SALAM MAAL HIJRAH 1437H/2015M
SIAPALAH DIRIKU
Diri ini yang hina di hadapan-Nya
Seorang fakir , seorang pengemis
Ketika berada pada lapang luas di Mashyar
Siapakah diriku ?
Diri ini yang tengah menunggu giliran
Giliran menjadi seonggok tubuh yang tak berdaya ketika dibalut kafan
Tak berdaya tatkala di lemparkan ke sudut lahad diliang kubur
MENINGALKAN SESUATU KERANA ALLAH
Melakukan sesuatu kerana Allah tidaklah seberat meninggalkan sesuatu nikmat atau perbuatan kerana takutkan Allah. Hanya mereka yang di dalam hatinya ada taqwa sahaja mampu melakukannya kerana menyakini balasan dan janji-janji Allah.
Kata para ulama'
التقوى اسم جامع لفعل الطاعات وترك المنكرات
At-Taqwa ialah nama yang merangkumi semua perbuatan yang membawa kepada ketaatan dan meninggalkan kemungkaran.
Diriwayatkan daripada seorang penduduk badwi yang berkata:
أخذ بيدي رسول الله صلى الله عليه وسلم فجعل يعلمني مما علمه الله تبارك وتعالى، وقال: إنك لن تدع شيئا اتقاء الله جل وعز إلا أعطاك الله خيرا منه
Rasulullah salallahualaihiwasallam mengambil tanganku, lalu baginda pun mengajarkan aku dari apa yang Allah tabaraka wata'ala ajarkan kepada baginda.
Dan baginda bersabda: 'Sesungguhnya engkau tidaklah meninggalkan sesuatu kerana bertaqwa pada Allah azza wajalla kecuali Allah akan memberikan kepada engkau dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya.
[Riwayat Ahmad dan disahihkan oleh Syeikh Albani dan Syeikh Muqbil Al-Waad'ie]
# Tidak akan pernah rugi mereka yang berurus niaga dengan Allah, melakukan sesuatu atau meninggalkannya kerana Allah.
Selamat Menyambut bulan Ramadhan al - Mubbarak.
bulan ramadhan datang lagi,moga datangnya ramadhan ini akan bertambah lagi pahala serta amal ibadat sepanjang bulan puasa ini...Inshaallah...
selamat berpuasa dari blog transisi kembara..untuk rakan serta sahabat taulan..
jgan biarkan tembok kejahilan kita menebal..ketuklah ia dgn secangkir nur zikrullah.walaupn secangkir...usah leka..karana kelekaan kita adalah semangat bg iblis...itu lah ruang paling besar buat iblis...sebaik2nya bina lah tembok dari kekuatan nur rohani...yg ia akan meruntuhkan tembok kejahilan dan pembuka kepada megenal diri dan mengenal tuan empunya diri...zauk dalam cinta ALLAH...
biar iman sekental DODOL asal jgn senipis roti canai..
biar jiwa selembut BAHULU asalkan akhlak secantik BISKUT DAHLIA..
senyumlah lah semanis BUAH KURMA agar puasamu penuh brmakna..
"saya ingin memohon kemaafan dari kalian smua sebelum bulan ramadhan"
#selamat menyambut bulan ramadhan al-mubbarak#
DI PENGHUJUNG RUMPUT
Istiqamah seperti rumput.
Walau dipijak berulang kali, ia masih mampu bertahan.
Rumput sememangnya lembut, ia melentur apabila dipijak, tetapi akan kembali ke bentuk asal. Cuba kalau rumput tu keras?
Jadi, kelembutan pada rumput sebenarnya adalah satu kekuatan bukan kelemahan. Kita pun begitu, jangan terlalu berkeras. Kita boleh tegas, tapi jangan berkeras.
Rumput juga tidak pernah tumbuh bersendirian. Sekali tumbuh mesti bersama dengan yang lain. Gerak tumbuhnya perlahan tetapi sangat konsisten. Sehari demi sehari tanpa kita sedari seluruh kawasan telah dilitupi. Itulah rahsia rumput, hidupnya sentiasa berjemaah dan istiqamah.
Jadilah seperti rumput....
Dengan hidup berjemaah dan bersikap konsisten, banyak kebaikan yang dapat dibuat. Musuh pun tidak dapat menggugat.
Ya, rumput selalu dipijak tetapi ia tidak dihina. Ia selalu di bawah tetapi ia bukan lemah. Sekalipun lemah lembut, ia tidak musnah walau dipukul ribut.
"Rasulullah s.a.w Cemas ketika ada angin kencang"
Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata: "Ini ialah awan yang akan membawa hujan kepada kita!" (Mendengarkan kata-kata yang demikian, Nabi Hud berkata): "Tidak! Bahkan itulah (azab) yang kamu minta disegerakan kedatangannya, iaitu angin yang membawa azab seksa yang tidak terperi sakitnya;(ayat Al-Ahqaf24)
"Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan izin Tuhannya". (Setelah azab itu menimpa mereka) maka menjadilah mereka (punah ranah) - tidak ada yang kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami membalas kaum yang berdosa.
Aisyah r.a ,isteri Nabi s.a.w berkata: bila hari berangin dan mendung wajah Rasulullah s.a.w nampak gelisah ,mundar mandir ,dan bila hujan turun ,beliau berseri-seri dan hilanglah kegelisahan itu.Aisyah berkata :saya menanyakan hal itu kepada beliau ,beliau menjawab "aku sangat khuatir hujan dan itu akan menjadi azab yang menimpa umatku,jika melihat hujan turun beliau berkata(hujan adalah rahmat."(HR Bukhari dan Muslim)
Hadis ini sangat jelas menunjukan betapa sayangnya Rasullulah kepada umatnya,beliau sangat khuatir jika angin yang kencang itu di perintahkan oleh Allah untuk menjadi azab bagi umat beliau.
tahukah anda??
Di riwayatkan dari Abu Musa Al-Asy'ari r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda"apabila Allah hendak memberikan kasih sayang kepada suatu umat dari hamba-hambanya ,maka Allah mematikan Nabi mereka sebelum kasih sayang itu turun kepada mereka.
Dia jadikan Nabi itu sebagai jaminan dan peningalan bagi mereka ,tetapi,apabila dia hendak menyaksikan kehancuran mereka,kerana mereka telah mendustakannya dan derhaka kepada perintahnya."(HR.Muslim)
Angin kencang merupakan salah satu cara Allah menyeksa umat-umat terdahulu.kerana itu wajar sekiranya Rasulullah sangat khuatir jika angin kencang itu merupakan kiriman Allah sebagai seksa bagi umatnya sebagaimana yang telah menimpa umat- umat terdahulu, Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis ,dalam kitab musnadnya,
Aisyah r.a berkata "Apabila Rasulullah s.a.w melihat awan atau angin kencang maka raut wajah beliau nampak kalut ,Dia bertanya " wahai Rasulullah ,biasanya manusia akan senang melihat awan,kerana mereka berharap hujan turun ,Namun saya melihat ,kekalutan yang ada di raut wajah engkau.kenapa?
Rasulullah s.a.w menjawb "wahai Aisyah,saya khuatir awan itu akan membawa azab .kerana dahulu ada suatu kaum yang di seksa dengan angin kencang ,padahal sebelumnya mereka berkata itu adalah awan yang membawa air hujan.,"
Aisyah r.a berkata "apabila melihat awan yang muncul di langit ,maka Rasulullah s.a.w meningalkan semua pekerjaan beliau,dan saat itu beliau sedang solat maka beliau berdoa ."ya Allah,sesunguhnya aku berlindung kepadamu dari kejahatan yang ada pada awan itu.
Jika Allah menghilangkan awan itu ,maka beliau memuji Allah dan jika Allah menurunkan hujan dari awan itu,maka beliau berdoa"ya Allah ,jadikanlah air hujan ini bermanfaat bagi kami,"
Aisyah r.a juga berkata "apabila angin itu kencang ,maka Rasullulah s.a.w berdoa "ya Allah sesunguhnya saya memohon kepadamu kebaikan ,kebaikan yang ada di dalamnya, dan kebaikan yang di hembuskan nya ,Aku pun memohon perlindungan kepadamu dari kejahatannya,kejahatan apa yang ada di dalamnya,dan kejahatan yang di hembuskanya."
Aisyah r.a berkata:Apabila langit berawan ,maka raut wajah Nabi s.a.w berubah sehingga beliau keluar masuk,ke depan dan ke belakang. Tetapi apabila langit itu kemudian menurunkan hujan,maka terlihatlah keceriaan dari raut wajah beliau."Dan keadaan tersebut membuat Aisyah berasa hairan dan menanyakannya kepada beliau.
Rasulullah s.a.w menjawab :boleh jadi ,wahai Aisyah ,awan itu seperti yang di katakan kaum Ad inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami.,ketika melihat azab berupa awan yang menuju ke lembah-lembah mereka."
subahanallah..
begitu kasihnya baginda kepada umatnya .malah kita bila datangnya ribut ,hujan ,masing-masing sibuk dengan hal sendiri..
renung-reungkanlah..
Muhasabah diri...
MUSIBAH BANJIR MENGUJI KITA
![]() |
HARI PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN BANJIR DI NEGERI KELANTAN. |