SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

Rasullulah larang cerca Haiwan dan makanan




Apabila marah ,kesal dan tidak puas hati ,seringkali kita tidak puas hati,sering kali kita dapat mengawal perasaan sehingga menghemburkkan kata-kata yang menghina atau mencerca seseorang adakala kita melepaskan perasaan itu pda binatang atau sesuatu yang tidak sepatutnya ,termasuk makanan,sedangkan binatang dan makanan yang mempunyai peranan tersendiri dalam melengkapkan hidup kita sebagai seorang insan dan makhluk Allah..

Dalam Hadith Shahih Bukhari Bilangan 3071, Ibnu Umar R.A. meriwayatkan Sabda Rasulullah yang bermaksud : 
"Seorang wanita dimasukkan ke Neraka, kerana mendera seekor kucing, dia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan. Tiada sebab mengapa kucing harus didera, jika tidak kerana hati yang keras dan tidak bertimbang rasa. Memang hati yang keras tidak pernah mengenal mangsa, samada kucing atau manusia."

          Menurut Jabir ,dia pernah berjalan bersama Nabi dalam satu peperangan,kelihatan seseorang lelaki sedang menungang unta ,unta itu berjalan dengan perlahan ,marah dengan keadaan itu lelaki berkenaan memaki untanya.

katanya,berjalanlah semoga Allah melaknati kamu ,dengan melihat keadaan lelaki itu sedang memaki untanya itu Nabi bersabda ,turunlah kamu dari unta yang kamu tungangi itu,usahlah kamu menyertainya kami dengan sesuatu yang telah di laknat."


Cara baginda menegur lelaki berkenaan menunjukkan bahawa Nabi S.A.W tidak suka pada umatnya melemparkan kata-kata yang kesat pada walaupun pada binatang ,cuba kita teliti ayat 134 surah Ali Imran  bermaksud orang yang menafkahkan hartanya pada masa senang dan susah ,orang yang menahan kemarahanya dan memaafkan kesalahan manusia ,ingatlah Allah mencintai orang yang berbuat kebaikkan. ayat tersebut jelas bahawa umat manusia di galakkan berbuat baik tanpa mengira sesiapa pun ini kerana Allah sangat mencintai orang berbuat kebaikan walaupun kepada binatang,dan kita di larang mencemuh dan melemparkan kata -kata kesat terhadap sesama makhluk..


    Rasulullah s.a.w tidak pernah mencela rezeki sebagai pengalas perut,seperti mana di riwayatkan  oleh Abu hurairah katanya :Rasulullah tidak pernah mencela sekalipun pada apa jua makanan ,jika baginda tidak suka ,baginda akan meninggalkanya tanpa mencela makanan tersebut,"(hr.Musttafaq'alaih)
firman Allah swt menjelaskan tentang makanan dapat di temui surah Abasa ayat 24"maka hendaklah manusia memerhatikan makanannya.

Daripada Jabir r.a bahawa Nabi meminta lauk pauk daripada keluarganya ,lalu mereka berkata kita tidak mempunyai sebarang lauk melainkan cuka,baginda lalu memintanya dan makan seperti biasa sambil bersabda :sebaik-baik lauk pauk adalah yang mengandungi cuka(."HR Muslim)

bukan sahaja kita tidak di benarkan mencela makanan tersebut bahkan harus bersyukur dengan nikmat Allah itu.bahkan kita mempunyai adab tertentu yang wajar di ikuti  seperti membaca doa terlebih dahulu dan meng akhiri dengan bacaan Hamdalah.sesunguhnya Allah meredhai seorang hamba yang ketika makan sesuatu makanan lalu dia mengucapkan Alhamdullilah.Dan apabila dia meminum sesuatu minuman maka dia pun mengucapkan Alhamdullilah.(HR,Muslim,Ahmad dan Tarmizi)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)