SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

SAH SOLAT TANPA MENDENGAR KHUTBAH JUMAAT

Assalamualaikum..Salam Jumaat..


sewaktu solat jumaat kerap kali kita dapat melihat ada sebahagian orang yang tertinggal dua khutbah jumaat mereka akan bangun selepas imam memberi salam untuk menyempurnakan baki rakaat yang tertinggal.
*adakah sah solat jumaat seseorang itu jika dia sengaja atau tidak sengaja meningalkan dua khutbah ini  dan perlukah dia menyempurnakan rakaat yang tertinggal?

        Solat jumaat yang di fardhukan ke atas islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu di ambil manfaat ,melakukan solat Jumaat akan di lipat gandakan oleh Allah swt.Jumhur fuqaha syafiyyah menyatakan sah solat jumaat bagi seseorang yang tidak sempat mendengar khutbah dengan syarat bilangan jemaah yang hadir mendengar khutbah pada waktu itu telah mencapai 40 orang atau lebih,maka orang yang lewat tanpa mendengar khutbah sah solat jumaatnya.
         Tiada syarat untuk  dia menqado'kan perbuatan untuk meningalkkan khutbah itu.Bagaimana pun perbuatan itu membuatkan dia terlepas dari fadhilat mendengar khutbah yang amat besar pahalanya,sebaliknya jika orang-orang yang hadir lewat itu menyebabkkan bilangan khutbah itu kurang 40 orang maka mereka akan menangung dosa besar kerana tidak mematuhi arahan Allah sebagaimana dalam fimannya yang bermaksud :
"wahai orang-orang yang beriman ,Apabila di serukan azan untuk mengerjakkan solat jumaat pada hari jumaat dan tinggalkanlah berjual beli pada saat itu yang demikian adalah baik bagi kamu,jika kamu mengetahui hakikat yang sebenarnya."(Al-Jumu'ah:9)

Pendapat sesetengah ulama orang-orang yang tidak datang ke masjid melainkan selepas khatib selesai khutbah ,Allah tidak menerima solatnya dan tidak di beri pahala kecuali jika ia melakukan kerana terpaksa.
Namun demikian ,jika ia menunaikan solat Jumaat bersama imam ,gugur kefarduan jumaatnya dan tidak perlu lagi ia menunaikkan solat zohor.Perbuatan mengambil ringan ia menunaikan solat zohor ,perbuatan mengambil ringan untuk bersegera ke Masjid pada hari jumaat adalah tanda kurangnya iman dan takwa dalam hati.
      Hukum bagi makmum yang terlambat mengikuti imam dalam solat Jumaat (boleh di sebut makmun masbuq) hendaknya mengikuti imam dalam posisi ketika makmun itu takbiratul ihram(ketika dia masuk untuk solat )tidak kira sama ada ketika imam dalam rukuk ,itidal,sujud,duduk antara dua sujud atau mungkin telah pun duduk tasyahud akhir.Seandainya makmun sempat masbuq ketika imam ,sebaliknya kalau tidak dapat melakukan rukuk yang sempurna bererti dia tidak dapat rakaatnya.Antara Dalil hadis Nabi s.a.w :

"barang siapa tidak sempat mendapatkan satu rakaat (ketika rukuk )dari solat jumaat maka dia telah mendapatkan (rakaat)solat itu .(HR At-tarmizi)
Hal ini bermaksud barang siapa tiada sempat mendapatkan satu rakaat bersama imam pada rakaat pertama tidak sempat rukuk bersama imam dalam solat jumaat ,maka dia harus menambah satu rakaat lagi.Dan barang siapa yang hanya sempat masbuq selepas imam bangun dari rukuk rakaat ke dua ,contohnya ketika imam pun telah sujud duduk di antara dua sujud atau ketika imam telah pun tahiyat akhir ,maka selepas imam memberi salam ,dia hendaklah menambah empat rakkat solat waktu zohor.Ini di antara pendapat Imam as-syafi'i,Imam Ahmad bin Hamdal,Imam Sufyan as-Thauri rahimahullahu anhum.

pendapat di kuatkan lagi dengan dalil dari hadis-hadis yang lain antaranya hadis dari Abu Hurairah r.a ,bahawa rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Barang siapa mendapatkkan satu rakaat dari solat jumaat ,maka hendaklah ia sambung kepadanya rakaat yang lain(genapkan)".
( HR Ibnu Majah)
hadis ini memberi petunjuk bahawa solat jumaat hukumnya sah bagi orang yang mendapatkannya walaupun ia tidak sempat mendengarkan khutbah sedikit pun.(Kitab Subulus Salam,Syarah Bulughul Maram)

Wallahu a'lam....






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)