SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

Antara Perasaan khusyuk Dan takut dalam DIRI

APA ITU KHAUF...(takut)?
bukan semua orang tahu berbahasa Arab,rata-rata baru sahaja mengenal untuk mencintai bahasa itu,terpaksa atau rela...biar bersahaja agar mudah faham apa yang kita tulis apa yang kita sedang katakan di benak hati lalu jari menaip setiap satu huruf untuk di bentangkan...
sahabat bertanya..APA ITU KHUSYUK??macam tahu-tahu ja....jawab Tahuuuu....saya tersenyum diam sahaja di belakang  "hihihi "... pengalaman yang tak dapat di lupakan..

pendapat saya ,takut itu barmaksud satu perasaan yang mendorong kita untuk lari daripada yang di takuti ,yang mampu menimbulkan satu rasa yang membawa perasaan gelisah ,sedih,kadang kala fobia..
pendek kata,perasaan takut itu suatu perasaan yang boleh menyebabkan jurang antara empunya perasaan ,jesteru,takut membawa kita menjauhkan diri dalam kegoncangan perasaan,
baguskah perasaan takut ini..?
ya,memang bagus .itu kalau kena pada tempat dan ketikanya,takut tidak bertempat pun tidak boleh juga kerana ia memupuk perasaan menjauhkan diri daripada perkara atau benda yang di takuti serta diri sendiri akan susah,kan??
      KHUSYUK itu suatu perasaan yang indah ,yang boleh membawa kita nikmati hakikat sebenar kejadian diri .khusyuk juga boleh di ertikan sebagai perasaan takut tetapi lebih di baluti rasa cinta dan kasih,ia menyebabkan kita tengelam merasai kenikmatan perasaan tersebut,ia juga adalah satu perkara yang di muliakan ,membesarkan dan mengagungkan pencipta perasaan khusyuk itu sendiri .
perasaan takut itu boleh menyebabkan jurang dengan sesuatu perkara .
khusyuk itu suatu perasaan merendah diri yang sebahagian daripada takut .tapi takut jenis ini lebih kepada mencintai dan mengakui kelemahan diri dengan mengharapkan sesuatu daripada perasaan tersebut,ia juga suatu perasaan yang di satukan dengan pengakuan memuliakan,dan mengagungkan pencipta perasaan itu sendiri....
     Jika tidak kita ini ibarat layang-layang tanpa tali yang di terbangkan mengikut arah angin ,kita ini bila -bila masa sahaja akan tersangkut pada dahan pokok lalu akhirnya terkoyak..
tempatkanlah perasaan takut dan khusyuk itu pada yang selayaknya ,biar diri sendiri tahu kenapa perlu kita menanam perasaan takut itu,rasa takut yang menyebabkan jurang dan rasa khusyuk yang menerbitkan kerendahan di hadapan ALLAH s.w.t.
      Takut kepada ALLAH s.w.t hakikatnya takut pada azabnya ,Ini membawa kesedaran takut untuk melakukan segala larangannya yang boleh membangkitkan kemurkaan ALLAH s.w.t yang maha pengasih kepada kita.Mengharapkan keredhaan dan perhatian serta syurganya sepanjang melakukan ibadat semasa hayat adalah perasaan khusyuk dalam takut.Mengabadikan diri dengan mengharapkan kuasa daripadanya untuk mempermudahkan segala urusan juga termasuk bahagian perasaan khusyuk.
      Takut kepadanya kerana azabnya,kasih dan cinta kepadanya kerana sifat pemurahnya!!
                                                      ~MASYAALLAH~
         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)