SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

CARA BUAT KEJU (CHEESE) SENDIRI


Assalamualaikum..
tiba-tiba je keluar resepi dalam blog kak sue kali ni..ermm jangan salah anggap k sekadar kongsi resepi je kita pun manusia macam biasa juga tak sempurna ..tapi bagus untuk santapan untuk keluarga apa lagi yang di masak adalah air tangan Isteri  mesti sejuk hati suami..hihi satu tips untuk anda..TAK FAHAM TANYA..JANGAN SENYAP JE..


BAHAN-BAHAN:
1 LITER FULL CREAM MILK (Dutch Lady)
3 camca cuka
kain kasa
sedikit garam




CARA-CARA:

  1. Masukkan susu segar dalam periuk,panaskan susu dengan api sederhana sampai nampak buih -buih kecil kat tepi periuk(tak perlu mengelegak)kacau selalu ok takut berkerak le pulak nanti..selepas mendidih tutup api biarkan seketika .
  2. Apabila agak wap itu hilang kemudian masukkan cuka tadi biarkan susu itu berketul-ketul macam yogurt dalam masa 10 minit. 


3.Apabila dah nampak berketul-ketul susu tuangkan adunan keju tadi di atas kain kasa pastikan letak di atas penapis dan bekas di bawah ye ..biarkan kejap..sampai airnya betul-betul turun ke dalam bekas.





Lihatlah keju ku dah menjadi..urmm
tunggu sampai jadi macam ni ..nilah hasilnya KEJU..


masukkan sedikit garam dan gaulkan rata 



last simpan dalam peti sejuk dah siap ..


LEBIHAN AIR KEJU DALAM BEKAS TADI
jangan buang simpan dalam peti ais dan boleh di campur dengan susu untuk jadikan buttermilk.


buttermilk boleh buat macam-macam puding ,pencake,cake ke dan pelbagai..Senangkan jimat belanja ..


~SELAMAT MENCUBA~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)