SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

MENINGALKAN SESUATU KERANA ALLAH

Meninggalkan sesuatu kerana Allah
Melakukan sesuatu kerana Allah tidaklah seberat meninggalkan sesuatu nikmat atau perbuatan kerana takutkan Allah. Hanya mereka yang di dalam hatinya ada taqwa sahaja mampu melakukannya kerana menyakini balasan dan janji-janji Allah.
Kata para ulama'
التقوى اسم جامع لفعل الطاعات وترك المنكرات
At-Taqwa ialah nama yang merangkumi semua perbuatan yang membawa kepada ketaatan dan meninggalkan kemungkaran.
Diriwayatkan daripada seorang penduduk badwi yang berkata:
أخذ بيدي رسول الله صلى الله عليه وسلم فجعل يعلمني مما علمه الله تبارك وتعالى، وقال: إنك لن تدع شيئا اتقاء الله جل وعز إلا أعطاك الله خيرا منه
Rasulullah salallahualaihiwasallam mengambil tanganku, lalu baginda pun mengajarkan aku dari apa yang Allah tabaraka wata'ala ajarkan kepada baginda.
Dan baginda bersabda: 'Sesungguhnya engkau tidaklah meninggalkan sesuatu kerana bertaqwa pada Allah azza wajalla kecuali Allah akan memberikan kepada engkau dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya.
[Riwayat Ahmad dan disahihkan oleh Syeikh Albani dan Syeikh Muqbil Al-Waad'ie]
# Tidak akan pernah rugi mereka yang berurus niaga dengan Allah, melakukan sesuatu atau meninggalkannya kerana Allah.