SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

SALAM JUMAAT:Sudahkah anda membaca AL-Quran hari ini????




SURAH AL-KHAFI DAN KELEBIHANNYA

Banyak kelebihan surah Al-khafi "barang siapa membaca surah Al-khafi pada hari jumaat maka Allah akan menanganinya dengan cahaya dari jumaat yang dia baca kepada jumaat berikutnya.(HR.Baihaqi)

Iman Ahmad berkata dari Abi dada r.a bahawa Nabi saw bersabda :
sesiapa yang membaca 10 ayat terakhir dari surah al-khafi maka terhindarlah dari fitnah dajjal.

Begitu juga dengan keterangan ayat 109-110:
 Sesungguhnya ilmu Allah swt amat luas dan perkatannya untuk mengadakan alam  dan mengaturkkanya ,amat banyak .Jika di tulis dengan dakwat dari air laut dunia ini ,nescaya habislah air laut itu,sedangkan perkataan Allah swt belum habis di tulis ,meskipun di tambah lagi dakwat sebanyak itu lagi.Hal ini memang tidak dapat di bantah ,kerana dunia yang kita diami  ini sangat kecil jika di bandingkan dengan matahari ,bahkan ada yang lebih besar daripadanya ,maka tentunya air laut kita ini seumpama setitis ,jika di bandingkan dengan alam yang sangat luas ini.
     Sesungguhnya Nabi Muhammad saw itu manusia seperti kita juga ,hanya kelebihannya ,Allah swt mewahyukannya kepadanya Al-Quran ,di dalamnya tertera ,bahawasanya Allah taala hanya satu .
'Barang siapa yang hendak bertemu dengan Allah swt (mendapat kurniaanya) hendaklah dia beramal soleh jangan sesekali menyekutukan ibadat dengan sesuatu jua .Jika dia sembahyang ,puasa,bersedekah dan sebagainya ,hendaklah semata-mata kerana Allah swt bukan kerana hendak di puji orang atau hendak menjadi mahsyur.
     Semoga kita semua terlindung dari orang yang di rahmati Allah swt dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah ,hendaklah kita ingat dengan sabda Nabi saw yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah tidak melihat gambaran lahir kamu tetapi Allah melihat batin (hati) kamu" .
sama - samalah kita amalkan surah al-khafi ini pada setiap hari jumaat agar peroleh syafaat dan keberkatan..

"Waallah hu a'lam"

    





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)