SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

ADAKAH KITA INI SEORANG MERENDAH DIRI?

Kelemahan itu adalah sesebuah kekuatan bagi hati yang belum mati ,Apabila musibah menyinggah,saat itu kita merapat kepada Allah swt.
     Secara ringkasnya,hidup kita jika di teliti betul-betul banyak waktu penuh dengan rasa di lema,rasa terbeban dengan pelbagai masalah ,Apabila masalah itu pula bersangkut paut urusan dengan manusia lain,sangat serabut.
     Tanyalah pada diri sendiri,memangkan,bila di timpa masalah dengan pelbagai bebanan,barulah kita akan meminta bersunguh -sunguh kepada Allah swt .Apabila bebanan itu selesai kita akan berasa gembira ,sangat bersyukur sambil memuji-mujinya ,hari demi hari kehidupan menjadi tenang saja,maka tercipta lagi hijab kejauhan antara kita dan DIA.
     saya teringat kisah firaun yang megah saat Allah SWT membinasakan dia.
Masih ingat kisah firaun yang mengaku tuhan pada zaman Nabi Musa a.s?
    Hubungan antara manusia dengan manusia sendiri pun ada waktunya hilang perlahan-lahan ,hilang yang sangat halus pada pandangan wanita sehingga hati itu tidak dapat merasainya.Apabila sudah di tinggalkanya kerana asyik dengan diri sendiri dan apa-apa sajalah maka baru kita akan sedar lalu tercari-cari manusia itu.
    Apatah lagi hubungan dengan Allah swt,tika dia memberikan kebahagian berupa harta dan kesenangan hati,ada yang mudah alpa ,lalai lalu akhirnya tengelam dalam kenikmatan itu sehingga dia menarik perlahan-lahan nikmat yang di berikan.
     Bila sudah lemas dalam kesusahan ,rendah dalam kepayahan barulah manusia akan merendahkan diri di hadapannya.merintih semahu-mahunya!
   syukur kita masih di pandang oleh Allah swt.Di sedarkan daripada satu yang melalaikan.
kisah firaun tidak asing langit sejarah dunia seorang pemerintah yang berkuasa sehingga mengakui dirinya Tuhan .Semua perintahnya mesti di laksanakan.Tidak boleh di bantah dan di cabar atau nyawa berada di hujung pedang.
     Allah SWT Maha Hebat.Di takdirkan suatu hari firaun yang angkuh ,bongkak dan sombong itu di binasakan dengan hempasan ombak .Di pukul dengan alunan air pada mulanya tenang ,bertukar ganas tanpa belas.
       Dia tahu saat dirinya binasa seperti itu ,apa yang terucap di bibirnya ialah
"Amantu birobbi muusaaa waa harun!"
"Aku beriman kepada Tuhan Musa dan Harun"

lihatlah manusia yang angkuh lagi sombong sehingga mengangkat diri menjadi tuhan lain akhirnya mengaku beriman kepada Allah swt saat nyawanya di hujung tanduk..Jadikan ia sebagai pengajaran.

kita tidak perlu menjadi seperti firaun di binasakan dengan sebinasanya barulah dia mahu mengaku wujudnya Tuhan yang beriman kepada tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun,yakni Allah SWT.
kisah firaun ini sepatutnya boleh mengetarkan jiwa kita untuk menundukkan diri kepada Allah.
kuasa Allah SWT itu ,andai saja dengan izin-nya bila-bila masa dan di mana saja kita berada ,Dia boleh datangkan suatu musibah yang tragis dan meragut nyawa kita ,Mati dengan aib?pastinya bukan pilihan kita kan?semua itu kuasa Allah swt..hanya Allah sahaja maha mengetahui di sebalik manusia tidak tahu iaitu keajaiban..
      Ta'alluq billah (kebergantungan kepada Allah swt)
seharusnya tidak wujud hanya apabila berada di dalam kesusahan dan kesempitan .ketika di uji dengan masalah yang berat.Tidak perlu kita menunggu situasi yang sangat sukar sehingga diri tidak terdaya untuk melangkah baru mahu memanggilnya .Tidak perlu menunggu sehingga kita membongkok akibat kesusahan di dalam jiwa baru mahu mencari-mencari kebesaranya.
    Rasa takwa,pasrah dan redha itu menjadi aset kita semua.Memang selalu sangat apa yang kita inginkan tidak menjadi.Apa yang kita tidak ingin ,itulah yang sering yang berlaku .Maka ,semaklah kembali lembaran al-Quran pada surah al-Baqarah:

"boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu pada hal ia buruk bagi kamu" al Baqarah:216

Allah swt bekerja sebagai rahsia.
Teringat kata-kata Ibnu Athoillah:
"ketahuilah ,takdir itu tidak berjalan menurut rancangan kita .Bahkan ,kebanyakan yang terjadi adalah apa yang kita tidak rancang .sedikit sekali terjadi apa yang kita rancangkan"
kata-kata beliau bukan mahu mengetepikan usaha,bahkan ada penekanan terhadap sifat tawakal ,sabar dan redha di situ,Apa yang di maksudkan beliau adalah apabila sudah berusaha dan hasilnya tidak seperti yang di jangka maka pujuklah hati dengan kebesarannya Allah SWT.

~Perancangan dia jauh mendahului perancangan kita~