SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

PENGALAMAN BERNILAI berkerja sambilan

TIPS KAMPUS
Sekarang merupakan cuti semester bagi setengah pelajar universiti mahupun kolej Ermm
selain bercuti ,Apa yang boleh kamu lakukan ya??Apa kata ,kamu gunakan cuti semester nie dengan melakukan kerja sambilan atau parttime job.Percaya atau tidak banyak kelebihan yang kita perolehi Demi masa pasti tidak akan rugi dek masa terbuang begitu sahaja

Jom tinjau kelebihannya:

DAPAT MENGUTIP PENGALAMAN
Walaupun kadangkala pekerjaan yang kamu lakukan tidak lama dengan kursus yang kamu pelajari di kampus.Kerja parttime ini sebenarnya mampu memberikan pengalaman baru buat kamu.Pengalaman ini boleh menjadi Alat untuk menjelaskan erti kehidupan sebenar sebelum kamu benar-benar laluinya.

DI APLIKASI KAN DALAM PERKERJAAN AKAN DATANG.
Bukan mudah untuk memperoleh kerja sekarang.Pengalaman daripada bekerja sambilan mungkin boleh membantu kamu mengaplikasikan pengalaman tersebut untuk mengintai peluang pekerjaan kelak.

MELAHIRKAN NILAI MURNI
Tugas di tempat kerja mampu membina jati diri kamu,Hal ini kerana ,kerja memerlukan kamu menepati masa ,mendengar arahan,memupuk sikap rajin dan menguruskan masa dengan baik.Sikap Malas ,Tiada Wawasan hidup dan tidak berkeyakinan mungkin boleh di Ubah apabila kamu melakukan kerja separuh masa.

MASA DAN WANG
Dengan bekerja sambilan,kamu dapat mengunakan masa cuti semester kamu dengan baik.Selain dapat mengisi masa dengan baik .Ia juga mampu menambah sumber pendapatan.so,bila buka semester nanti kamu boleh mengunakan wang tersebut untuk membeli barang-barang keperluan dan pada masa yang sama dapat meringankan beban ibu kamu.

MAMPU MEMBENTUK PERSONALITI YANG MENARIK
   Apabila bekerja,Kamu akan berdepan dengan pelbagai lapisan Masyarakat.Hal ini juga mampu membantu kamu untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan membentuk  personaliti yang menarik. Demi masa semestinya Kita tidak akan rugi jika kita memanfaatkanya....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)