SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

VARIASI KURUNG TRADISIONAL

Teringat le pulak lagu Raya hehe bila sentuh bab nie"SEPASANG KURUNG BIRU" ini menbuktikan baju kurung mempunyai kelebihan tersendiri apatah lagi memberi impak anggun,kesopanan pada si pemakai..
Baju kurung juga menjadi perkara wajib pada hari  kedatangan syawal,perubahan zaman dan melalui revolusi tersendiri.

1.BAJU KURUNG TELUK  BELANGA(Baju Kurung Standard)
Baju kurung Teluk belanga atau Baju kurung  Johor mula di perkenalkan semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar.Ketika itu Almarhum bersemayam di Teluk belanga Singapura dan berpindah ke Tanjung Puteri pada tahun 1866(Kini di kenali Johor Bharu)Almarhum menetapkan supaya baju Perempuan labuhnya hingga bawah lutut dengan alas lehernya halus dan tidak berkocek.
     Terdapat pelbagai bentuk sulaman yang di padankan pada bahagian leher seperti mata lalat,Tulang belut dan insang pari.Semasa pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu bakar pakaian tersebut telah di ubah mengikut cadangan Allahyarham Jaafar bin Haji Muhammad,Menteri besar Johor pertama.Beliau menambah satu kocek pada baju perempuan .Hari ini ,Baju teluk belanga menjadi sinonim dengan baju kurung tradisional yang berpotongan standard.

2.BAJU KURUNG CEKAK MUSANG
    Baju Kurung Cekak Musang adalah sama dengan baju kurung Teluk belanga Kecuali Pada bahagian lehernya.Leher Baju Kurung Cekak Musang ada Kolar.
Kolar tersebut hanya selebar satu jari dan kedudukan menegak.Pada bahagian hadapan kolar ada bukaan panjang yang berkancing.Potongan baju ini di percayai menerima pengaruh dari india dan China.

3.BAJU KURUNG KEDAH

Baju kurung kedah di percayai berasal dari Selatan Thai ,Kerana Baju tersebut menyerupai blaus pendek di buat singkat sampai ke paras punggung di selatan Thai.Baju kurung Kedah terdiri daripada kain cita(kapas) yang berbunga kecil ataupun kain kasa tebal atau nipis yang jarang serta potongan leher bujur sirih.
     Baju Kurung Kedah di pakai bersama kain sarung di ikat ambak mengalur dan di masukkan sebelah kiri atau kanan.Baju kedah boleh di sifatkan sebagai pakaian seharian atau pakaian basahan.

4.BAJU KURUNG MELAKA.

Pakaian tradisional wanita melayu melaka pula selesa mengenakan baju kurung teluk belanga dengan menpunyai hiasan dada di hiasi sibar layang(tambah atau lapisan pada tepi baju )dari baldu bertekad manik dan labuci.

5.Baju kurung Pahang

Baju kurung Pahang atau di kenali baju kurung Riau Pahang pula menyingkap pertalian sejarah antara kedua-dua negeri,Riau dan Pahang.Riau berjauhan,perhubungan Politik dan sosial budaya yang terjalin sewaktu zaman Kerajaan Melayu Melaka terserlah dengan terciptanya potongan pakaian ini yang juga di kenali sebagai baju belah atau baju kebaya Turki.Berbeza dengan pesak baju kurung kedua-dua bahagian tepi baju kurung Riau Pahang berpesak kembang  yang di sambungkan kekek gantung.Baju berkolar tinggi ini amat menarik sekali di pakai dengan tujuh atau sembilan butir butang.

6. BAJU KURUNG MODEN

Rekaan baju kurung moden lebih kotemporari tetapi masih mengekalkan ciri -ciri keasliannya.Olahan para pereka kini mula menumpukan pada perincian seperti sulaman ,Kerawang,manik,batuan,dan renda yang memberi sentuhan mewah pada baju kurung,Variasi material seperti satin ,Organza ,Sifon,sutera,batik dan linen memeriahkan lagi inovasi busana tradisi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)