SELAMAT DATANG ..SEMOGA APA YANG ADA DALAM BLOG TRANSISI KEMBARA INI MEMBERI SEDIKIT INFO YANG BERMANFAAT UNTUK KITA,DAN Selamat menikmati siraman rohani Semoga IANYA membawa berkah buat kita semua..Amin ..TERIMA KASIH

RESEPI KEK CHEESE MELELEH

sue tergodek-godek kat google terjumpa resepi kek cheese nih,alang -alang dah ada keju kat rumah apa lagi dah mulalah nak masuk ke dapur buat kek ni..ingatkan tak jadi mula-mula risau juga menjadi ke tak kek ni..?? kalau tak menjadi kan membazir le pulak..Alhamdulilah..menjadi juga rupanya..walaupun nampak macam susah tapi bila dah buat tu eh..eh rasa seronok le pulak..jom kita try buat kat rumah terima kasih juga sebelum ni siapakah gerangan yang mula-mula buat entri kek ni ye kat blogger tercari-cari juga sehingga kini ramai yang boleh buat bisness dengan resepi kek yang ada ni..memang berterima kasih kepada empunya tuan resepi ni..suka sangat-sangat..sedap..


bahan-bahanya ialah:

6 biji telur Ayam(buang putih telur 2 biji ambil yang kuning sahaja)
100 gm gula halus
100 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
50 ml air sjuk
1 sudu teh baking powder 
2 sudu makan ovelet
75 gm mentega di cairkan 


bahan untuk krim:

1 kotak krim cheese 
1/2 tin susu pekat manis
(satukan bahan-bahan putar sehingga tidak berketul-ketul.)


cara-cara membuatnya:

1.Masukkan semua bahan kecuali mentega cair dan putar
2.putar kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih  ,akhir sekali masukkan mentega cair dan putar lagi sehingga sebati dan pekat.      



3.sediakan acuan di atas letak kertas minyak dan sapu butter atas kertas minyak tuuuu..!!
4.masukkan adunan ke atas acuan tadi dan bakar selama 45 minit ke 1 jam( kalau sue selalu buat waktu petang-petang sambil -sambil tonton tv ..hihi ....leh jadi dalam satu jam 
5.sapukan lelehan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek dan taburkan keju ke atasnya.
6. lastly masukkan dalam peti sejuk dalam satu jam kemudian baru boleh potong...

                                                   ~selamat mencuba~




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)