SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

MENCARI RUMAH KEKAL ABADI

PENCARIAN KUNCI KEPADA RUMAH KEKAL ABADI PADA HAKIKATNYA TIDAK TERLALU SUKAR KERANA KAEDAHNYA  TELAH DI NYATAKAN DENGAN JELAS DI DALAM AL-QURAN
carian google

    Pintu boleh di buka dan di katup,bila membuka pintu kerana mahu meningalkan rumah,mata menoleh ke belakang berniat mahu memastikan ia terkunci,malah beberapa berniat mahu memastikan ia terkunci.Malah beberapa kali kita mencuba semula sama ada ia masih boleh di buka ,aneh meskipun baru sekejap tadi kita tahu bahawa anak kunci rumah baru di cabut.pintu mahu di katup rumah mahu di kunci ,barangkali ada sesuatu di dalam rumah kita mahu ia selamat kita masih terfikir,berkuncikah rumah?
    Perasaan was- was muncul dan boleh menimbulkan kebimbangan yang tidak sepatutnya .Bila pulang kita mencari-cari anak kunci daripada gugusan yang ada ,Ada masanya sekali pilih tetapi acap kali berulang kali.Dan selama-lama bertahun ia begitu,ramai tidak mahu belajar bagaimana ia mahu membuka pintu dengan sekali memilih anak kunci,ia kelihatan tidak terlalu mustahak kerana akhirnya pintu akan terbuka,,
     Pintu rumah itu milik kita ,ada perjanjian dan hak milik kita,sekurang-kurangnya ketika hayat dunia. Namun sampai masa apabila roh dan jasad bersatu kembali setelah berpisah dan mencari-mencari rumah baru tetapi terhalang ,ia bukan rumah biasa yang kita kenali..hanya ada rumah kekal abadi namun kuncinya tiada di tanggan ,Tuan rumah menyebut melalui surah Al-Araaf ayat 40 yang bermaksud:
"sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat ( perintah) kami yang angkuh( merasa dirinya lebih)daripada mematuhinya ,tidak sekali -kali akan di bukakan bagi mereka pintu -pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan"
    Rumah kekal abadi sudah tersedia kuncinya perlu di cari ,ia ada dalam diri ,namun manusia tidak mahu belajar seumpama mencari sesuatu anak kunci daripada segugus yang banyak.

sikap manusia
hakikatnya ,pintu rumah yang kekal abadi sudah tersedia dan ia di nyatakan oleh Allah swt melalui surah shaad ,ayat 49-50 yang bermaksud :
"ini adalah kehormatan bagi mereka dan sesungguhnya bagi orang yang bertakwa benar-benar (disediakan )
tempat kembali yang baik (iaitu)syurga dan yang pintu -pintunya terbuka bagi mereka."
Rumah terdapat pelbagai bentuk ,pintu yang terpasang pada ruangnya sepadan dengan rumah yang di bina 
,ada pintu cermin ,kayu jati,alumunium dan pelbagai lagi.Jika rumah itu ibarat diri maka melalui pintu itulah diri mampu melihat dari dalam dan luar .Namun melihat sahaja tidak mencukupi ,ia perlu di katup kemas bila mahu meningalkan rumah dan mudah di buka apabila pulang semula .
     Tidak,kita mahu menunggu unta memasuki lubang jarum untuk di benarkan kembali ke rumah yang kekal abadi ,ia sindiran daripada Allah swt yang sangat menyesakkan dada bagi mereka yang mahu berfikir ,malah sifat angkuh dan sombong manusia di dunia bakal menjadi mereka begitu.

Pencarian
Hakikatnya ,pencarian kunci rumah kekal abadi tidaklah terlalu sukar ,kaedah itulah di nyatakan ..wahai teman mari kita renung sejenak,jika kita teragak untuk mendiami rumah di syurga firdaus ,Allah swt telah memberi garis panduanya melalui surah al-mu',minun ayat 1 hingga 11 yang bermaksud:
"sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang nya.Dan mereka menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia .Dan mereka berusaha membersih hartanya dengan menunaikan zakat harta itu dan mereka menjaga kehormatan mereka .kecuali pada isterinya atau hamba sehayanya .maka sesungguhnya mereka tidak tercela ,kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian ,maka merekalah orang-orang yang melampaui batas .
"Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya .dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya .mereka itu orang -orang yang berhak mewarisi .Mereka akan mewarisi syurga firdaus mereka kekal dalamnnya."
 wahai temanku..berusahalah kejar untuk meraih kejayaan di akhirat dengan melakukan amal kebaikkan ketika di dunia..tinggalkanlah perkara yang tak berfaedah itu..Manfaatkanlah ilmu-ilmu yang ada..
bayangan keadaan rumah di sini (syurga) sungguh mempersonakan ,Misalnya ia telah di nyatakan terdapat sungai-sungai yang mengalir di bawahnya .sesungguhnya setiap kali kita di berikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan ,maka kita akan berkata 'inilah yang telah di berikan rezeki yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya ).
    Malah pasangan kita di rumah yang kekal abadi yang sentiasa bersih suci serta tidak sekali -kali mempunyai perasaan cemburu ,khianat dan dengki.Ia kehidupan yang kekal selama-lamanya .Begitulah kunci rumah di sana hanyalah bayangan semata.Ia tidak perlu dipegang segugus kunci yang banyak.kita tidak perlu menoleh ke belakang setiap kali meningalkan rumah tersebut.Saya terfikir ia sentiasa terbuka terdedah dengan tiada siapa yang mempedulikanya .Masing -masing sudah mempunyai rumah sendiri yang terbaik.
                                          
                                                               ~ moga damai di hati~

2 ulasan:

  1. Subhanallah.. perkongsian yg sgt baik utk dijadikan peringatan & renungan buat kita semua.. t kasih..

    BalasPadam

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)