....السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Ramai yang tidak mampu bersabar dalam
pelbagai situasi tidak sabar ketika
marah ,itu sudah kebiasaan ,tidak sabar dalam mendidik itu juga bukan perkara
yang luar biasa ..antara satunya ialah bersabar melakukan ketaatan kepada Allah
swt,Bagaimana cara melihat kesabaran
dalam ketaatan?
Ada tiga bahagian para ulama membahagikan
kesabaran itu dalam tiga keadaan iaitu kesabaran dalam melakukan ketaatan,kesabaran
dalam meningalkan maksiat dan kesabaran menghadapi musibah dan takdir Allah
yang tidak di sukainya ,sebahagian ulama menegaskan jenis sabar yang paling
tinggi adalah sabar melakukan ketaatan kepada Allah.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dialah tuhan yang menguasai langit
dan bumi dan segala yang ada di antara kedua-duanya,maka sembahlah dia dan
berteguh hatilah dalam beribadah kepadanya,adakah engkau mengetahui ada sesuatu
yang sama dengannya?(surah Maryam :65)
Sabar dalam
ketaatan itu cukuplah dengan meluruskan niat untuk ikhlas hanya kerana
Allah serta melakukan sebaik-baiknya
sesuai dengan tuntutan Rasullulah saw
dan juga sabar melakukan ketaatan dengan tidak bersikap bangga diri
dalam melakukan ibadah yang belum tentu di terima Allah.
Imam Syafei
berkata:
“Di madinah
saya melihat empat perkara aneh ,satu daripadanya ialah adalah saya melihat
empat perkara aneh ,satu daripadanya adalah saya melihat seorang tua yang
berumur 90 tahun sepanjang hari berjalan
tanpa alas kaki mengunjungi kumpulan penyanyi wanita untuk di ajarkan
menyanyi,namun ketika datang waktu solat ,dia solat dalam keadaan duduk ,”Hal
ini menunjukkan betapa beratnya melakukan ketaatan itu bagi mereka yang tidak
di berikan taufik oleh Allah.
Di antara jalan yang di tunjukkan Allah Agar
kita mampu bersabar dalam ketaatan adalah dengan selalu
bersama-sama dengan orang yang taat .
Allah
berfirman yang bemaksud:
“Dan bersabarlah
engkau (Muhammad) bersama dengan orang
yang menyeru tuhannya pada waktu pagi dan senja dengan mengharap keredhaanya
,dan janganlah kedua-dua mata mu berpaling
daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan kehidupan dunia dan
janganlah engkau mengikuti orang hatinya telah kami lalaikan daripada
mengingati kami serta menuruti
keinginannya dan keaadaan sudah
melampaui batas .”(surah Al-kahf;28)
Dalam ayat ini Allah menjelaskan ada dua perkara yang sering di lakukan orang
yang taat ,pertama di awal pagi dan selalu berharap dan berdoa kepada Allah
agar hari ini mendapatkan taufik
sesuai dengan keinginan dan kehendak Allah agar kehidupan sehariannya dapat di
isi dengan beribadah hanya kerana Allah.
Kedua,di
akhir siang dan awal malam dia sentiasa beristigfar,bermuhasabah tentang
segala apa yang di jalaninya sepanjang hari dan mengakhirinya dengan bertaubat
kepada Allah,
Agar dapat
bersabar dalam melakukan ketaatan,Allah
memerintahkan kita untuk saling bersama dengan orang yang taat ,bersahabat ,dan
mencari teman yang selalu melakukan ketaatan kepada Allah.
Rasullulah
saw bersabda yang bermaksud “seseorang yang mengikuti agama kawannya,kerana itu
lihatlah olehmu siapakah yang menjadi kawan mu ,”(Riwayat Abu Daud &
Tarmizi)
Dalam ayat di atas ,Allah juga mengingatkan
kita agar jangan sampai memalingkan wajah kita daripada orang taat itu hanya
kerana menginginkan kesenangan dunia yang bersifat sementara ini,janganlah kita
menjauhi orang yang melakukan ketaatan itu hanya kerana melihat mereka
miskin,tidak punya apa-apa.kesenangan di dunia ini di sisi Allah tidaklah lebih berharga daripada sebelah
sayap nyamuk.
Untuk menjaga bagaimana untuk terus
istiqomah dalam beribadah kepada Allah ,Allah jugalah mengingatkan kita tidak
mengikuti orang yang dilalaikan hatinya oleh Allah sehingga mereka lupa berzikir
kepada Allah dan lupa kepada kehidupan akhiratnya.
Mereka inilah adalah orang yang mengikuti
hawa nafsunya dan pada akhirnya segala berurusan berakhir dengan sia-sia ,walaupun mereka punya harta
,punya kekuasaan ,tetapi semua itu tidak akan memberi kebahagiaan baginya di
dunia,tidak menyenangkan hatinya dan tidak akan memberi kebahagiaan di akhirat.
Semoga kita termasuk di kalangan mereka yang
di beri taufik oleh Allah swt sehingga mampu bersabar bersama hamba-hambanya
yang selalu melakukan ketaatan kepada Allah..In shaa Allah..sama-sama
bermuhasabah diri..
Takenote:
Mengertilah tangungjawab dakwah
adalah kewajipan semua ,bukan hanya di pikul oleh ustaz dan ustazah sahaja
,dakwah boleh di lakukan dengan pelbagai strategi, ajaklah masyarakat kearah
kebaikan ,serulah masyarakat agar sedar hakikat
kehidupan dan tujuan di ciptakan inilah dakwah ,jadilah pendakwah yang
menyambung pejuang para rasul dengan cara tersendiri ,mengikut kemampuan ,usah
malu untuk berkata ,”maaf saya tidak tahu” dalam perkara yang tidak kuasai .
Bersyukur dan gembiralah di atas
perubahan positif ,berilah dorongan bukan kutukan dan kata cacian ,bersama kita
semarakkan arena dakwah di Malaysia,Ada kekurangan saling menambah,ada
kesilapan saling menegur ada kelemahan saling menguatkan.
~aku insan
biasa~
"selamat menyambut tahun baru 2015 dan salam MAULIDUR RASUL dari blog transisi kembara"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)