SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

DUA PER TIGA MALAM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...





Allah SWT berfirman yang maksudnya; sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih ganti bergantinya malam dan siang ,terdapat tanda-tanda keesaanya dan kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal"(surah Ali Imran) (3):190)
   Antara hikmah di jadikan malam dan siang ialah agar makhluk manusia ,haiwan dan tumbuh-tumbuhan dapat melalui proses kehidupan mencari nafkah dan berehat.Bagi manusia pula kita berusaha pada siang hari berehat pada malam dan bermunajat serta menghampirkan diri kepada Allah,Allah jadikan malam gelap dan sunyi serta tenang agar kita bebas dari ganguan.

    Isilah waktu malam dengan mendekati Allah ,dengan melakukan ibadat kepada Allah  iaitu tahajud,sembahyang taubat,sembahyang istiqarah,zikir,istigfar ,membaca Al-Quran,bermunajat dan berada kepada Allah...saudara/saudari jika hari ini kita hanya memikirkan hal dunia sehingga ke lewat pagi ubahlah ia dengan sujud syukur kepada Allah,,hai anak muda jika hari ini kita boleh bermesra dengan sang kekasih hingga lewat malam..ubahlah ..dengan bermunajat kepada Allah SWT..

  Masa yg paling afdal beribadat dalam 2/3 malam atau 1/3 akhir malam ,Malam di kira dari permulaan magrib berakhir pada naik fajar.Oleh yang demikian 2/3 malam ialah masa ,malam di bahagi 3 dan 1/3 yang terkemudian di kira sebagai 2/3 malam.

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasullulah saw bersabda ;Tuhan kita yang maha berkat dan maha tinggi turun rahmatnya setiap malam ke langit yang dekat,di waktu sepertiga malam yang terakhir lalu berfirman 'siapakah yang mendoakan kepada ku nanti akan aku beri permintaan nya siapakah yang meminta ampun kepadaku ,nanti akan ku ampuni kesalahannya ?:

oleh itu peluang ini janganlah di lepaskan dan bangunlah pada dua per tiga malam akhir malam untuk beribadat kepada Allah ,sebaiknya solat isyak jangan di lakukan apa-apa urusan lain,tidur sebaik sahaja selepas solat isyak,kemudian bangun solat tahajud,hajat,istiqarah dan sebagainaya.




kalau kita menghayati cara Rasullulah SAW tidur baginda bangun malam maka tidur baginda adalah lebih kurang 5 jam ,setiap apa yang di lakukan Rasullulah SAW adalah wahyu dari Allah ,Allah maha mengetahui tentang diri manusia ,jadi tidak ada masalah kesihatan jika bangun beribadah dua per tiga malam,malah jika di amalkan akan bertambah sihat,tidur sekejap sebelum zohor amat baik untuk memudahkan bangun malam di samping menambah kesegaran.