SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

PELIHARALAH DENGAN NIKMAT BERSYUKUR...

ALHAMDULILAH...
Dengan Selawat dan Salam keatas Rasullulah ku bersyukur dengan nikmat Allah..Ketahuilah sekali berselawat ke atas Rasullulah s.a.w
Maka Allah s.w.t akan berselawat ke atas diri kita dengan 10 kali selawat..

    Nikmat Allah s.w.t bermacam-macam bentuk sama ada lahir atau batin .Dapat di lihat atau tersembunyi .Hanya manusia sajalah yang kurang pandai memelihara dan menghargai nikmat,sehingga ia merasai seolah-olah belum di berikan sesuatu pun oleh Allah s.w.t.

    Mata yang boleh melihat ,telinga berupaya mendengar dan akal mampu berfikir semua itu adalah nikmat Allah yang begitu berharga.Tanpanya adakah manusia mampu hidup dan sempurna?? Renung-renungkanlah.

Bersyukurlah melalui hati,lidah dan angota badan.
HATI
Mengakuilah dan menyedari sepenuhnya bahawa segala nikmat yang di perolehi berasal dari Allah S.W.T dan tiada seorang pun selain Allah S.W.T yang dapat memberikan nikmat itu.

LIDAH
Mengucapkan secara jelas ungkapan rasa syukur itu dengan kalimah Alhamdullilah (segala puji bagi Allah)

Angota Badan
Mengunakan nikmat  yang di berikan oleh Allah S.W.T ke arah perkara yang baik dan di redhai Allah S.W.T bukan ke arah maksiat.

Dengan bersyukur ,Allah menjanjikan untuk menambahkan nikmat itu,Manakala jika memilih untuk kufur ketahuilah Allah mengingatkan bahawa azabnya amatlah pedih.

Allah juga berfirman bermaksud:
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan dia( Allah)
Mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran)supaya
Kamu bersyukur."
(surah an-Nahi:16)

Nikmat yang besar bagi manusia adalah nikmat iman.Orang yang kufur nikmat Allah S.W.T adalah orang yang mengunakan nikmat Allah ke arah ke maksiatan
Seorang itu di kira bersifat angkuh terhadap Allah s.w.t .Jika ianya berasa bahawa semuanya yang ada padanya adalah kerana kepandaian dan hasil usaha diri manusia itu sendiri.
   ketahuilah.perasaan ini memudaratkan tauhid dari dalam jiwa manusia.Oleh sebab itulah kita sebagai makhluk Allah S.W.T yang senantiasa mengharapkan keredhaan-Nya di harapkan di beri kesedaran dalam mensyukuri nikmat yang sunguh besar yang telah Allah S.W.T berikan kepada kita serta Allah S.W.T berjanji akan menambah nikmat kurnianya jika manusia bersyukur.

REDHALAH....
Sebaiknya belajarlah erti redha supaya kita manusia tidak mudah hanyut,dan leka .Setiap ujian pasti ada hikmahnya.

Pohonlah tambahan dari kurnia-Kurnian Allah itu  sebanyak yang perlu kerana perbendaharaan langit dan bumi itu adalah dalam gegaman Allah S.W.T dan segala rezeki sesuatu ada di dalam kekuasaanya.
    Allah mengerakkan setiap sesuatu menurut kehendaknya sendiri,sedangkan Dia Maha berkuasa atas segala sesuatu.
Tidak ada manusia yang rasa dirinya gah mampu keluar dari dunia ini dan mencipta satu dunia lain berdasarkan kemahuan sendiri .Tidak ada manusia yang begitu kuat sehingga berupaya menahan malaikat Izrail dari mencabut nyawanya!
    sebelum luluhnya sebuah impian untuk menghuni syurga dengan penuh kenikmatan yang tidak tercapai oleh akal manusia untuk membayangkannya.Maka bersyukurlah,Ingatlah Allah banyak-banyak pada waktu pagi,siang mahupun malam ,ketika senang ataupun susah.

Sentiasalah ingat firman Allah yang bermaksud:
,"Oleh itu,ingatlah kamu kepadaku (dengan mematuhi hukum dan peraturan -ku) supaya aku membalasmu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepada ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmatku),"
(surah al-Baqarah:152)

Allah memiliki segalanya ,Ingatlah padanya dengan mematuhi segala suruhan dan meningalkan segala larangan Nya .kemudian bersyukurlah dan jangan menjadi orang yang kufur.Jangan jadi manusia yang sombong yang tidak pandai berterima kasih kepada Allah S.W.T.
sesunguhnya manusia memerlukan Allah tempat bergantung harap.tetapi Allah tidak memerlukan manusia untuk memberi rezeki kepada-Nya.

       ~ ALHAMDULLILAH~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)