SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

DI PENGHUJUNG RUMPUT

Istiqamah seperti rumput.
Walau dipijak berulang kali, ia masih mampu bertahan.
Rumput sememangnya lembut, ia melentur apabila dipijak, tetapi akan kembali ke bentuk asal. Cuba kalau rumput tu keras?
Jadi, kelembutan pada rumput sebenarnya adalah satu kekuatan bukan kelemahan. Kita pun begitu, jangan terlalu berkeras. Kita boleh tegas, tapi jangan berkeras.
Rumput juga tidak pernah tumbuh bersendirian. Sekali tumbuh mesti bersama dengan yang lain. Gerak tumbuhnya perlahan tetapi sangat konsisten. Sehari demi sehari tanpa kita sedari seluruh kawasan telah dilitupi. Itulah rahsia rumput, hidupnya sentiasa berjemaah dan istiqamah.
Jadilah seperti rumput....
Dengan hidup berjemaah dan bersikap konsisten, banyak kebaikan yang dapat dibuat. Musuh pun tidak dapat menggugat.
Ya, rumput selalu dipijak tetapi ia tidak dihina. Ia selalu di bawah tetapi ia bukan lemah. Sekalipun lemah lembut, ia tidak musnah walau dipukul ribut. 

Jangan takut untuk berubah menjadi lebih baik,
Jangan takut ditertawakan,
Kerana nanti di syurga,
ahli neraka akan diejek,
ahli syurga akan berkata,
'Dulu aku ajak kau kepada kebaikan,
tetapi engkau sombong dan memperlekehkan'.
Jangan takut untuk berhijrah ke tempat asing,
Jangan takut jika tidak dipedulikan,
kerana di akhirat nanti kita juga jalani hidup masing-masing,
segala amalan akan dinilai asing-asing.
Saat itu kita terpaksa juga menerima,
Bahwa kita tidak boleh mengharapkan sesiapa,
kecuali hanya diri kita.
Beranilah untuk meninggalkan kenangan,
Jangan takut untuk melupakan,
Kita mungkin telah kehilangan sesuatu,
Tetapi kita pasti akan mendapat sesuatu,
Yang lebih baik daripada itu. 
  semoga bermanfaat  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)