SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

MUSIBAH BANJIR MENGUJI KITA


....السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


HARI PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN BANJIR DI NEGERI KELANTAN.
          Dengan nama ALLAH SWT  Yang Maha Pemurah  lagi Maha Mengasihani,segala puji bagi Allah tuhan yang memelihara mentadbir seluruh alam ..Apabila kita di uji dengan bencana banjir yang melibatkan hampir ratusan ribu mangsa yang terpaksa di pindahkan ,SERTA ia melibatkan nyawa ,kerosakan harta benda ,kerugian ekonomi dan kemusnahan Alam sekitar ….
         Langkah kaki kali pertama menjejaki tanah KELANTAN melihat sendiri Tragedi ini amat menyentuh perasaan hati apabila melihat nasib dan penderitaan mangsa  yang terlibat dalam bencana ini.Peristiwa ini sungguh menyayat hati.``Innalillahi wainallilahi rojiun’’ sesunguhnya kami milik Allah dan kepadanya kami akan kembali di (hari kiamat) Ya Allah berikan pahala kepadaku kerana musibah yang menimpaku dengan yang lebih baik daripada apa yang telah menimpaku,”
        Bencana banjir ini mungkin sebagai peringatan Allah swt kepada rakyat untuk bermuhasabah dan memohon keampunan kepadanya,moga Allah jauhi kita dan Negara  dari musibah yang tidak mampu ditanggung.Pastinya ujian ini amat berat bagi mangsa banjir  dan Ahli keluarga  yang terlibat..
Sesunguhnya berat mata memandang,berat lagi bahu mereka yang memikul ,namun apakan daya ,ini semua di bawah kekuasaan Allah ,bukan di bawah kekuasaan manusia,kita hanya mampu berdoa.
        Di dalam  al –Quran ,Allah banyak menceritakan perihal hujan ,adakalanya Allah menurunkan hujan sebagai rahmat daripadanya .
Firman Allah:
‘’Allahlah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan ,serta langit segala isinya sebagai bangunan yang dibina dengan kukuhnya dan di turunkanya air hujan dari langit lalu di keluarkanya dengan air itu berjenis-jenis, buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu ,maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah ,sebarang sekutu ,padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah tuhan yang Maha esa).’’(surah Al-Baqarah:22).
Namun, adakalanya Allah menurunkanya hujan untuk memberi peringatan kepada hambanya yang melakukan perkara di murkai.Jadikan ia sebagai pengajaran buat kita ,sesunguhnya setiap yang berlaku sedar atau tidak ianya berpunca dari kita sendiri.

Dia berfirman:
“telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan laut dengan sebab apa yang telah di lakukan oleh manusia ,timbulnya demikian  kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada perbuatan buruk yang mereka lakukan ,supaya mereka kembali(insaf dan taubat)”,( surah Al-Ruum:41)
     semoga bencana ini menjadi pengajaran buat kita..saat ini kita hanya perlu merenung perihal dosa diri yang mengundang murka Allah,namun jangan kita menunding jari dan memandang kesalahan pada orang lain,kembalilah kita kepada Allah ,insaf dan mohonlah taubat kepadanya,berdoalah agar Allah mengampunkan dosa kita  dan menghentikan musibah ini.
           Alhamdullilah,bersyukur kita  kepadanya kerana masih ramai rakyat Malaysia yang sangat perihatin ,mungkin ini hikmahnya dari ujian Allah yang mahu melihat bagaimana kita bersatu dalam membantu mereka di dalam kesusahan,bak kata pepatah berat sama di pikul ,ringan sama di jinjing”jelaslah semangat perpaduan rakyat Malaysia.mungkin ini permulaan baginya tapi percayalah sesunguhnya Allah tidak akan menzalimi umatnya.
Janganlah kita merintih dan menyalahkan takdir dengan ujian dan musibah ini,sesunguhnya ini tanda Allah sayangkan pada umatnya lalu di turunkan ujian buat kita semua sebagai peringatan agar kita kembali kepada Allah dan taat kepadanya.,di harap keluarga mangsa banjir bersabar ,Tabah dan kuat dalam menghadapi ujian Allah swt.

Akhir kata,Moga dengan bencana ini atau musibah yang berlaku akan pulih dan di gantikan Allah dengan sesuatu yang lebih baik.bersama-samalah kita bermuhasabah diri dan berdoa agar menamatkan musibah ini ,Bangkitlah rakyat Malaysia dengan semangat perpaduan serta membantu mangsa bencana banjir.