SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

6 TIPS RUANG TAMU SEMPIT tetap menarik!!!

Macam mana nak menghiasi ruang tamu rumah dengan penuh berseri..Dengan penuh berseri dan mampu mengubah penampilan ruang secara drastik..Namun ruang itu haruslah di hias bagi mewujudkan suasana tenang.

Berikut 6 cara mengatasi ruang tamu lebih selesa..

1.PILIH WARNA CAT DENGAN BETUL
Saya galakkan mengunakan warna cool yang lebih berkesan untuk membangkitkan kelembutan dan ketenangan dan warna siling yang di pilih perlu lebih cerah berbanding warna dinding.Ini membuatkan ruang tamu nampak luas ..kombinasi warna cat matte dan glossy untuk nampak lebih cantik.Gunakan cat glossy sebagai trimming di bahagian tingkap dan pintu.

2. MENGATUR LAMPU HIASAN DAN CERMIN

Untuk menampakan lagi keluasan ruang tamu ,gunakan beberapa jenis lampu bersama cermin muka di bahagian dinding.Sebuah cermin besar dengan pencahayaan penuh atau cermin -cermin kecil yang di tempat strategik akan mengubah pemandangan ruang tamu.

3.MENYUSUN PERABOT

Menyusun perabot di ruang tamu yang kecil sememangnya mencabar .Tambahan pula ,ruang tersebut mempunyai pelbagai kegunaan dan kemudahan untuk pemilik rumah .Dengan itu,cuba susunan perabot yang di luar kebiasaan sebuah ruang tamu.Yang penting fungsi ruang tamu kamu masih dikekalkan.

4.MEMILIH TEMA DEKORASI

Pilih tema hiasan kamu berpandukan warna ,Stail dan bentuk (pattern) yang kamu suka.Gunakan dekorasi dan perabot saiz kecil dan menambahkan beberapa gambar yang paling di sukai sahaja.

5.MEMILIH BARANG PERHIASAN DAN PERABOT
Terlalu banyak item yang bersaiz kecil hanya membuatkan ruang tamu kelihatan sesak jadi gunakan hanya perlu sahaja.Contohnya,lebih baik mengunakan hanya beberapa perabot besar mengantikan sejumlah perabot kecil yang ada di situ atau gantikan beberapa gambar berbingkai di gunakan satu gambar berbingkai yang besar.

6.MENGANTUNG LANGSIR

Megantung langsir dari siling hingga ke lantai adalah satu idea  yang baik untuk ruang tamu sempit .Gantung langsir daripada fabrik  lembut untuk penampilan yang lebih formal ok...

RUMAHKU SYURGAKU... Cukup dengan hiasan ringkas untuk mewujudkan suasana tenang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)