#Muhasabah diriku#
SEJARAH ISLAM: 6 Da'i mengharumi syurga
NOVEL: SINAR NAJWA

Semoga novel ini dapat di selami, ayatnya mampu memberikan sesuatu rasa dalam jiwa dan hidup kita..mungkin novel ini tak seperti para novelis yang lain tapi pastinya ia lahir dari hati saya.
Angaplah novel ini sebagai coretan dari seorang sahabat kepada sahabatnya sama-sama kita melangkah memahami perjalanan hidup dalam kepayahan melangkah di dunia.
~"Semoga Allah swt merahmati kita semua"~
SINOPSIS:
Najwa seorang gadis kampung yang tabah dan cekal ,masih mencari-cari makna kehidupan ,kerana takdirnya serba kekurangan ,Tetapi hidupnya berubah apabila dia menjejak kakinya ke luar kota,
hancur lebur harapan seorang ibu yang ingin melihat anaknya untuk memiliki segulung ijazah..hakikatnya untuk mengejar cita-cita di bumi asing usahanya di pandang sinis oleh segelintir pihak yang mematahkan semangatnya..
terima kasih yang tak terhingga kepada anda di atas sokongan blog transisi kembara ini,semoga Allah membalas jasa baik anda..
~shukran jazilan~
HINDARI MAKAN HARTA DENGAN JALAN YANG SALAH
BAB 4: NOVEL SINAR NAJWA
"YA ALLAH...YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
KAU KASIHANILAH MEREKA SEPERTI MANA AKU KASIHKAN MEREKA
KAU PELIHARALAH MEREKA DAN DI MANA JUA MEREKA BERADA,
KAU KURNIAKANLAH SINAR KEJAYAAN PADA ANAK-ANAKKU,
KAU DIDIKKANLAH HATI MEREKA MENJADI ANAK SOLEH SOLEHAH,
KAU LEMBUTKANLAH HATI ANAK-ANAKKU.."
setiap tersusun jari Mak Lijah sentiasa mandoakan untuk anak-anak,awal subuh bangun bersiap ke kebun untuk menoreh lagi,,dengan tekun bekerja tanpa hirau keringat penat dan lelah..Ayie juga menurut serta menolong itu pun kalau cuti sekolah..
mak,mak..kak Najwa bila nak balik?tanya Ayie..
entahlah,Ayie nanti kak Najwa cuti balik lah tu..sambung mak Lijah lagi..
sambil memangkas semak samun di tepi pohon getah..
Ayie,meh tolong mak kutip getah kat sebelah sana dah boleh kutip dah tu nanti kutip kita boleh jual kat kedai Ah chong nanti..
"ye lah ,mak" sambil meganguk ..
Jam 10.30 pagi, sudah hampir siap Ayie mengutip getah ke dalam baldi siap mengutip di letaknya getah ke dalam karung guni hampir satu setengah guni dah selesai...
"Mak,dah selesai.".jerit Ayie
"ye lah,jom bawa getah ni ke kedai Ah Chong.."
dengan mengayuh basikal di letak nya di belakang dan di ikat kemas agar getah tu tak jatuh
Ayie,mengikut ke belakang mak Lijah..jalan pula penuh berliku kadang-kadang terhentap kuat juga basikal di bawa mak Lijah akibat jalan yang berlubang..
"wah,banyak hari ini,"Ah chong menyapa
"ala tauke kasi lebih la sikit"memujuk mak Lijah
ya lah,ala harga getah pun makin menurun tak apa yang lebih aku kasi kau ok..jawab Ah chong terasa belas sikit pada mak Lijah..
"terima kasih ya tauke"tanda rasa gembira
Mendapat sedikit hasil usahanya tersenyum Ayie tak sia-sia menolong ibunya di kebun..
"anak you belum balik lagi ka belum ada cuti lagi"
belum..sibuk agaknya..
ala takkan sibuk sampai tak boleh balik maa..orang lain mengaji universiti juga tetap mau balik."Ada juga betul kata Ah chong tadi...
terasa kerisauan pada wajah mak Lijah hairan dengan sikap Najwa pergi tanpa menghantar sebarang berita sepucuk surat pun tak di hantarnya..
Setibanya di rumah langkah kaki duduk di atas anak tangga sambil teringatkan Najwa terasa rindu bila jauh..naluri seorang ibu ..
Di Kampus
"Eira,buzy ke?teman aku pegi library jap,ni hah nak cari buku untuk assigment prof,ajakkan Najwa .
"ye lah,kejap..erk,"bls Eira..sambil mengemas buku yang ada di atas meja ..
sampainya di Library Najwa memilih buku -buku yang tersusun teratur di rak..entah tiba-tiba tangganya terambil sebuah buku di hadapan mata sebuah buku kata-kata motivasi yang indah" Kasih ibu sampai Syurga " tersentap Najwa menyebut"Mak"
Eira ,memegang bahu Najwa ,kenapa nie..
ish,Tak da apalah Eira ,sambil meletak kembali buku di pegangnya itu..
bersambung..
SELAMAT DATANG 1 REJAB 1435 HIJRAH & SELAMAT HARI PEKERJA 1 MEI 2014

- Hendaklah memuliakan bulan Rejab ,niscaya Allah memuliakan mu dengan seribu kemuliaan di hari Kiamat.
- Bulan Rejab juga bulan Allah bulan sya'ban bulanku dan bulan Ramadan bulan umatku
- kemuliaan Rejab dengan malam Isra' Miirajnya dengan malam nifsunya dan ramadhanya dengan lailatul Qadarnya.
- puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi( Firdaus ),puasa dua hari di lipat kali gandanya pahala
- puasa 3 hari di bulan rejab di jadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan
- puasa 7 hari pada bulan rejab di tutup daripadanya 7 pintu neraka
- puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan menjadi orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga
- kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah kelebihan Al-Quran keatas semua kalam(perkataan)
- puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan di beri minum air dari syurga
- bulan Rejab adalah bulan Allah di ampunkan segala dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepadanya.Di ampunkan dosanya yang lalu,di pelihara Allah umurnya yang tinggal,terlepas daripada dahaga di akhirat nanti.
- Puasa pada pada awal rejab pertengahanya dan pada akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya
- siapa bersedekah dalam bulan Rejab ,seperti bersedekah seribu Dinnar,di tuliskanya pada setiap helai bulu roma dan jasadnya seribu kabajikan di angkat seribu darjat di hapus seribu kejahatan dan barang puasa pada bulan Rejab mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.
RUMAH YANG HIDUP DAN BERNYAWA
TIPs: 10 PETUA AGAR KEKAL CANTIK PADA WAJAH.
1.Kubis
kubis berperanan untuk melembabkan kulit wajah..
pertama kali kisar kubis mengunakan pengisar.kemudian tapis dan perahkan kubis yg telah di hancurkan tadi untuk mendapatkan airnya sahaja.campurkan sedikit madu lebah .sapukan ke kulit wajah dan biarkan sehingga kering kemudian bilas dengan air bersih.
2.Air Kelapa
untuk melembabkan wajah yg kering bersihkan muka terlebih dahulu dengan air suam dan keringkan wajah kamu.Kemudian,ambil air kelapa sapu di wajah dan biarkan selama setengah jam.Bilas dengan air.seeloknya di amalkan 3 kali seminggu.
3.Madu Lebah
lap muka dengan air suam untuk membuka pori-pori di wajah .kemudian oles madu pada wajah selama 15 hingga 30 minit.setelah kering bilas dengan air suam dan lapkan muka dengan mengunakan tuala yg di basahkan.pasti wajah akan rasa segar dan lembab
4.Kulit kayu manis
Tumbuk kulit kayu manis hingga lumat.campurkan serbuk dengan sedikit air .kemudian bancuh bersama sedikit bedak sejuk .setelah sebati ,ratakan di bahagian yang berparut lakukan sekerap yang mungkin dan kelama-lamaan parut akan beransur hilang.petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat.
5.Daun lidah buaya
Lendir daun lidah buaya membantu memudarkan parut di wajah dan tubuh.Buang sedikit kulit daun tersebut kemudian sapu pada parut di wajah kamu sapu dengan kerap agar parut cepat hilang terutama parut yang masih baru .
6.Daun pegaga
selain di jadikan ulam daun pegaga juga berpotensi menghilangkan parut pada wajah ,caranya adalah ambil daun pegaga bersama akarnya dan cuci sehingga bersih .Kemudian giling sehingga lumat dan campur bersama sedikit bedak sejuk dan air .Lumurkan pada bahagian kulit yang berparut sebelum tidur.
7.Kentang
kentang sangat sesuai di gunakan untuk merawat kulit muka yang terbakar caranya adalah basuh sebiji kentang dan kukus sehingga kentang tersebut empuk .Kulit tidak perlu di buang hanya basuh sahaja .lenyek kentang sehingga halus ,kemudian letakkan kentang yang di lenyek pada kulit wajah yang terbakar.
8.Limau nipis
Ambil sebiji limau nipis dan belah kepada dua bahagian .Gosokkan limau tersebut pada wajah dan seluruh badan semasa mandi hasilnya kulit akan menjadi semakin cerah,licin dan harum.
9.Bunga Raya Merah
Ambil kelopak bunga sahaja dan tumbuk sehingga hancur .selepas itu sapukan kelopak bunga yang telah di hancurkan tadi pada parut di wajah biarkan sehingga kering sebelum di cuci dengan air suam .Boleh dilakukan setiap hari terutama kepada gadis yang mahukan hasil yg cepat.
10.Yogurt
yogurt tanpa rasa juga boleh di gunakan untuk menyegar melembab dan merawat jerawat di wajah gunakan ia sebagai masker dan biarkan selama 10 minit sebelum di cuci dengan air suam .Amalkan tiga kali seminggu untuk hasil terbaik.
selamat mencuba...
kata-kata untuk muhasabah diri
#Muhasabah diriku#
BERITA
![]() |
petikan berita dari utusan Malaysia |
Normala Abdul Manaf, 33, berkata, suaminya, Mohd. Mirza Omar, 28, bernazar membawa anak sulung mereka, Mohd. Ikmal Rossa yang baru berusia sembilan hari untuk bertemu dengan tokoh ulama itu apabila dia dilahirkan.
"Saya sememangnya menyimpan keinginan bertemu dengannya dan apabila mengetahui anak yang berada dalam kandungan adalah lelaki, suami terus bernazar untuk membawanya berjumpa Habib Syech Abdul Qadir apabila dia lahir.
"Jadi, apabila kami dapat tahu tuan Habib Syech Abdul Qadir ada program di Kuantan malam ini, kami terus datang ke sini," katanya di sini.
Normala dan Mohd. Mirza adalah antara lebih 50,000 pengunjung pada program itu yang berlangsung di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1.
Program yang diserikan dengan persembahan qasidah, selawat dan tausiyah itu merupakan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan TV Al-Hijrah.
Normala berkata, Mohd. Ikmal Rossa dilahirkan pada 16 April lalu di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas tiga tahun melangsungkan perkahwinan.
Sementara itu, Mohd. Mirza bersyukur kerana nazarnya untuk membawa anak sulungnya bertemu Habib Syech Abdul Qadir tercapai.
"Saya bersyukur dapat berjumpa dengannya (Habib Syech Abdul Qadir) serta memperkenalkan anak kami walaupun pada mulanya kami berdepan kesukaran lebih-lebih lagi isteri baru sembilan hari bersalin," katanya.
BAB 8:NOVEL SINAR NAJWA
"Najwa.Najwa, Eira mengetuk pintu...are you ok??" Eira berasa hairan..
"ya.. ok...sambil mengesat air mata lalu membuka pintu biliknya..
eh.eh kenapa nie?Eira merasa sesuatu ada yang tak kena pada Najwa..
"Halloo!!! boleh aku masuk" Linda menyapa ..
"why, Najwa,tiba-tiba je nangis macam budak-budak kau ni.."Linda memerli ..
"ehh..kau, diamlah Linda,kau nak apa sebenarnya ni hah.! lekas.. cakap cepat.".geram Eira dengan perangai Linda ...
"saja je,daripada kau nangis macam ni najwa lebih baik kau ikut aku, jom malam ni ikut aku nak?jom lah kita lepas tension kat club buat apa kat sini stress lagi ada lah"Linda cuba menghasut Najwa.
''eh,eh aku tak nak ajak ke kenapa mesti Najwa erk..sudah-sudahlah Linda bawa-bawalah bertaubat"
"eh, stop!! dah la tak payah kau orang nak susah-susah pasal aku..Linda ,please tolong keluar dari bilik aku, dah la aku tak nak dah buat kerja gila tu lagi,kau ajak orang lain lah ..sambil memegang tangan Linda lalu membawa keluar dari bilik..
"eh ,stop..berani sekarang kau tentang aku ,kau tak ingat janji kau pada aku..."Linda ugut Najwa sambil menunding jari di muka Najwa...
"ah..aku tak kisahlah janji kau yang penting sekarang mak aku"Najwa cuba untuk terus terang .
ok,fine ...take care, kita putus kawan.Linda cuba untuk menyakiti Najwa lagi..
eleh ,aku pun tak kisahlah dapat kawan mcm kau buat aku jadi hanyut dengan nanah dosa...bentak Najwa..
0o..sekarang baru nak fikir pasal dosa ...masa kau buat tu kau tak fikir pasal dosa...its ok aku dah biasa dah dengar macam nie..take care..."lalu linda beredar dengan riak muka geramnya pada Najwa..
lantas,Najwa memasuki bilik hostel dengan lemah longlai ,tanpa berlengah dia membuka surat itu kembali dan memberitahu pada Eira .."mak aku sakit la Eira..."
habis tu..kau tak nak balik ke??tanya Eira
"Nak balik sebenarnya..tapi aku malu dengan orang kampung apa kata dia orang nanti" balas Najwa dengan perasaan ragu-ragu...
"cuba kau tetapkan dalam hati kau siapa yang harus kau pilih mak atau orang lain,it,s ok if you want to take time to think about this,At least you know about you feeling.."Eira cuba tenangkan Najwa semula..
Najwa menganguk kepala sambil merenung di luar tingkap...
Pada malam itu , Eira membuka bilik Najwa lalu melihat Najwa mulai solat "..alhamdullilah"..Eira mengangkat dua belah tangan tanda syukur sikap Najwa mula memdekati hatinya pada Allah..tersenyum lalu menutupi pintunya semula...
selepas solat lalu Najwa termenung kamar di sendirian menitis air mata dosa-dosa yang telah di lakukan...masihkah adakah keampunan dari Allah yang maha esa...
"Najwa,dah la jom makan..ajak Eira
"ye lah, Eira ,i nak minta tolong boleh kan "? tanya Najwa
yup..apa erk..Eira sambil mengerut kening rasa hairan..
esok kau teman Najwa ye beli tiket ..hajat Najwa lagi
ye ke..Alhamdullilah..yelah esok aku temankan..balas Eira..
Najwa tersenyum...
tak pe kita kan kawan susah senang sama-sama bantu..tersenyum Eira ,mana taknya akhirnya lembut juga hati Najwa untuk pulang ke kampung..
Suasana Kampung
Batuk Mak Lijah semakin menjadi-jadi ...Ayie menyapa..mak kita pegi hospital je lah mak..dah teruk sangat ni mak"belas Ayie pada Mak Lijah.
"Tak apa Ayie,kejap nanti baik lah tu,,lagi pun kita tak mampu ..tak Apa mkn ubat ni pun dah cukup kan Ayie baru beli semalam.."
"betul ,mak tak nak pergi ni.".sambil selimutkan Mak Lijah...
"Ayie,kalau mak dah tak ada nanti Ayie jaga diri ye nak."sambil memegang erat tangan Ayie..
"ish ,mak cakap apa ni, dah-dah tido jangan fikir banyak mak..mak rehat ye"terasa risau Ayie pada ibunya.
Mak Lijah ,menganguk sambil bergenang air mata ,cuba untuk lelapkan mata .
bersambung..
PERMAINAN MENURUT PANDANGAN ISLAM
Akan tetapi islam melarang sebahagian daripada jenis permainan yang ada kerana di anggap bertentangan dengan tujuanya dan menyimpang dari segi tatacaranya..
JENIS PERMAINAN DI LARANG DALAM ISLAM
- Permainan yang sangat berbahaya tanpa darurat seperti tinju dll
- Permainan yang nampak tubuh wanita yang tidak halal bagi di lihat oleh lelaki yang bukan muhramnya seperti olah raga ,renang dll kecuali di sediakan kolam renang khusus untuk wanita sahaja.
- permainan sihir ,dan merosakkan .Haram bagi kita mengajarkannya atau menyebarkannya.
- Permainan yang menipu orang demi peroleh harta dengan kebatilan
- Permainan beradu binatang dan menyakitinya seperti laga Ayam atau laga kambing dll
- Permainan berdasarkan nasib seperti undian atau yang sejenisnya,berbeza dari segi permainan yang menguji akal seperti catur dan yang sejenis dengannya di bolehkan
- Permainan judi
- Permainan yang boleh menghinakan dan merendahkan kehormatan manusia atau menjadikan orang lain sebagai bahan ketawa
- Berlebihan dalam permainan yang boleh mengangu perkerjaan hariannya.
#semoga kita berhati-hati dalam jua apa keadaan#
RESEPI:AYAM GORENG BEREMPAH BERIANI
![]() |
huhu...lihatlah set pingan antik hehe tercari-cari dalam almari jumpa satu...bukan senang nak dapat pingan jenis lama nie... |
![]() |
gaulkan rata dan perap beberapa minit (15 minit) |

RESEPI:Agar-agar Laici layer
- Masa:
- Penyediaan: 20 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 30 minit
![]() |
nyum..nyum memang sedap.... |
Bahan-Bahan:
- 1 peket agar-agar kering, 28g
- 1 1/2 cawan gula
- 5 cawan air
- 2 helai daun pandan
- 1 tin susu cair
- 1 tin laici
- sedikit pewarna rose untuk layer
Cara Membuat:
- Basuh dan rendam agar-agar lebih kurang 1/2 jam.
- Tapis dan masukkan agar-agar ke dalam periuk bersama air, gula dan daun pandan. Masak hingga agar-agar larut
- Masukkan susu cair dan air laici ke dalam larutan agar-agar. Kacau seketika sehingga mendidih.
- bahagikan dua bekas Adan B( bahagian A letak pewarna Rose bahagian B biarkan kosong )
- Carikkan isi laici dan tabur di dalam loyang.
- Tuang adunan B agar-agar ke dalam loyang, sejukkan seketika dan masukkan ke dalam peti sejuk biarkan dalam masa agak separuh beku sedikit saja dan tuangkan bahagian A bahagian atas B tadi biarkan beku sedikit .(selang-seli)
- kemudian masukkan bahagian B terakhir kemudian biarkan beku
- Apabila agar-agar sudah sejuk dan membeku, potong dan hidangkan.
![]() |
makan sambil mengadap laptop le petang-petang ni...hihi..selamat mencuba... |
HUKUM MEMAKAI JUBAH MENAMPAKKAN BENTUK TUBUH BADAN
Apa nilai pada jubah sekarang ini?
sudah tidak ada bezanya. kerana orang memakai jubah tetapi masih boleh memperlihatkan bentuk badan mereka... Memang Jubah mereka labuh dan tidak menampakkan warna kulit, tetapi rekaaannya sengaja mengikut potongan badan si pemakai khususnya di bahagian dada dan pinggang. Seolah-olah mereka cuba memasukkan unsur 'ketat' dari fesyen kebaya ke dalam fesyen Jubah.
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka ataubapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anakmereka,atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudaramereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur, 31)
Di sini,cuma saya ingin tegaskan FESYEN APA PUN yang kita memakai menampakkan tubuh badan (ketat) hukumnya tidak menutup aurat dan Haram memakai kalau kaum lelaki nampak.(Haram tetap Haram) pilihlah jubah mengikut syarie Islam, jangan jadikan diri anda satu kejutan budaya kerna untuk berfesyen ..
#jom muhasabah diri muslimin dan muslimat#
BAB 7 :NOVEL SINAR NAJWA
Nak Kongsi juga bab Nie..SEMUT OH SEMUT
tapi tak sangka Allah begitu sayang kepada mereka sehingga tertulis.. surah Semut ( An-Naml ) dalam al-Quran..
subahanallah begitu jahilnya kita..
jom muhasabah diri...
*Jangan bunuh semut!**
*Kalau nampak semut banyak-banyak dalam rumah seperti yang pernah dipesan oleh Nabi kita junjungan Rasulullah, kita ucaplah :
""Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman A.S. Ini rumahku, aku mahukan kebersihan. Kamu adalah makhluk Allah yang sentiasa berzikir kepadaNya. Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidupmu, kamu hiduplah di luar rumahku yang berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat""
Jika kita tidak suka semut-semut berada dalam rumah, kita jangan sembur Ridsect/bakar semut-semut tu. Kita tegur mereka dengan bagi salam ke atas Nabi Sulaiman A.S sebab semut-semut ni adalah rakyat Nabi Sulaiman A.S Semut-semut ni juga selalu berzikir kepada Allah sepanjang masa.
BAB 6: NOVEL SINAR NAJWA
Suasana pagi sejuk dan menyamankan Ayie pergi sekolah seperti biasa..melihat ibunya menyediakan sedikit sarapan lalu di jamah sedikit demi sedikit..nasi goreng kampung.".ish, dah lewat la mak..Ayie pergi dulu ye..mak jangan buat kerja berat-berat tau"pesan Ayie pada Mak Lijah sambil mengusap tangan ibunya...
"ye lah Ayie,bawa basikal tu elok-elok"
suasana sekolah
Ayie rasa tidak senang duduk bila terfikir kak Najwa, tiap kali ingin menulis dan apa yang di ajar oleh guru kelas jelas terbayang wajah kakaknya..
kringgggggggg,kring...lonceng berbunyi waktu rehat ,terpaku ,terduduk di dalam kelas sehinggakan rakan mengajak ke kantin lalu menolak permintaan rakan-rakanya dengan sewenang-wenangnya...
Sambil kepala menunduk mencari sesuatu di bawah laci bawah meja kelas ,buku A4 di dalam laci sebatang pen menulis setiap satu huruf pada kertas untuk menghantar pada Najwa,
kakak,
ke mana pergi membuatkan ibu risau,
pergi mu tanpa sebarang berita,apa khabar kamu di sana ?
kakak,
mak bersusah payah mencari rezeki berhabis duit ,bersusah payah untuk belikan barang
tugasan belajar mu,Namun lain pula yang jadi,Apa salah mak kak??kasihanilah mak...
kakak,adakah kau lupa pada mak yang bersusah payah untuk mu
ketahui mak tak sihat ketika ini,tiap malam menyebut diri mu..merindui kamu..
oh kakak bila cuti tu,pulanglah jengah mak kat kampung
kami sangat merindui mu..
daripada,
adikmu Ayie...
Selesai saja menulis Ayie masuk ke kelas walaupun pada jasad pemikiran melayang-layang terus hampir semua di ajar hari ini tidak masuk di kepala risau Mak Lijah yang sakitnya menjadi-menjadi..
Di rumah keadaan mak Lijah makin teruk batuknya makin menjadi -jadi sambil mengurut dadanya..mak Lijah mengapai ubat di atas kabinet lalu di minum terketar-ketar tangan Mak Lijah nak meminum ubat ,tiba-tiba Ayie menyapa lalu mengambil ubat di suapnya ubat itu,..
"kau pergi mana Ayie lambat balik hari ini?" tanya Mak Lijah..
"tak ke mana mak,Ayie ada kerja sikit kat sekolah" jawab Ayie meyembunyikan sesuatu,,padahal Ayie pergi ke pekan untuk pos surat pada Najwa ..
SUASANA KAMPUS
Najwa!! kau tak nak ke kelas ke??bangunlah,dah lewat dah nie!!.."gerak Iera,
alah kau pergi je lah tak berapa nak sihatlah..
betul ni kau tak nak pergi" balas Eira..
apabila Eira membuka pintu tiba-tiba Eira ternampak sesuatu mini skirt yang tak pernah lihat sebelum ni di atas katil di ambil lalu di ciumnya berbau asap rokok dan berbaur macam-macam..
lantas Eira memangil Najwa sekali lagi serta menegur ..
Najwa,Najwa ish bangunlah...
kenapa kau ni awal-awal pagi dah bising la..
kau pergi mana semalam??tegas Eira
"tak lah tak pergi mana pun" jawab Najwa wajah slumber
"ni apa!!,Eira menunjuk skirt pada Najwa..
"tak lah itu bukan aku punya,"Najwa mengerut dahi tak mengaku..
"ish, kau ni!!geram Eira lalu keluar bilik pergi ke kelas ..
setibanya di kelas prof memanggil nama Najwa,,Eira bingkas bangun Najwa tak hadir hari ini prof..
"tak hadir,"sambil mengerut kening serta mengeleng kepala.
selesai saja kelas Eira keluar menuju ke cafe untuk lunch tengahari ,tiba-tiba tersentap Najwa bila dengar Nik Imran memangil..
ish kau ni Nik,buat aku terkejut la..
"kenapa Najwa tak masuk kelas hari ini dia tak sihat erk??"tanya Nik Imran gelisah.
"ala,baru je hari ini takkan dah rindu kut" balas Eira dengan slumber sambil meminum air di depannya..
"ish,kau ni aku tanya je lah.takkan itu pun tak boleh?ala kau ni Eira kecoh betul.."jawab Nik Imran.
"tak tahu lah ,sejak ke belakangan ni Najwa selalu balik lewat,kadang-kadang tugasan prof tak settle asyik sangat dengan Linda sehinga keluar je dengan Linda tu mesti balik lewat punyalah,kalau aku tanya pasti ada alasan aje"mengeluh Eira pada Nik Imran.
"biar betul,Eira...!! macam tak percaya .."kalau macam tulah Eira kau sebagai kawan kau rajin-rajinlah menasihati dia"..Nik Imran sudah mula mengambil berat pasal Najwa..
"In shaa ALLAH,kau pun kena tolong aku juga Nik Imran,kau tahu tak selama duk sini dia tak pernah balik kampung dia rela tinggal di rumah Linda tu lagi padahal hanya ibu dan adiknya hanya tinggal di kampung tu.."
"Mashaallah,Selama ni tak tahu pun ,tak sangka cepat sangat dia berubah..In shaa Allah sama-sama kita membantu " jawab Nik Imran terpapar riak wajahnya yang ikhlas untuk mendekati Najwa ..
bersambung...