SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

Jom Diet:8 tips Diet tanpa gagal.

Arrgghh..susahnya nak berdiet macam orang lain baru seminggu dah berhenti separuh jalan ..Macam mana nak kurus kalau macam tu semangat pun tak kuat..jom kita capai target diet hmmm..

JADIKAN PENIMBANG BERAT BADAN SEBAGAI RAKAN KARIB

Angaplah penimbang berat itu sebagai kawan kamu dan bukannya musuh.cuba timbang berat badan setiap hari sekali di waktu pagi di situ kamu akan dapat melihat bagaimana graf berat badan kamu sepanjang itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu sebelum ini.

SENARAIKAN SETIAP MAKANAN YANG KAMU MAKAN
kamu perlu menulis berapa jumlah makanan supaya kamu tahu jumlah kalori yang di ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan harian.Cara ini akan membuatkan kamu sentiasa berhati-hati dalam memilih makanan.

TULIS TARGET DI TEMPAT YANG MUDAH KAMU LIHAT
   Tulis dan letakkan di tempat yang sering kamu nampak seperti monitor komputer ,peti sejuk,dalam dompet,atau pun di depan cermin .Target itu tidak semestinya tentang berat badan malah target lain seperti minum air kosong secukupnya,makan buah-buahan atau tidur lapan jam sehari!
    Beritahu rakan karib tentang target supaya mereka boleh mengingatkan kamu sekiranya terlupa.

AMBIL SARAPAN SETIAP HARI
   pegambilan sarapan dapat membantu kamu dapat meningkatkan kadar metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimun .Apa yang kamu ambil semasa sarapan sangat penting .
    Pilihlah makanan yang megandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti Oat,roti dan emping.

MINUM AIR YANG SECUKUPNYA
     Mereka yang minum air kosong secukupnya akan megambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air.Selain air kosong .kamu juga di sarankan minum air yang rendah kalori seperti teh,air limau dan jus buah-buahan segar.

RANCANG SNEK DALAM PEMAKANAN HARIAN
    sesetengah orang menjaga makanan yang di ambil semasa makan tengahari dan makan malam .Tetapi yang menjadi masalahnya terdapat juga mereka yang tidak menjaga kuantiti snek mereka yang ambil ketika mereka lapar.
   Oleh itu,kamu di galakkan merancang snek yang ingin kamu ambil dan kira berat kuantiti kalori snek tersebut .

PILIH PENCUCI MULUT RENDAH KALORI.

Jika teringin makan makanan yang manis ,eloklah memilih pencuci mulut yang rendah kalori seperti dark chocolate atau yogurt rendah lemak.
   selain itu,menyimpan stok sugar free chewing gum apabila kamu terasa lapar di tengah-tengah malam.

MAKAN MALAM DENGAN TENANG

Elakkan makan dengan cepat semasa makan .Kajian membuktikan mereka yang makan dengan perlahan dan tenang ,cenderung untuk berasa kenyang dengan cepat kunyah makanan perlahan-lahan  dan nikmati makanan yang di makan itu dengan sebaiknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)