Demi Allah ,andai bukan kerana takut di sangka aku gentar untuk menghadapi maut,maka solatku ini akan ku tunaikan dengan lebih panjang."Doa Khusaib bin Adi seusai memberi salam sewaktu menunaikan solat sunat terakhir sebelum di pancung oleh kaum Quraisy.
Di tengah panas dan terik yang membahang dia di heret satu kawasan di Tanaim iaitu salah satu tempat miqat umrah.Di situlah dua orang sahabat ,juga Da'i yang sangat taat dengan ajaran Allah menembuskan nafas terakhir di hujung pedang kaum musyirikin.
Sebelum di pancung ,Khusaib di salib terlebih dahulu lelaki itu mengikut jejak sahabatnya,Zaid bin Addutsunnah yang menjalani hukuman lebih awal.sebagaimana lazimnya masyarakat Arab,sebelum hukuman qisas di laksanakan pesalah di beri peluang untuk melafazkan permintaan terakhir,di kesempatan itulah Da'i yang bijaksana ini meminta izin untuk menunaikan solat sunnat dua rakaat ,setelah permintaan di terima ,dia meminta solat dengan tenang dan khusyuk,seolah -olah tidak ada apa-apa yang bakal berlaku.
TIDAK TAKUT DENGAN KEMATIAN
Sebelum sahabatnya ,Zaid juga kembali ke pangkuan Illahi di tempat yang sama,sebelum di bunuh,ketua Musyirikin Mekah,Abu Sufian bertanya Da'i itu dengan kasar ,"wahai ,si bedebah,adakah kau suka andai tempat mu ini digantikan Muhammad?Dan kau boleh kembali kepada keluarga serta hidup dengan bahagia"
dengan berbekalkan Iman yang teguh di dada ,dengan tegas dia menjawab ,"tidak"biarlah aku yang menangungnya.Aku tidak akan biarkan Rasullulah merasai kesakitan walaupun hanya di tusuk dari kecil di rumahnya,"
Abu Sufian bertambah baran tatkala mendengar jawapan tersebut "Dalam keadaan getir begini pun kau masih membela Muhammad s.a.w ?Namun,lelaki itu masih kelihatan begitu tenang ,tanpa sedikit pun takut dengan apa yang akan dilalui ,Justeru,Abu Sufian memerintahkan agar hukuman di laksanakan segera.Dalam sekelip mata sebilah pedang yang tajam berkilat memenggal leher Zaid .Darah memancut keluar membasahi tanah.
Abu Sufian tergamam kesetiaan lelaki itu dan sahabatnya yang lain kepada Muhammad.Begitu juga mereka yang melihat kejadian tersebut ,terdetik rasa kehairanan di hati masing-masing,"Aku tidak pernah menemui seseorang yang begitu di kasihi dan di sayangi oleh sahabat seperti Muhammad"ungkap Abu Sufian.
KERANA DENDAM
Bukan hanya mereka berdua yang menjadi kekejaman musuh islam,Ia adalah rentetan peristiwa enam orang Da'i yang dihantar oleh Nabi untuk mengajar agama islam ke sebuah daerah di Tanah Arab.Suatu hari ,Rasullulah menerima kedatangan pedagang yang menyatakan untuk memeluk islam,kehadiran di sambut baik oleh baginda pada masa itu tanpa sedikit rasa syak wasangka,Mereka di minta Baginda menghantar 6 orang Da'i yang mahir tentang islam ke daerah yang di maksudkan pedagang tersebut.Sebaik sahaja tiba di kampung bernama AR-RAJI sebuah daerah di bawah kekuasaan suku Huzail,masa itu barulah mereka sedar tentang helah dan perangkap mereka bahkan kumpulan lelaki itu turut meminta bantuan daripada suku huzail.
Dengan pantas mereka mengankat pedang untuk mempertahankan diri.sementara sekumpulan pedagang menjerit ,"sabar wahai saudara-saudara kami bukan berniat untuk membunuh kami hanya ingin menjual kalian dan hambanya di Mekkah.Mendengar kata-kata itu ,mereka sedar bahawa apa yang akan berlaku lebih buruk daripada terbunuh dalam pertempuran yang tidak berimbang itu,sambil diiringi dengan takbir ,mereka menyerang musuh yang cuba memanipulasikkan keadaan .Mka terjadilah pertarungan yang sangat sengit,keenam-enam Da'i tadi berjuang habis-habisan biarpun jumlah musuh lebih ramai.
Dalam pertempuran itu ,seorang demi seorang utusan Nabi mati syahid.Seorang daripada mereka di lontari di hujani dengan batu oleh penduduk setempat sehingga gugur yang tinggal hanya dua orang sahabat Zaid dan Khusaib.Mereka juga tewas akhirnya dan di bawa ke pasar Mekah ,kedua-dua terpaksa juga mengalah apabila di kepung oleh musuh.Zaid di beli oleh Safwan dan Umayyah.
Ayah safwan ,iaitu Umayyah bin khalaf ialah tuan kepada bilal bin Rabah dan Amir bin Furairah yang terkenal dengan kezaliman yang menyeksa hamba sahaya.Bilal juga pernah di jemur di tengah perit mentari dengan badan di tindih dengan batu bagaimanapun Perang Badar,dia tersungkur di tengan Bilal yang pernah menjadi orang suruhannya.
Sementara Khusaib pula di beli oleh Uqbah bin Harits sebagai membalas dendam terhadap kaum muslimin .Kekalahan umat islam pada perang uhud menbangkitkan kemarahan di kalangan Kaum Badwi di sekitar Madinah ,mereka mencemuh dan mengunkit dendam lama yang tidak bersekesudahan dan sudah terlalu lama terpendam sehingga tiba kejadian yang menyayat hati itu.
Biarpun Dai enam bersahabat itu menemui Ajal di tanggan kaum Musyrikin ,Namun ia meninggalkan kesan yang sangat mendalam umpama wangian di syurga .keikhlasan mereka membuatkan munculnya lebih ramai Da'i yang memiliki peribadi ,keikhlasan semangat juang yang jitu,Malah kumpulan ini telah pergi merata pelusuk pendalaman untuk menyampaikkan dakwah dan megembang ajaran suci ke seluruh tanah Arab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)