SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

SELAMAT MEYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1435H


"Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan"


Assalamualaikum/salam sejahtera..
selamat meyambut ramadhan al-mubarak ,Alhamdulilah kita di berikan lagi kesempatan lagi untuk meyambut ramadhan lagi pada tahun 1435H/2014 ini.Dengan kesempatan ini blog Transisi Kembara mohon maaf jika selama ini ada tersalah dan tersilap selama bersama anda semua. 

"wahai orang-orang yang beriman di wajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana di wajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"(Al-Baqarah:183)

jom zikir.....


musim ibadah menjanjikan rahmat dan keberkatan  kepada orang yang berpuasa setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan yang di nanti oleh orang yang bertakwa.

bulan ramadhan juga meyingkap sejarah islam beberapa peristiwa yang besar untuk sama-sama menghayati dan teladani bersama di mana pada bulan yang mulia inilah di turunkan Al-Quran yang menjadi panduan kita pada hari ini,selain itu berlakunya perang pertama dalam sejarah islam walaupun bilangan tentera islam ketika itu hanyalah 313 orang berbanding tentera musuh 1000 orang.Di bulan ramadhan juga Kota Mekah dapat di tawan dan di berikan kembali ,kesucian Kota Mekah dapat di rampas kembali dari pertolongan Allah swt.

Allah swt juga berfirman:
"barangsiapa yang hadir (berada )di antara kamu dalam bulan ramadhan ini ,maka hendaklah dia berpuasa"
jadi ada pula di antara kamu wahai manusia yang tidak berada bulan itu iaitu seperti orang-orang yang tinggal di kutub utara atau selatan.

Mudah-mudahan ibadah yang kita jadikan dibulan yang semulia ini akan di berkati Allah s.w.t, carilah sebanyak mungkin pahala di bulan penuh keberkatan ini di sebalik sinar ramadhan yang tersembunyi hikmah di sebaliknya.berbahagialah orang yang mendapat hikmahnya dengan menjaga pantang larang dengan sempurna dan sabar melakukan ibadah .



                                                             ~   In shaaAllah ~




UNTUK RENUNGAN BERSAMA MUTIARA KATA ISLAMIC

Assalamualaikum..
Salam semangat..



MUTIARA KATA 1
"Yang indah itu solat,yang dekat itu mati,yang besar itu nafsu,yang berat itu amanah" (Iman al-Ghazzali)
wahai sahabat..
gunalah masa itu sebaik-baiknya untuk menambahkan ilmu akhirat dengan amalan-amalan yang menjinakan hati kita kepada Allah agar kita tidak tergolong dalam golongan orang yang lalai.

MUTIARA KATA 2
" Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti"
ciptalah suasana silaturahim itu dengan penuh erat dan ikatan dengan kekuatan erat itu dapat membantu dan menyokong kita mengukuhkan lagi tali persaudaraan islam.

Firman Allah s.w.t(mafhumnya):

"sesunguhnya perkataan yang di ucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika itu mereka di ajak kepada kitab Allah dan sunnah Rasulnya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka ,hanyalah mereka yang berkata "kami dengar dan kami taat dan mereka itulah orang-orang yang peroleh kejayaan"(An-Nur 24:51)

MUTIARA KATA 3

"Menghindari dosa adalah lebih ringan daripada sakitnya penyesalan"(saidina Umar r.a )

Firman Allah s.w.t:
"Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakanya ,dan ia juga akan menangung dosa kejahatan yang di usahakanya"(Al-Baqarah 286)

kadang-kadang kita cepat menunding jari pada orang lain tanpa memikirkan diri kita sebenar kadang-kadang kita rasa mereka adalah penyebab apa yang berlaku pada diri sendiri.

contoh:

sifat negetif-"saya tidak pandai mengaji sebab semasa kecil ibu bapa tidak ajar saya"

sifat positif - "saya tidak pandai mengaji sebab saya yang pilih untuk tidak mahu belajar"

tak perlu menunding jari pada sesiapa pun semua itu adalah kesalahan diri sendiri kan..

tanya pada diri anda ,bolehkah anda mengubah perangai anda?jawabnya susah ,jadi,setiap hari anda akan sedih dan susah hati memikirkan perangai orang lain.Mengapa tidak doakkan supaya dia di timpa bala,mana satu yang membuatkan anda stress?mendoakan orang lain untuk di timpa bala atau mendoakan dia di beri petunjuk? cuba fikir-fikirkan!!



MUTIARA KATA 4

"Perbuatan maksiat adalah faktor terbesar yang menghapus berkat usia,rezeki,ilmu dan amal" ( Hukama )

 kesedaran ini harus di miliki oleh generasi kita agar  diri tidak terjerumus ke lembah maksiat.

MUTIARA KATA 5

"kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran"


MUTIARA KATA 6

"Jatuh tujuh kali bangkit berdiri lapan kali ."( pepatah Jerman )


MUTIARA KATA 7

"Aku cinta kemiskinan agar aku dapat merendah diri ,aku cinta kesakitan agar dosa -dosaku di ampun,aku cinta kematian agar dapat bertemu dengan Allah" (Abu Darda'r.a)


MUTIARA KATA 8

"Seseorang itu tidak sakit kerana bertembung dengan kekerasan takdir,tetapi kerana berkeras terhadap takdir dan memberontak terhadap ketentuan Allah s.w.t (syeikh asy-syarif Yusuf al-Hasani)

seumpama seseorang itu berdoa kepada Allah lalu menyangka bahawa jika Allah memberi apa yang di minta maka itu tanda kecintaan Allah kepadanya namun Allah tidak memberi apa yang di minta maka itu tanda Allah mengabaikannya,Persepsi inilah harus kita jauhi  membataskan kecintaan Pada Allah adalah penilaian yang lahir pada nafsu dan buruk sangka kepada Allah,sedangkan Allah lebih mengetahui berbanding manusia tentang kebaikan dan keburukan untuk mereka,jika kita ini beradab pada Allah pasti kita kita akan menyasikkan kesempurnaan dan kebijaksanaan.

Allah berfirman:

"boleh jadi kamu membenci sesuatu ,padahal ia amat baik bagi mu ,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu ,padahal ia amat buruk bagi kamu,Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" (Al -baqarah 2:216)


jika kita berinterakksi dengan Allah s.w.t melalui kehambaan.maka kita akan memahami kesempurnaan Allah s.w.t iaitu jika kita bersabar dengan apa yang tidak di beri Allah s.w.t setelah di minta nescaya Allah akan fahamkan tujuan sebenar Allah tidak memberi apa yang diminta dan inilah hikmah .

MUTIARA KATA 9

"Jagalah ibu bapa mu nescaya anak-anakmu akan menjagamu"

MUTIARA KATA 10

"Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat dia perlu mengamalkan perkara  berikut iaitu mengurangkan tidur,mengurangkan makan,mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada" (Iman Syafii)

MUTIARA KATA 11
"Niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan ,ketika niat nya benar maka perbuatan itu benar dan jika niatnya buruk maka perbuatan itu buruk" (Iman An Nawawi)



personaliti :APA KAITANYA WARNA DAN BAJU??

FOTO HASIL CARIAN GOOGLE



Adakah ia nya benar??
Apa kaitanya betul ke??
Setiap kali kita memilih pakaian  warna pilihan kita itu adalah menunjukkan diri kita sebenar atau lebih di kenali sebagai Aura dalam hidup kita.

      Untuk pengetahuan warna adalah memainkan peranan penting dalam hidup kita  dalam menentukan pesonaliti kita.Setiap warna yang di pilih menimbulkan mood dan memberi tenaga kepada kita sepanjang hari,bahkan ia dapat meningkatkan keyakinan diri,uniknya lagi,pemilhan warna juga mampu menembak karekter kamu..
hmmm...cuba lihat di bawah ini...

1.warna purple


2.warna kuning

3.warna biru


4.warna coklat/koko



5.warna merah


6.warna hitam

7.warna putih


8.warna hijau







SEGMEN:#2 Mellya and Iola Giveaway Bonanza Supported By Buttons & Cuteness

.......ASSALAMUALAIKUM......





jom join...nak tahu syarat-syaratnya klik banner...

 ERMM KAK SUE SANGAT TERTARIK BUTTON ...DARI FACEBOOK FANPAGE  BUTTONS& CUTENESS.
..CANTIK DAN KREATIF...

SEGMEN:GiveAway Tunai RM500 By SyuhadaBaharudin.com

ASSALAMUALAIKUM...
JOM JOIN Sempena dengan ulangtahun perkahwinan syuhadaBaharudin yang ke-8  serta merasmikan Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com yang bermula pada hari ini 3hb Jun 2014 sehingga 30hb Jun 2014.
 ...kelu lidah tak tahu nak cakap apa..ermm...apa pun sue ucapkan selamat ulang tahun semoga kekal ke jannah...AMINN..




                                    nak tahu syarat-syaratnya klik banner di atas...

RESEPI:Aiskrim kurma dan kismis

    ~بِسمِ اللَّÙ‡ِ الرَّحمٰÙ†ِ الرَّحيمِ ~


cara nak memikat hati anak-anak agar makan buah kurma dan kismis sue cuba buat kelainan sikit kalau harap anak-anak nak makan sampai berbulan-bulan takkan habis le buah kurma dan kismis dalam peti ais tu..susah nak makan kismis dan kurma nie anak-anak sue ..sue cuma pelbagaikan buah kurma dan kismis nie dengan cara buat aiskrim kadang-kadang kuih muih,kek  serta roti untuk anak-anak ..bila dah buat erm..habis juga ..baru kata sedap(mood perasan nak tahu sedap ke tak mesti cuba resepi di bawah ni ye..ringkas bahan pun mudah )
 .


bahan-bahan:
1. 3 biji kurma (buang bijinya) dan 10 kismis( sedikit je )*



satu tin susu cair *
1/2 tin susu pekat *
2 sudu kecil ovalete *
2 sudu serbuk koko
1 sudu kecilesen vanila koko
1 biji telur ayam *
sedikit pewarna hijau ikut pewarna kesukaan anda ye..


cara-cara membuatnya:
1. sue blendkan buah kurma dan kismis kesemua bahan  bertanda * kecuali pewarna dan serbuk koko

2.blendkan sampai adunan menjadi kembang dan buah kurma dan buah kismis tadi hancur



3.asingkan 2 bekas satu bekas letak serbuk koko dan satu bekas lagi letakkan pewarna hijau


4.letakkan kedalam bekas ais krim selapis demi selapis ikut le nak buat corak ke apa ke..


sebelum ke dalam peti sejuk

5.setelah siap letakkan ke dalam peti sejuk
biarkan ia sampai betul-betul mengeras semalaman 

take note: nak guna mixer pun boleh kalau blender tak muat yang pastinya Buah kurma dan buah kismis hendaklah di blend  terlebih dahulu .

                                  ermm..mcm ni le rupanya..dah pun siap..selamat mencuba.


                                 dah tak sempat nak deco dah..tinggal sebahagian je :-) .

RESEPI : kek Pelangi kukus atau kek marble

kek lagi!!
ahah..kesukaan anak-anak nak wat macam mana tapi tak lah sampai selalu, kan ada pula yang kena potong kaki pula..sekadar kongsi masakkan je..kan3 :b

foto tak ok lew..edit pakai phone jew..
sue rasa kek pelangi dan Marble adalah mengunakan teknik yang sama cuma bezanya hanya pada pewarna yang kita gunakan untuk menghasilkan kek tu je pun..sue kongsikan sikit  demi sedikit resepi untuk blog ni sekurang-kurangnya untuk rujukkan ..

resepi:
1 cawan mentega
1 cawan gula 
3 biji telur 
1/4 susu pekat
1 1/2  cawan tepung gandum 
1 sudu kecil baking powder
1 sudu esen vanila rose 
sedikit pewarna makanan ikut citarasa

cara membuatnya:
1.pukul mentega dan gula hingga kembang,masukkan telur satu persatu pukul sebati
masukkan esen vanila dan susu pekat adunkan sekali lagi
kemudian masukkan tepung gandum bersama baking powder putar sehingga sebati adunan.



ahah..tinggal bekas baru nak ambil foto
2. bila sebati bahagikan warna ikutlah selera warna kegemaran lah ye
3.sudukan selang seli biarkan adunan colour tadi bergerak sendiri


selang seli macam ni ketuk-ketuk sikit agar adunan menjadi rata


loretkkan dengan lidi seperti bentuk di atas dan kukus selama 1 jam.
bekal untuk mak mertua sikit.. nak bodek mak mertua  ambil hati le katakan..

                                                          ~TAMAT -SELAMAT MENCUBA~


Rasullulah larang cerca Haiwan dan makanan




Apabila marah ,kesal dan tidak puas hati ,seringkali kita tidak puas hati,sering kali kita dapat mengawal perasaan sehingga menghemburkkan kata-kata yang menghina atau mencerca seseorang adakala kita melepaskan perasaan itu pda binatang atau sesuatu yang tidak sepatutnya ,termasuk makanan,sedangkan binatang dan makanan yang mempunyai peranan tersendiri dalam melengkapkan hidup kita sebagai seorang insan dan makhluk Allah..

Dalam Hadith Shahih Bukhari Bilangan 3071, Ibnu Umar R.A. meriwayatkan Sabda Rasulullah yang bermaksud : 
"Seorang wanita dimasukkan ke Neraka, kerana mendera seekor kucing, dia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan. Tiada sebab mengapa kucing harus didera, jika tidak kerana hati yang keras dan tidak bertimbang rasa. Memang hati yang keras tidak pernah mengenal mangsa, samada kucing atau manusia."

          Menurut Jabir ,dia pernah berjalan bersama Nabi dalam satu peperangan,kelihatan seseorang lelaki sedang menungang unta ,unta itu berjalan dengan perlahan ,marah dengan keadaan itu lelaki berkenaan memaki untanya.

katanya,berjalanlah semoga Allah melaknati kamu ,dengan melihat keadaan lelaki itu sedang memaki untanya itu Nabi bersabda ,turunlah kamu dari unta yang kamu tungangi itu,usahlah kamu menyertainya kami dengan sesuatu yang telah di laknat."


Cara baginda menegur lelaki berkenaan menunjukkan bahawa Nabi S.A.W tidak suka pada umatnya melemparkan kata-kata yang kesat pada walaupun pada binatang ,cuba kita teliti ayat 134 surah Ali Imran  bermaksud orang yang menafkahkan hartanya pada masa senang dan susah ,orang yang menahan kemarahanya dan memaafkan kesalahan manusia ,ingatlah Allah mencintai orang yang berbuat kebaikkan. ayat tersebut jelas bahawa umat manusia di galakkan berbuat baik tanpa mengira sesiapa pun ini kerana Allah sangat mencintai orang berbuat kebaikan walaupun kepada binatang,dan kita di larang mencemuh dan melemparkan kata -kata kesat terhadap sesama makhluk..


    Rasulullah s.a.w tidak pernah mencela rezeki sebagai pengalas perut,seperti mana di riwayatkan  oleh Abu hurairah katanya :Rasulullah tidak pernah mencela sekalipun pada apa jua makanan ,jika baginda tidak suka ,baginda akan meninggalkanya tanpa mencela makanan tersebut,"(hr.Musttafaq'alaih)
firman Allah swt menjelaskan tentang makanan dapat di temui surah Abasa ayat 24"maka hendaklah manusia memerhatikan makanannya.

Daripada Jabir r.a bahawa Nabi meminta lauk pauk daripada keluarganya ,lalu mereka berkata kita tidak mempunyai sebarang lauk melainkan cuka,baginda lalu memintanya dan makan seperti biasa sambil bersabda :sebaik-baik lauk pauk adalah yang mengandungi cuka(."HR Muslim)

bukan sahaja kita tidak di benarkan mencela makanan tersebut bahkan harus bersyukur dengan nikmat Allah itu.bahkan kita mempunyai adab tertentu yang wajar di ikuti  seperti membaca doa terlebih dahulu dan meng akhiri dengan bacaan Hamdalah.sesunguhnya Allah meredhai seorang hamba yang ketika makan sesuatu makanan lalu dia mengucapkan Alhamdullilah.Dan apabila dia meminum sesuatu minuman maka dia pun mengucapkan Alhamdullilah.(HR,Muslim,Ahmad dan Tarmizi)


' Setulus Kasih Ibu' Contest by Dr. Shikin

Assalamualaikum..salam ukhwah..

"PERJALANAN SEORANG HAMBA HANYALAH SATU IAITU KEREDHAAN ALLAH S.W.T KERANA DI ATAS KEREDHAAN DIALAH ,KEBAIKAN SELALU MENYERTAINYA,LANGKAH AWAL DALAM MENEMPUH KEREDHAAN ALLAH SWT ITU ADALAH DENGAN CARA MEMULIAKAN IBU KALIAN" sedikit kata-kata mutiara untuk anda..:) 




jom support blog Nurashikin bagi memeriah lagi ukhwah sesama bloger.nak tahu syarat-syarat klik banner ok...hihi maaf lambat sikit coz sibuk sikit dengan kekangan kerja,harap-harap masih  ada peluang untuk sue mencuba nasib lah yew...inshaa Allah..

Syarat Penyertaan:
  1. Bloggers MALAYSIA yang ada alamat Malaysia jerr
  2. Click iklan NUFFNANG di blog ini (di header atau sidebar)
  3. FOLLOW blog Nurashikin ZA (Sila nyatakan Follower ke berapa - bagi New Follower).
  4. ADD to Google+ circle
  5. Buat ENTRI bertajuk : ' Setulus Kasih Ibu' Contest by Dr. Shikin
  6. Copy BANNER & backlink ke entri ini
  7. Buat UCAPAN ' Hari Ibu ' paling dramatik + presentation yang menarik. (Pendek pun takpe..)
  8. Tinggalkan link entry penyertaan di KOTAK KOMEN