SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

ADAKAH BERDOSA JIKA KITA SENGAJA BERNIAT UNTUK BERBUKA ??


http://ohgadisitu.blogspot.com/2013/07/lafaz-niat-puasa-dan-doa-berbuka-puasa.html?showComment=1404041347745
carian google klik picture link..


Assalamualaikum..
syukur,Alhamdullilah kita berpuasa dah nak ke 11 ramadan ,rasa macam kejap je masa berlalu..lama sangat tak update blog rasa macam sunyi je blog ni..hihi... mai kita meriah lagi blog transisi kembara ni ..INSHAA ALLAH ..sedikit ilmu untuk sama-sama kita kongsikan..

kadang-kadang kita ini sering lupa bab ni..malah dalam senda gurau juga boleh jadi juga hal ini berlaku iaitu niat berbuka puasa belum tiba masa untuk berbuka kadang-kadang kita berniat untuk berbuka puasa, jadi kena hati-hati ya agar kembali di landasan yang betul, kemudian kita membatalkan hasrat untuk berbuka kerana berasa bersalah berniat begitu ..perlukah kita menganti semula puasa ??

jawapan sangat mudah tidak perlu ,tetapi perlu menyatakan jenis puasa anda yang lakukan seandainya puasa memang terbatal tetapi dalam kes ini tidak batal kerana ianya bergantung jenis puasa yang di lakukan.

tetapi...

jika puasa itu wajib seperti puasa ramadhan ,puasa qada,puasa nazar atau puasa kafarah maka seseorang itu berdosa jika membatalkanya kerana haram merosakkan puasa yang wajib tanpa alasan yang di benarkan dan wajib mengantikan puasa itu.,dalam konteks puasa kaffarah pula,seseorang itu perlu berpuasa semula dari hari pertama.


jika dalam puasa sunat atau selain puasa wajib,jika anda meneruskan niat anda lalu berbuka walaupun tidak berlaku maka hukumnya makruh dan di anggap tidak elok untuk berbuat demikian kerana tiada alasan di situ,sebaliknya jika ada alasan maka ia diharuskan (dalam puasa yang makruh misalnya)


kadang-kadang sifat kita terlebih makanan dalam istilah islam iaitu sifat membazir ,jangan pula kita buang makanan itu,hal ini mengakibatkan satu pembaziran untuk memastikan iman terpelihara sedekahkanlah makanan kita tadi kepada si miskin sebaliknya, jika kita  membuangnya maka perkara inilah sangat kita kesali kerana dalam masa lima minit anda berjaya mengalahkan syaitan ,tiba-tiba berundur ke belakang ke arah kehinaan ,tertipu dengan sebab yang sama cuma di ubah sesuai akibatnya akhirnya menyebabkan bala tentera iblis ketawa terbahak-bahak .


bermohonlah berdoalah kepada Allah agar dekat denganya agar sentiasa berada di jalan yang lurus serta di dalam jagaanya daripada dosa dan kesilapan dan semoga Allah menyelamatkan kita daripada syaitan durjana hendaknya..

Di akhiri, semoga segala amal ibadah kita ini di terima oleh Allah,puasa,solat,qiyam,berjaga malam kekhusyukan kita,ketundukkan kita serta semoga ianya menyempurnakan kekurangan kita ini..subahanallah sesunguhnya Allah itu maha penyayang,betapa mudah kita ini jika mahu berbuat baik di dunia.

"kalau ada salah tolong perbetulkan,"
~ DONT FORGET ALLAH TO SAY THANKS YOU ALLAH, RAISE YOU HAND TO SAY ALHAMDULLILAH~

4 ulasan:

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)