SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

Relakah Kita Menjadi Hamba NAFSU??

Hakikatnya ,wanita yang memelihara diri itu lebih cantik daripada bunga,lebih wangi daripada haruman kasturi...itulah wanita terbaik..

       Nikmat yang di rasakan terlalu membahagiakan di selimuti keinginnan hawa nafsu dan keindahan duniawi memang akan membuah bahagia dalam penipuan ,begitu hakikatnya kita...Terlalu suka melakukan perkara yang di tegah ,selagi ada peluang selagi itulah mahu kita lakukan..
     Mahu melawan keinginan diri yang sentiasa bergelora bukan mudah ,mujahadah nafsu itu perlu..
selalunya perkara yang terlarang atau buruk memang menarik perhatian kita,Apatah lagi jika ia di lakukan sembunyi-sembunyi,seronok ..hakikatnya tidak mustahil kita akan menjadi hamba sendiri..
nafsu pula yang mengarahkan kita ,bukan kita yang mengendali nafsu!
maka,Relakah kita semua semua menjadi hamba nafsu?Na'udzubillahimindzalik.
       Islam tidak pernah melarang lelaki dan wanita menjadi kawan,sifat lengkapnya agama Allah s.w.t ini ialah mengariskan panduan dan cara untuk bergaul dengan sebaik-baiknya mengikut syarak,menjaga pergaulan tidak bererti memutuskan silaturahim..ramai yang salah anggap bila ia terjadi,,
ada sesetengah melihat pergaulan bebas itu perkara biasa,bersentuhan antara lelaki dan perempuan perkara itu tidak di hairankan...kata mereka ikut perkembangan zaman..pada mata mereka ,orang yang menjaga pergaulan itu jumud..tidak pandai bergaul.malah lebih teruk pula apabila ia mengundang zina sedangkan perkara zina itu adalah tidak di redhai ALLAH..

PERNAH KAWAN SUE BERKATA:
kadang-kadang tengok orang lain boleh je bergembira,tak perlu risau bab aurat itu ini..?

saya tersemyum bila mengenang setiap pertanyaan...
Memang ,jiwa kita sudah sinonim dengan keseronokkan,kata orang hidup hanya sekali mesti enjoy...
mahu enjoy dalam hidup..enjoylah kerana islam tidak pernah melarang umatnya,lebih-lebih lagi yang muda belia untuk berseronok menghiburkan diri,tetapi islam juga ada pengamalnya ,Mahu enjoy di persilakan tapi pastikan apa yang di lakukan tidak terkeluar dari landasan kebenaran..jika kita meneliti dan melembutkan hati melihat Islam ini bagaimana ..sungguh kita akan terima kasih dan bersyukur tidak terhingga kepada ALLAH S.W.T .
      Bukan untuk mengonkong kita,Islam itu cara hidup yang membawa pengamalnya kepada kesejahteraan..
itulah janji ALLAH S.W.T !
   Diri kita itu secara hakikat dan fitrahnya adalah suci  maka hargailah kesucian yang ada dalam mendidik diri dengan kesabaran,hiasilah dengan amal soleh,khususnya untuk remaja era kini..perkara yang buruk dan berdosa itu syaitan akan sentiasa mengoda umat Muhammad melihat sebagai indah serta membuai perasaan lagi membahagiakan.MAKSIAT itu hanya menjanjikan kenikmatan yang sementara ,setelah hilang ia ,hanya kesesangsaraan pula menjelma...
SABARLAH menjaga kesucian diri ,bersabarlah dalam menjauhi maksiat ,orang yang sabar itu mendapat tempat di sisinya,SUBAHANALLAH..
"dan ALLAH mencintai orang yang sabar -Ali Imran:146

MASYAALLAH... TABAARAKALLAH...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)