SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

KASIH SAYANG RASULULLAH S.A,W KEPADA KAUM WANITA

Assalamualaikum..Alhamdullilah hari ini mampu meluangkan masa menulis entri walaupun sentiasa sibuk dengan aktiviti ..ALHAMDULLILAH..moga perkongsian ilmu ALLAH ini dapat sama-sama kita kongsikan serta memberikan sedikit manfaat...

*Perintah untuk bersikap baik kepada wanita
Ketika haji wada', tepatnya pada hari Arafah ,Rasulullah s.a.w .menyampaikan kuthbah beliau memberikan perintah-perintah dan larangan-laranganya .Beliau menganjurkan kaum muslim untuk mengerjakan kebaikkan dan meninggalkan kejahatan,beliau juga berpesan kepada mereka agar mengingatkan mereka akan tuhan mereka.Beliau juga berpesan kepada mereka agar memerhatikan perkara-perkara yang besar .Sebahagian isi khutbah yang beliau sampaikan adalah sebahagian berikut:

      "Bertakwalah kalian kepada Allah dalam menyikapi kaum wanita.kerana sesungguhnya kalian telah mengambil mereka dengan janji Allah ,dan kalian telah menghalalkan kemaluan  mereka dengan kalimat Allah.Kalian memiliki hak atas mereka, iaitu mereka tidak boleh mempersilakan seorang pun yang kalian tidak sukai untuk tidur di tempat tidur kalian,jika mereka melakukan hal itu ,maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan ,mereka juga memiliki hak atas kamu iaitu kalian berkewajipan memberikan nafkah dan pakaian kepada mereka dengan cara yang makruf ."(HR .Muslim)
      Imam al -Nawawi dalam Syarh Muslim berkata :Hadis ini mengandungi banyak pengajaran .Di antaranya ,hadis ini menganjurkan kita agar sentiasa memperhatikkan hak kaum wanita ,berbuat baik kepada kaum mereka  dan berinteraksi dengan mereka secara makruf .Banyak hadis sahih yang menganjurkkan kita agar berbuat baik kepada kaum wanita ,menjelaskan hak -hak mereka dan melarang kita bersikap kurang perhatian."

kenapa harus jadi seperti itu,di manakah sifat kasih sayang bermacam -macam terjadi .....???
Anas bin Malik r.a berkata:Rasullullah s.a.w mempunyai orang yang pandai bersenandung dan suaranya merdu .Pada suatu ketika Rasullullah s.a.w berkata kepadanya :perlahan-lahanlah wahai Anjasyah !jangan lah kamu menghancurkan orang-orang yang lemah di kalangan wanita.:"
Imam Al -Baghawi dalam syarh al -sunnah(13/157-158) berkata:Anjasyah adalah seorang pemuda yang berkulit hitam ,dia keras dan kasar ,lalu di perintahkan Nabi saw bersikap lembut terhadap kenderaan yang di atasnya ada orang-orang yang lemah dari kalangan wanita atau Anjasyah adalah seorang yang suaranya merdu .Namun dia di larang bersenandung di hadapan kaum wanita kerana bimbang dapat memikat mereka.Nabi saw menjelaskan bahawa wanita lemah dan cepat termakan hatinya oleh suara yang merdu.
     Pendapat terakhir ini merupakan pendapat yang di pengang Abu Abdullah Al-Bukhari .pendapat ini di tegaskan oleh imam al-Nawawi dan di ikuti oleh AL-Hafiz Ibnu Hajar."
     Hadis di atas mengandungi banyak pengajaran .Di antaranya hendaklah orang yang mendapat tanggungjawab menjaga kaum wanita untuk membantu mereka ,memenuhi semua keperluan mereka,dan tidak membebani mereka dengan perkerjaan yang berat yang tidak sanggup mereka laksanakan.

HARGAILAH WANITA KAUM ADAM JANGAN KERANA SIKAP AMARAH KITA ANAK-ANAK DAN ISTERI MENJADI MANGSA KEADAAN...TEPUK DADA TANYALAH SELERA IMAN ANDA....
Allah swt telah membukakan pintu-nya untuk orang -orang yang bertaubat .Dia telah menampakkan kekayaannya untuk orang-orang yang meminta .Dia telah menawarkan ketaatannya.Kepada orang-orang yang mencarinya .Dan dia pun telah menganugerahkan kasih sayang -nya kepada orang-orang yang menginginkannya.Maka berbahagialah orang-orang yang beriman..

WAALLAH HU A'LAM....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)