SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

JOM BERSELAWAT

SELAWAT ADNANINIYYAH
(BANI ADNAN)
Solla'alaikallah huya adnani.

Firman Allah bermaksud :
"sesunguhnya Allah dan para Malaikatnya berselawat (memberi rahmat) kepada Nabi Muhammad s.a.w oleh kerana itu wahai orang-orang yang beriman ucapkanlah
Salam dengan penuh kehormatan terhadapnya."
(surah Al-Ahzab ayat 56)

Cukuplah Allah sebaik-baik Penolong.
Barang siapa mencintai Allah pasti banyak menyebutnya dan mengingatinya,
Buahnya ia akan di ingat oleh Allah dengan pemberian rahmat dan Ampunannya.
Barang siapa mencintai Nabi S.a.w pasti ia banyak membaca selawat kepadanya ,
Buahnya ia akan memperoleh syafaat dan akan dekat dengan beliau di syurga.

SELAWAT ADNANIYYAH
(BANI ADNAN )

Solla'alaikallah  huya adnani
Allah telah berselawat atasmu wahai pemuda Adnani.

Ya Musthofa Ya saf watar rahmani
Wahai yang terpilih Wahai yang penuh Keikhlasan dan pengasih

Alhamdulilahi hilazi atthoni
Segala puji bagi Allah yang mengurniakan kepadaku.

Hazzal hunamat thoyyibal ardnani
Pemuda yang baik akhlaknya dan sifatnya.

Qad saa dahfil mahdi alal zil mani
Di didik dan di muliakan sejak dari dalam buaian

Uiz Zuhu bibaiyati zil arknani
Di lindungi di kaabah Baitullah yang mulia.

Hatta aro hubal lirul bunyani
Sehingga ia meningkat dewasa

Antallazi Sunni kahfi qurranni
Engkaulah yang telah di sebutkan (di namakan) di dalam Al-Quran

Ahmad dumathuhu alal ja nani
Ahmad yang tertulis di langit

Solla'alaikallah hufill ahyani
Allah sentiasa berselawat atasmu sepanjang Masa

Ahmad duhu fissil riwal burhani
Terpuji secara sembunyi mahupun nyata

Haqqal alal Islam miwal imani
Yang benar-benar berhak ke atas Islam dan Iman

Ya Rabbana bil mustafal adnani
Ya Rabb,kami bertawasul dengan berkat yang terpilih Mustofa pemuda Adnani

Igfiru zunu bi summa aslah shanni
Ampunkanlah dosaku dan perbaikilah kebuntuan akalku.

Semoga Allah memberi kekuatan untuk kita mentarbiyah diri dan hati.Semoga kita sentiasa Istiqomah di jalannya.. Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)