GURUKU..
kaulah permata hati ini
menjadi idola ku sehingga kini
Begitulah semangat ku
semangat ku anak didik mu adalah semangat dari mu
GURUKU..
TERIMA KASIH
Ilmu yang di panjangkan di dalam kebaikkan
Dengan penuh dengan keikhlasan
adalah besar budimu kepada bangsa ,agama dan negara
GURUKU..
Baru hari ini kami tahu betapa pentingnya
nilai Harga ilmu yang kau berikan
Besar kesabaran mu berkat nilai untuk kami
wahai guruku yang ku tersayang
semoga dirimu sentiasa di rahmati
Ampunlah wahai guruku kesilapan anak-anak didikmu
kenakalan yang tak terjangkau hebatnya
Moga di bukakan pintu syurga buat kalian
kaulah guruku
pelita hidupku
menerangi kegelapan
bersuluhkan cahaya setiap harapan
masih teguh di ingatan nasihat mu
Tiada istilah penat Biar bibir mu letih tak terucap dengan kata-kata di ajar
keikhlasan mu rupanya membongkar rahsia
datangnya dengan harapan sehingga membawa kejayaan
Dan kini memori itu masih di ingatan
salam rindu dari anak didik mu..
SELAMAT HARI GURU
BY:WAN NUR SYUHADA WAN YAHAYA
(SPM 2002 SMKN 5 HIKMAH)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
~segala comment anda amatlah saya hargai~
terima kasih sila datang lagi :)