SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

"Rasulullah s.a.w Cemas ketika ada angin kencang"

      

Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata: "Ini ialah awan yang akan membawa hujan kepada kita!" (Mendengarkan kata-kata yang demikian, Nabi Hud berkata): "Tidak! Bahkan itulah (azab) yang kamu minta disegerakan kedatangannya, iaitu angin yang membawa azab seksa yang tidak terperi sakitnya;(ayat Al-Ahqaf24)



A025

"Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan izin Tuhannya". (Setelah azab itu menimpa mereka) maka menjadilah mereka (punah ranah) - tidak ada yang kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami membalas kaum yang berdosa.

(Al-Ahqaaf 25)

          Aisyah r.a ,isteri Nabi s.a.w berkata: bila hari berangin dan mendung wajah Rasulullah s.a.w nampak gelisah ,mundar mandir ,dan bila hujan turun ,beliau berseri-seri dan hilanglah kegelisahan itu.Aisyah berkata :saya menanyakan hal itu kepada beliau ,beliau menjawab "aku sangat khuatir hujan  dan itu akan menjadi azab yang menimpa umatku,jika melihat hujan turun beliau berkata(hujan adalah rahmat."(HR Bukhari dan Muslim)

  Hadis ini sangat jelas menunjukan betapa sayangnya Rasullulah kepada umatnya,beliau sangat khuatir jika angin yang kencang itu di perintahkan oleh Allah untuk menjadi azab bagi umat beliau.

tahukah anda??
Di riwayatkan dari Abu Musa Al-Asy'ari r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda"apabila Allah hendak memberikan kasih sayang kepada suatu umat dari hamba-hambanya ,maka Allah mematikan Nabi mereka sebelum kasih sayang itu turun kepada mereka.
      Dia jadikan Nabi itu sebagai jaminan dan peningalan bagi mereka ,tetapi,apabila dia hendak menyaksikan kehancuran mereka,kerana mereka telah mendustakannya dan derhaka kepada perintahnya."(HR.Muslim)

Angin kencang merupakan salah satu cara Allah menyeksa umat-umat terdahulu.kerana itu wajar sekiranya Rasulullah sangat khuatir jika angin kencang itu merupakan kiriman Allah sebagai seksa bagi umatnya sebagaimana yang telah menimpa umat- umat terdahulu, Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis ,dalam kitab musnadnya,
Aisyah r.a berkata "Apabila Rasulullah s.a.w melihat awan atau angin kencang maka raut wajah beliau nampak kalut ,Dia bertanya " wahai Rasulullah ,biasanya manusia akan senang melihat awan,kerana mereka berharap hujan turun ,Namun saya melihat ,kekalutan yang ada di raut wajah engkau.kenapa?
Rasulullah s.a.w menjawb "wahai Aisyah,saya khuatir awan itu akan membawa azab .kerana dahulu ada suatu kaum yang di seksa dengan angin kencang ,padahal sebelumnya mereka berkata itu adalah awan yang membawa air hujan.,"
Aisyah r.a berkata "apabila melihat awan yang muncul di langit ,maka Rasulullah s.a.w meningalkan semua pekerjaan beliau,dan saat itu beliau sedang solat maka beliau berdoa ."ya Allah,sesunguhnya aku berlindung kepadamu dari kejahatan yang ada pada awan itu.
    Jika Allah menghilangkan awan itu ,maka beliau memuji Allah dan jika Allah menurunkan hujan dari awan itu,maka beliau berdoa"ya Allah ,jadikanlah air hujan ini bermanfaat bagi kami,"
  Aisyah r.a juga berkata "apabila angin itu kencang ,maka Rasullulah s.a.w berdoa "ya Allah sesunguhnya saya memohon kepadamu kebaikan ,kebaikan yang ada di dalamnya, dan kebaikan yang di hembuskan nya ,Aku pun memohon perlindungan kepadamu dari kejahatannya,kejahatan apa yang ada di dalamnya,dan kejahatan yang di hembuskanya."
            Aisyah r.a berkata:Apabila langit berawan ,maka raut wajah Nabi s.a.w berubah sehingga beliau keluar masuk,ke depan dan ke belakang. Tetapi apabila langit itu kemudian menurunkan hujan,maka terlihatlah keceriaan dari raut wajah beliau."Dan keadaan tersebut membuat Aisyah berasa hairan dan menanyakannya kepada beliau.
       Rasulullah s.a.w menjawab :boleh jadi ,wahai Aisyah ,awan itu seperti yang di katakan kaum Ad inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami.,ketika melihat azab berupa awan yang menuju ke lembah-lembah mereka."
subahanallah..
begitu kasihnya baginda kepada umatnya .malah kita bila datangnya ribut ,hujan ,masing-masing sibuk dengan hal sendiri..
renung-reungkanlah..
Muhasabah diri...