia belanjakan? Dan tentang tubuh badannya, apakah yang telah dia lakukan?” (Hadis Hasan Sahih riwayat Tirmizi)

Kata khalifah Uthman bin Affan r.a ada 10 perkara yang di anggap sia-sia iaitu 

1. Orang pandai yang tidak pernah di minta pendapatnya

2. Ilmu yang tidak di amal

3.Pendapat benar yang tidak di terima 

4.Senjata yang tidak pernah di pakai

5.Masjid yang tidak di gunakan untuk beribadah

6. Al-Quran yang tidak pernah di baca

7. Harta yang tidak di belanjakan di jalannya

8. kenderaan yang tidak di naiki

9.Ilmu zuhud bagi orang yang mencintai manusia dunia

10.Umur panjang yang tidak di gunakan untuk memperoleh bekalan akhirat.

SALAM TAKZIAH

lnalilahi wainalilahi rojiun...
 Alllahyarham Datuk Osman Jantan(DATUK Ali Mamak) yang merupakan anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka  sudah berkecimpung dalam bidang seni selama kira-kira 25 tahun, dan telah dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.
Di samping berlawak, Ali juga merupakan seorang penyanyi lagu-lagu komedi yang tidak asing lagi dengan pelbagai rentak dan lagunya pula sarat dengan mesej berunsur kritikan sosial atas isu-isu semasa yang berlaku di negara ini.
Jenazah akan dibawa ke Hulu Langat, Selangor untuk pengebumian sebelum Zohor. Bersama-sama kita doakan agar roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
~picture by METRO~

JOM TONTON MY VIDEO UNTUK ANDA ..


Sebagai seorang muslim ,kita sering lupa pada banyak perkara,dan sebagai insan wajarlah kita saling mengingati walaupun perkara yang kecil demi untuk memperbaiki diri....jom muhasabah diri..





SEBUAH DIALOG  KATA-KATA HIKMAH

Rasa terkilan bila baca dialog ni..

AIMAN: Assalamualaikum Ainsyah..

AINSYAH: waalaikumusalam warahmatullah..

AIMAN: Hari ini Aiman nak tanya , bagaimana kita nak jauhkan dari api neraka?

AINSYAH  :Aikk..tiba-tiba ja ..tak apa ,ada banyak semuanya perkara baik yang kita lakukan,walaupun                           kecil atau sedikit boleh jauhkan kita dari api neraka,contohnya memberi sedekah                                          sepotong kurma..
AIMAN: Atau bercakap benda yang baik-baikan ..

AINSYAH: EH,macam mana Aiman tahu?

AIMAN: Aiman dah baca hadis tu ..

AINSYAH: YE KE..?

AIMAN:  "YE,,hadis tu ada dalam sahih Bukhari dan Muslim ,sabda Nabi s.a.w ,hendaklah kamu melakukan sesuatu bagi menjauhkan diri dari api neraka ,walaupun kamu hanya memberi sedekah dengan sepotong kurma sahaja ,bagi sesiapa yang tidak melakukan hal itu hendaklah bertutur dengan tutur kata yang baik,"

AINSYAH: Subahanallah,tinggikan nilai sedekah hanyalah sepotong kurma dan kata-kata yang                                         baik..mudahkan...


MH 370 DALAM KENANGAN..

SEBUAH DOA DAN HARAPAN KAMI TITIPKAN
BUAT MU # MH370

"Ya Allah!
 kami tetap bersyukur, kerana KAU MAKHBULKAN DOA kami, untuk bertemu jawapan dalam penantian‪#‎DOAUTKMH370‬,. Walaupun berat hati kami, kerana bukan ini yang kami harapkan sebagai jawapan, dan ketika ini kami tak dapat menahan kesedihan. Kuatkanlah hati kami dalam mengharungi kepedihan hati kami, dan apa juga kesulitan yang bakal kami hadapi, bersama pemimpin-pemimpin kami, dan pasukan keselamatan yang telah berusaha sedaya upaya melakukan yang terbaik. Begitu juga negara-negara terlibat dalam membantu usaha mencari selama 17 hari. Kami hanya mampu berikhtiar, namun KAU MAHA PENENTU. Sabarkanlah hati ahli-ahli keluarga, waris, saudara-mara, rakan-rakan dan seluruh masyarakat dunia. Ya Allah! sekiranya ini suratanMU dan berita ini benar, KAU redhakanlah hati kami .AJARLAH KAMI ERTI REDHA DAN TERIMA QADA DAN QADAR MU ... إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ




BISKUT DULU-DULU


hah,apa tu??
biskut biji Asam,
alahai kalau tak kenal benda nie maknanya lupa diri lah tu..hehe
teringat zaman kanak-kanak le pulok,biskut ni famous dulu tapi sekarang memang susah nak cari lah kalau macam nie..kalau ada pun gula dia tak sedap seperti dulu-dulu.

teringat Arwah abah selalu belikan tu pun kadang-kadang mkn gula hihi roti pula simpan balik..
pernah beli kat anak-anak sue siap tanya lagi biskut apa tu??cantiknya..siap pilih colour lagi bila nak makan apatah lagi banyak komen pula tu..ish..ish kita dulu pun tak berani nak bersuara apa yang ada makan ja..

alahai..teringat zaman kanak-kanak la pulak. ("<
Al-fatihah buat arwah abah .....


jom ronda-ronda ambil angin mood petang....

BAB 3:NOVEL SINAR NAJWA

       Sudah seminggu aktiviti orentasi ,seminggu juga Najwa berada jauh dengan keluarga kadang-kadang rasa memenatkan melayan kehendak senior dan pensyarah .
 Hari ini kelas pertama harus di lalui Najwa,
Najwa  patut menghadiri kelas terpenting yang tak tak patut di tinggalkan walaupun lewat ke kelas niat hati mesti pergi takut ketinggalan apa yang di ajar oleh prof...
        Langkah kaki menuju anak tangga berlari-lari memanjat menuju ke arah kelas tingkat dua ,kelas start jam 9.15 pagi dan sekarang 9.20 pagi ,"mampuslah aku pasti kena hentam dengan prof maya kali ni mahu terkincit aku di jerkahnya nanti!'
Dalam terkocoh-terkocoh menaiki anak tangga  tiba-tiba di rempuh dari belakang,..fail yang di pegang Najwa juga berterabur di lantai seorang lelaki yang merempuh terus beredar tanpa menberi pertolongan .Tapi Najwa  sempat melihat wajahnya ...
"Aduh,..Malaun mana pulak yang langgar aku tadi,dah lah langgar lepas tu belah mcm tu ja ,nak makan penampar aku agaknya ?siap kau!!.. saja lah tu  nak cari gaduh lah tu.."Time mcm ni lah macam-macam yang datang ,'' rungut Najwa sambil mengutip kertas assigment prof yang berselerakkan.
sesampai saja ke kelas ,semua mata memandang ke arah Najwa ...
harap-harap prof tak perasan ...fuhh..keluh Najwa..
"cik Najwa bt Hashim "prof menyebut namanya
"Alamak,...eee....aduh siaplah telinga  naik kebas lagi"dalam hati Najwa .
kali ini apa alasan awak pulak,tiap kali ke kelas mesti lewat ,apa masaalah awak ni ,awak tahu tak dengan sikap awak ni pihak atasan  akan mengambil tindakkan yang lebih berat walaupun awak tergolong dalam bilangan top student kat sini ,macam mana nak berjaya kalau sikap awak macam budak sekolah menengah ?baru semester satu dah nak tunjuk taring?okey sebagai denda awak kena present topic untuk hari ini ,"selesai saja mendengar syarahan prof. Najwa cuba bagi alasan tapi tidak mahu di dengar lagi..
Najwa melihat beberapa orang pelajar ketawa mengejek termasuk orang yang langgar Najwa tadi rupa-rupanya pelajar satu jurusan juga,erm lepas ni siap kau..siapa budak tu hah..siap ketawa pula tu kan saja dia nak kenakan aku tadi..ish...keluh Najwa..
sebaik sahaja selesai kelas ,Najwa keluar macam biasa melihat budak yang di langar tadi ,tertanya-tanya siapa budak tu,tiba-tiba Najwa terdengar salah seorang memanggil " Nik Imran,Nik Imran jom keluar lunch?
oh rupa-rupanya nama budak yang langgar aku tadi Nik Imran...hurm..tunggu dan lihat''..sedikit dendam dalam hati Najwa..
Najwa,jom lunch?ajakkan Eida
''jom,aku pun tengah lapar nie''balas Najwa terima ajakkan Eida pelajar satu kelas dan juga satu dorm...satu bilik..
setibanya ke cafe melihat lagi Nik ada di situ terlihat Najwa tanda rasa tak puas hati..
''HELLO!!!" Eida memetik jari di hadapan muka tersentap Najwa dek lamunan ,
dah,dah lah tu ...jom makan,pagi tadi aku dah cuba kejutkan kau Najwa tapi kau tak jaga kau buat apa semalam pergi mana lewat balik semalam?
ye ke..eh tak pergi mana-mana pun saja keluar dengan linda makan angin ,borak-borak tengok wayang
eh,..hati-hati kawan dengan Linda tu bukan aku tak bagi kawan tapi mesti hati-hati takut terjebak aktiviti sosial dia pulak lah ye..Eida memesan pada Najwa agar tidak mudah terpengaruh dengan Linda..
Ahh..bosanlah..macam ni ada ja tak kena...mengeluh Najwa..
"Eh..tak lambat lagi nak cuti semester kau tak nak balik ke Najwa jenguk mak kat kampung".?tanya Eida
"Tak tahu lagi..entah"balas Najwa slumber..
"entah..alahai senangnya kalau aku Najwa dah lama balik?"kau tak rindu kat mak ke ?
rindu..tapi arh..nanti lah aku fikir lain kali k..balas Najwa sambil berdalih topik lain..
EH..petang ni kau ada aktiviti tak? tanya Najwa
tak ada ,kenapa?balas Eida
ermm,ingat nak minta kau teman aku pergi futsal..hasrat Najwa mengajak Eida sekali untuk join fun club tu..
futsal!!eh pandai ke ni..
alah bolehlah sikit-sikit kalau nak join jom lah join fun club petang nanti daftar,k...
"ye lah..tapi aku tak pandai macam kau" balas Eida merendah diri..
ala,takpe nanti senior ajarkan...
ye lah...petang ni ..ok...Jangan lewat pulak macam tadi tu...Eida memerli Najwa..
alah..kau ni...balas Najwa walaupun hati dan fikiran belum sembuh peristiwa yang memalukan pagi tadi..

bersambung...

BAB 2:NOVEL SINAR NAJWA

           Malam melangkah berganti siang, terasa sedikit kegelisahan pada Najwa dan esok pasti mengetahui keputusan SPM ..adakah ianya lulus cemerlang? titik..tanda soal.
Pagi yang begitu indah suasana yang sejuk awal-awal lagi dah bangun solat subuh bermohon  agar segalanya di permudahkan.
            Seawal jam 9.00 pagi Ain datang menjemput Najwa dengan sebuah Motosikal Kriss Modenas .
"wah,cantik moto?"Najwa memerli
"Baru keluar dari kilang semalam haha..babah aku yang belikan semalam.."balas Ain.
"wah,bertuah kau Ain apa yang kau nak mesti dapat"balas Najwa.
"EH,banyak cakap pulak dia cepatlah naik hihi..nah kau bawa?"
"Eh,eh perli ke apa nie kalau dah boleh bawa dah lama dah aku bawa kau pergi ronda-ronda"
haha..
ketawa mereka sambil mengusik antara satu sama lain..
"Mak,Najwa pergi dulu "sambil mencium tangan maknya.
"ye lah,hati-hati bawa motosikal tu Ain"balas Mak Lijah.
"Ye lah, makcik"balas Ain sambil tesenyum simpul manis seorang gadis kulit putih kuning langsat.
setibanya di sekolah ramai pelajar memerhati Najwa dan Ain ,perasan pulak Ain..
"Kenapa ni macam ada tak kena ja nie,eh Ain kau tengok muka ni ada tak kena ka ha?"usik Najwa
"ok,ja tak ada masalah pun"balas Ain
      Mereka bergegas ke dewan untuk megambil keputusan peperiksaan, dalam hati sentiasa berkobar-kobar apatah lagi risau di dalam lubuk hati masing-masing,suasana bermacam-macam ragam ada yang gembira,ada yang masam di campur pelbagai suka dan duka .
lalu Ain dan Najwa menghulurkan kad pengenalan dan slip peperiksaan di serahkan masing-masing
terasa takut  pulak hendak membukanya
mengeletar..
cikgu Farah dan Guru besar datang menyapa
"Tahniah"
"Tahniah buat awak Najwa dan Ain,you all the best student "
lalu di buka slip peperiksaan SPM masing-masing..
"hah,wei rasa tak percaya ,Alhamdulilah"... lulus dengan cemerlang,rasa gembira dan terharu di saat itu air mata Najwa mengalir di saat itu tanda bukti kejayaan beliau kepada ibunya dan rakan-rakan yang lain biar pun kehidupan susah melawan Arus tetap bersemangat memperjuangkan demi SPM.
BERGEGAS PULANG
   Setelah selesai mengambil keputusan Najwa dan Ain cepat-cepat pulang untuk memberitahu berita gembira pada Mak Lijah
"mak,mak,oooo mak"pangil Najwa.
di cari dalam rumah tak ada ke mana mak ni mungkin di sawah agaknya,
"mak,mak "pangil Najwa lagi
"ya, mak kat sini ni"sahut mak
tengah menyemai anak benih padi ..
laju langkah kaki Najwa pergi ,melangkah alur satu demi satu..
tiba-tiba Najwa memeluk mak Lijah sambil tunjukkan slip peperiksaan ,di lihat mak Lijah dengan berasa besar rahmat Allah,syukur ALHAMDULILAH ya RABB.
penuh dengan perasaan terharu...
" jom balik,hari ini mak masak sedap-sedap tau..Najwa mengajak maknya pulang
ye lah..balas mak Lijah..

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
     Hari demi hari sepucuk surat demi sepucuk surat pangilan universiti datang tanpa di duga cuma tak tahu yang mana satu yang harus di pilih timbul di sebalik kerisauan mampukah ibu menangung yuran kemasukkan universiti nanti jumlah pula banyak bukan sedikit..

         Pasti Ain dapat surat tawaran ,ahh..mesti tahu nie..sambil tangan meletak di atas dahi memikirkan dia dan Ain apa akan jadi semestinya Ain akan cepat dapat tawaran dengan mudah dia kan anak orang senang, minta apa pun semua dapat tak lah macam aku ni,,jauh lebih beza..
sikap Najwa yang sering membeza -bezakan dia dan Ain walaupun kenal rapat

fuhh.. Najwa .mengeluh panjang

kenapa dengan kau Najwa ?tanya Mak Lijah

balas Najwa luahkan sedikit kerisauan ,"entah lah,mak Najwa fikirkan mampukah mak nanti nak bayar yuran Najwa nanti,tak apa mak Najwa ingat nak kerja dulu sambil-sambil kumpul duit nanti bolehlah teruskan pengajian kat Universiti nanti ?

sambil-sambil melihat telatah Ayie adiknya .

ISH,jangan cakap mcm tu mak ni kan biar anak belajar tinggi tak apa asalkan mak nak lihat anak berjaya bab duit tu jangan risau ada la  sikit-sikit mak simpan..terasa sebak juga mak Lijah bila anak si gadis terpaksa berengang walaupun sebelum ini tak pernah berpisah dengan anak gadisnya itu walaupun sekejap.

lihatlah betapa besarnya pengorbanan ibu yang tiada siapa-siapa mengharap lagi ,hanya hidup menemani anak-anak tanpa suami...berusaha mencari nafkah ,seorang yang cekal dan tabah dalam mengharungi kehidupan....itulah sifat yang ada pada Mak Lijah..

ye ke mak..alhamdullilah..sambil mengankat ke dua belah tangan tanda kesyukuran..besok atau lusa daftar dan minggu orentasi harap-harap mak ikut sekali masa pendaftaran nanti..balas Najwa

ye lah..sahut mak Lijah

bersambung...

TIPS TANGKIS SIFAT EGO



Ego hanya boleh di ukur melalui perasaan dalaman ,orang lain tidak dapat mengukur atau menilai sejauh mana ego kita kecuali diri sendiri.Oleh itu hanya kita sahaja yang boleh merubahnya untuk memperbetulkannya kembali.Ada ego yang kita nampak dan ada yang tersorok,paling bahaya ialah mengunakan platform agama untuk menunjukkan kehebatan dan kebesaran diri .
     Harus di ingat!!Ego yang menghantui seseorang akan melenyapkan segala kebaikkan dan meringgankan timbangannya pada hari akhirat kelak .

5 kelompok orang yang tidak memiliki sifat ego:

  • seseorang yang memiliki hati yang lembut
  • percaya pada diri
  • jujur pada diri sendiri sebelum jujur pada orang lain
  • sering mengaudit diri.Andai ada perasaan ego,ia segera di tangkis dan bersikap terbuka untuk menerima nasihat
  • boleh berkongsi kasih sayang ,perasaan dan ketulusan dari hati bukannya bersandarkan ego.
Ego yang menebal boleh menjarakkan seseorang dengan mereka yang berada di sekelilingnya,ego juga membuatkan dia terawang-awang dalam dunia sendiri ,sedangkan hakikatnya dirinya tidaklah sehebat yang di rasakan ,ini kerana ego yang membelenggu diri ,seseorang itu akan merasakan dia lah yang paling sempurna dan hebat ,bijak,berwibawa dan sebagainya .
     sedikit Tips tangkis sifat  Ego agar sama-sama kita sentiasa bermuhasabah diri :

  • sering mengigati Allah ,tidak hanya mengira bilangan zikir tetapi menghayatinya dengan ikhlas

  • Apa sahaja yang kita lakukan sama ada baik atau buruk mesti kembali kepada Allah

  • Belajar melatih diri agar tidak mudah tersentap apabila tidak di puji ,sebaliknya tidak selesa dengan pujian kerana yang layak menerimanya hanyalah Allah.

  • latih diri agar tidak mengharapkan pujian apabila berbuat kebaikkan,tetapi mengharapkan doa daripada yang menerimanya .Ini kerana orang yang suka di puji ,egonya semakin tinggi.

  • belajar melakukan sesuatu dengan ikhlas dan kerana Allah,Dengan itu,andai kita tidak dapat pujian kita tidak akan kecewa

  • Apabila kita belajar menjadi hamba Allah ,kita akan di bayar oleh Allah,bukan selain daripadanya.Ia akan mendidik kita menjadi jujur dan tulus 

  • cari seseorang yang lebih baik daripada kita ,bukan sahaja cendiakawan tetapi juga ulama

  • Belajar bagaimana cara untuk mendiamkan diri ,cari jalan penyelesaian untuk membolehkan kita menjadi seorang  yang sikap merendah diri dan tulus.contoh,sekiranya mahu menegur seseorang tegurlah ayat yang positif dan baik.Dengan cara ini mereka lebih terbuka menerima teguran kita.

  • Dalam konsep psikologi kini,andai mahu merubah diri seseorang ,kita mesti mengubah hatinya terlebih dahulu,Andai hatinya berubah ,dengan sendiri dia turut berubah

  • orang yang tiada perasaan ego ,nasihat yang di berikan nasihat kepada seseorang datang daripada dirinya sendiri dan orang akan menerima nasihat itu

  • Sikap keakuan akan membentuk diri agar mementingkan diri,tanpa di sedari ia akan merosakkan kita .Budaya ini akan memisahkan pegangan agama sedangkan pegangan agama mementingkan kejujuran serta rendah diri

  • mereka yang mempunyai pengalaman dan pegangan agama yang tidak seberapa ,tetapi bersikap serta tahu dan meningi diri ialah satu jenayah yang menunjukkan keegoan.

  • sepatutnya gunakan landasan agama untuk kita lebih bersikap merendah diri kepada Allah,bukanya menunjuk-nunjuk apa yang kita miliki

  • untuk mengetahui seseorang itu benar-benar tulus atau sebaliknya ,ia boleh di lihat daripada sikap yang di tunjukkan .Misalnya ,dia memberitahu di hadapan orang lain yang dia telah memaafkan mereka yang pernah menganiayainya .Orang yang ikhlas tidak akan mendedahkannya kepada orang lain kerana itu menjadi rahsianya dengan Allah.Kesanya lebih jelas kerana ia datang dari hati.
p/s:
 PRAY MH370 SEMOGA CEPAT DI TEMUI DAN BERADA DI DALAM KEADAAN SELAMAT

BAB 1:NOVEL SINAR NAJWA





                 Suasana kampung mendamaikan,Najwa merenung di luar jendela melihat ibu tengah memberi nasi semalam kepada itik dan beberapa ekor ayam menurut serta, di patuk pula itik semata-mata ingin berebut makanan,tersenyum melihat berbagai ragam binatang peliharaan.Merenung sejenak dek lamunan di pagi hari ..ahh bilalah keputusan SPM nak keluar ni..?hati ini berkobar-kobar, agak -agak lulus kah aku? peperiksaan SPM ini..Mudah-mudahan YA ALLAH...persoalan Najwa sentiasa di minda..
" Najwa,Najwa ..ibu memangil
tersentap Najwa tiba-tiba bila mendengar ibunya memangil agak-agaknya dah berapa kali memangil tak di sahutnya.
"ya, mak ...sahut Najwa.
daripada kau termenung lebih baik kau tolong mak,tu ha pokok bunga belum siram lagi ..
ya lah mak..kejap erk nanti turun..balas Najwa.

Najwa tidak pernah membantah apa yang di suruh tolong pasti akan menolongnya..
tiba-tiba Ayie melintas di hadapan Najwa,Ayie merupakan adik bongsu..

"mak ,ai kotornya..kau ni dari lubuk mana ha?dengan kotor semua ini, awal -awal dah cari lubuk buat apa ha?marah Najwa pada adiknya sambil memulas telinga adiknya.
"ADUH " sakit kak ..aduh...sambil Ayie menahan sakit..sambil memberi alasan"Ayie jatuh basikal tadi ,apa lah kak ni..
mak Lijah mendengar mereka ..kenapa ni?Najwa
Mak tengok lah adik tu awal-awal dah buat perangai dengan kotornya,ish ..
alahai budak-budak ni tak habis-habis lah nak gaduh..dah-dah Ayie masuk mandi !ish apalah nak jadi dengan anak-anak nie..sungut mak Lijah


'"alah, mak ni selalu sangat bagi muka tu la melampau betul.."balas Najwa
"ish ..kau  ni Najwa ,cuba-cubalah mengalah sama ..jangan terlalu ikut emosi kan Ayie kata jatuh basikal tadi"nasihat mak Lijah.
 ye lah,..balas najwa lagi sambil kaki melangkah naik anak tangga dengan mood mukanya kesal..mana taknya bila mak Lijah menyebelahi adikya,
setibanya ruang dapur melihat ada lagi sedikit bihun di bawah tudung salji menjamah sikit mak Lijah sedikit menghirup air teh ..terfikir sejenak apa yang hendak masak tengah hari ini,ikan dan sayur hanya ada sedikit belum tentu cukup untuk santapan untuk seisi keluarga .

"pin,pin,pin,pin..."kedengaran seperti Van menjual ikan dan sayur sedang mememangil ,
mak Lijah bingkas bangun dan memangil...
lalu membeli sedikit cukup sekadar keperluan untuk tengahari.

Hai,Najwa ..Mat Jaja melihat Najwa menjenguk di jendela ,
apa hai..hai ..hai!balas Najwa
"Amboi ,mak Lijah garangnya anak dara mak Lijah",sungut Mat Jaja
"Garang tak apa orang tak berani nak gangu"balas mak Lijah sambil tersenyum simpul melihat telatah Najwa ..setelah selesai membeli Mat Jaja berlalu pergi..

"Mak,mak ..Najwa ingat nak minta duit sikit .."

Nak buat apa Najwa ?

Najwa ingat nak pergi ke pekan nak beli kain tudung dengan Ain..ala mak boleh lah..Najwa memujuk ibunya dengan tak sudah-sudah walaupun ibunya tidak berapa nak setuju,

"Tak payah lah Najwa tudung yang ada pun tak terpakai lagi,tak payahlah daripada melepak tak tentu arah dengan si Ain tu lebih baik tolong mak ni ha,tu bendang sawah tak de sapa nak kerjakan ,cubalah kau faham Najwa apa nasib kita ada pun tanah sekebun bunga tu ja tempat kita mencari makan itu pun semusim kadang -kadang ada kadang-kadang tak ada,Mak bukan tak nak bagi Mak terfikir masa depan kau,entah apa akan jadi esok atau lusa .."balas Mak Lijah dengan hurai panjang

 "ahh..mak ni asyik membebel ja dari tadi ada ja serba tak kena aku ni, minta duit untuk beli tudung ja pun dah melalut ke arah lain pula"dalam hati najwa berkata walaupun mulut manis di depan Mak Lijah,
ye lah mak ,meh Najwa potong sayur ye mak..kejap lagi kita makan sama-sama .
tersenyum Mak Lijah melihat Najwa dah pandai belajar memasak menolongnya di dapur..

selesainya kerja di dapur kelihatan Ain memberi salam untuk mengajak keluar walaupun tanpa izin ibunya tetap mahu pergi apa kan daya bila memikirkan apa yang di bebel oleh Mak Lijah tu,Najwa terpaksa membatalkan hasratnya untuk bersama-sama keluar ke pekan ,
'ehh,tak apalah Ain kau pergi dulu lah ye,lain kali ok?"
ye lah,aku pergi dulu ye bye,bye"balas Ain dengan selambernya..
mengeleng kepala mak Lijah ..
Apa taknya dengan pakaian sendat si Ain tu baru ja  lepas Spm ,dah macam -macam hal di buatnya..risau Mak Lijah bila memikir masa depan Najwa dan mengharap Najwa akan lulus peperiksaan Spm nanti..

bersambung...






 

LIKE PURPLE AND WHITE: GAYA ILHAM DEKO MY HOME

Masing-masing mempunyai konsep dan pilihan tersendiri ,walau apa pun pilihan kamu ,berbelanjalah dengan penuh berhemah agar deko yang tercipta memberikan kepuasan maksimum..

Tips Deko:

1- sebelum mula mendekorasi bilik atau ruang tamu harus pertimbangkan warna dahulu.Elakkan mengecat satu tona warna untuk mengelakkan rasa bosan.

2-permaidaini warna natural mudah di sesuaikan dengan pelbagai dekorasi.

3-katil yang terlalu besar hanya memakan ruang dan akan menjadi titik fokal utama yang tidak di perlukan
.


pastikan pilihan wallpaper bersesuaian dengan cat agar dapat mengelakan ruang nampak tidak terlalu sarat dan lebih sempit..





Bilik study untuk anak-anak sue guna sedikit wallpaper agar anak-anak tidak mudah bosan bila belajar ;-)  warna purple juga dapat membenarkan imaginasi terlaksana dan sekaligus memuaskan hati ..sejuk dan nyaman warna purple sesuai sangat-sangat.


 RUANG SANTAI SEISI KELUARGA

       Ruang santai yang luas memberikan pelbagai idea dan konsep yang bersesuaian ,ruang yang di kongsi bersama ahli keluarga perlu di rias menepati keperluan dan kegunaan..Gabungan santai dan klasik menjadi pilihan menyambut kedatangan tetamu dan untuk keselesaan bersama.


  • biasa -biasa ja erk..sederhana dan ringkas like rumah ku syurgaku


pengunaan tona warna gelap dan beberapa warna bumi juga dapat mewujudkan rasa releks saat mahu merehatkan diri dari rutin seharian ..ALHAMDULLILAH..akhirnya siap juga ubah suai pengayaan imej dalaman rumah...walaupun mood sentiasa sibuk ...hehe selamat mencuba sedikit tips menghias untuk anda..enjoy...

ADAKAH KITA INI SEORANG MERENDAH DIRI?

Kelemahan itu adalah sesebuah kekuatan bagi hati yang belum mati ,Apabila musibah menyinggah,saat itu kita merapat kepada Allah swt.
     Secara ringkasnya,hidup kita jika di teliti betul-betul banyak waktu penuh dengan rasa di lema,rasa terbeban dengan pelbagai masalah ,Apabila masalah itu pula bersangkut paut urusan dengan manusia lain,sangat serabut.
     Tanyalah pada diri sendiri,memangkan,bila di timpa masalah dengan pelbagai bebanan,barulah kita akan meminta bersunguh -sunguh kepada Allah swt .Apabila bebanan itu selesai kita akan berasa gembira ,sangat bersyukur sambil memuji-mujinya ,hari demi hari kehidupan menjadi tenang saja,maka tercipta lagi hijab kejauhan antara kita dan DIA.
     saya teringat kisah firaun yang megah saat Allah SWT membinasakan dia.
Masih ingat kisah firaun yang mengaku tuhan pada zaman Nabi Musa a.s?
    Hubungan antara manusia dengan manusia sendiri pun ada waktunya hilang perlahan-lahan ,hilang yang sangat halus pada pandangan wanita sehingga hati itu tidak dapat merasainya.Apabila sudah di tinggalkanya kerana asyik dengan diri sendiri dan apa-apa sajalah maka baru kita akan sedar lalu tercari-cari manusia itu.
    Apatah lagi hubungan dengan Allah swt,tika dia memberikan kebahagian berupa harta dan kesenangan hati,ada yang mudah alpa ,lalai lalu akhirnya tengelam dalam kenikmatan itu sehingga dia menarik perlahan-lahan nikmat yang di berikan.
     Bila sudah lemas dalam kesusahan ,rendah dalam kepayahan barulah manusia akan merendahkan diri di hadapannya.merintih semahu-mahunya!
   syukur kita masih di pandang oleh Allah swt.Di sedarkan daripada satu yang melalaikan.
kisah firaun tidak asing langit sejarah dunia seorang pemerintah yang berkuasa sehingga mengakui dirinya Tuhan .Semua perintahnya mesti di laksanakan.Tidak boleh di bantah dan di cabar atau nyawa berada di hujung pedang.
     Allah SWT Maha Hebat.Di takdirkan suatu hari firaun yang angkuh ,bongkak dan sombong itu di binasakan dengan hempasan ombak .Di pukul dengan alunan air pada mulanya tenang ,bertukar ganas tanpa belas.
       Dia tahu saat dirinya binasa seperti itu ,apa yang terucap di bibirnya ialah
"Amantu birobbi muusaaa waa harun!"
"Aku beriman kepada Tuhan Musa dan Harun"

lihatlah manusia yang angkuh lagi sombong sehingga mengangkat diri menjadi tuhan lain akhirnya mengaku beriman kepada Allah swt saat nyawanya di hujung tanduk..Jadikan ia sebagai pengajaran.

kita tidak perlu menjadi seperti firaun di binasakan dengan sebinasanya barulah dia mahu mengaku wujudnya Tuhan yang beriman kepada tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun,yakni Allah SWT.
kisah firaun ini sepatutnya boleh mengetarkan jiwa kita untuk menundukkan diri kepada Allah.
kuasa Allah SWT itu ,andai saja dengan izin-nya bila-bila masa dan di mana saja kita berada ,Dia boleh datangkan suatu musibah yang tragis dan meragut nyawa kita ,Mati dengan aib?pastinya bukan pilihan kita kan?semua itu kuasa Allah swt..hanya Allah sahaja maha mengetahui di sebalik manusia tidak tahu iaitu keajaiban..
      Ta'alluq billah (kebergantungan kepada Allah swt)
seharusnya tidak wujud hanya apabila berada di dalam kesusahan dan kesempitan .ketika di uji dengan masalah yang berat.Tidak perlu kita menunggu situasi yang sangat sukar sehingga diri tidak terdaya untuk melangkah baru mahu memanggilnya .Tidak perlu menunggu sehingga kita membongkok akibat kesusahan di dalam jiwa baru mahu mencari-mencari kebesaranya.
    Rasa takwa,pasrah dan redha itu menjadi aset kita semua.Memang selalu sangat apa yang kita inginkan tidak menjadi.Apa yang kita tidak ingin ,itulah yang sering yang berlaku .Maka ,semaklah kembali lembaran al-Quran pada surah al-Baqarah:

"boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu pada hal ia buruk bagi kamu" al Baqarah:216

Allah swt bekerja sebagai rahsia.
Teringat kata-kata Ibnu Athoillah:
"ketahuilah ,takdir itu tidak berjalan menurut rancangan kita .Bahkan ,kebanyakan yang terjadi adalah apa yang kita tidak rancang .sedikit sekali terjadi apa yang kita rancangkan"
kata-kata beliau bukan mahu mengetepikan usaha,bahkan ada penekanan terhadap sifat tawakal ,sabar dan redha di situ,Apa yang di maksudkan beliau adalah apabila sudah berusaha dan hasilnya tidak seperti yang di jangka maka pujuklah hati dengan kebesarannya Allah SWT.

~Perancangan dia jauh mendahului perancangan kita~