SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

Hati..berteguhlah pada jalan-Nya..


Kebaikan dan kejahatan yang sebati dalam diri akan memandu empunya jasad ke arah denai sejalan dengannya,sama ada ke arah kejahatan ataupun kebaikkan .kalau jahat ,maka jahatlah jadinya,kalau baik ,maka baiklah juga jadinya.Perkara yang baik itu akan menjadi darah daging manusia tanpa kita sedari .Kecenderungan ke arah kebiasaan pada perkara yang dilakukan boleh menengelamkan jasad ,bezanya tengelam secara perlahan-lahan  atau pun dengan kadar yang cepat. Manusia pasti ada yang berusaha untuk berubah.

Perbuatan yang menjadi rutin
     Setiap perbuatan yang di mulai ,pasti akan menuntut untuk di ulangi ,malah ,mungkin akan menuntut sesuatu yang lebih besar!jika seseorang membuat perkara yang agak jahat pada mulanya ,pasti selepas itu akan ada perbuatan jahat lain yang di lakukanya.Mungkin bermula daripada perkara jahat yang kelihatan agak remeh .Namun lama -kelamaan  pasti akan melakukan sesuatu yang lebih besar:dosa besar!
     Begitu juga jika seseorang melakukan sekecil-sekecil perkara kebaikkan itu jiwa semakin lapang.
IN SHAA ALLAH! persamaan kedua-dua nya ialah menjadi rutin!
rutin yang akan membuahkan lebih banyak perkara kejahatan mahupun kebaikkan.

Bila diri kita meronta
Begitulah manusia ,jika meningalkkan perkara yang kurang elok ,sebahagian diri pasti tidak keruan,meronta-meronta untuk buat lagi dan lagi,tapi sebahagian diri yang lain enggan di sebabkan ada satu sudut yang tidak membenarkan perbuatan itu iaitu HATI.Pada dasar fizikal mungkin kelihatan baik-baik tapi jiwa tidak begitu.
Masaalah jiwa itu tidak kelihatan tapi memberi impak yang mendalam!

Kekuatan dari jiwa
Mahu merubah jalan baik bukan mudah ,baik itu memastikan kita meningalkkan perkara -perkara yang tidak elok ,tapi ,untuk menjadi jahat sangatlah tidak susah,perkara kejahatan sentiasa terbentang di depan mata ,tunggu kita yang pilih sahaja!tapi,ada perkara yang sangat pasti ,orang yang tegar membuat perkara yang tidak elok tanpa ada sekelumit rasa bersalah ,maka syaitan turut membantunya menguatkan lagi keinginan pada jalan kejahatan ,syaitan akan memantapkannya ke jalan kejahatan sehingga dia mendapat natijah atas setiap perbuatannya.
  Manakala orang yang berusaha untuk kebaikkan ,pasti Allah swt akan membantu dan memberikan kemudahan walaupun kadangkala jiwa akan memberontak,InshaaAllah ,moga di permudahkan.
Ingatlah sahabat,tak kira lah siapa pun...kekuatan jiwa itu sangat di perlukan untuk meningalkan kejahatan jika ingin mendapat kebaikkan dan pandangan rahmat daripadanya.

       "Hidup ini memberilah sebanyak-banyaknya ,bukan menerima sebanyak-banyaknya"

Hijrah jiwa dan jasad
Hijrah:kesungguhan,itu sahaja bezanya
hati kecil berkata ,"kita sentiasa perlu berhijrah ,perbaiki niat sentiasa .Hanya dia yang tahu tentang kita luar dan dalam ,jadi jujurlah menjadi diri sendiri ,jujur pada ALLAH.."seruan hati kecil cukup membuatkan hati sentap.
    Manusia tidak di lahirkan sempurna ,berpegang teguhlah pada kata-kata,di sebab itu kita perlu sentiasa berhijrah .Kita hari ini adalah punca daripada faktor kedua orang tua ,persekitaran,pendidikan dan kawan.Namun,faktor terbesar adalah diri kita sendiri ,
   Hijrah jiwa dan jasad itu tidak mengenal siapa kita dahulu ,penghijrahan itu sendiri tidak menghukum kita atas gerangan siapakah kita dulu dan apakah yang telah kita lakukan sebelum itu.
Memang ,hijrah bukanlah satu yang mudah .
Kalau hati di sapa angin seruan perubahan,diri sendiri berdalih .mencari-cari pelbagai alasan kenapa diri begini dan begitu atas sebab ini dan itu .Diri ini tidak bersalah .yang bersalah adalah ibu bapa yang tidak memberi pendidikan agama dan tidak pula memperatikkanya ,jangan begitu sahabat,jangan sesekali menyalahkan mereka ,sikap mencari-cari menunding jari kepada orang lain adalah sikap orang yang suka berdalih.
   Mengapa tidak menyahut seruan hati untuk berhijrah kepada kebaikkan ?
sikit,sikit dan istiqomah.Dalam proses perubahan itu berdampinglah dengan orang baik-baik.
adakala proses perubahan ,terasa sangat susah, ada yang tidak mendapat sokongan daripada ibu bapa,di pulaukan kawan-kawan ,di ejek-ejek ,memang semua itu sedikit sebanyak membuatkan dada sesak.
ketahuilah..mulut manusia itu tidak pernah tertutup ,Suka duka perjalanan hidup kita yang tanggung ,Orang yang lain dapat memberikan rasa simpati .Jadi mengapa mengalah dangan dugaan sedangkan kita ada pilihan untuk bertahan,sekurang-kurangnya kita akan tahu siapa kawan ,siapa lawan .
   Kadang-kadang hati hanyalah berkiblatkan dunia ,sebab itu hatta berapa banyak kali bisikkan hati menyeru kebaikkan ,kita sering tidak mengendahkannya.Alasanya,"Aku hidup dan beragama dalam kesederhanaan ,cukuplah."Akibat berkiblatkan dunia ini lah kita sibuk mengejar kebendaan dan lupa pada ALLAH,sedangkan muslim yang baik itu adalah pengejar dunia untuk akhiratnya.
  Mahukan kita tetap statik begitu sahaja?sedangkan banyak peluang kebaikkan daripada ALLAH SWT,
untuk itu kita perlu bersaing,Bersaing dengan diri sendiri !
  YAKINLAH ,dalam melakukan perubahan itu kita tidak bersendiri ,dan doa-doa orang muslim yang baik sentiasa bersama kita,,BERTAUBATLAH ,HIJRAHKANLAH DIRI....jangan tangguh lagi..
                                         ~MASHAALLAH,TABAARAKALLAH~





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)