Bila sebut pasal motivasi diri semestinya semua bermula dari kegagalan sama je hidup kita ini semuanya bermula daripada bawah,kadang-kadang hidup kita mudah rasa putus asa bila gagal cepat mengalah..takut gagal,manusia pernah laluinya jalan kesuraman sebelum menemui denai yang di sinari cahaya indah kehambaan yang membahagiakan.Apabila di temuinya maka jalan yang suram itu tadi menjadi memori silam secara sendirinya ,lalu manusia melangkah sejauhnya.
"sifat keazaman sentiasa berpegang teguh pada kata-kata semangat Jangan Menyerah jangan mudah mengaku kalah kerana saya tidak kalah apabila saya di bawah saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah"
Pada satu sudut ,manusia hanya berjaya mencari cahaya walaupun hakikatnya ia di berikan hanya kepada yang terpilih,hakikatnya mengingatinya kadangkala sangat menyakitkan dan menusuk sanubari,Apabila di fikirkan kenangan silam,terlalu banyak kisah silam hanya di sia-siakan,teringatkanya kadang-kadang rasa takut dan malu lantaran dosa yang bertimbun yang telah di lakukan adakah diri kita tidak layak lagi mengadap diri dengan kekotoran itu?
kadang-kadang mengingati memori itu adalah sesuatu yang biasa,namun tengelam dalam memori itu jangan sesekali kita lakukan ,tengelam dalam memori lama samalah kita kembali ke zaman kegelapan dahulu.Tidak senang memadam memori semalam!
memadamkan memori semalam adalah dengan cara memperbanyakkan kebaikkan pada pandangan Allah s.w.t,mendidik diri untuk merasai rasa kehambaan kepadanya,mendidik diri untuk menjadi muslim hanya kerana dia.Berusahalah kepada dia ,pasti Allah swt akan menolong memadamkan memori silam itu agar peroleh keindahan dan kemanisan yang Dia berikan kepada kita.
Kadang-kadang apabila teringatkan memori lalu yang penuh dengan kejahilan ,pasti akan merasa malu yang amat ,malu kerana hanya bergelar seorang muslim yang cara hidup jauh menyimpang.Mungkin pada pandangan manusia lain sepertinya sudah terlambat untuk berubah ,ingatlah jangan mudah terpadaya dengan pandangan mereka ,kita berubah kerana Allah ,maka dia lebih tahu perubhan kita,ingin berubah itu lebih baik daripada bergelumbang dosa,kerana semata-mata dosa itu kita juga tengelam denganya.
Hidayah Allah,
kalau ada lintasan di hati untuk berhijrah kepada jiwa yang lalai kepada jiwa yang ingin cintakanya ,maka bersegeralah melakukanya percayalah ia lintasan benar dari Allah swt.Ia adalah hidayah Allah tidak akan datang selalu jarang-jarang ia singgah di hati biasanya ia singgah ia akan di sertai keyakinan yang kuat,namun jika kita sering tertanguh,mungkin dia akan menarik balik hidayahnya itu.
Taufik daripadanya bukan milik semua orang dan bukan milik yang tidak tersedia.NEVER GIVE UP!
sama-sama berusaha ,jom!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)