SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

AKHIRNYA DAPAT JUGA..PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH KAFA

ASSALAMUALAIKUM...
Puas sungguh untuk mencari pakaian kafa di sekitar Kuala kedah ni memang takkan jumpanya,adanya buat sendiri pakaian KAFA ni dan tempah..tapi mengenangkan nak cepat nak mudah terpaksalah cari di kedai-kedai pakaian sekolah namun tak jumpa -jumpa juga ..terpaksalah guna pakaian sekolah sesi pagi tu..kesian juga Anak sue hari-hari di tegur oleh guru gara-gara susah nak dapat pakaian seragam KAFA ini..kalaulah boleh buat kilang sendiri pakaian Seragam KAFA ini taklah susah-susah nak cari seragam KAFA ini...aduhsss...

BUKAN sue sahaja yang mempunyai masalah ini rupanya ramai Ibu bapa senasib  kat sini kalau nak tempah pasti lambat nak siapnya  kalau nak buat sendiri mestilah kena ada kemahiran ..kadang-kadang naik pening juga...nak buat keputusan serba salah..

Tercari-cari di kawasan kuala kedah tak ada,merata-rata sampai daerah lain..tiba-tiba terasa tergerak hati nak ke PEKAN RABU,ALOR SETAR..buat ibu bapa yang senasib dengan SUE kat situ ada jual pakaian seragam sekolah KAFA  sekali dengan tudung dan bermacam-macam pakaian seragam kokurikulum sekolah ..lepas ni tak payah nak risau cari tempat yang mahal shoping Mall ke,pasific ke.tesco ke ,apa-apa je lah rupa-rupanya ada jual kat pekan Rabu je tingkat atas sekali..hihi..buat info masyarakat Kedah.




SUASANA MALAM DI PEKAN RABU



MOOD LETIH



NI BARU BETUL..PAKAIAN KAFA..
(KELAS AGAMA FARDHU AIN)

~Alhamdullilah~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)