SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

SALAM MAULIDUR RASUL


Mari berselawat ke atas jujungan Nabi Muhammad s.a.w,jangan sesekali kita lupakan Nabi Muhammad s.a.w selalulah kita berselawat dan juga janganlah kita sering lupa sunnah yang di tinggalkannya..

Alhamdullilah,segala puji dan kita rafaatkan kepada Allah yang telah memberikan nikmat kepada kita ,selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad s.a.w para nabi dan Rasul petunjuk jalan al-Haq dan Daie sepanjang jalan.

Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda s.a.w namun haruslah kita juga bertanya di benak fikiran sejauh manakah kita mencontohi mengimplitasi pusaka peningalan baginda s.a.w di dalam kehidupan kita ,namun spirit dan ruh perjuangan baginda tetap membara dalam sanubari kita.

sahabat fillahku,
Ayuh,kita mengali semula mutiara keindahan hidup baginda s.a.w ,marilah kita susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan Baginda bagi memacu semula gerakkan pencerahan dan pembangunan semula satu peradaban,biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu namun jiwa perjuangan baginda tetap mekar dan dekat di hati kita..

wasalam...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)