....السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
HARI PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN BANJIR DI NEGERI KELANTAN. |
Dengan nama ALLAH SWT Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,segala puji bagi Allah
tuhan yang memelihara mentadbir seluruh alam ..Apabila kita di uji dengan
bencana banjir yang melibatkan hampir ratusan ribu mangsa yang terpaksa di
pindahkan ,SERTA ia melibatkan nyawa ,kerosakan harta benda ,kerugian ekonomi
dan kemusnahan Alam sekitar ….
Langkah kaki kali pertama menjejaki tanah
KELANTAN melihat sendiri Tragedi ini amat menyentuh perasaan hati apabila
melihat nasib dan penderitaan mangsa
yang terlibat dalam bencana ini.Peristiwa ini sungguh menyayat
hati.``Innalillahi wainallilahi rojiun’’ sesunguhnya kami milik Allah dan
kepadanya kami akan kembali di (hari kiamat) Ya Allah berikan pahala kepadaku
kerana musibah yang menimpaku dengan yang lebih baik daripada apa yang telah
menimpaku,”
Bencana
banjir ini mungkin sebagai peringatan Allah swt kepada rakyat untuk
bermuhasabah dan memohon keampunan kepadanya,moga Allah jauhi kita dan
Negara dari musibah yang tidak mampu ditanggung.Pastinya
ujian ini amat berat bagi mangsa banjir
dan Ahli keluarga yang terlibat..
Sesunguhnya
berat mata memandang,berat lagi bahu mereka yang memikul ,namun apakan daya
,ini semua di bawah kekuasaan Allah ,bukan di bawah kekuasaan manusia,kita
hanya mampu berdoa.
Di dalam
al –Quran ,Allah banyak menceritakan perihal hujan ,adakalanya Allah
menurunkan hujan sebagai rahmat daripadanya .
Firman
Allah:
‘’Allahlah
yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan ,serta langit segala isinya
sebagai bangunan yang dibina dengan kukuhnya dan di turunkanya air hujan dari
langit lalu di keluarkanya dengan air itu berjenis-jenis, buah-buahan yang
menjadi rezeki bagi kamu ,maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah ,sebarang
sekutu ,padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah tuhan yang Maha
esa).’’(surah Al-Baqarah:22).
Namun,
adakalanya Allah menurunkanya hujan untuk memberi peringatan kepada hambanya
yang melakukan perkara di murkai.Jadikan ia sebagai pengajaran buat kita
,sesunguhnya setiap yang berlaku sedar atau tidak ianya berpunca dari kita
sendiri.
Dia
berfirman:
“telah
timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan laut dengan sebab apa
yang telah di lakukan oleh manusia ,timbulnya demikian kerana Allah hendak merasakan mereka
sebahagian daripada perbuatan buruk yang mereka lakukan ,supaya mereka
kembali(insaf dan taubat)”,( surah Al-Ruum:41)
semoga bencana ini menjadi pengajaran buat
kita..saat ini kita hanya perlu merenung perihal dosa diri yang mengundang
murka Allah,namun jangan kita menunding jari dan memandang kesalahan pada orang
lain,kembalilah kita kepada Allah ,insaf dan mohonlah taubat
kepadanya,berdoalah agar Allah mengampunkan dosa kita dan menghentikan musibah ini.
Alhamdullilah,bersyukur
kita kepadanya kerana masih ramai rakyat
Malaysia yang sangat perihatin ,mungkin ini hikmahnya dari ujian Allah yang
mahu melihat bagaimana kita bersatu dalam membantu mereka di dalam
kesusahan,bak kata pepatah berat sama di pikul ,ringan sama di jinjing”jelaslah
semangat perpaduan rakyat Malaysia.mungkin ini permulaan baginya tapi
percayalah sesunguhnya Allah tidak akan menzalimi umatnya.
Janganlah
kita merintih dan menyalahkan takdir dengan ujian dan musibah ini,sesunguhnya
ini tanda Allah sayangkan pada umatnya lalu di turunkan ujian buat kita semua
sebagai peringatan agar kita kembali kepada Allah dan taat kepadanya.,di harap
keluarga mangsa banjir bersabar ,Tabah dan kuat dalam menghadapi ujian Allah
swt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)