SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

ORANG YANG PALING DI BENCI OLEH ALLAH..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



SIAPAKAH MEREKA?
"sesunguhnya orang yang di benci oleh manusia adalah orang yang paling degil dan suka bertelingkah"
Iman Ghazali dalam kitab bimbingan ada menyebut,pertelingkahan adalah sifat terkeji dan di larang agama ,Daripada pertengkaran dan berbantah -bantah kita bertelingkah ,jika menjadikan ianya satu tabiat dan terus berdegil serta tidak mahu berubah ,maka sikap macam ni lah yang akan mengundang benci Allah swt.



orang yang degil dan suka bertelingkah atau pun bahasa yang paling mudah suka bergaduh akan beria-ia untuk menegakkan sesuatu yang batil ataupun tidak sehinggakan mengeluarkan kata -kata yang tidak baik serta menyakitkan hati di antara dua belah  pihak, maka sikap inilah yang akan di cela oleh Allah swt.

         Betapa hairannya sikap manusia seperti ini:
  • mereka tahu akan mati,tetapi terus bersuka ria dan terus melakukan perkara yang tidak baik
  • mereka boleh gelak ketawa sedangkan tahu di sana ada api neraka
  • mereka boleh berangan-angan besar sedangkan tahu dengan qadak (ketentuan Allah)
  • mereka mengenal dunia dan perubahannya yang pantas tetapi boleh berasa aman dan sentosa 
  • mereka yakin akan di hisab (di hari kiamat tetapi tidak beramal)


    akhir kata,telitilah masa jika kita berfikiran waras ,mengambil berat urusannya,sedikit berbicara kecuali kepada yang perlu sahaja., peliharalah hati dan lidah dengan kata yang baik-baik kerana kata-kata yang baik dapat kita mencuci hasad dengki serta dapat meredakan api kemarahan ,menenangkan jiwa serta membuka akal untuk bertenang dan berfikir secara Rasional..