SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH
Memaparkan catatan dengan label SANTAI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SANTAI. Papar semua catatan

SURPRISE!!!




Alhamdullilah...
Dapat hadiah kejutan istimewa  dari hubby ..punyalah tergedik rasa happy sangat,sangat..bila dapat surprise kan.

amalkan tips doa ini agar kekal bahagia rumah tangga

Jam Tangan Jenama CASIO

selesa memakai dan kalis Air
"thanks you hubby "

seorang yang memahami sentiasa merestui diri apa lagi  yang banyak aktif di laman sosial bidang dakwah Ar rahman AR Rahim group ..hmmm
teruja walaupun awak selalu sibuk dengan kekangan kerja  tetap curi-curi masa untuk luangkan masa  untuk sue dan anak-anak

~Alhamdullilah~




AKHIRNYA DAPAT JUGA..PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH KAFA

ASSALAMUALAIKUM...
Puas sungguh untuk mencari pakaian kafa di sekitar Kuala kedah ni memang takkan jumpanya,adanya buat sendiri pakaian KAFA ni dan tempah..tapi mengenangkan nak cepat nak mudah terpaksalah cari di kedai-kedai pakaian sekolah namun tak jumpa -jumpa juga ..terpaksalah guna pakaian sekolah sesi pagi tu..kesian juga Anak sue hari-hari di tegur oleh guru gara-gara susah nak dapat pakaian seragam KAFA ini..kalaulah boleh buat kilang sendiri pakaian Seragam KAFA ini taklah susah-susah nak cari seragam KAFA ini...aduhsss...

BUKAN sue sahaja yang mempunyai masalah ini rupanya ramai Ibu bapa senasib  kat sini kalau nak tempah pasti lambat nak siapnya  kalau nak buat sendiri mestilah kena ada kemahiran ..kadang-kadang naik pening juga...nak buat keputusan serba salah..

Tercari-cari di kawasan kuala kedah tak ada,merata-rata sampai daerah lain..tiba-tiba terasa tergerak hati nak ke PEKAN RABU,ALOR SETAR..buat ibu bapa yang senasib dengan SUE kat situ ada jual pakaian seragam sekolah KAFA  sekali dengan tudung dan bermacam-macam pakaian seragam kokurikulum sekolah ..lepas ni tak payah nak risau cari tempat yang mahal shoping Mall ke,pasific ke.tesco ke ,apa-apa je lah rupa-rupanya ada jual kat pekan Rabu je tingkat atas sekali..hihi..buat info masyarakat Kedah.




SUASANA MALAM DI PEKAN RABU



MOOD LETIH



NI BARU BETUL..PAKAIAN KAFA..
(KELAS AGAMA FARDHU AIN)

~Alhamdullilah~

BISKUT DULU-DULU


hah,apa tu??
biskut biji Asam,
alahai kalau tak kenal benda nie maknanya lupa diri lah tu..hehe
teringat zaman kanak-kanak le pulok,biskut ni famous dulu tapi sekarang memang susah nak cari lah kalau macam nie..kalau ada pun gula dia tak sedap seperti dulu-dulu.

teringat Arwah abah selalu belikan tu pun kadang-kadang mkn gula hihi roti pula simpan balik..
pernah beli kat anak-anak sue siap tanya lagi biskut apa tu??cantiknya..siap pilih colour lagi bila nak makan apatah lagi banyak komen pula tu..ish..ish kita dulu pun tak berani nak bersuara apa yang ada makan ja..

alahai..teringat zaman kanak-kanak la pulak. ("<
Al-fatihah buat arwah abah .....


jom ronda-ronda ambil angin mood petang....

BUAT RAWATAN RESEDUNG

Assalamualaikum..
Org lain sibuk bekerja hari nie SUE cuti semata-mata buat rawatan resedung..Alhamdullilah berjalan dengan lancar..Terima kasih NAZA ANGGUN..Terbaik..rawatan cukup memuaskan..mana taknya hari-hari mengalami masaalah batuk ,selsema bersin memang tak tahan sangat-sangat dah macam -macam cara lakukan tapi tak juga sembuh.. setelah buat rawatan di NAZA ANGGUN SPA ..alhamdullilah kembali normal dah kurang sikit bersin 'gatal. dan .batuk ...






sangat selesa untuk buat rawatan...



murah je..tak mahal mana pun berbaloi....kalau di biarkan resedung ni memang parah seeloknya pergi buat rawatan adalah jalan yang terbaik...saya tertanya-tanya apa punca sebenar resedung ni..rupa-rupanya faktor pemakanan,habuk-habuk(debu) ,pencemaran,dan sebagainya,penyakit resedung juga boleh membawa maut..katanya..setelah sue buat rawatan doktor terpaksalah kena jaga pemakanan terutamanya seafood..al maklum rumah dekat dengan laut .demi kesihatan terpaksalah berpantang sikit untuk  mencegah dari melarat .Sue ingatkan alahan biasa ja..rupa-rupanya resedung yang memakan diri..aduh..sekian lama hari ini baru tahu..".jangan tiru macam saya "selalulah buat rawatan muka khususnya penyakit resedung ini.....


FENOMENA CUACA SEJUK DI MALAYSIA

      cuaca sejuk bukan setakat Kelantan Terenganu je Kedah pun sama satu malaysia lah ye..,Selalunya bila musim sejuk ni perkara biasa ja 2 bulan pertama setiap tahun..tapi yang aneh pada tahun 2014 ...

 dah naik mengigil dah satu badan anak sekolah pun mandi air suam-suam panas ...lebih buruk keadaan di sini ramai mengalami batuk-batuk ,selsema ,demam apabila suhu kurang 25'c pada waktu malam.
saya ingatkan saya sahaja mengalami masalah perubahan suhu selepas mendengar perbualan jiran-jiran baru sue sedar suhu di kawasan kuala kedah semakin sejuk...
 catatan suhu yang agak rendah di sebabkan monsun timur laut yang turut membawa tiupan angin laut  mungkin penurunan suhu boleh di pengaruhi oleh dua faktor utama iaitu tiupan angin dan kepulan awan..tak tahu sangat bab nie kena tanya cikgu sains hehe...
faktor musim sejuk seeloknya pakai pakaian tebal lah ye nak elak daripada demam huhu...

MENEMPUH ALAM BARU PERSEKOLAHAN

Daftar anak darjah satu macam-macam ragam,ada yang menangis ,ada yang kelakar,macam-macam karenah..apa pun bersabar..
Supaya anak kuatkan semangat berdikari..
Sedikit Maklumat dari guru sekolah..Alhamdullilah..
Anak sue..
Comel tak?? Hehe.. Hubby sue kata apa..yang tu pun nak update..ala..la..saja je nak cerita .. Lepas ni sibuk la ..susah lagi la nak update bloger..:'(

AkTiviti Keluarga hujung minggu

Ni lah tempat pra sejarah orang kat sini bila waktu petang ambil angin di persisiran pantai..kuala kedah..
Feri Langkawi dari kuala kedah satu jam setengah  tapi kebanyakan selalu  ke jeti kuala Perlis ambil masa bertolak dalam masa satu jam je dari kuala perlis tak jauh 



banyak pra sejarah kat tempat sue 
bot nelayan keluar waktu petang cari rezeki


senja      

cantik tak...tenang jee...


kuda untuk kanak-kanak