SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

kelebihan sahur di bulan ramadhan






Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur Muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi SAW,

“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur." (HR Muslim)

Maka, kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan kita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadhan ini, maka ikutilah sunnah Nabi SAW termasuk dalam bersahur. Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.

Kuatkanlah semangat ,sabar dalam mengharungi ramadan  kerana kehebatan dalam ibadah ramadan adalah jalan mujahadah,penanda aras peningkatan iman dan takwa kita kepada Allah..

Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW:  Sebaik-baik makanan sahur bagi
orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi


     Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.
     Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh.  Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.
                                                     

~Alhamdullilah~