SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

RASULULLAH S.A.W PEMBELA ANAK YATIM DAN DI SEBALIK KELEMBUTAN BELIAU KEPADA KANAK-KANAK....

Di riwayatkan bahawa Anas r.a berkata : "Rasulullah s.a.w  sangat dekat dengan kami ,bahkan pernah menyapa adikku :"Wahai Abu Umair ,bagaimana khabar si Nughair?" Nughair adalah burung kecil yang menjadi kawan bermain adik Anas .Anas pun berkata :permaidaini di bentangkan ,lalu beliau solat mengimami kami,sementara kami berbaris di belakang beliau ." (HR.Bukhari ,muslim ,Ahmad,Tirmizi,Ibnu Majjah  dan yang lainnya.
    Hadis ini mengandungi banyak pengajaran ,di antaranya :kita boleh memanggil kanak-kanak dengan gelarannya.Panggilan yang demikian bukan termasuk dusta .kita juga boleh boleh bersenda gurau dalam hal-hal yang tidak ada unsur dosa di dalamnya.Kanak-kanak boleh sahaja bermain dengan burung kecil .kita boleh bersajak dengan tutur bahasa yang baik ,asalkan tidak mengunakan bahasa sulit  untuk di mengerti.kita di galakkan berbelas kasihan kepada kanak-kanak serta menghibur hati mereka .Hadis ini menjelaskan akhlak terpuji perangai yang mulia ,dan sifat tawaduk yang di miliki Nabi s.a.w di samping itu ,hadis di atas menerangkan tentang kunjungan Nabi s.a.w ke rumah-rumah keluarga beliau..

ALLAH S.W.T tidak menyukai sifat sombong .sebagai anak yang soleh dan solehah ,kita perlu menjauhkan sikap ini agar kita di senangi orang lain .Rasullulah s.a.w juga sentiasa mengajar kita melakukan kebaikan sesama makhluk ALLAH S.W.T.
Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud :"sesunguhnya aku di utus untuk menyempurna akhlak yang baik."(Hadis Riwayat Ahmad)









       Rasullulah s.a.w ialah anak yatim piatu yang sudah kehilangan ibu dan bapa.Baginda tidak pernah melihat rupa ayahandanya wafat ketika baginda masih di dalam kandungan ibunya lagi .Kesedihan Rasullulah s.a.w semakin bertambah apabila baginda kehilangan ibu kesayanganya pula ketika baginda berusia 6 tahun.
       Kepayahan hidup sebagai anak yatim piatu menjadikan Rasullulah s.a.w sentiasa mengambil berat perihal anak-anak kecil kehilangan ibu bapa .pernah terjadi satu peristiwa pada hari raya ,ketika orang ramai mula mengunjungi masjid untuk mengerjakan solat Aidilfitri ,Rasullulah s.a.w Terpandang seorang kanak-kanak lelaki yang sedang menangis.
       kanak-kanak itu menangis mengasingkan diri daripada rakan lain yang sedang gembira .Air mata yang mengalir di sapu pada pakaiannya yang sudah usang dan koyak.Hati rasullulah s.a.w tersentuh melihat keadaan itu,baginda pun menghampiri kanak-kanak itu.

"kenapa kamu menangis ?"soal Rasullulah s.a.w.

"saya tidak ada baju baru seperti mereka,"jawab kanak -kanak itu.

"kenapa ayahmu tidak membelikan baju baru untukkmu"? soal baginda lagi .
"Ayah saya sudah meningal dunia.Ibu pula berkahwin lain .Bapa tiri saya tidak pernah pedulikan saya".

Rasullulah s.a.w berasa sayu mendengar kata-kata anak yatim itu,lalu baginda bertanya sama ada kanak-kanak itu mahu menjadi anak angkatnya.

"Adakah tuan ini Rasullulah?"tanya si anak yatim itu.
Rassullah s.a.w menganguk.
"sudikah kamu menjadi anakku?"baginda bertanya sekali lagi

kanak-kanak kecil itu terus memeluk kaki Rasullulah s.a.w dengan penuh kegembiraan .Baginda mendukung anak itu dan membawa anak-anak itu pulang ke rumah .Rasullulah s.a.w sendiri yang memandikan kanak-kanak itu di berinya pakaian baru,di suapkan makanan dan di beri sebuah beg yang berisi duit.Selepas itu baginda membiarkan kanak-kanak itu bermain bersama rakan -rakanya..

Betapa mulianya sifat Rasullah s.a.w  contohilah sifat kasih sayang baginda terhadap anak anak yatim..atas dasar itulah orang yang paling di cintai ALLAH S.W.T ialah orang yang mencintai makhluknya..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)