SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

RESEPI:Aiskrim kurma dan kismis

    ~بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ ~


cara nak memikat hati anak-anak agar makan buah kurma dan kismis sue cuba buat kelainan sikit kalau harap anak-anak nak makan sampai berbulan-bulan takkan habis le buah kurma dan kismis dalam peti ais tu..susah nak makan kismis dan kurma nie anak-anak sue ..sue cuma pelbagaikan buah kurma dan kismis nie dengan cara buat aiskrim kadang-kadang kuih muih,kek  serta roti untuk anak-anak ..bila dah buat erm..habis juga ..baru kata sedap(mood perasan nak tahu sedap ke tak mesti cuba resepi di bawah ni ye..ringkas bahan pun mudah )
 .


bahan-bahan:
1. 3 biji kurma (buang bijinya) dan 10 kismis( sedikit je )*



satu tin susu cair *
1/2 tin susu pekat *
2 sudu kecil ovalete *
2 sudu serbuk koko
1 sudu kecilesen vanila koko
1 biji telur ayam *
sedikit pewarna hijau ikut pewarna kesukaan anda ye..


cara-cara membuatnya:
1. sue blendkan buah kurma dan kismis kesemua bahan  bertanda * kecuali pewarna dan serbuk koko

2.blendkan sampai adunan menjadi kembang dan buah kurma dan buah kismis tadi hancur



3.asingkan 2 bekas satu bekas letak serbuk koko dan satu bekas lagi letakkan pewarna hijau


4.letakkan kedalam bekas ais krim selapis demi selapis ikut le nak buat corak ke apa ke..


sebelum ke dalam peti sejuk

5.setelah siap letakkan ke dalam peti sejuk
biarkan ia sampai betul-betul mengeras semalaman 

take note: nak guna mixer pun boleh kalau blender tak muat yang pastinya Buah kurma dan buah kismis hendaklah di blend  terlebih dahulu .

                                  ermm..mcm ni le rupanya..dah pun siap..selamat mencuba.


                                 dah tak sempat nak deco dah..tinggal sebahagian je :-) .

2 ulasan:

  1. kalau dah rajin apa pun kita boleh buat dan pelbagaikan mengikuit citarasa....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya betul tu kak ozie..tapi sue ni tak rajin mana pun kak ozie bila dengan anak-anak sekali-sekala kena ikut karenah anak2 juga.

      Padam

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)