SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

KEUTAMAAN ILMU

Daripada Kathir bin Qais meriwayatkan :Aku duduk di sisi Abu Darda ; aku datang dari Madinah ,Kota Rasullulah s.a.w hanya semata-mata kerana satu hadis yang aku di maklumkan engkau meriwayatkan daripada baginda.
Berkata Abu Darda ;"Apakah engkau datang kesini dengan niat untuk berniaga ?" Dia menjawab ."Tidak."lalu Abu Darda berkata ;sesunguhnya aku mendengar Rasullulah s.a.w bersabda sesiapa yang berjalan keluar untuk menuntut ilmu ,nescaya Allah memudahkan jalanya menuju syurga .Para Malaikat akan menghamparkan sayap sebagai tanda redha dengan penuntut ilmu.Semua yang di langit dan di bumi akan memohon ampun untuk penuntut ilmu sehinggakan ikan di lautan .Keutamaan seorang alim ke atas seorang Ahli ibadat seumpama keutamaan bulan di bandingkan kesemua bintang-bintang .Ulama itu pewaris para Nabi ,para nabi tidak mewariskan dinnar atau dirham tetapi mewariskan ilmu.Sesiapa yang megambil warisan tersebut maka dia telah memperoleh keuntungan yang besar."
(Riwayat al-Tarmizi)

Dari keterangan hadis ini,dapat kita megambil kesimpulan bahawa Islam amat mengutamakan kedudukan ilmu dan  ulama.Islam amat mengalakan penganutnya agar menimba ilmu pengetahuan.Dengan ilmu ,manusia akan lebih bertambah maju dan bertemadun.

*ALIM LEBIH BAIK DARIPADA ABID*
Sebagai pengetahuan 

Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasullulah s.a.w bersabda :
"Seorang alim lebih di takuti oleh syaitan daripada seribu seorang abid.
"(Riwayat al-tarmizi)"
    
seorang yang alim akan beramal dengan ilmu ,sedangkan seorang abid itu berkemungkinan beramalkan sesuatu itu tanpa penghayatan ilmu .Oleh itu ,Keterangan hadis di atas adalah tepat sekali bahawa
"keutamaan seorang alim ke atas seorang ahli ibadat seumpama keutamaan bulan di bandingkan kesemua bintang-bintang."

Memandangkan golongan orang yang alim lebih mengenal Allah dan sifat-sifatnya serta mengetahui halal dan haram.maka manusia yang tinggi darjatnya di dunia ini adalah Ulama dan berilmu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)